Followers

Pages

Monday, August 31, 2009

Hadiah hari merdeka dari UMNO/BN

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin. - Harakah Online

Sunday, August 30, 2009

SPRM Paksa Saksi Beri Jawapan Dikehendaki

SHAH ALAM-27,oGOS, Penolong Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu mahkamah hari ini,adalah perkara biasa untuk memaksa saksi menjawab soalan sehingga memberi jawapan yang dikehendaki.

Walau bagaimanapun, Mohd Ashraf Mohd Yunus menafikan bahawa Teoh Beng Hock dipaksa menjawab dengan mengunakan kekerasan.

Ashraf merupakan salah seorang daripada pegawai SPRM yang berada ketika soal siasat dilakukan ke atas setiausaha politik exco Selangor antara jam 10.40 pagi hingga 12.40 malam, 16 Julai lalu.

Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa menerima arahan untuk menyoal siasat pada jam 9.40 malam namun perlu menunggu rakan sejawatnya terlebih dahulu.

Ashraf berkata ia juga perkara biasa untuk menyoal siasat saksi hingga larut malam, jika mendapat kerjasama dan persetujuan dari saksi.

Beliau turut memberitahu bahawa beliau hanya melakukan tugas memeriksa dokumen-dokumen dan bukan untuk menyoal siasat Teoh, ini kerana pegawai penyiasat SPRM, Arman Alies yang bertanggungjawab menyoal saksi.

Ashraf menyertai SPRM pada 2005, berkata bahawa beliau tidak fasih dalam teknik-teknik soal siasat walaupun telah menjalani enam bulan latihan asas di Pusat Latihan Polis di Ayer Hitam.

Beliau turut tidak mengetahui makna ‘oppression’ dan ‘psychologically breaking down a witness’ tetapi beliau memberitahu bahawa mendengar perkataan itu berdasarkan siri TV popular “CSI” dan menafikan bahawa beliau melakukannya keatas mendiang Teoh.

Prosiding inkues hari ke 16 ini turut dimaklumkan bahawa mendiang masih berada di ruang tamu siasatan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sehingga jam 4.45 pagi hari, 16 Julai lalu.

Mohd. Ashraf memberitahu mahkamah bahawa beliau nampak Teoh baring di sofa kira-kira pukul 4.45 pagi hari sebelum kematiannya.

Menurut Mohd. Ashraf, sebelum itu, mendiang juga ada meminta air daripadanya semasa beliau hendak keluar pejabat.

Beliau menambah, ketika itu Teoh kelihatan hanya baring di sofa, bukannya tidur.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Yong yang juga Exco Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam di sini pada 16 Julai lepas, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan dakwaan salah guna wang peruntukan kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu. KEMALIA OTHMAN (TVSELANGOR)

SELCAT

SHAH ALAM, 28 Ogos - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) akan mengadakan Pendengaran Awam Kedua pada 8 hingga 11 dan 15 September 2009 berhubung isu peruntukan kawasan Dewan Negeri Selangor.

Pendengaran Awam yang akan dipengerusikan Speaker Dewan Negeri, Teng Chang Khim bertujuan untuk menyiasat samada wujud penyelewengan atau pembaziran dalam peruntukan kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi tahun 2008 dan Jan–Jun tahun 2009.

Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri dalam satu kenyataannya hari ini berkata pegawai daerah akan dipanggil sebagai saksi dalam Pendengaran Awam kali ini untuk memberi keterangan berhubung dengan kes di mana peruntukan kawasan tahunan ADUN Barisan Nasional habis dibelanja dalam tempoh 3 bulan pertama sebelum Pilihanraya Umum tahun lalu.

“Antaranya terdapat 203 permohonan peruntukan kawasan diluluskan dalam satu hari, dan peruntukan kawasan tetap diluluskan walaupun setelah Parlimen dibubarkan pada 13 Februari 2008,”kata kenyataan itu.

Selain Pegawai Daerah, dijangka dua ADUN Pakatan Rakyat juga akan dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan dengan isu peruntukan kawasan.

Saturday, August 29, 2009

Tiada sidang DUN Perak Rabu ini: Speaker

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan hari ini, berkata semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.

Beliau berkata, tindakan Adun Tronoh, V Sivakumar memanggil persidangan itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.

Bercakap kepada pemberita di sini, Ganesan berkata, Sivakumar masih mahu "menyamar" dan bertindak sebagai Yang DiPertua dengan memanggil sidang sedangkan DUN tidak pun bercadang untuk mengadakan persidangan pada tarikh berkenaan.

"Saya juga ingin memaklumkan kepada semua Adun supaya mengenepikan sebarang arahan atau dakwaan yang dibuat oleh Adun Tronoh... ini berdasarkan kepada ketetapan dewan yang bersidang pada 7 Mei lalu antara lainnya, dengan suara majoriti sudah melucutkan jawatan Adun Tronoh daripada jawatan Yang Dipertua dan selanjutnya melantik saya sebagai YDP yang baru," katanya.

Semalam, Ganesan membuat laporan polis meminta siasatan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap Sivakumar berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata, Adun Tronoh itu tidak mempunyai kuasa untuk memanggil sidang DUN dan usaha yang dibuatnya itu adalah tindakan yang bertujuan mahu mewujudkan keadaan tidak stabil dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Adun pembangkang daripada Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah mencuba mengadakan persidangan Dewan pada Mac lalu tetapi tidak dibenarkan masuk ke dewan dan akhirnya 28 Adun terbabit mengadakan persidangan di kawasan lapang berhampiran dan episod itu dikenali sebagai "Sidang DUN bawah pokok".

Ganesan menjelaskan bahawa mengikut peruntukan Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut kuasa memanggil sidang DUN adalah kuasa mutlak Sultan Perak.

"Sidang DUN perlu mendapat pengisytiharan Sultan Perak yang mana baginda sendiri akan menentukan tarikh, masa dan tempat persidangan seterusnya akan diwartakan mengikut Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak. Ini amalan yang diikut sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, tindakan Sivakumar memanggil sidang DUN tanpa mendapat perkenan Sultan Perak boleh dianggap sebagai sebagai "rampasan kuasa" dan adalah penghinaan serta penderhakaan kepada institusi diraja Perak.

Ganesan berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut peruntukan Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Sivakumar atau pihak terbabit dalam "sidang DUN" pada Rabu ini. - Bernama

Friday, August 28, 2009

Bantuan RM30 Sebulan Untuk Pelajar UPSR Dan PMR

SHAH ALAM, 27 Ogos - Kerajaan negeri akan menyediakan bantuan sebanyak RM30 sebulan kepada pelajar yang kurang berkemampuan di negeri ini.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, bantuan ini akan disalurkan kepada pelajar terpilih bermula bulan ini hingga tiga bulan akan datang membabitkan 1974 pelajar UPSR dan 1029 pelajar PMR yang akan menghadapi peperiksaan tahun ini.

Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM300 ribu bagi tujuan tersebut.

“Tiap-tiap bulan kita akan masukkan di dalam BSN, bank mereka semua yang kita sudah dapat maklumat ini. Dan untuk tiga bulan ini,mulai bulan merdeka ini kita akan masukkan duit –duit ini kepada anak-anak muda kita,”katanya.

Dr Xavier Jayakumar berkata demikian ketika sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, di Shah Alam, petang semalam.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid berkata pemberian wang berkenaan sebagai derma daripada kerajaan negeri untuk membiayai pelajaran mereka di sekolah.

Sumbangan Hari Raya

SHAH ALAM, 28 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 200 pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam semalam.

Penyampaian sumbangan ini juga bersempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat.

Pelajar-pelajar yang menerima sumbangan terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, fakir dan miskin.

Masing-masing menerima RM100 seorang.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud dan Pengarah Politeknik Shah Alam, Puan Asmara Sulong.

Turut diadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Sekolah Tamil Rawang

SHAH ALAM, 28 Ogos - Kerajaan negeri Selangor akan menyumbangkan 200 kerusi dan meja kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Rawang dalam masa terdekat.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, ia berikutan kekurangan kemudahan itu di satu-satunya sekolah Tamil di daerah itu.

“Sekolah ini juga kekurangan meja dan kerusi untuk murid2, itu kerajaan Selangor akan sampaikan meja dan kerusi.

“Dua ratus buah kerusi dan meja, jadi itu permintaan mereka, bangku dan lain-lain, itu dari kerajaan kita boleh luluskan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan ke sekolah itu dan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, semalam.

Menurut Dr Xavier, pemberian bantuan itu akan segera diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor bagi membantu mereka belajar dalam keadaan selesa.

Pada masa sama, katanya, di dalam tanah sekolah seluas 4.3 ekar itu, terdapat pencerobohan tanah yang menempatkan deretan kedai makan, dan penempatan setinggan di tanah belakang sekolah.

Beliau berkata akan menggunakan cara yang baik dengan megadakan perbincangan bersama penduduk dan pemilik kedai agar menyerahkan tanah itu semula kerana ia milik sekolah.

Menurut Dr Xavier, mungkin wujud kekeliruan kepada penempatan itu berikutan sebahagian tanah sekolah itu telah dipagar oleh pihak sekolah, bagaimanapun ia masih milik sekolah.

“Bukan halau, saya nak mulakan perbicangaan, sampai sekarang tiada perbincangan, beritahu mereka duduk atas tanah sekolah, budi bicara itu penting. jangan halau siapa-siapa keluar, kena ada satu persetujuan yang dua-dua pihak setuju dan dapat maklumat yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, dalam lawatan di kuil berdekatan kawasan itu, Dr Xavier juga menyerahkan bantuan sebanyak 50 ribu ringgit kepada kuil Sri Veerakathy bagi pembangunan kuil dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan ibadat itu.

“Melalui kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor, saya telah menyumbangakn RM 50,000 untuk kuil ini, pembangunan mereka dan aktiviti-aktiviti mereka dalam kawasan disini,” katanya.

Katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan dialog bersama penduduk di kuil itu, usaha-usaha yang dilakukan itu adalah untuk merakyatkan ekonomi rakyat negeri Selangor dan mendekatkan diri dengan rakyat dengan mengambil aduan-aduan mereka bagi dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.

Idris Jala angkat sumpah sebagai Senator minggu depan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Idris Jala yang dilantik menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Senator minggu depan.

"Beliau akan mengangkat sumpah waktu terdekat, kemungkinan minggu depan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pagi tadi.

Semalam, Najib mengumumkan pelantikan Idris sebagai menteri tanpa portfolio di JPM.

Beliau juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu).

Menurut Najib, pelantikan Idris sebagai anggota Kabinet dibuat berdasarkan rekod cemerlang beliau dalam membawa transformasi ke atas syarikat penerbangan nasional MAS.

Najib berkata, rekod cemerlang Idris semasa menjadi CEO dan Pengarah Urusan MAS serta jawatan-jawatan lain yang dipegang sebelum itu membuktikan beliau seorang yang ideal untuk dilantik ke jawatan itu.

Najib berkata, kerajaan memerlukan seseorang seperti Idris dalam komitmen kerajaan melaksanakan sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Kita punya komitmen pada pencapaian NKRA dan KPI pada keseluruhannya termasuk juga kementerian-kementerian.

"Jadi kita perlu kepada seseorang yang mempunyai pengalaman dan rekod prestasi dalam hal ini.

"Tidak ada orang yang mempunyai rekod prestasi yang baik dari segi kejayaan membuat transformasi kepada sebuah syarikat seperti MAS," kata beliau selepas menyampaikan ucaptama pada mesyuarat Majlis Penasihat Ekonomi Negara pertama di sini hari ini.

Mengulas lanjut Najib berkata, Idris akan dapat menggunakan pengalamannya dan menyuarakan pandangan atas kapasiti seorang menteri.

Beliau berkata, Idris akan bekerjasama dengan Menteri di JPM yang bertanggungjawab mamantau KPI dan NKRA, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Mengenai pengganti Idris di MAS, Najib berkata, beliau tidak melihat akan ada masalah untuk memilih ketua baru syarikat itu.

Beliau menyerahkan kepada Lembaga Pengarah MAS untuk membuat keputusan.

Tuesday, August 25, 2009

Islam dihina lagi?

Patutlah UMNO takut untuk berdebat dan berwacana dengan PAS mengenai Perjuangan Islam yang kononnya di bawa UMNO..sebab perjuangan UMNO dulu,kini dan selamanya bersifat Nasionalism Melayu dan taksub perkauman. UMNO memang benar-benar tidak layak untuk bawa Islam..jika ada pun Islamnya, sudah tentu ianya dari bekas UMNO atau acuan karat UMNO yang akhirnya untuk kepentingan UMNO sendiri.

UMNO kini buat hal lagi dengan statement 'kurang ajar' dari kalangan pemimpinnya, sudah pelbagai statement kontroversi, aku tidak hairan jika kontroversinya itu hanya sekitar urusan politik atau luar dari agama. Tetapi anda semua tahu, betapa hina dan jahilnya pemimpin UMNO mempermain-mainkan Islam (agama mereka sendiri), menghina hukum (seperti hukum Hudud), memperkotak-katikkan soal peribadi Rasulullah, sunnah Nabi dan umat Islam itu sendiri. memang DULU, KINI dan SELAMANYA.. (DULU menghina Janggut Nabi (pasal Gillette), KINI hina serban, SELAMANYA hina Hudud..yang masih manjadi bahan hinaan..)

Aku bukanlah mahu menghina secara specifik individu-individu yang terlibat, ianya juga luar dari rasa emosi semata-mata kepada individu terbabit, sebab anda semua sudah maklum. Tambahan pula bulan Ramadhan yang mulia ini. Tetapi ia sekadar renungan dan muhasabah buat kita sebagai umat Islam, andai Islam itu diibaratkan barang dagangan atau barang yang tiada nilai, sudah tentu anda semua tidak rela.

Sudah jelas hukum bagi mereka yang menghina agama. Hina agama yakni dalam ruang lingkup hina hukum Allah, hina Rasulullah atau nabi-nabi lain, hina Ulama', dll samada secara lansung atau tidak. Jangan menjadikan alasan jahil kerana mereka yang tahu mereka jahil sepatutnya menambah ilmu bagi mengisi ruang kejahilannya, jika tidak jangan buat-buat pandai bercakap soal agama, soal hukum. Takut menjadi orang yang sesat lagi menyesatkan.

Berkata Ibnu Taimiyyah dalam menerangkan perihal mereka yang menghina Nabi SAW, iaitu dengan "kata-kata (lafaz) yang bertujuan untuk menyalahkan, merendahkan martabatnya, melaknat, menjelek-jelekkan, menuduh Rasulullah SAW tidak adil, meremehkan serta mengolok-olok Rasulullah SAW". Perbuatan mencelah, mengolok-olok atau mencaci Rasulullah termasuk sunnahnya, yakni perkataan, perbuatan atau diam redhanya baginda.

Ibnu Taimiyyah berkata: Orang-orang yang menghina Rasulullah SAW adalah mereka yang mencela, mencari-cari kesalahan, menganggap pada diri Rasulullah SAW ada kekurangan, mencela nasab (keturunan) dan perlaksanaan agamanya, menjelek-jelekkan salah satu sifatnya yang mulia, menentang atau menyamakan beliau dengan orang lain dengan niat untuk mencela, menghina, mengecilkan, menjelek-jelek dan mencari-cari kesalahannya. Pelaku tersebut adalah orang yang telah menghina Rasulullah SAW.

Maka apakah lagi kurangnya hujah atau dalil bagi mereka yang menhina Rasulullah.? Jika menjadikan alasan jahil atau tidak tahu, aku bertanya kepada mereka yang menghina Rasulullah ini, tidakkah menghina Rasulullah itu sama ertinya menghina Islam, kerana apa yang Rasulullah tunjukkan pada kita adalah cara hidup Islam, bahkan kita semua sudah tahu penduan umat Islam itu adalah Al-Quran dan Hadith atau Sunnah nabi. Dan menghina Rasulullah itu sama juga menghina Allah, (menghina kekasih Allah). Justeru apa martabat mereka yang menghina Allah.? Jika ada termometer mengukur kehinaan, sudah tentu mereka ini dibawah paras negatif..

Ada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah SAW menghalalkan darahnya". Jadi kesimpulan yang dapat dibuat, Nas-nas hadis tersebut menegaskan bahawa darah orang yang menghina Nabi SAW adalah halal. Dengan kata lain hukuman ke atas orang-orang yang mencela, merendahkan, memperolok-olok dan menghina Rasulullah SAW adalah hukuman mati. Hukuman tersebut diucapkan oleh Rasulullah SAW secara langsung dan bukannya pendapat (ijtihad) para fuqaha mahupun ulama. Dengan kata lain hukumannya adalah pasti (qat’ie) dan tidak berubah.

Umat Islam harus kembali sedar yang Islam telah dan sedang diserang, bukan hanya serangan senjata, tetapi serangan pemikiran. Fahaman atau ideologi doktrinisasi dari para orientalis yang sedang meresap kedalamumat Islam itu sendiri. Cukuplah dahulu orang kafir menghina Islam, menghina Rasulullah s.a.w, kita tidak mahu lagi Islam dijadikan bahan hinaan, atau diibaratkan seperti Seorang Badut yang di gelak-gelakkan. Muhasabah buat semua.

p/s: aku rasa perlu ada DEMO buat mereka yang menghina serban ni...berdemo sambil memakai SERBAN..Takbir!

"Ya Allah, Engkau adalah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa, Berikanlah kemuliaan kepada orang yang memuliakan agamaMu dan Berikanlah kehinaan kepada orang yang menghina hukumMu. Ya Tuhan Rabbul Izati! Berilah kekuatan kepada kami di dalam menegakkan agamaMu sebagaimana Engkau telah memberi kekuatan kepada kekasihMu Muhammad dan pengikut-pengikut baginda dari kalangan sahabat yang mulia. Amin Ya Rabbal 'Alamin."


Sumber : wwwaizatlegendz.blogspot.com

Saturday, August 22, 2009

H1N1: Antara Doa Nabawi & Doa Bid’ie

PENULARAN pandemik Influenza H1N1 atau lebih dikenali sebagai selesema babi terlalu pantas.

Perkembangan mutakhir wabak ini cukup membimbangkan semua lapisan masyarakat.

Apatah lagi sehingga kini belum ada vaksin khas untuk melindungi manusia daripada jangkitan virus ini.

Kalangan kelompok umat Islam, tersebar bermacam-macam doa agar dijauhi jangkitan ini.

Diedarkan dalam bentuk poster, pamplet, dan flyer, ataupun disiarkan melalui medium internet di laman-laman web dan blog.

Kesedaran akan kepentingan dan keutamaan berdoa kepada Allah dalam situasi seperti ini adalah sikap yang harus dipuji, kendatipun doa kepadaNya wajar menjadi amalan rutin tanpa mengira susah dan senang, sakit dan sihat, cemas dan aman.

Kerana suara yang sentiasa merintih kepada Allah ketika senang dan aman, itulah suara yang mustajab diperkenan ketika payah dan cemas.

Di dalam satu perkhabaran atsar, disebut bahawa seseorang hamba Allah yang soleh dan sentiasa ingat kepadaNya apabila ditimpa kesusahan atau meminta satu hajat kepada Allah, para Malaikat akan berkata, “Wahai Tuhan, ini suara yang dikenali, dari seorang hamba yang dikenali”.

Sedangkan seseorang hamba yang lalai dan jauh daripada Allah apabila berdoa dan memohon kepadaNya, para Malaikat berkata, “Wahai Tuhan, ini suara yang janggal, dari seorang hamba yang janggal”. (Al-Wabil Al-Shayyib hlmn: 102).

Melalui penelitian beberapa doa yang beredaran di laman-laman internet, yang disebarkan bersempena penularan pandemik ini, saya mendapati ada antara doa-doa tersebut mengandungi kalimat-kalimat yang bercanggahan dengan syariah Islam.

Sudah pasti ia bukan doa nabawi, tetapi doa rekaan orang-orang tertentu yang tidak merujuk kepada sumber Islami.

Ada antara doa yang tersebar bukan sahaja mengandungi permintaan tolong kepada makhluk yang sudah wafat, ditambah pula dengan unsur Syiah Rafidhah yang mengkhususkan permintaan tolong dari lima peribadi iaitu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.

Waraskah seorang Muslim mengamalkan doa seumpama ini jika dia menyedari bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sudah pun meninggalkan aneka jenis doa untuk diamalkan dalam pelbagai situasi.

Termasuk dalam berhadapan dengan penyakit, ada doa nabawi yang diajarkan.

Sebagai Rasul yang bersifat menyampaikan, baginda tidak sekali-kali menyembunyikan kalimat-kalimat doa yang boleh mendekatkan kepada Allah dan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Kerana baginda pernah bersabda:

“Allah tidak mengutuskan seorang Nabi pun, kecuali wajib ke atasnya menunjukkan umatnya kepada kebaikan yang diketahuinya, dan memberi amaran kepada mereka tentang keburukan yang diketahuinya”. Direkod oleh Muslim.

Alangkah aneh gelagat sebilangan umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Melupakan timbunan doa yang termaktub dalam sumber-sumber kitab hadis, dan dalam masa yang sama cenderung dan berminat dengan kalimat-kalimat yang direka dan disusun oleh orang terkemudian. Meninggalkan amalan yang diyakini, dan menyukai suatu yang diwas-waskan. Mengabaikan doa yang penuh keberkatan, sambil mencari doa yang entah dari mana asal-usulnya.

Benarlah ungkapan seorang salaf, “Tidaklah satu kaum membuat satu bidaah dalam agama mereka, kecuali Allah mencabut dari amalan sunnah mereka suatu yang sepertinya, kemudian Dia tidak akan mengembalikannya sehingga hari kiamat”. (Sunan Darimi).

Oleh itu, dalam mencari doa samada doa harian atau doa bermusim, sebaik-baiknya pilihlah doa nabawi yang direkod oleh para ulama hadis. Jauhilah doa-doa rekaan yang mengandungi unsur-unsur yang memesongkan. Semoga dengan keberkatan dan keajaiban doa nabawi, Allah Taala melindungkan kita daripada jangkitan wabak yang menakutkan.

HAMKA RASHID

Friday, August 21, 2009

17 pengkhianatan Umno kepada Melayu

Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.

Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin.

"Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.

Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

"Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.

Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

- Harakah

Thursday, August 20, 2009

Blog akan disekat

Kerajaan BN bercadang mengambil tindakan lebih tegas dengan "menyekat capaian kepada blog dan laman web" yang didakwa menerbitkan kenyataan palsu, berbau hasutan dan mempersendakan agama, kata menteri dalam negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan akan memantau secara serius penerbitan di Internet termasuk mengambil tindakan melalui undang-undang sedia ada.

"Usaha ini termasuk mendakwa penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan yang mempersendakan agama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Dalam soal ini, saya ingin menegaskan bahawa setiap pihak atau individu tidak harus menggunakan alasan kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi ketika mengemukakan apa-apa pandangan serta pendapat, tanpa langsung memikirkan kepentingan orang lain khususnya masyarakat berbilang kaum di negara ini."

Tegasnya, demokrasi harus turut mempunyai batasan yang perlu dipatuhi.

"Jika mereka melangkaui had dan batas ini, maka undang-undang akan mengambil tempat bagi melindungi rakyat dan negara," kata Hishammuddin lagi.

Beliau menegaskan sedemikian selepas satu mesyuarat khas antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Perdana Menteri (JPM dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Ketiga-tiga pihak ini diberikan tanggungjawab oleh kabinet untuk menyelaraskan beberapa tindakan dan pendekatan yang menyentuh peranan dan fungsi agensi di bawah kementerian masing-masing.

Mesyuarat yang pengerusikan Hishamuddin petang ini diadakan bersama Menteri di JPM Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Isu-isu yang dibincangkan antaranya usaha penyelarasan tindakan dan kerjasama antara agensi kerajaan yang berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), polis dan Jabatan Peguam Negara (JPN) bagi memudahkan tindakan bawah Akta Hasutan.

"Mesyuarat juga membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan laman web dan blog yang melanggar mana-mana undang-undang negara serta mengambil tindakan undang-undang segera bagi tujuan mendakwa pemilik dan penulis laman-laman web dan blog-blog yang berunsur hasutan dan fitnah," kata Hishammuddin.

Mesyuarat juga mendengar taklimat daripada polis mengenai isu-isu keselamatan semasa negara khususnya berkaitan dengan penyalahgunaan media alternatif serta taklimat oleh pihak penasihat undang-undang KDN mengenai perkembangan terkini berkaitan isu cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Wednesday, August 19, 2009

Satu lagi Pilihanraya Selepas Permatang Pasir

ALOR SETAR, 19 Ogos: Mungkinkah akan berlaku satu lagi pilihanraya kecil dalam masa terdekat? Persoalan ini sedang menunggu jawapan berikutan aduan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut.

Abu Hasan tidak hadir sidang Dun dua kali, masing-masing pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah, kerusi mana-mana Adun dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker.

Abdul Isa ketika dihubungi berkata, tidak timbul soal surat pemberitahuan kerana Undang undang tubuh negeri menyebut hanya berkaitan kebenaran speaker.

"Bukan soal dia (Abu Hasan) hantar surat pemberitahuan atau tak hantar kepada saya, soalnya saya beri kebenaran atau tidak? Dia tidak berhubung dengan saya. Kalau dia hantar surat seminggu selepas itu pun tidak ada makna," ujarnya ketika dihubungi harakahdaily.

Berikutan itu, Dr. Abdul Isa telah menyerahkan surat pemakluman berhubung pelanggaran itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya SPR negeri bagi menentukan status jawatan Abu Hasan.

Berikutan itu juga, satu sidang media khas akan diadakan oleh beliau jam 10 pagi esok di pejabat speaker di Wisma Darul Aman.

"Antara lain apa yang saya nak beritahu esok, kenapa kita terpaksa ambil tindakan begitu," ujarnya lagi.

Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon PAS, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi.

Jika SPR memutuskan kerusi itu kosong, ini bermakna negara bakal menghadapi pilihanraya kecil yang ke 8 selepas Pilihanraya Umum ke-12 tahun lalu dan yang ke dua bagi negeri Kedah selepas Bukit Selambau.

-- Sumber Harakah

Tuesday, August 18, 2009

SMS bantu Timbalan Presiden UMNO

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk berkempen perkara yang benar dan fakta sahaja.

Demi membantu beliau, dicadangkan rakyat semua sms kan kepada semua kenalan fakta berrikut:

“Calon BN di P. Pasir penyeleweng wang amanah. Seleweng RM140K dari Kop. Pekebun Getah. Langgar undang-undang bawah Seksyen 103D. Tolak calon BN yang tidak beramanah”.


Friday, August 14, 2009

Hak suami juga perlu dipertahan

SARANAN Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) memang tepat. Tetapi bagaimana nasib si ayah pula?

Siapa yang akan menubuhkan sebuah agensi demi mempertahankan nasib mereka?

Bekas isteri yang melarikan diri bersama lelaki lain dan hak penjagaan anak tetap diberikan kepada bekas isteri; anak yang enggan menemui ayahnya setelah sekian lama diasingkan "keluarga baru" bekas isteri; dan sebagainya.

Setiap masalah pasti dapat dihurai secara damai. Hanya apabila kededua pihak gagal mencapai persetujuan, baharulah agensi pemerintah campur tangan.

Setiap ayah menyayangi anak mereka walaupun perceraian berlaku. Selain nafkah bulanan, si ayah harus juga membayar yuran sekolah, perbelanjaan Hari Raya, yuran tuisyen dah sebagainya.

Jika si ayah yang harus membayar segalanya untuk anak mereka, apa pula tanggungjawab si ibu? Hanya menjaga si anak?

Kita harus bertimbang rasa dan bersikap adil kepada keduadua pihak. Anak ialah amanah daripada Allah. Jangan kita sia-siakan mereka.


Nadia Yussof

Thursday, August 13, 2009

RM10m loan statement (Update)

KUALA LUMPUR: MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat is demanding that Kuala Dimensi Sdn Bhd CEO Datuk Seri Tiong King Sing retract and apologise for his statement that he (Ong) took a RM10mil “loan” from him.

Ong said he has lodged a police report over the defamatory statement.

Tiong had alleged that Ong had received a RM10mil “loan” from him for use by the MCA divisions while Kuala Dimensi deputy CEO Datuk Faisal Abdullah claimed that Ong’s ministry had accepted chartered flight services from the company.

Kuala Dimensi is the turnkey contractor of the PKFZ project.

A(H1N1): Seven more deaths reported

KUALA LUMPUR: Another seven people have died due to Influenza A (H1N1), all from the high-risk group, said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Another 29 people have been admitted to intensive care units -- 16 of them from the high-risk group, he said.


Aduan polis isu mesyuarat Umno

Laporan polis dibuat terhadap ketua bahagian dan setiausaha Umno Tanah Merah berhubung dakwaan gagal memberi notis bertulis dalam tempoh 14 hari kepada cawangan untuk mengadakan mesyuarat tahunan peringkat bahagian itu.

Aduan ketua cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai, Amran Abdul Rahman, Sabtu lalu, turut dibuat terhadap ketua dan penolong setiausaha kesemua tiga sayap Umno bahagian - Wanita, Pemuda dan Puteri - yang gagal memberi notis kepada ahli pergerakan masing-masing dalam tempoh yang sama sebelum mesyuarat pergerakan bahagian itu bermula.

Mesyuarat bahagian itu dijadualkan Sabtu ini.


Teoh 'mungkin diseret' sebelum mati

Saksi forensik polis dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini tidak menolak kemungkinan mendiang diseret sebelum ditemui mati tertiarap di atas lantai tingkat lima Plaza Masalam, Julai lalu.

Pegawai penyiasat Cif Inspektor Mazli Jusoh, 31, dari cawangan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berkata demikian selepas ditunjukkan kesan geseran pada tapak kasut sebelah kanan mangsa yang ditemui di tempat kejadian.

"Setuju bahawa geseran bahagian tapak kasut ada implikasi yang penting?" tanya peguam pemerhati bagi kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar dan Mazli menjawab: "Setuju".

"Adakah kemungkinan si mati diseret?" tanya Malik Imtiaz lagi dan Mazli berkata:

"Tidak, kerana pada kebiasaannya kalau seseorang diseret, ia akan tidak kena pada tapak kasut, sebab kalau diseret dari belakang, dia akan tahan kaki dengan tumit."

"Tapi kalau diseret dari tepi? Ada kemungkinan?" soal Malik Imtiaz dan kali ini saksi itu menjawab: "Ada."

Mazli kemudian menjelaskan kepada koroner Azmil Muntapha Abas bahawa kesan geseran sehingga menampakkan lapisan kain yang melekat di atas tapak kasut itu bukanlah bahan asing, tetapi merupakan sebahagian daripada kasut itu sendiri.

"Bukan ia (lapisan kain itu) melekat pada kasut masa si mati jatuh?" soal koroner dan Mazli menjawab: "Tidak, kerana ia melekat di situ (atas tapak kasut) dan tidak boleh dicabut."

Bagaimanapun, saksi itu mengakui tidak membuat apa-apa pemeriksaan terhadap kesan tersebut dan berkata: "Untuk pastikan, perlu hantar balik ke kilang kasut.

"Tapi saya ada periksa kawasan kejadian dan tidak menjumpai apa-apa benda yang sepadan dengan bahan yang sama yang melekat pada kasut itu," jelasnya.

Ketika ditanya peguam pemerhati Richard Wee samada terdapat bahagian tajam di luar tingkap tingkat 14 bangunan itu yang boleh menyebabkan seluar mangsa tersangkut dan terkoyak, Mazli menjawab: "Tidak."

Mazli juga berkata beliau tidak pula menjumpai sebarang kesan gentian fabrik seluar pada bingkai tingkap di tingkat 14, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Dalam keterangannya lagi, beliau berkata tingkap seluas hampir 0.6m, dengan ketinggian 0.9m dari aras lantai itu, boleh dilangkah keluar.

Bagaimanapun, beliau berkata hasil pemeriksaannya menunjukkan tiada kesan tapak kasut di bingkai dan cermin tingkap serta lantai di kawasan tersebut.

"Saya ada periksa kawasan itu, ia berhabuk, kalau berhabuk, dan dipijak mesti meninggalkan kesan (tapak kasut) tapi tiada kesan," katanya.

Beliau berkata hasil ujian cap jari pada bahagian tingkap itu menggunakan kaedah 'dusting' juga adalah negatif kerana keadaan tingkap yang kotor dan berhabuk. BERNAMA

Usaha Pemuliharaan Sungai Klang Dipergiatkan

Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang diumumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jun lalu turut merangkumi projek pemulihan dan pengindahan Sungai Klang.

Projek pemulihan sungai itu memperuntukkan sebanyak 4 billion ringgit.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengadakan Bengkel Pemuliharaan dan Pengindahan Sungai Klang anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK)dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor bertempat di Hotel Goldcourse, Klang, pagi tadi.

Bengkel setengah hari itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua pihak berkepentingan tentang peranan masing-masing dalam menjaga dan memulihara Sungai Klang agar bebas daripada pencemaran.

“Bengkel ini diadakan untuk membawa mereka yang ingin bersama memberi sumber tenaga, bakti dan pemikiran supaya usaha kita untuk memelihara sungai Klang ini dapat dinikmati, dipercayai dan disokong oleh semua pihak”, kata Menteri Besar.

Sungai Klang adalah salah satu sungai utama di Selangor yang panjangnya kira-kira 120 kilometer.

Cadangan pemuliharaan sungai di negeri Selangor ini bertujuan menjadikan Sungai Klang bersih dan bebas daripada pencemaran sesuai dengan tarafnya sebagai Bandar Diraja.

Kerajaan negeri juga berhasrat untuk meningkatkan penggunaan sungai sebagai laluan pengangkutan awam dan rekreasi di negeri ini.

Justeru, setelah kualiti air Sungai Klang dipulihara dan bebas daripada pencemaran air, secara tidak langsung turut mengingkatkan nilai tanah di sepanjang tebing sungai.

“Jika saudara sekarang nak membeli rumah di Klang, saudara mungkin boleh membelinya sekarang, kerana dalam tiga empat tahun akan datang, bila sungai klang ini bersih,nilai rumah saudara akan tinggi”, kata Tan Sri Abdul Khalid dalam ucapan perasmian bengkel tersebut pagi tadi.

Dalam perkembangan lain, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sudahpun memulakan usaha-usaha pemuliharaan ini dengan membuat pemantauan berkala dan penguatkuasaan khususnya kepada sisa buangan dari tapak pelupusan sampah sebelum ke sungai.

“Untuk macam pencemaran seperti di kawasan landfill, LUAS ada menubuhkan pasukan bertugas yang melibatkan agensi seperti Majlis Perbandaran, Pejabat Tanah, JPS dan Alam Sekitar. Kita akan melihat sejauhmana leachate sekiranya ada leachate yang keluar jadi kita akan bertindak secara pasukan bersama jabatan-jabatan yang lain, jadi kita akan maklumkan sekiranya ia termasuk dalam kawasan Jabatan Sisa Pepajal Negara untuk merawat sisa leachate tersebut”, kata Pemangku Pengarah LUAS, Nor Zamri Sondor.

Menurut Pemangku Pengarah LUAS, Nor Zamri Sondor, pihaknya turut menghadapi beberapa kesukaran dalam pemuliharaan air sungai, sebahagiannya berpunca daripada faktor cuaca dan alam sekitar.

Ekoran daripada itu, terdapat beberapa loji rawatan air mentah terpaksa ditutup akibat peningkatan kandungan ammonia dalam air sungai di Langat.

“Kita lihat sekarang ini, kalau ikut pencemaran, air minum kita dari sungai, 97 peratus, pada masa sekarang kita menghadapi masalah di Langat iaitu di loji Salak Tinggi dan loji Cheras Batu 11, yang mana kandungan ammonia meningkat pada waktu ini. Dua loji tersebut telah ditutup daripada akhir bulan Jun lebih dari sebulan, puncanya adalah faktor kecairan air tersebut kalau dulu air banyak, sekarang nie musim kemarau air sedikit di sungai jadi kandungan ammonia yang tinggi mencemarkan sungai tersebut”, katanya lagi.

Kira-kira 200 peserta hadir pada bengkel setengah hari itu.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mislan Tigiu; Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad; ADUN Selat Klang, Dr. Halimah Ali, Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim dan Pemangku Pengarah, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Nor Zamri Sondor. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Cadang Warta 7 Ribu Hektar Tanah Orang Asli

erajaan negeri bercadang mewartakan seluas 7 ribu hektar tanah yang diduduki oleh masyarakat orang asli di seluruh negeri ini, sebagai tanah simpanan orang asli.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong berkata, cadangan itu bagaimanapun masih di peringkat kajian.

Ketika ini, beliau berkata pihaknya sedang meneliti rekod tanah kampung yang diduduki kaum berkenaan, sebelum mengambil sebarang tindakan.

“7 ribu hektar yang minta diwartakan tidak mustahil tapi kita akan cuba yang terbaik daripada 76 kawasan orang asli di negeri ini”,katanya.

Elizabeth berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia, di Laman Budaya, Shah Alam pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri akan berusaha mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk Orang Asli di negeri ini dengan mengadakan sesi dialog bersama Badan Bertindak Tanah Orang Asli Negeri Selangor.

Menurut Elizabeth, melalui cara itu kerajaan negeri akan lebih mudah memahami masalah yang dihadapi Orang Asli dan berusaha meningkatkan taraf ekonomi masyarakat terbabit.

Sehingga kini, terdapat lebih 15 ribu penduduk Orang Asli di negeri Selangor dan majoritinya menetap di daerah Sepang dan Kuala Langat.

Menteri Besar dan Exco Selangor Lawat Keluarga Mangsa Gas Ammonia

SHAH ALAM, 12 Ogos - Lawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor diketuai Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ke rumah mangsa kebocoran gas ammonia di Jeti Persendirian Syarikat Lee Huat Trading, Bagan Pasir, Tanjung Karang, malam tadi.

Dalam lawatan itu, Tan Sri Khalid turut menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri berjumlah RM2,000 kepada setiap keluarga bagi mengurangkan beban mereka dan menunjukkan rasa prihatin dengan apa yang berlaku.

Keempat-empat mayat tempatan yang maut dalam kejadian itu akan ditanam esok pada jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Cina, Meru, Klang.

Exco Selangor dihadiri, Dr Xavier jayakumar, Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Ean Yong Hian Wah dan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.

Terdahulu, kejadian berlaku dipercayai berlaku akibat kebocoran gas ammonia dari sitem penyejuk kolah simpan ikan di Syarikat berkenaan yang mengorbankan enam orang, terdiri daripada dua warga Bangladesh dan warga tempatan.

Kejadian berlaku jam 8.30 pagi, kelmarin.

Menteri Besar dan Exco Selangor Lawat Keluarga Mangsa Gas Ammonia

SHAH ALAM, 12 Ogos - Lawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor diketuai Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ke rumah mangsa kebocoran gas ammonia di Jeti Persendirian Syarikat Lee Huat Trading, Bagan Pasir, Tanjung Karang, malam tadi.

Dalam lawatan itu, Tan Sri Khalid turut menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri berjumlah RM2,000 kepada setiap keluarga bagi mengurangkan beban mereka dan menunjukkan rasa prihatin dengan apa yang berlaku.

Keempat-empat mayat tempatan yang maut dalam kejadian itu akan ditanam esok pada jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Cina, Meru, Klang.

Exco Selangor dihadiri, Dr Xavier jayakumar, Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Ean Yong Hian Wah dan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.

Terdahulu, kejadian berlaku dipercayai berlaku akibat kebocoran gas ammonia dari sitem penyejuk kolah simpan ikan di Syarikat berkenaan yang mengorbankan enam orang, terdiri daripada dua warga Bangladesh dan warga tempatan.

Kejadian berlaku jam 8.30 pagi, kelmarin.

Wednesday, August 12, 2009

H1N1- Jumlah kes kematian seramai 44 orang



Dua bayi dan seorang wanita hamil antara enam korban terbaru wabak influenza A (H1N1), menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 44 orang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata enam pesakit yang meninggal dunia itu telah mendapat jangkitan antara 6 Ogos dan 9 Ogos.

Empat daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko sama ada diabetes, hipertensi, penyakit jantung atau obesiti, katanya kepada pemberita di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Tarikh kematian sebenar enam kes tersebut adalah pada 7 Ogos (empat kematian), 9 Ogos (satu kematian) dan 10 Ogos (satu kematian).

Menurut beliau daripada enam kematian yang dilaporkan itu, seorang bayi perempuan berumur 10 bulan tanpa sejarah penyakit kongenital, dilaporkan mengalami demam dan batuk pada 1 Ogos dan dibawa untuk menerima rawatan pada 6 Ogos tetapi meninggal dunia keesokannya.

Liow berkata satu lagi kes kematian melibatkan bayi lelaki berumur 12 bulan yang mengalami penyakit jantung kongenital dan baru menjalani pembedahan jantung di hospital swasta sebelum dirujuk ke hospital kerajaan untuk rawatan lanjut pada 7 Ogos setelah mendapat demam dan sawan.

Bayi itu meninggal dunia pada 9 Ogos kerana mengalami komplikasi pembedahan jantung dan jangkitan pneumonia dan disahkan dijangkiti H1N1 pada 10 Ogos.

Satu lagi kes melibatkan seorang surirumah berumur 18 tahun yang mengandung 26 minggu. Wanita obes itu mula mendapat simptom batuk, sakit tekak dan selsema pada 3 Ogos dan mendapat rawatan di klinik kesihatan pada hari yang sama.

"Bagaimanapun keadaan beliau bertambah teruk dan dimasukkan ke ICU hospital akibat sesak nafas pada 7 Ogos dan rawatan antivirus dimulakan pada hari yang sama dengan sampel sapuan tekak diambil pada 9 Ogos, sebelum disahkan mendapat H1N1 pada 10 Ogos dan telah meninggal dunia pada hari yang sama," katanya.

Sumber: Malaysiakini

RM10 juta untuk presiden MCA

Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000
bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.

Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Monday, August 10, 2009

TKM1 Angkat Sumpah ADUN

PULAU PINANG, 10 Ogos-- Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mansor Othman pada hari Isnin mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Mansor, 59, yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti pada 31 Mei lepas mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan DUN Pulau Pinang, di sini.

Pada pilihan raya itu, Mansor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menewaskan tiga calon bebas dengan majoriti 5,558 undi.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin, yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1, meletak jawatan dengan alasan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah.

-- BERNAMA


Friday, August 7, 2009

Fashion Show



Semua Dijemput Hadir





Saturday, August 1, 2009

Himpunan ISA - Polis menyerbu SOGO

Polis telah menyekat beberapa jalan utama ke pusat bandaraya Kuala Lumpur, untuk menghalang perhimpunan Pro-ISA dan Anti-ISA yang akan diadakan pada tengah hari ini. Berikut adalah perkembangan terkini.

1340 Polis menyerbu ke dalam SOGO dan menangkap seorang lelaki yang memakai lencana Mansuhkan ISA.

1255 Pintu besar SOGO ditutup.

1250 Norlaila Othman, aktivis Gerakan Masuhkan ISA, juga isteri tahanan ISA, Mat Sah Satray telah ditangkap Pertama Kompleks, berdekatan Sogo. Kini di trak FRU ke balai polis Cheras.

Polis mula menyekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di depan SOGO. Sementara itu, lokasi perhimpunan Pro-ISA di Padang Merbok kekosongan.

1226 Peguam dari Pusat Bantuan Guaman, Puspawati Rosman yang mengedar risalah di kawasan berhampiran Majid Jamek telah ditahan. Bagaimanapun, Puspawati dibebaskan kemudian setelah polis meneliti kandungan risalah tersebut.

1218 17 tangkapan lagi di kawasan berhampiran Masjid Jamek dan Sogo. Bilangan tangkapan mencecah 103 orang.

1215 13 orang lagi ditangkap di Pasar Seni.

1211 11 orang ditangkap di Bazaar berhampiran Masjid Jamek. Pihak polis memberi arahan untuk menangkap sesiapa yang memakai lencana Mansuhkan ISA.