Followers

Pages

Friday, July 31, 2009

MIC Tunjuk Garang. UMNO Mengerang

KUALA TERENGGANU, 31 Julai-- MIC mahu sekurang- kurangnya kuota 7.4 peratus kaum India berkhidmat dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk pada peringkat eksekutif dan pengurusan kanan, kata presiden parti, Datuk Seri S.Samy Vellu.

Beliau berkata kuota itu berdasarkan sasaran minimum 7.4 peratus yang di tetapkan oleh kerajaan untuk pengambilan kaum India dalam perkhidmatan awam.

"Kita sedar bahawa banyak GLC telah menambah bilangan pengambilan kaum India tetapi lebih ramai boleh dilakukan," katanya merasmikan persidangan perwakilan MIC Terengganu di sini Jumaat.

Telekom Malaysia Berhad semalam berjanji kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam untuk mengambil lebih ramai kaum India bagi memenuhi kuota 7.4 peratus oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Dr Subramaniam, yang juga setiausaha agung MIC berkata setakat ini bilangan kaum India di syarikat tersebut hanya 4.6 peratus dan ini perlu ditambah bagi menunjukkan keseimbangan kaum dalam tenaga kerja di sektor awam.

Samy Vellu juga berkata MIC telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang diketuai Datuk Dr Denison Jayasooria untuk menyediakan laporan komprehensif mengenai rancangan, dasar dan program bagi masyarakat India dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bermula 2011 hingga 2015.

Di Terengganu pula, Presiden parti itu berkata beliau akan menemui Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said tidak lama lagi untuk meminta lebih banyak peluang perniagaan bagi kaum India di negeri ini.

"Sunggguhpun jumlah kaum India di Terengganu kurang satu peratus, ramai yang terbabit dalam perniagaan kecil dan sebagai kontraktor.

Kerajaan negeri ini boleh memperuntukkan sesetengah kontrak kerajaan kepada mereka," tambah Samy Vellu.

-- BERNAMA

Wednesday, July 29, 2009

Melayu tak wujud sebenarnya

Hang Tuah sebenarnya bukan Melayu; Hang Tuah sebenarnya orang berketurunan dari China mengikut kata sesetengah orang lah (bukan saya OK). Mengapa pula dikatakan begitu? Sebab diambil contoh dari Hang Li Po seorang puteri dari China, namanya bermula dengan Hang, atas dasar itu orang keturunan dari China maka namanya bermula dengan Hang dari perkataan “Han” iaitu nama satu dinasti lama di China. Hang Li Po bererti Li Po orang Han, itulah ceritanya maka atas sebab samalah Hang Tuah itu bukan Melayu. Kalau nak diikut begitulah Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan juga Hang Kasturi. Malah ada yang lebih jauh mengatakan yang Hang Tuah itu namanya sebenar adalah Han Too Ah, Jebat pula Han Jee Fat (macam watak utama dalam komik Alam Perwira pulak) manakala Hang Lekiu pula adalah Han Lee Kiu.

Ada ada kemungkinan, mungkin betul, bunyinya macam betul, tapi kalau hendak diikutkan kesimpulan begini bolehlah saya mengatakan yang sebenarnya “Tong Sampah” bukanlah perkataan Melayu akan tetapi ianya berasal dari China. Ini adalah kerana Tong Sampah adalah dari Thong Sam Ah seorang ushawan karung guni berbangsa Hakka yang suka mengambil barang-barang lama di sekitar tahun awal 1930an di Taiping. Maka apabila ada barang hendak dibuang orang kampung suka berkata “ahh ko bagi la barang nak dibuang tu ke Thong Sam Ah, dia memang ambil barang hendak dibuang”. Bunyinya memang macam betul tapi itu tidak menyebabkan ianya fakta bukan walau berapa puluh kali saya mengulangi cerita ini sesungguhnya Tong Sampah bukanlah Thong Sam Ah.

Penulis telah beberapa kali juga terserempak dengan sesi perbincangan atau perbualan mengenai bagaimana sebenarnya konsep atau orang “Melayu” itu sendiri tidak wujud. Jangan kata Hang Tuah bukan Melayu, Melayu itu pun bukan Melayu. Dikatakan sebenarnya Melayu itu adalah ciptaan atau rekaan penjajah British yang hendak memudahkan pemerintahan di Malaya (Tanah Melayu tidak wujud ye dalam konsep ini).

Orang Melayu itu adalah rekaan semata-mata, kalau ikutkan “hakikat” yang ada adalah orang Jawa, Bugis, Minang, Siam, Acheh dan sebagainya. Malah orang Melayu (kerana ianya tidak wujud) bukanlah orang asal keturunan di semenanjung Malaya (Semenanjung Tanah Melayu tidak wujud) akan tetapi orang asal adalah Orang Asli dan bukanlah orang Melayu. Merekalah Bumiputera yang sebenarnya dan yang lain adalah rekaan semata-mata. Hujah ini banyak digunakan apabila sesetengah pihak hendak mempertikaikan atau mendebatkan mengenai Dasar Ekonomi baru atau hendak memarahi suatu parti politik tertentu. Penulis tidaklah mengatakan yang hendak memperdebatkan Dasar Ekonomi Baru itu salah, tapi janganlah sampai adat resam dan keturunan terus dipertikaikan dan dipersoalkan atau diperlekehkan. Hanya kerana kegiatan berpolitik berlebihan dan taksub marah terhadap sesuatu tak tentu pasal habis dijahanamkan dan dikorbankan adat resam dan kebudayaan yang umurnya bekurun-kurun lamanya. Maka terpaksalah sejarah ditulis semula yang Hang Tuah pernah mengatakan yang “Takkan Bugis, Jawa, Minang, Acheh, Bali, Baweyan dan sebagainya (bukan Melayu) hilang di dunia.” Penat tu nak sebut.

Itu yang membuatkan penulis rasa terkedu sedikit sejak kebelakangan ini kerana seolah-olah persepsinya bahawa segala yang penulis dibesarkan dengan, diajar dan bahasa ibunda sendiri adalah penipuan semata-mata. Rupa-rupanya segala adat resam seperti pantun, gurindam, Bahasa Melayu, baju Melayu, sepatu, kuih raya dan sajak malah sejarah sendiri adalah rekaan British semata-mata. Malah kalau nak diikutkan terpaksalah kita mengubah Rukun Negara nampak gayanya. Ini adalah kerana orang Melayu itu tidak wujud. Maka atas dasar itu terpaksalah kita mengakui yang Raja-Raja Melayu bukanlah pemerintah yang hak negara ini, masakan ada kesultanan Melayu kalau Melayu itu sendiri tidak wujud. Maka Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara terpaksalah dipinda, maka tak gunalah kita memakai baju kuning berarak ke Istana Negara dan menjerit Daulat Tuanku sambil menyerahkan memorandum.

Pembaca sekelian kalau hendak dikatakan Melayu itu tidak wujud atas sebab-sebab di atas maka bolehlah kita pertikaikan macam-macam. Kita bolehlah mengatakan bahawa orang Cina juga tidak wujud kerana yang ada adalah orang-orang Manchu, Hakka, Canton, Han dan sebagainya. Mandarin adalah ciptaan pemerintah kejam yang memaksa mereka ini berada dibawah pemerintahan Maharaja dan menghapuskan susur galur etnik. Begitu juga dengan tidak wujudnya orang India akan tetapi yang ada adalah Hindi, Tamil, Malayalam, Sinhala dan sebagainya. Bahawa India itu juga adalah ciptaan British. Maka atas dasar itu buat apa diadakan sekolah jenis kebangsaan yang mengajar dalam Bahasa Mandarin kerana Bangsa Cina itu tidak wujud, sepatutnya di Pulau Pinang diajar dalam bahasa Hokkien manakala di Kuala Lumpur diajar dalam bahasa Cantonese. Malah kalau nak diikutkan juga konsep bangsa Malaysia itu juga adalah ciptaan British kerana sebelum ini tidak wujud Malaysia sehinggalah pihak British mencadangkan untuk menggabungkan Semenanjung Tanah… Malaya dengan Sabah dan Sarawak. Oleh sebab kini Melayu sudah tidak wujud maka timbul juga persoalan tentang Brunei nanti, ye lah orang Brunei ini orang apa? Jawa? Bugis? Yahudi?

Seperti biasa pastinya banyak yang akan mengatakan bahawa semua ini adalah salah sebuah parti tertentu yang mempunyai nama Melayu didalamnya. Bahawa segala sejarah yang kita belajar ini adalah rekaan agenda politik tersembunyi dari mereka. Kalau anda berpendapat begitu itu adalah hak anda akan tetapi berfikirlah sebelum berkata-kata. Sesungguhnya kalau nak diikutkan begitu, orang yang paling berdosa adalah ketua pembangkan sekarang kerana suatu ketika dahulu dia adalah Menteri Pelajaran dari tahun 1986–1991 ketika mana banyak dasar-dasar dan buku teks sejarah ditulis ketika itu. Malah jangan lupa ketika itu dialah jaguh ketua pemuda yang hendak mengumpulkan setengah juga umat Melayu di Dataran Merdeka yang mencetuskan Operasi Lalang 1989. Tapi ye lah, itu dulu, masa bersongkok berbaju Melayu menjerit hidup Melayu. Sekarang dunia politik sudah berubah, lain padang lainlah belalang. Tapi betullah kalau hendak dikatakan semua masaalah politik sekarang berpunca dari satu parti, mana taknya kerajaan dan pembangkang sekarang semuanya berasal dari tempat yang sama.

Tidak salah kalau kita hendak mengkritik, berdebat atau kita hendak membincangkan tentang konsep kenegaraan dan hal-hal melibatkan politik. Demokrasi membenarkan ini semua dan ianya adalah suatu aktiviti pembetulan yang menyihatkan. Tapi janganlah sampai dikorbankan, dibunuh dan dipijak adat resam dan keturunan yang telah berlangsung selama beratus-ratus tahun hanya kerana aktiviti politik taksub yang berlebihan. Mungkin ini adalah perasaan penulis semata-mata tapi sejak kebelakangan ini banyak dilihat anak muda Melayu sendiri malu hendak mengaku Melayu.

Saya terus-terang mengatakan bahawa saya bukan anak Bangsa Malaysia, saya rasa saya tidak perlu malu, takut ataupun merasa berdosa mengaku diri saya ini orang Melayu. Saya adalah seorang Melayu yang merupakan warganegara Malaysia. Malah kalau nak diikutkan perlembagaan sesiapa sahaja tidak kira keturunan boleh mengaku dirinya Melayu, pergi baca. Dan kalau anda hendak mengaku diri anda Bangsa Malaysia, Iban, India, Cina, Hakka, Kadazan atau apa sekalipun saya tidak mempunyai masaalah, kita semua rakyat Malaysia. Suka hatilah janji anda bahagia, tapi janganlah hendak memadamkan identiti saya — itu salah dan tidak patut.

Saya hanya mempunyai masaalah dengan orang-orang yang dengan bangga dan lantang mengaku dirinya Bangsa Malaysia tapi sepatah haram Bahasa Malaysia pun tidak tahu. Bahasa Malaysia adalah bahasa yang digunakan hanya ketika hendak memesan nasi lemak dekat gerai makcik depan rumah. Tatabahasa yang ada cumalah nasi lemak, satu, bungkus, rendang daging, sambal kurang dan thank you. Yang kelakar apabila orang-orang ini dilihat lebih “Englishman” dari “Malaysian”. Saya ingat lah kan, tak perlulah kita buang identity Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau apa-apa sekalipun kalau kita hendak bersatu dan mencapai perpaduan. Anggaplah macam kita ni semua rojak, lain rasa lain warna tapi bila campur dalam satu kuah sedap rasanya. Kalau semua sama pun bosan jugak kan. Nak tulis panjang lagi tapi tak pelah saya simpan lain kali.

- Malaysian Insider

Tuesday, July 28, 2009

Betul Kata Najib

Oleh NOR SEDEK ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 26 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golongan mahasiswa menggunakan kewarasan berfikir dalam menapis maklumat berhubung sesuatu isu yang timbul di negara ini.

Perdana Menteri berkata, golongan itu perlu berpegang teguh kepada prinsip kejujuran dan daya intelektual supaya mereka tidak terjerumus dalam budaya memfitnah.

Jelas beliau, kerajaan mahu melihat kepimpinan mahasiswa yang dinamik dan subur pemikirannya kerana ia merupakan input besar kepada kejayaan negara.

Betul dan benar kata Datuk Seri Najib - Guna kewarasan untuk berfikir. Rakyat yang waras sudah lama berfikir siapa yang suruh Altantuya dibunuh.

Rakyat yang waras juga sudah lama berfikir mangkok ayun mana yang luluskan C4 keluar dari bilik kebal.

Rakyat yang waras juga berfikir siapa yang jatuhkah Teoh dari tingkat 14.

Sunday, July 26, 2009

Resipi keadilan Umno berbeza dari tuntutan rakyat

TEMERLOH, Julai 24 — Nampaknya apa yang diputuskan oleh kerajaan ketika membentuk suruhanjaya diraja ekoran kematian Teoh Beng Hock berbeza dengan selera dan kehendak rakyat.

Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, dalam ulasannya tentang keputusan kabinet ini menyifatkan ianya sebagai petunjuk tentang selera parti pemerintah, Umno dan BN terhadap keadilan.

Bagi Nizam, Suruhanjaya Siasatan DiRaja itu adalah resipi ciptaan Umno dan BN, dengan ramuannya adalah “terms of reference” yang sangat berbeza dengan apa yang diperkirakan oleh rakyat terbanyak.

Pandangan beliau ini turut dikongsi bersama oleh rakan-rakan peguam beliau dari Johor Bar dalam perbualannya dengan mereka.

Kabinet, dalam keputusannya bersetuju menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan SiRaja bagi menyiasat dan meneliti kaedah soal-siasat SPRM terhadap Teoh.

Teoh ditemui mati pada tengahari Julai 16 lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan Ibu Pejabat SPRM Selangor, setelah sehari sebelumnya mendiang dibawa ke sana untuk disoal-siasat berkaitan tuduhan salahguna wang peruntukan oleh ADUN Pakatan Rakyat Selangor.

Sedangkan, menurut Nizam lagi, juga pendapat rakan-rakan peguamnya dari Johor, pengwujudan suruhanjaya ini dengan sengaja telah meminggirkan terma rujukan siasatan paling penting iaitu bagaimana dan apa sebab kematian Teoh.

Nizam percaya, pandangan undang-undang ini bukan sekadar berlegar di fikiran para peguam, tetapi juga turut dikongsi oleh majoriti rakyat, khususnya dari ahli keluarga mendiang Teoh.

Mereka tegas Nizam, mahukan penjelasan sebenar dan konkrit tentang punca dan sebab kematian Teoh.

Jika “terms of reference” Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini tidak diubah dan diluaskan, nyatalah usul Nizam, Suruhanjaya ini hanyalah satu bentuk pengaburan dan cubaan cuci tangan.

Kerajaan Umno dan BN, pimpinan Najib Tun Razak kelihatannya sedang cuba mencabar intelektualiti rakyat, seperti mahu memberitahu, “kamu semua minta, kerajaan dah buat, sudahlah!” Seolah-olah seperti mengandaikan rakyat adalah golongan yang tidak pandai dan tidak tahu berfikir.

Padahal rakyat, bila mendepani isu kematian Teoh ini, mempunyai “terms of reference” mereka sendiri, resipi mereka sendiri, resipi yang universal dan sejagat.

Amatlah mengejutkan bila tiba-tiba mesyuarat kabinet keluar dengan resipi Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang kurang manis dan kurang masinnya. Langsung bertentangan dengan selera rakyat.

Jelaslah, Kerajaan Umno dan BN tidak boleh makan sedulang dengan rakyat, selera tidak sama! Jika dipaksa juga, tentu akan ada yang patah selera. - MalaysiaInsider

Saturday, July 25, 2009

Letupan perbuatan CIA

SOLO: Pendakwah bebas, Abu Bakar Bashir, menyalahkan Agensi Risik Pusat (CIA) Amerika Syarikat atas dua serangan bom di dua hotel mewah di Jakarta pada 17 Julai lalu.

'Ia kerja CIA, sama seperti pengeboman Bali. CIA mengarahkan Mujahideen yang mahu melakukan jihad,' kata Abu Bakar yang kini mengetuai Jemaah Ashorut Tauhid, kumpulan bagi penyokong kumpulan berasaskan Islam yang mahu mengamalkan hukum Syariah.

Beliau keluar daripada Majlis Mujahideen Indonesia (MMI) yang diasaskannya dan dipengerusikan selama beberapa tahun selepas berselisih faham dengan pemimpin lain kumpulan sebelum mengasaskan Anshorut Tauhid pada September 2008.

Dalam kenyataan pertamanya selepas letupan Jumaat lalu di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta, Abu Bakar berkata CIA merancang menambah kebencian terhadap Islam, menyebabkan guru agama Islam dan pelajar Islam diharamkan.

Pada masa sama, beliau berkata: 'Saya bukan pakar pengebom, saya tidak tahu menahu mengenainya.'

Pendakwah itu turut mengulangi bahawa Jemaah Islamiyah (JI) tidak wujud.

'Adalah salah mengatakan JI berpecah kepada dua kumpulan - pertama adalah kumpulan asal dan yang kedua menjadi Jemaah Ashorut Tauhid.

'Setahu saya, JI hanyalah kumpulan pelajar Islam di Mesir,' kata beliau.

Seperti juga pengeboman Bali pada 2002, Abu Bakar yakin bahawa rangkaian jihad di negara itu tidak mempunyai keupayaan membuat bom canggih.

'Sehingga saat ini, pendapat saya ialah sesiapa percaya Mukhlas orang yang membuat bom Bali benar-benar bodoh.

'Bom Bali dibuat CIA,' katanya merujuk kepada seorang daripada tiga lelaki yang disabitkan sebagai dalang serangan bom Bali dan dihukum mati oleh skuad penembak.

Katanya, perkara sama berlaku kepada serangan Jumaat lalu.

'Saya fikir bukan mudah untuk masuk dan keluar dari hotel dengan membawa bom, walaupun secara kecil-kecilan. Justeru, alasan saya ialah ia semestinya rancangan CIA untuk memburukkan Islam,' katanya. -- Agensi.

Thursday, July 23, 2009

9 Angkat Sumpah, Pelantikan Ahli Majlis Baharu MBSA

SHAH ALAM, 22 Julai - Sembilan lagi ahli Majlis Bandaraya Shah Alam hari ini mengangkat sumpah, menyertai 16 yang lain bagi sesi 2009/2010 dalam satu upacara di dewan MBSA, petang tadi.

Lapan daripada mereka adalah ahli majlis terdahulu yang dikekalkan, manakala seorang lagi ahli majlis baharu.

Majlis angkat sumpah dijalankan di hadapan Datuk Bandar, Mazalan Mohd Noor bermula jam 3.30 petang tadi.

Mazalan ketika ditemui berkata, beliau sangat berpuashati terhadap khidmat yang dilakukan oleh ahli majlis terdahulu dan berharap gabungan baru ini lebih mantap.

“Ia dapat saling memahami antara ahli majlis dan pentadbiran,dan mereka lebih peka kepada kawasan sebegini,masalah masalah yang ada dalam kawasaan tersebut.Saya harap pada tahun ini kita lebih,yang lepas dah baik. Biasalah kita improved lagi dari masa ke semasa”, katanya ketika ditanya pemberita.

Seramai 25 orang, termasuk Datuk Bandar akan menerajui Majlis Bandaraya Shah Alam tahun ini. Tiga daripada mereka adalah muka baru yang dipilih mengikut kreteria yang sudah ditetapkan.

Mereka adalah Sebastian Rao, Ng Boo Teck dan Khairuddin Othman.

Sebastian Rao berkata, beliau akan menggunakan peluang yang diberikan ini untuk berkhidmat sebaik mungkin demi kesejahteraan penduduk Shah Alam.

Sementera itu, Khairuddin Othman pula menegaskan bahawa laporan dan teguran media dapat membantu ahli majlis dalam menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan.

Sunday, July 19, 2009

Dalang Bom Bisa Pendukung Calon

JAKARTA — Ledakan bom di JW Marriott dan Ritz-Carlton dituding Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebagai terkait dengan politik. Bisa jadi pernyataan tersebut benar, tetapi bukan dari lawan politiknya.

Mantan Gubernur Perguruan Tinggi Ilmu Kepolisian Faruq Muhammad mengatakan bahwa insiden tersebut bisa saja didalangi oleh pendukung kandidat capres dan cawapes.

"Bicara kemungkinan motif politik, jangan terus membayangkan yang kalah, yakni JK-Wiranto dan Mega-Prabowo. Mereka orang terhormat. Tetapi yang di belakang itu bisa jadi tidak puas," tutur Faruq dalam diskusi mingguan bertema "Bom Lagi", di Warung Daun, Jakarta, Sabtu (18/7).

Ia mencontohkan, kejadian ini seperti supporter sepak bola yang kemudian mengamuk karena jagoannya kalah di lapangan. Namun, tambahnya, motif dan modus peledakan bom Jumat pagi kemarin perlu ditelusuri lebih jauh.

"Sampai di mana koneksinya antara pilpres dan teror bom, akarnya kejahatan balas dendam atau karena kekecewaan, atau bunuh diri, itu perlu diinvestigasi lebih dalam," ujarnya.

Dalang Bom Bisa Pendukung Calon

JAKARTA — Ledakan bom di JW Marriott dan Ritz-Carlton dituding Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebagai terkait dengan politik. Bisa jadi pernyataan tersebut benar, tetapi bukan dari lawan politiknya.

Mantan Gubernur Perguruan Tinggi Ilmu Kepolisian Faruq Muhammad mengatakan bahwa insiden tersebut bisa saja didalangi oleh pendukung kandidat capres dan cawapes.

"Bicara kemungkinan motif politik, jangan terus membayangkan yang kalah, yakni JK-Wiranto dan Mega-Prabowo. Mereka orang terhormat. Tetapi yang di belakang itu bisa jadi tidak puas," tutur Faruq dalam diskusi mingguan bertema "Bom Lagi", di Warung Daun, Jakarta, Sabtu (18/7).

Ia mencontohkan, kejadian ini seperti supporter sepak bola yang kemudian mengamuk karena jagoannya kalah di lapangan. Namun, tambahnya, motif dan modus peledakan bom Jumat pagi kemarin perlu ditelusuri lebih jauh.

"Sampai di mana koneksinya antara pilpres dan teror bom, akarnya kejahatan balas dendam atau karena kekecewaan, atau bunuh diri, itu perlu diinvestigasi lebih dalam," ujarnya.

Thursday, July 16, 2009

Angkuh dan Zalim

Permohonan menangguh sidang perbicaraan buat beberapa minggu untuk membolihkan saya mendapatkan ketua pasukan guaman baru ditolak.

Saudara Sivarasa menyatakan bantahan keras sabelum meneruskan dengan penghujahan. Saudara Edmund dan Amir kemudiannya memperkukuh alasan untuk mendapatkan dokumen dan keterangan; termasuk isu konspirasi, kes memalsukan keterangan dan lain-lain.

Jawapan pendakwaraya saperti biasa menyentuh “kuasa” mereka, mengenepikan sama sekali prinsip keadilan. Amat dikesali sikap angkuh dan zalim beliau tatkala mempertahankan hukuman ke atas Sukma Darmawan.

Menurutnya, keterangan pakar forensik bahawa tidak ada sebarang masukan dalam dubur tidak relevan kerana beliau (Sukma) telah mengaku.

Waduh, si bahlul pun faham “pengakuan” orang yang didera dalam lokap saperti yang kemudiannya disahkan olih hakim Mahkamah Rayuan!

Satu dasawarsa telah berlalu, dan tak banyak yang berubah. Kepada yang mahu kes disegerakan, tanya saja Mahkamah Syari’ah - mengapa lembab satelah satu tahun berlalu?

Ikut hukum Islam atau pimpinan parti?

ANWAR IBRAHIM

Sunday, July 12, 2009

Manek Urai - Laporan Sana Sini

Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata PAS sudah menghampiri angka seratus peratus pengundi sasaran.

Pada sidang media harian PRK Manek Urai di Markaz Induk pagi ini, beliau bagaimana pun berkata pengundi luar adalah sangat penting untuk mengekalkan kemenangan di Manek Urai.

Dalam perkembangan yang sama PAS merasa kesal dengan tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana terus menggunakan jentera kerajaan dalam PRK Manek Urai.

”Ada agensi-agensi kerajaan yang menggunakan sepenuhnya pegawai dan kakitangan dari pusat turun berkempen di Manek Urai, ini perkara lama di ulang lagi,rakyat mengetahui dan memerhati perkara ini,

”seolah-olah PAS bertanding melawan sebuah kerajaan, bukan melawan parti,”katanya

:::::::::::::::::::

Berita Penipu @ Kelentong UMNO/BN

KUALA KRAI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Manek Urai akan menjadi kawasan pembangunan baru di Kelantan jika Barisan Nasional (BN) diberikan peluang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu Selasa ini.

Tawaran kerajaan BN itu dijangka mampu mengubah bukan saja pembangunan di kawasan itu malah ekonomi dan sosial penduduk, yang majoritinya bekerja sebagai penoreh getah yang sememangnya dahagakan pembangunan.

Bila tiba musim pilihanraya bergantang-gantang janji dimuntahkan oleh pemimpin perompak umno/BN


:::::::::::::

Nik Aziz tidak tahu Nasharuddin jalani pembedahan

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak tahu yang timbalan presiden parti, Nasharuddin Mat Isa sakit dan menjalani pembedahan yang menyebabkannya tidak dapat hadir pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Isnin lalu.

"Saya tak tahu langsung. Tak adapun orang beritahu...rupanya dia sakit, kena operate (bedah), saya tahu sangatlah (sakitnya) orang kena operate, sebab saya sendiri pernah kena operate.

"Kalu (kalau) saya tahu awal-awal lagi saya tak minta dia datang," kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita di sini, hari ini.

:::::::::::::

Sombongnya menteri UMNO

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tiba dengan helikopter di Manek Urai.

Beliau ambil penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan menggunakan helikopter untuk ke Manek Urai.

Muhyiddin mendarat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Kuala Krai kerana mengelakkan diri dengan kesesakan jalan raya walaupun ditawarkan perkhidmatan polis trafik bagi melicinkan perjalanan.

Corat-Coret : Manek Urai

Guru dan petugas sekolah yang berdaftar sebagai pemilih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan, diberikan pelepasan untuk keluar mengundi pada pilihan raya kecil Selasa ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pelepasan itu diberikan berikutan hari mengundi di kawasan itu berlangsung pada hari persekolahan biasa.

:::::::::::::::::::

- Kepada pengundi Manek Urai dan rakyat Malaysia seluruhnya, ingat slogan ini:

“Untuk menghapuskan rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta wang rakyat, UMNO mesti dihapuskan terlebih dahulu”

“Demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat, Janji UMNO jangan sesekali dipercayai”

“Percaya kepada janji pemimpin UMNO, samalah seperti mempercayai pisang berbuah dua kali” - Kerajaan Rakyat

:::::::::::::::

MANEK URAI – Bagi seorang anak muda Abdul Rahim Jusoh, 38, kata-kata pemimpin UMNO yang memperlekehkan profesyen ‘Tok Peraih Ikan’ adalah dianggap ‘hodoh’.

Beliau yang telah menjadi ‘Tok Peraih Ikan’ sejak 10 tahun lalu di pasar Gunong, Bachok berkata tidak patut perkataan-perkataan seperti itu keluar dari mulut pemimpin parti yang dikatakan mengutamakan rakyat.

”Kita boleh hidup, boleh ‘pelihara’ anak dan bini dengan menjual ikan, tidak patut pemimpin UMNO merendah-rendahkan calon PAS ‘Abe Uji’ seorang pemborong ikan,”katanya yang ditemui selepas majlis Himpunan Pemborong dan Penajaja Ikan Negeri Kelantan di pasar Laloh disini petang semalam. Baca seteusnya di sini


Saturday, July 11, 2009

Ujian untuk Pakatan Rakyat

JULAI 10 — Semasa sesi Parlimen yang berakhir 2 Julai yang lalu, saya “berserabut” dengan berbagai isu yang melanda pesada politik tanahair. Dalam Parlimen, upacara angkat sumpah yang dinanti-nantikan berubah menjadi upacara laungan “bubarkan Dun” malah hari pertama sidang beberapa ahli Parlimen dari Pakatan mendapat kad merah keluar dewan selama 2 hari.

Saya terpinga-pinga apa yang berlaku, tapi saya memahami ini mungkin satu cara mendapat perhatian umum tentang isu Perak yang belum selesai namun “harga” untuk mendapat perhatian itu ialah hukuman dan “serangan” lisan yang tak henti-henti oleh ahli Parlimen BN. Paling pedih telinga saya mendengarnya ialah “…patutlah Sidang Dun Perak kecoh, dalam dewan Parlimen pun buat kecoh!”

Saya sempat mencelah dalam salah satu perbahasan saya, tak silap saya semasa membahas Rang Undang-Undang Pemakanan haiwan saya berkata “…kita kena berlaku adil kepada tuduhan yang kita buat, kita kena jadi seperti bapa yang berjiwa besar, kalau marah anak, seorang bapa kena tanya dulu mengapa anaknya bersikap demikian, mesti ada sebabnya...”

Saya meneruskan dengan berkata”…dalam kes Dun Perak kita kena tanya mengapa jadi demikian? Jadi janganlah sewenang-wenangnya membuat tuduhan tanpa mengambil kira mengapa semua ini terjadi. Kalau mengkaji manusia ini dinamakan sebagai “attributive theory...”

Saya cuba membawa keluar dari kepompong politik serang dan kebencian kepada politik berfikir dan berhemah. Saya tahu pendekatan ini tak berapa diminati kerana ada orang menganggap pesaing politik kita tidak memahami kaedah itu, mereka hanya memahami bahasa serang. Apa pun seseorang perlu memulakan sesuatu yang dianggap baik untuk politik baharu.

Parlimen juga kali ini tergesa-gesa untuk menyelesaikan RUU (Rang Undang-undang) yang tertangguh antaranya ialah Pindaan Akta PLKN, RUU Pemakanan Haiwan, Pindaan Akta LHDN, Pindaan Akta Pengangkutan, Pindaan Akta Bank Negara, Pindaan Akta Bank Persisiran Pantai, Bekalan Tambahan dll. Hanya satu Pindaan yang melibatkan Law Reform Act dan Akta Keluarga Islam tidak dapat dibentangkan setelah Majlis Raja-raja meminta supaya negeri-negeri menelitinya dahulu sebelum dibawa ke Parlimen.

Saya sempat mengambil bahagian dalam beberapa RUU dan bersedia untuk bahas pindaan kontraversi LRA dan Keluarga Islam tetapi dibatalkan saat akhir. Saya perlu mengaku, membahas senarai RUU yang panjang bukanlah menyeronokkan, ia menjadi sesuatu yang mencabar keupayaan bahas ahli-ahli Parlimen, apatah lagi jika Ahli Dewan masuk tanpa “homework” memanglah sekadar berbahas untuk memuaskan nafsu amarah kepada parti lawan atau sekadar “berhujjah” dengan isu yang tak ada kena mengena dengan tajuk amatlah mudah. Saya memilih untuk diam daripada “memperbodohkan” diri dengan sesuatu yang mendedahkan “kebodohan” kita apabila bercakap perkara yang kita tidak tahu!

Di luar dewan isu lain terus mendesak Pakatan antaranya ialah Kerajaan Perpaduan yang tidak semena-mena muncul istilah itu semula setelah Muktamar PAS lalu. Setelah menarik nafas lega pada mesyuarat pertama PAS sesi baru yang “menutup” isu Kerajaan Perpaduan, timbul “sesak dada” balik apabila isu ini diungkit kembali semasa sesi Parlimen berlangsung. Datuk Halim Abdul Rahman dari PAS Pengkalan Chepa dalam perbahasan pindaan Akta LHDN terpaksa menyebut bahawa isu Kerajaan Perpaduan selesai dan tidak timbul lagi.

Kehangatan kerajaan perpaduan terus menghimpit Pakatan Rakyat dan seminggu sebelum selesai sesi Parlimen wakil rakyat dari PAS terpaksa membuat kenyataan dan tandatangan menolak isu ini dari terus dibangkitkan. Gara-gara dalam The Star frontpage keesokannya gambar kami sepuluh orang wakil rakyat PAS mendapat jolokan bagi sesetengah sebagai “10 budak hitam” Justifikasi tindakan amat mudah kerana tekanan dari pengundi mendesak kami membuat satu keputusan, apatah lagi keputusan itu tidak bertentangan dengan sikap PAS yang ditentukan dalam mesyuarat pertama PAS. Kami jelas apabila membuat PC hari itu. Malah esoknya apabila saya turun ke Kawasan di Tanjung Piandang, soalan bertubi-tubi dari pengundi telah dapat dijelaskan melalui kenyataan kami di parlimen kelmarinnya. Malah akhbar Cina turut memuatkan PC kami dan itu jadi bahan hujah saya bersama pengundi yang mahukan penjelasan.

Minggu depannya kenyataan dari semua pemimpin PR menegaskan sikap PR menolak isu ini yang hanyalah mainan wayang BN khususnya Umno bagi memecahbelahkan Pakatan. Selesai PC dari PR hari itu wartawan bertanya saya apakah komen saya? Saya menarik nafas lega kerana isu ini dijelaskan dan saya minta semua kita memfokuskan tentang PRU 13 dan memastikan PR mengukuhkan kedudukannya yang ada hari ini. Malam itu adalah mesyuarat khas PAS Pusat menjelaskan sikap muktamad parti tentang persoalan Kerajaan Perpaduan dengan mengambil keputusan memperkukuhkan PR dan bahawa isu ini adalah usaha Umno untuk mendapat kelebihan politiknya secara sendiri.

Minggu terakhir dalam dewan turut menyaksikan perbahasan tentang keputusan Jawatankuasa Khas Parlimen yang mengenakan tindakan denda RM1,000 kepada empat Pemuda Umno yang menghalang Ahli Palimen Bukit Gelugor. Itu bukanlah isunya, yang pelik ialah dalam keputusan Jawatankuasa dikenakan juga celaan kepada beberapa Ahli Parlimen PR kerana dikatakan tidak memberi kerjasama dengan menarik diri dari menjadi saksi dan ahli jawatankuasa yang membincangkan isu “Pemuda Umno menghalang wakil Bukit Gelugor di dalam kawasan Parlimen”. Walaupun perdebatannya panjang tetapi satu kes duluan telah ditetapkan bahawa menarik diri dari menjadi ahli dalam jawatankuasa Parlimen adalah satu kesalahan dan bermula dengan keputusan itu mana-mana wakil rakyat yang enggan menerima keahlian dalam jawatankuasa boleh dicela!

Hari terakhir Parlimen meninggalkan urusan yang belum selesai samada perbahasan RUU yang tidak sempat dibawa mahupun isu politik yang akan terus mengasak PR dan BN. Manek Urai menjadi medan ujian bagi memastikan kewibawaan masing-masing. Rakyat Perak terus menanti dengan debar persoalan “apakah DUN Perak akan dibubarkan?” Bagi saya selesai sesi Parlimen adalah sesuatu yang dinanti-nantikan supaya saya dapat kembali ke routine normal berjogging, lawat kawasan dan menulis di bilik saya. Saya mengharapkan dapat membuat “unfinished homework” tentang persediaan sesi parlimen akan datang yang akan bermula Oktober hingga Disember. Sementara itu kesegaran dataran Sungai Kerian di pagi hari dan kawan se jogging dari semua keturunan sedia menggamit saya untuk “release tension” dan bersosial seketika, maksud saya lupakan politik…
-- Malaysian insider

Tuesday, July 7, 2009

Fakta Pengundi PRK Manek Urai

12,293 Pengundi Berdaftar

5,598 pengundi (21-39 tahun)
45.54% dari jumlah pengundi

4,511 pengundi (40-59 tahun)
36.70% dari jumlah pengundi

1,937 pengundi (60-79 tahun)
15.75% dari jumlah pengundi

247 (atas 80 tahun)
2.01% dari jumlah pengundi

6,316 jumlah pengundi Lelaki
51.38% dari jumah pengundi

5,977 jumlah pengundi perempuan
48.62% dari jumlah pengundi

99.2% Pengundi Melayu
56 orang pengundi Cina
28 orang pengundi India
12 pengundi lain-lain.

25 orang Pengundi POS


Saturday, July 4, 2009

Web Kerajaan Rakyat

Lelaman www.kerajaan rakyat.com telah digodam sejak petang semalam- 03 July 2009. Team Teknikal sedang membaikpulihnya tetapi banyak post telah hilang. Malahan semua posting selepas 20hb May 2009 telah dihilangkan oleh pengodam.

http://kerajaanrakyat.com/