Followers

Pages

Saturday, October 31, 2009

Rakyat Betul. PKR Silap.

Keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac 2008 telah membuktikan betapa rakyat menolak umno/BN dengan memberi undi mereka kepada parti-parti daripada Pakatan Rakyat; PAS, DAP dan PKR. Dalam beberapa keadaan rasa benci dan muak rakyat terhadap Barisan Nasional amat jelas sehingga ramai tokoh umno telah tewas dengan majoriti kemenangan yang besar kepada calon dari Pakatan Rakyat.

Disamping rasa benci rakyat terhadap umno/BN, rasa ingin mencuba perubahan angin dalam pentadbiran daripada BN kepada Pakatan juga telah memberikan impak yang amat besar dalam keputusan pilihan raya tersebut.

Sekiranya terdapat calon BN yang telah bertapak lama dalam politik dan bertaraf menteri tertewas dalam pilihan raya umum ke-12, maka di pihak Pakatan, PKR khasnya telah memperlihatkan terdapat calon bidan terjun yang entah dari mana asalnya telah dinobatkan sebagai Wakil Rakyat dengan majoriti kemenangan yang besar. Malah ada calon PKR yang terkejut atas kemenangannya. Maknanya dia tidak sangka akan menang. Mungkin juga dia tidak bersedia untuk menang.

Bila bertanding dan tidak bersedia untuk menang, ini merbahaya. Bila dia menang, dia tidak faham kerana apa dia menang. Maka dia juga tidak akan faham untuk apa dia menang, selain daripada untuk menerima gaji, alaun dan berbagai jenis tuntutan kewangan.

Bagi saya di beberapa kawasan rakyat telah "Beri Muka" kepada calon-calon daripada Pakatan Rakyat bukan kerana batang tubuh calon tersebut tetapi kerana dia mewakili Pakatan Rakyat. Rakyat yakin kepada perubahan yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat andainya Pakatan Rakyat dapat membentuk Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Selepas 19 bulan berlalu, jelas apa yang rakyat inginkan daripada Pakatan Rakyat, rakyat telah menikmatinya. Semua kerajaan negeri yang diterajui oleh Kerajaan Pakatan Rakyat telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dan jauh meninggalkan negeri-negeri yang masih diperintah oleh umno/BN. Johor sebagai contoh, negeri yang pekat umnonya, masih menjadi negeri yang paling banyak menanggung hutang. Pahang satu lagi negeri di bawah pemerintahan umno/BN, hampir muflis akibat kecuaian dan amalan rasuah pemimpin umno di negeri itu.

Sebaliknya, Selangor di bawah pentabiran Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim telah berjaya menjimatkan ratusan juta ringgit wang rakyat yang mana sebelum ini selama negeri tersebut berada di bawah umno/BN wang rakyat telah dibazirkan.

Janji pimpinan Pakatan Rakyat, Keadilan khasnya untuk mengamalkan pentadbiran yang jujur, telus dan berjiwa rakyat telah dibuktikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Parti Keadilan Rakyat dengan cadangan menyingkirkan ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisyam Abdullah yang telah gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat. Sikap 'gentleman' Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan PKR adalah bukti ketelusan pentadbiran dan bukti kerajaan yang prihatin terhadap kehendak rakyat.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali menyifatkan Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisyam Abdullah sebagai wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab kepada pengundi dan Kerajaan Negeri Selangor.

Ini terbukti apabila Badrul gagal memberi perkhidmatan kepada rakyat dan tidak hadir dalam mana-mana program kerajaan negeri. Menurutnya, Badrul tidak menguruskan peruntukan DUNnya dengan telus sehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuklah dakwaan berlaku penyelewengan peruntukan.

Beliau membidas Badrul kerana enggan mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang walaupun beliau nyata tidak layak memegang jawatan itu.

Dr Syed percaya tindakan Badrul itu dipengaruhi oleh pihak tertentu dalam Umno.

“Saya rasa dia takkan nak berhenti, orang Umno takkan kasi dia berhenti, orang Umno akan takut akan ada pilihanraya kecil di situ, dia akan terus saya percaya menjadi ahli majlis undangan dengan kali ni sokongan Umno”, tambahnya lagi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik kritikan-kritikan yang diterima dari Umno-Barisan Nasional atas tindakan beliau meminta Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu.

Menurutnya, beliau membuat keputusan tepat dan mengotakan janji kepada rakyat untuk mengambil tindakan terhadap Badrul apabila peluang dan tempoh masa yang diberikan sebelum ini dipersiakan.

Kata Khalid, tindakannya itu sekaligus menunjukkan ketelusan Pakatan Rakyat dalam mentadbir kerajaan negeri.

Tan Sri Khalid Ibrahim juga tidak akan menghalang tindakan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdulllah untuk menfailkan saman malu terhap beliau.

Menurutnya jika mahu, Badrul juga boleh menfailkan saman terhadap beliau menggunakan wang Umno-Barisan Nasional.

“Dia boleh saman kalau dia nak, boleh pakai duit UMNO juga”,katanya berhubung isu ini.

Walau apa pun yang berlaku dalam isu Badrul yang pemalas ini, PKR wajar mengakui kesilapan awalnya. Rakyat telah membuat pilihan berdasarkan keyakinan mereka terhadap Pakatan Rakyat. Rakyat tidak silap dalam hal ini. Silapnya PRK ialah salah pilih calon. Keadilan telah tersilap memilih calon dengan meletakkan Badrul yang pemalas ini sebagai calon Keadilan dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.

Walau bagaimanapun, ketelusan dan keikhlasan PKR serta pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor jelas terbukti apabila sanggup buang wakil rakyatnya demi menyelamatkan wang rakyat dan menyempurnakan janjinya untuk berkhidmat dengan sepenuh kejujuran demi rakyat. Keadilan juga turut menyarankan agar Badrul yang pemalas itu mengosongkan kerusi ADUN Pelabuhan Kelang bagi membolihkan rakyat memilih wakil mereka yang benar-benar dapat menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.


Persoalannya, mana mungkin Badrul yang pemalas itu hendak lepaskan jawatannya. Kerjanya sekarang; makan, berak, tidur. Makan berak tidur. Cukup bulan dapat gaji.


Friday, October 30, 2009

Pertubuhan Jahiliyyah

One Malaysia diilhamkan oleh seorang yang didakwa terkait secara langsung dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang sehingga ke hari ini masih bebas melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsunya kerena dia berkuasa.

One Malaysia juga telah dipatuhi dasarnya oleh sekumpulan iblis berwajah manusia yang bernaung di bawah kekuasaan rakus sebuah pertubuhan yang mendasari fahaman jahiliyyah.

Membunuh dan mengangkat iblis sebagai ketua adalah sebahagian daripada amalan biasa dalam fahaman jahiliyyah. Maka itu, bila Altantuyah Shariibuu dibom dia tidak merasa bersalah. Bukan kerana dia tidak bersalah tetapi kerana dia mengelak untuk dibicarakan lantaran kuasa yang dia ada.

Kalau amalan membunuh telah dibudayakan; Altantuya, Kes Memali, Kugan, Teoh adalah beberapa sejarah yang membuktikan berlakunya pembunuhan kejam oleh Rejim Iblis.

Mereka yang tidak bersalah dengan segaja di bunuh, apalah sangat melakukan pembunuhan tidak langsung untuk memboloskan ribuan, jutaan malah ratusan juta WANG RAKYAT kepada kroni mereka melalui pengagihan tender-tender projek. Bangunan retak dan runtuh bukan perkara asing lagi; Staduim di Tereangganu, Sekolah di merata tempat, Hospital di Johor dan Selayang, Kolej di Batu Pahat, berpuluh jambatan dan jejatas serta projek PLKN adalah antara projek membunuh yang berakibat daripada kerakusan Rejim Iblis untuk menyalurkan WANG RAKYAT kepada kaum keluarga dan kroni mereka.

Pendakwaan Dusta dan Pengakuan Palsu juga adalah budaya fahaman jahiliyyah. Maka itu menawarkan jutaan ringgit kepada mana-mana iblis berwajah manusia untuk mengaku dirinya diliwat juga menjadi perkara biasa dalam gagasan One Malaysia. Apalah khabarnya syaitan yang diliwat. Mungkin sudah bernanah bontotnya.

Apabila sesuatu kumpulan itu dipenuhi oleh Iblis dan Syaitan yang mendewakan budaya merakus dan merompak, membunuh dan menfitnah, maka terpikatlah Jin, Jembalang dan Langsui yang selama ini bertopengkan manusia. Jembalang dan Langsui ini hidupnya dengan memeras keringat orang lain kerana sifat pemalasnya. - ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah meninggalkan parti Keadilan.

Alhamdulillah, syaitan yang selama ini bertopengkan manusia telah pulang ke lubuk jahanamnya.

Thursday, October 29, 2009

Presiden Parti Keadilan Rakyat

==KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA==

Tarikh: 29 Oktober 2009


Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.

Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.

Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat


------------

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Date: 29 October 2009


Recent changes to the leadership in Keadilan have caused confusion and consternation among some. I recognise that not everyone will be pleased with decisions made by the party’s leadership and not everyone will appreciate the difficulty we face in seeking to accommodate all views, including those of the divisions and branches which make up the backbone of the party, while striving to guide our party towards achieving its goals.

As our party grows in number and transforms into a national organization we have struggled at times to identify right strategy and mix of leadership that will carry us to the next level. Along the way we have encountered great challenges and have also uncovered promising new talent. Our task remains a work in progress and the announcements made this week are based on consensus and consultation within the party to work towards a better future.

Keadilan was established with a mission to be a unifying force for Malaysians of all races and religions and restore the integrity of the principles enshrined in the Federal Constitution. This mission carries unprecedented import and its pursuit confronts us with unparalled challenges.

Over the years many have poured scorn on our aspirations for a brighter future and have derided our belief in an end to racial politics and rampant corruption. And yet we, with our partners in the Pakatan Rakyat, made historic progress towards restoring democracy, freedom and the Rule of Law. We have done so despite a hostile media and the relentless attacks on us by the institutions of the government and the unlimited resources of the UMNO-led BN coalition.

I acknowledge the setbacks that we have faced since the March elections. Political parties are complex organisms and political coalitions are neither crystallised overnight nor even in a fortnight. The frustrations which have been expressed by some colleagues within the party and by some supporters are valid and I remain open to engaging all parties on the principle of mutual respect, understanding and an unrelenting commitment to the principles of justice and fairness.

The future of the nation does not lie in the hands of any one individual nor does our party nor does this coalition. I continue to ask the ongoing faith and patience of the people in supporting the mission of Keadilan and of Pakatan Rakyat.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
President
Parti Keadilan Rakyat

PAS: Bisul Belum Pecah

PAS telah mengadakan apa yang dipanggil sebagai 'Mesyuarat Khas' bermula sekitar jam 9 malam dan berakhir hampir jam satu tengah malam tadi. Bagi saya ia tidak lebih daripada hanya satu perjumpaan yang tidak membawa apa-apa kesan positif bukan hanya kepada PAS malahan kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Pertemuan tersebut telah gagal memadamkan api dalam sekam. Ia gagal mencabut duri dalam daging. Ia juga gagal mengeluarkan nanah beracun ibarat bisul yang belum pecah. Hasil pertemuan tersebut hanya menguntungkan 'Doktor Moti Basi' dan kerabatnya yang akan terus mengumpul nanah untuk menjahanamkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Adalah suatu yang amat malang bagi sebuah parti yang berjaya mengekalkan pememrintahan di Kelantan selama hampir 20 tahun tetapi gagal mengambil tindakan segera setelah banyak bukti nyata kehadiran 'Kutu Babi' di badan sendiri.

- Pertemuan demi pertemuan.
- Penentangan secara terbuka terhadap rakan dalam parti.
- Penghinaan terhadap rakan dalam Pakatan.
- Bantuan dan aliran kewangan kepada dari parti lawan kepada 'Doktor MotiBasi'
- Keangkuhan dan kesombongan yang dipamerkan, semuanya telah gagal digariskan sebagai sifat-sifat pertualang dalam perjuangan oleh PAS.

Pertemuan akhirnya berkesudahan dengan duri masih disimpan di dalam daging. Saya yakin duri itu akan terus menjadi penyebab kepada nanah yang lebih beracun dalam tubuh - PAS.

Walau apa pun, saya tetap mendoakan agar ikatan persefahaman dalam perjuangan akan terus utuh dan kukuh antara PAS, DAP dan PKR di bawah payung Pakatan Rakyat, insyaALLAH.

Tuesday, October 27, 2009

Kerajaan BN Bazirkan Berbilion RM Wang Rakyat

Kerajaan persekutuan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN dan kerajaan-kerajaan negeri di bawah pemerintahan UMNO/BN kerugian berbilion ringgit setiap tahun disebabkan oleh kontrak-kontrak berlebihan harga - daripada projek penerowongan air hinggalah kepada perkhidmatan penyumberan luar teknologi maklumat (IT).

Menteri Kedua Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, mengesahkan jumlah kerugian itu 'amat banyak', tetapi tidak dapat memberi perangkaan tepat. Tidak dapat beri perangkaan tepat kerana mungkin terlalu banyak korupsi dan penyelewengan berlaku. Jika beri angka tepat semakin luas pekongnya terdedah.

Sungguh menghairankan sebuah negara sedang membangun seperti Malaysia boleh membelanjakan antara 10 hingga 20 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) bagi tujuan pemerolehan kerajaan.

Ia bermakna berdasarkan GDP Malaysia sebanyak RM700 bilion, antara RM70 hingga RM140 bilion telah dibelanjakan bagi projek-projek prasarana besar.

Walaupun lebihan bayaran itu hanya 20 peratus, jumlah kerugian yang dialami kerajaan Malaysia boleh mencecah antara RM14 bilion hingga RM28 bilion setahun.

Ia mungkin lebih tinggi jika jumlah bayaran berlebihan itu lebih tinggi, seperti yang sering berlaku akibat kecuaian kakitangan kerajaan dan rasuah ahli politik.

Menurut laporan Juruaudit Negara bagi 2007 dan 2008, penangguhan dalam menyiapkan projek-projek adalah antara punca kos berlebihan itu.

Laporan itu juga menonjolkan kelemahan-kelemahan dalam pemerolehan beberapa perkara - daripada pembelian kenderaan kepada perabot bagi pelbagai badan dan daya usaha kerajaan.

Laporan Juruaudit Negara menunjukkan bahawa Kerajaan UMNO/BN telah dengan nyata GAGAL mentadbir urus sumber kewangan rakyat Malaysia. Jika aliran seperti ini berterusan maka rakyat Malaysia akan terus menanggung kerugian akibat ketidakcekapan pentadbiran oleh pemimpin UMNO/BN.


Pandangan umum ialah jika projek-projek itu diberikan kontrak melalui satu sistem tender terbuka - berbanding sistem rundingan, seperti yang sering dilakukan dan disalah guna - penjimatan yang bakal dinikmati adalah lebih tinggi lagi.

Menurut anggaran oleh dua sumber, kos-kos demikian mungkin 50 peratus lebih rendah jika projek-projek itu ditawarkan melalui tender awam, yang biasanya dijalankan secara terbuka.

Demi mengelakkan pembaziran dan kerugian yang mungkin boleh mengakibatkan negara menjadi muflis, kerajaan rakyat menyarankan agar kerajaan UMNO/BN diganti kepada Kerajaan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke 13 nanti. Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang cintakan negaranya untuk menyebarkan bencana yang mungkin menimpa negara jika dibiarkan UMNO/BN terus berkuasa.



Perkhemahan 1Malaysia Bawa Malapetaka

Kerajaan Rakyat mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar yang maut dalam malapetaka jambatan runtuh di Kampar, Perak.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.30 malam tadi, 22 murid dikhuatiri hilang apabila jambatan gantung yang terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang terputus ketika mereka beramai-ramai menggunakannya.

Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan. - Bernama


Selepas ini pasti banyaklah tempelak menempelak. Pelajar sepatutnya sentiasa di bawah pengawasan guru dalam aktiviti seperti ini. Peralatan ada alat bantuan pendidikan wajib diselia dengan rapi. Apa pun, bala telah menimpa. Pelajaran dan peringatan ini terlalu mahal harganya. Nyawa dipertaruhkan. Kepada semua warga guru, ambillah ini sebagai iktibar.


Kita ada Wakil Rakyat, kita ada Kerajaan 'Haram' dan kita ada Raja. Ada sesiapa yang boleh tolong dedahkan berapa kos buat jambatan gantung dan berapa kos buat pintu gerbang istana Sultan Perak. Saja hendak tau.

Jambatan tersebut baru siap dibina dua minggu lalu.
State news agency Bernama reported that the 50-metre bridge was completed two weeks ago to replace an earlier suspension bridge that also collapsed.

The chief Minister of Perak state Zambry Abdul Kadir was quoted by the news agency saying that the bridge's support beams had fallen and authorities were trying to determine whether the bridge was built according to proper specifications. -- REUTERS

MACC apa kahbar?


Monday, October 26, 2009

My Dream Partner: Anwar Ibrahim

Sorrylah Jamaluddin Jarjis, gadis cum di bawah ini tidak minat you. Nazri Kangkong jauh sekali. Bau Nazri pun sudah cukup untuk menghilangkan mood dia.

# Name: Chantelle Chuah

# Campus: UTM

# Favorite food: Hokkien Noodles

# Dream partner: Anwar Ibrahim

# Hobby: Skinny Dipping

# Vital stats: 35c-24-25

Nazri you telan air liur je lah. Saiful, engkau pergi cuci bontot dulu. Mungkin ada beruk umno yang minat pada engkau.

Cik Chantelle Chuah, Anwar Ibrahim confirm tiada masa untuk you so, ada lebih you jumpa saudara Jai atau Strom62 atau mungkin Fidel Castro boleh bantu. Silap haribulan semua tak dapat, Balabaque yang dapat. Jauhkan diri daripada Nazri, bahaya berpenyakit...!! Sesekali kita bersantai. Tak percaya baca di sini

Ini berita benar:
Datuk Seri Anwar Ibrahim (picture) today slammed Budget 2010 as a “short-term” government policy that only benefitted concessionaires but not the people due to the Barisan Nasional’s financial management weaknesses.

The former finance minister also noted that the people will enjoy welfare provisions in the form of exemptions and tax relief totalling RM500 million but the government will recoup more from new fees charged on credit cards and real property gains tax.


Ini juga benar:
And see you in Putrajaya when we march in to form the new government. I am really looking forward to that day, which may not be that long away. - Raja Petra

Sunday, October 25, 2009

Akhbar Halal, Berita Haram

Sudah berpuluh tahun rakyat Malaysia disua dan disuapkan dengan berita dan cerita haram yang dihidangkan oleh ahkbar arus perdana yang dimiliki oleh parti yang pernah diharamkan suatu ketika dulu - UMNO.

Telah diketahui umum sekiranya kesemua akhbar arus perdana di Malaysia memaparkan berita dan cerita yang benar dan telus, mungkin UMNO telah lama dikuburkan. UMNO berjaya bertahan menjadi kerajaan kerana rakyat, khasnya di kawasan luar bandar dan yang buta pintu hatinya telah dihidangkan dengan segala keladak dan hampas yang menjadikan minda mereka berdaki dengan kehaprakkan budaya UMNO.

Gagak, sudah terbiasa makan bangkai, walau diberikan daging masak, dia tetap mencari bangkai. Babi yang berselera dengan najis, akan tetap menyental najis.

Malaysian 'Polygamy Club'

Bila menipu dan berbohong dimartabatkan, maka ia menjadi budaya. Bila ia telah dibudayakan, maka mereka tidak merasa silu lagi untuk terus berbohong atau memutarbelitkan segala berita demi menjaga budaya menipu mereka.

Tidak hairanlah jika hampir kesemua blogger pro UMNO hanya bermegah dengan cerita menipu di blog-blog mereka. Mereka menuntut ilmu menulis berita dan cerita daripada akhbar Utusan Malaysia yang hebat putarbelitnya.

Perhatikan apa yang ditulis oleh 'Senyum Kambing'.

Patutpun namanya Senyum Kambing, otak mereka lebih bebal daripada kambing..!!! Lihat bagaimana mereka memutarbelitkan fakta. Apa yang disarankan oleh YAB Tuan Guru Nik Aziz adalah ingin membersihkan PAS daripada pemimpin yang pro-umno. TGNA sedar bahawa parti umno inilah yang telah menjahanamkan berbillion ringgit wang rakyat selama 52 tahun pemeritahannya.

Malangnya Utusan Malaysia melalui ruang senyum kambingnya menulis sesuatu yang amat berbeda. PAS ini singkirkan ahli dan pemimpin yang pro parti pengkhianat. PAS ingin hapuskan UMNO, bukan ahli yang pro-Hadi. Inilah..!! Inilah antara jutaan contoh penipuan dalam menyampaikan cerita yang diamalkan oleh Utusan Malaysia. Budaya dan corak penulisan seperti inilah yang turut dibudayakan oleh blogger-blogger pro-umno. Bagi mereka kalau tidak menipu atau memutarbelitkan berita, mungkin mereka jadi mamai atau terus gila.

Bila menipu menjadi budaya
Hidup mereka seperti buaya
Meraka menipu untuk jadi kaya
Hiduplah rakyat dalam bahaya



Pengetahuan Am

642 jahitan pada bola sepak


Bola merupakan antara peralatan sukan penting yang diperlukan banyak jenis permaianan di dunia. Ia didapati dalam pebagai ukuran dan bentuk bergantung kepada jenis sukan dan cara bola itu digunakan dalam gelanggang.

Mengambil contoh bola sepak, ia sebenarnya diperbuat dari 32 helaian kulit yang digabungkan menerusi 642 jahitan keselurhannya. Penghasilan menerusi jahitan tangan itu adalah untuk menjadikan bola tersebut kukuh serta tahan lama.

Untuk bola sukan besbol pula, ia diperbuat dari bahan sintektik and mempunyai 108 jahitan.

Darah beredar 180,000 km setiap hari


Darah merupakan tisu perantara yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon selain sebagai sistem imunisasi menentang penyakit. Vena merupakan saluran darah berotot yang membawa darah ke dalam jantung manakala arteri membawa darah keluar dari jantung.

Setiap hari, darah beredar sejauh 180,000 kilometer (km) di dalam tubuh manusia. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia disambungkan, ia boleh menghasilkan jarak sepanjang 96,000 km.

Tekanan jantung semasa manusia pula mampu mengepam darah yang cukup kuat sehingga setiap pancutan boleh mencapai jarak sembilamn meter.

Bagaimana jerawat terbentuk?


Masalah jerawat sering muncul pada bahagian-bahagian kulit yang sensitif seperti muka dan juga badan. Jerawat biasanya terbentuk apabila liang pada kulit tersumbat dengan sebum, bakteria, hormon dan juga sel kulit mati.

Sebum dihasilkan oleh folikel rambut dan semakin banyak sebum dikeluarkan semakin tinggi kebarangkalian jerawat akan muncul. Jika liang yang tersumbat kekal tertutup membengkak, ia dikenali sebagai jerawat putih manakala jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya menjadi gelap, ia dipanggil jerawat hitam.

Antara faktor yang menyebabkan pembentukan jerawat adalah kerana tekanan psikologi, faktor kelembapan persekitaran, penggunaan kosmetik, ubat-ubatan dan juga jenis pekerjaan.

Perubahan iklim cabaran baru


IKLIM dan cuaca adalah fenomena semula jadi persekitaran yang banyak mempengaruhi pelbagai kegiatan dan aspek kehidupan penduduk kemarau berpanjangan, fenomena jerebu, kejadian banjir yang teruk, ribut kencang adalah fenomena-fenomena yang berkait dengan cuaca dan iklim dan membawa kesan yang besar kepada penduduk dan negara. Persoalannya bagaimana keadaan iklim akan dipengaruhi pada dekad-dekad mendatang memandangkan iklim dunia semakin dipengaruhi oleh pembebasan gas-gas rumah hijau akibat pemba­karan bahan api fosil dan kegiatan lain.

Apakah fenomena-fenomena ekstrem akan menjadi semakin serius dan kerap di rantau ini?

Menurut pakar kaji iklim Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Fredolin Tangang, kesimpulan penting dibuat dalam Laporan Penilaian ke-4 Intergovemmental Panel on Climate Change (IPCC) yang diterbitkan pada tahun 2007 menunjukkan bukti-bukti saintifik peningkatan suhu purata dunia sejak 50 tahun lalu adalah akibat dari peningkatan gas-gas rumah hijau terutama gas karbon dioksida (CO2) berpunca pembakaran bahan api fosil.

Menurut kajian Dr Fredolin yang juga Naib Pengerusi Kumpulan Kerja I (Asas Saintifik) Panel antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim IPPC, peningkatan suhu pada kadar yang lebih tinggi di kebanyakan kawasan di Malaysia.

Fakta yang perlu diberi perhatian adalah peningkatan suhu purata dunia sejak 100 tahun lalu hanyalah sekitar 0.7 darjah celsius tetapi pelbagai perubahan dalam sistem fizikal, biologi, ekosistem bumi telah direkodkan di seluruh dunia. Peningkatan kejadian cuaca ekstrem masa lampau dikaitkan dengan peningkatan suhu ini.

Fakta yang tidak boleh diabaikan adalah di laporan yang sama, suhu purata dunia pada penghujung abad ini adalah antara 2 hingga 6 darjah celsius bergantung kepada senario pembebasan gas-gas rumah hijau.

Dr Fredolin berkata, peningkatan suhu setinggi beberapa darjah Celsius akan meletakkan bumi ke keadaan yang tidak pernah di alami sekurang-kurangnya sejak setengah juta tahun lalu.

Katanya, bukanlah sesuatu yang sukar memahami bagaimana kepekatan gas-gas rumah hijau terutama karbon dioksida (CO2) memainkan peranan dalam sistem iklim dunia.

Kesan rumah hijau dikaitkan sebagai kesan di mana gas-gas rumah hijau yang membenarkan sebahagian besar sinaran matahari sampai ke permukaan bumi tetapi memerangkap pancaran radiasi yang dipancarkan semula oleh permukaan bumi.

Peningkatan kepekatan gas-gas rumah hijau di atmosfera meningkatkan kesan ru­mah hijau dan meningkatkan kandungan haba dalam sistem iklim dunia dan seterusnya menyebabkan peningkatan suhu dunia.

Secara semula jadi kepekatan CO2 di atmosfera dikawal oleh komponen sistem iklim itu sendiri seperti lautan dan biosfera.

Bagaimanapun, sejak zaman industri bermula manusia terbukti mampu meningkatkan kandungan gas-gas rumah dan merubah sistem iklim dunia pada jangka masa yang singkat berbanding perubahan yang disebabkan oleh faktor semulajadi.

Kepekatan terkini CO2 di atmosfera adalah sekitar 400 bahagian berjuta (ppm), meningkat melebihi 100 ppm sejak bermula era perindustrian.

Ini merupakan suatu nilai yang tinggi jika diambil kira julat kepekatan CO2 dalam tempoh sejak lebih dari setengah juta tahun lalu hanyalah antara 190 - 280 ppm.

Kajian berdasarkan teras ais (ice-core)yang diperolehi di Antartika mendapati sejak lebih dari setengah juta tahun lalu, bumi telah mengalami perubahan iklim semula jadi di mana ia mengalami tempoh glasial dan anti-glasial pada skala masa lebih kurang 100,000 sekali.

Perubahan semulajadi ini adalah disebabkan oleh perubahan orbit bumi mengelilingi matahari yang lebih dikenali seba­gai kitaran Milankovitch.

Perubahan orbit ini mempengaruhi intensiti pancaran matahari sampai ke bumi.

Katanya, saintis juga dapat menganggar­kan kepekatan C02 dan metana (CH4) berdasarkan udara yang terperangkap dalam buih-buih udara dalam sampel teras ais tersebut.

Kepekatan kedua-dua gas ternyata berubah secara sepadan dengan perubahan suhu tetapi hanya pada julat 190 - 280 ppm bagi C02 dan peningkatan dari nilai minimum ke nilai maksimum mengambil tempoh masa lebih kurang 50,000 tahun.

Bagaimanapun, dalam masa begitu singkat sahaja, kegiatan manusia telah meningkatkan kepekatan 400 ppm dari 280 ppm sebelum era perindustrian bermula, satu tahap kepekatan yang tidak pernah dialami bumi sejak setengah juta tahun lalu.

Dalam tempoh pertengahan abad ini di­jangka kepekatan akan mencapai dua kali ganda kepekatan sebelum era perindustrian jika manusia sejagat tidak mengambil lang­kah-langkah mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau ke udara.

Beliau menerangkan bahawa kajian menunjukkan bahawa perubahan iklim yang dialami sejak 50 tahun lalu adalah akibat dari peningkatan kepekatan gas-gas r-ummah hijau ini.

Faktor semula jadi hanyalah sekitar 7.5 peratus berbanding faktor antropogenik berkaitan dengan peningkatan kepekatan gas-gas rumah hijau ini. Perubahan iklim adalah satu

cabaran baru kepada kepada negara dan penyelidik tempatan perlu memahami dan menyelidik bagaimana dan sejauh mana perubahan iklim mendatangkan impak ke­pada negara pada dekad-dekad mendatang.

Sejauh mana sistem fizikal, biologik ekosistem, sumber-sumber semulajadi akan dipengaruhi. Usaha mengumpul dan mendapatkan maklumat berkaitan perubahan iklim ini perlu dilakukan secara bersepadu.

INFO RINGKAS

* Iklim secara mudahnya didefinisikan sebagai sebagai keadaan cuaca dalam satu-satu kawasan dan bergantung kepada kedudukan­nya di bumi.

* Gas rumah hijau merujuk kepada gas karbon dioksida, metana, nitrus oksida, ozon, sulfur hexafluorida, hidriflurokarbon (HFC) dan perfluorokarbon (PFC) dalam atmosfera bumi.

Saturday, October 24, 2009

Subversif Dalam PAS

Sekiranya ada sesiapa yang selepas membaca titipan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam blognya tetapi masih tidak faham apa yang patut dilakukan, jawabnya memang bebal sangatlah mereka itu.

Perkara wujudnya subversif dalam PAS ini telah lama diperkatakan di sini dan di sini, tetapi masih ramai perwakilan PAS ke Muktamarnya yang masih dunggu.

Bukti sudah jelas: PUTRAJAYA: Selangor Umno supports the call by Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hasan Mohamed Ali who urged the state's Select Committee on Competency, Accountability and Transparency's (Selcat) to carry out investigations behind closed doors.


Tentera Kena Kelentong

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi tidak menyebut langsung tentang sektor pertahanan.

Sedangkan, kata bekas menteri kewangan itu, kerajaan baru-baru ini menyatakan untuk membela golongan tersebut sewaktu berkempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, awal bulan ini. - Anwar Ibrahim

Ah!! suatu yang tidak pelik, inilah budaya umno. Kalau Datuk Seri tak percaya, tanya VK Linggam. Kena todi 6 botol, kes rasuah tutup. Menabur janji adalah mainan bibir mereka. Malahan belanjawan 2010 yang dibentang oleh Najib juga adalah sebahagian daripada umpan pilihan raya umum ke-13. Belanjawan retorik yang cuba mengabui masyarakat Cina dan India.

Thursday, October 22, 2009

Jangan Buat Tak Tau

Jangan Buat Tak Tau: Semalam genap 19 tahun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ketua eksekutif kerajaan Kelantan.

Dan semalam juga genaplah 19 tahun dasar Membangun Bersama Islam yang dijelmakan di negeri Serambi Mekah.

Peringatan mengenai usia kerajaan PAS itu dibangkitkan pada persidangan Dun Kelantan semalam. Tahniah kepada PAS dan kepimpinannya. Syabas kepada rakyat Kelantan yang menyokong PAS

Jangan Buat Tak Tau: Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat. Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.

Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Peguam Mabuk. Malaysia Boleh

Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh.

Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.

Jangan Buat Tak Tau: Kerajaan Barisan Nasional masih berhutang hasil royalti minyak sebanyak RM1 Billion kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Jangan Buat Tak Tau: Rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban berjumlah sekitar RM 1.14 billion akibat kerugian projek rel keretapi berkembar dari Rawang ke Ipoh. Jabatan Audit Negara mengakui bahawa kelemahan pengurusan (di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional) yang mengakibatkan kerugian yang sebegini besar. Wang sebanyak itu telah dirembat secara diplomatik oleh kroni UMNO

Jangan Buat Tak Tau: Sambutan Hari Malaysia pada 16 hb Sept adalah idea Pakatan Rakyat yang diciplak oleh UMNO. Pakatan Rakyat telah setahun lalu mengumumkan bahawa 16 hb Sept adalah Hari Malaysia dan mengumumkannya sebagai hari cuti umum.

Jangan Buat Tak Tau: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah diakui oleh Jabatan Audit Negara sebagai kerajaan negeri yang paling telus, cekap dan berhemah dalam pengurus kewangan.

Jangan Buat Tak Tau: Majoriti Rakyat Malaysia tidak yakin dengan beberapa jabatan kerajaan kerajaan di bawah Kerajaan Barisan Nasional, terutama SPRM, Jabatan Peguam Negara dan PDRM.

Jangan Buat Tak Tau: Menteri Besar Negeri Perak yang sah adalah Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, manakala lelaki berkulit gelap yang dikenali sebagai Zamry adalah perompak kuasa.

Tuesday, October 20, 2009

Orang macam ini bukan Sultan Beb, dia tu SYAITAN.

Sekiranya benar. Saya ulangi, sekiranya benar apa yang dititipkan oleh Raja Petra dalam lelaman webnya Malaysia Today hari ini maka saya berpendapat rakyat Malaysia bukan sahaja tidak perlu menghormati Sultan Perak, malahan manusia bernama Azlan Shah itu patut dihukum gantung sampai mampos.

Saya menderhaka?. Hello, kalau Sultan yang diamanahkan menjaga harta dan kesejahteraan rakyat sudah berperagai macam syaitan dan iblis apakah kita masih perlukan Sultan? Kalau Sultan menipu dan mencabul kedaulatan negeri dan rakyat, apakah rakyat masih ingin terus berdiam diri menjadi bacul membiarkan Sultan bermaharajalela sebagai pengkhianat..!!! Orang macam ini bukan Sultan Beb, dia tu SYAITAN.

Who's The Real Traitor?

Antara lain Raja Petra menitipkan:

Furthermore, the Sultan and his family has asked for a lot of things from the Pakatan Rakyat state government, all of which they rejected. Umno will ensure that the Sultan and his family get whatever they want if Barisan Nasional takes over as the Perak state government.

And with that Pakatan Rakyat’s fate was sealed. The Sultan swore in Barisan Nasional as the new Perak state government and Pakatan Rakyat was sent into the opposition aisle.

What was it that the Sultan and his family wanted which Pakatan Rakyat said no to and which Barisan Nasional has now said yes? Yes, let us see how in just a few months the Sultan and his family has suddenly become one of the richest royal families in Malaysia, of course, at the expense of Pakatan Rakyat.

1. Umno gave the Sultan a piece of state land known as lot 183578. The land is approximately 600 acres in size and is at Tanjong Tualang in the district of Kinta. This land has been parked under the name of the Sultan’s proxy, Mohamed Khaair Johari Hj Osman.

2. Umno gave the Sultan a 1,000-acre timber concession along the 11km Gerik-Kupang highway in Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak. This concession was originally given to Universiti Utara Malaysia. However, it was later revoked and given to Pusat Kreatif Kanak-Kanak whose Chairman is Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno gave the Sultan seven timber concessions at compartments 39, 41, 42, 43, 44, 45 and 49 in the Kenderong Forest Reserve in Hulu Perak. The seven lots, which come to approximately 600 acres, were parked under two proxy companies of the Sultan -- Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd and Kibaran Wang Sdn Bhd.

4. Umno is about to approve a proposal for reforestation involving 10,781 hectares. 5,781 hectares is at the Gunung Besout Forest Reserve in Southern Perak while 5,000 hectares is at Pondok Tanjung in the Larut Matang district. The company that will get this huge project is Permatang Utama Sdn Bhd (company registration number 513583-D) whose Executive Chairman is Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, the Sultan’s son-in-law.

5. Further to that, Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah was allowed to take over the state-owned Casuarina Hotel in Ipoh for a negotiated cut throat price of only RM43 million whereas it can fetch a far higher price on the open market. The hotel is located in one of the most prime land in Ipoh and just the empty land alone is worth a huge amount of money. Read More Here


Kelentong Raja Nazri: (Bernama) -- Financial policies created must be people-focused and should not be formulated only for investors and their money managers, the Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, said Monday.

Cerita haram jadah yang guna skrip sundal

Persidangan Parlimen Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen ke 12 hari ini menayangkan wayang lama kerajaan UMNO/Barisan Nasional dalam isu rasuah. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyoal apakah langkah-langkah berkesan yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengembalikan keyakinan awam terhadap imej negatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong memberitahu Dewan; seramai 12 ahli politik daripada Barisan Nasional (BN) dan satu daripada parti pembangkang disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Januari hingga Ogos tahun ini.

Datuk Liew Vui Keong seterusnya memberitahu sebanyak tujuh tuduhan direkodkan untuk ahli politik daripada BN manakala belum ada pertuduhan setakat ini terhadap ahli politik pembangkang.

Hello pak menteri, jawapan macam ini Menteri Pencacai En. Nazri Kangkong pun jawab. Setakat siasat dan selepas itu beritahu tiada kes. Ini wayang Beb. Ini wayang untuk kelentong rakyat. Plotnya serupa je beb. Beritahu sudah siasat, kemudian buang kes, tutup kes, umumkan satu Malaysia tiada bukti untuk sabitkan kesalahan rasuah; maknanya menteri berkenaan telah disucikan dari noda. Ini wayang untuk menipu rakyat.

Beritahu rakyat SPRM sedang siasat, dalam masa yang sama arahkan SPRM jangan cari bukti. Arahkan polis tangkap dan siasat pemberi laporan. Arahkan peguam negara buang kes sebab tiada bukti untuk pendakwaan. Kalau terpaksa juga dibawa ke mahkamah, kan hakim boleh kita kautim. Peguam haram jadah kan ramai. Kalau semua itu masih menemui jalan buntu, kan kita ada C4, saksi wajib dibunuh sebab menteri wajib diselamatkan.

Cerita haram jadah yang guna skrip sundal macam ini Nazri Kangkong pun tau. Maaf Pak, inilah bahasa terlembut yang sesuai untuk drama ini.

Penguatkuasa dan pengamal undang-undang; PDRM, SPRM, SPR dan Peguam Negara telah diperkudakan sepenuhnya oleh sang penguasa yang rakus dan haloba.


Monday, October 19, 2009

Biduk Berlalu Kiambang Bertaut

Kedatangan Azmin disambut mesra oleh Azwan dan Mak Tom (Ibu mereka).

DI muka pintu rumah personaliti Azwan Ali, wajah ibu tercinta Mak Tom menunggu dengan penuh debaran kelibat anak tersayang, YB Azmin Ali.

Kedatangan Azmin, Ahli Parlimen Gombak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Naib Presiden PKR, ke rumah adiknya Azwan petang itu amat bermakna sekali bagi mereka anak beranak.

Manakan tidak, sudah 9 tahun kasih terputus dan jalinan tali persaudaraan yang bertaut kembali pada petang itu bagaikan sebuah episod jejak kasih.

Walau apa pun sengketa yang pernah berlaku, air cincang tidak akan putus...
Who's The Real Traitor?

Kemeriahan di rumah Azwan tatkala menerima kedatangan Azmin jelas membayangkan bunga-bunga sebuah keluarga bahagia

Azwan menyajikan nasi mintak untuk abangnya Azmin dan isterinya, Shamsidar

Azmin melahirkan rasa syukurnya dengan pertemuan hari ini sambil mengimbau apa yang pernah berlaku satu ketika dulu.

"Pada tahun 2000, waktu saya melakukan umrah buat pertama kalinya, saya memohon agar Tuhan satukan kembali kami adik beradik. Alhamdulillah setelah 9 tahun, doa saya dikabulkan. Saya rasa sungguh gembira dengan pertemuan ini.

"Sekarang kami seperti satu keluarga bahagia ...one happy family again. I miss this for some years. Sememangnya ini yang saya harapkan setelah insiden tahun 2000 itu... supaya keluarga saya jadi kuat dan bersatu," katanya dengan penuh makna.

Kata Azmin lagi, "Saya hargai pertemuan seperti ini sebab itu saya tolak undangan open house yang lain untuk hadir ke rumah adik saya. Saya ada 17 jemputan 'open house' hari ini. Saya terpaksa menolak undangan beberapa rumah kerana ingin datang juga ke rumah Azwan." - Foto dan berita ihsan Mstar


Respon DSAI terhadap Laporan Goldstone-Isu Palestin

Rakan-rakan,

Berikut adalah adalah respons DSAI terhadap Laporan Goldstone:

Saya menyambut baik keputusan Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang mengiktiraf serta menyokong laporan Goldstone. Laporan yang disediakan oleh Richard Goldstone, mantan hakim dari Afrika Selatan bersama tiga lagi rakan beliau mendakwa berlakunya jenayah perang di Gaza, samada ianya dilakukan tentera serta kerajaan Israel ataupun dari pihak Hamas sendiri.

Laporan tersebut juga menyarankan agar Majlis Keselamatan membenarkan Mahkamah Antarabangsa(International Court of Justice)mengendalikan kes tersebut sekiranya pentadbiran Israel dan Hamas gagal menunjukkan iltizam serta kesungguhan di dalam mengenalpasti serta menghukum dalang jenayah perang di Gaza.

Sekiranya saranan ini diterima, pastinya dapat mengembalikan keyakinan masyarakat Muslim terhadap kewibawaan Majlis Keselamatan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kelihatannya acapkali gagal mendapatkan keadilan buat rakyat Palestin serta orang awam lainnya.

Saya juga berpendapat ini adalah salah satu peluang terbaik bagi menggerakkan satu permuafakatan antarabangsa untuk memperkukuhkan peranan Mahkamah Antarabangsa sebagai salah satu forum sejagat yang disegani serta dihormati.

ANWAR IBRAHIM
Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, October 18, 2009

Antara ketuanan Melayu dengan ketuanan rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan UMNO melakukan pindaan perlembagaan parti semata-mata untuk kelangsungan hidup parti tersebut dan BN.

Menurutnya, ia dibuat untuk memberi gambaran kepada rakyat bahawa UMNO bersungguh-sungguh mahu membanteras politik wang sedangkan perkara lain seperti sistem kehakiman, polis dan media langsung tidak berubah.

“Walaupun mereka menukar polisi dan agenda parti mereka, bagaimana pula dengan sistem-sistem yang dikawal oleh UMNO-BN, semua ketua adalah dari muka-muka lama, contohnya seperti Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) yang dilantik semula, jadi perubahan apa yang mereka cakapkan?

“Oleh itu mereka sanggup buat apa sahaja demi kelangsungan hidup UMNO, kelangsungan hidup pemimpin-pemimpin UMNO dan memanjangkan sedikit riwayat hidup mereka,” katanya.
So, now who's the real traitor?
Selain itu, beliau turut menjelaskan UMNO sanggup melakukan perubahan tersebut kerana perjuangan rakyat yang dibawa oleh PKR dan PR selama ini telah menggerunkan mereka.

“Antara ketuanan Melayu dengan ketuanan rakyat, saya berdiri di sebelah ketuanan rakyat kerana perjuangan ini lebih besar maknanya.

Saturday, October 17, 2009

Majlis Jamuan Aidilfitri

Sesiapa yang ada kelapangan masa esok dipersilakan hadir ke Majlis Jamuan Aidilfitri seperti ketetapan berikut:

Jamuan Aidilfitri bersama Ahli Parlimen Serdang dan ADUN Bangi.


Tarikh: 18 hb Oktober 2009 (Ahad)

Masa : 2.00 ptg - 5 ptg

Lokasi: Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.
(Sebelah exit tol Bangi)

----

Rumah Terbuka YB Puan Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai.


Tarikh: 18 Oktober 2009

Lokasi: Kompleks Sukan Bangsar

Masa: 10.00 Pagi- 2.00 Petang

Who's The Real Traitor?


Rumah Terbuka Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan.


Tarikh: 18 Oktober 2009

Lokasi: Kelab Sultan Sulaiman Kg.Baru.

Masa: 2.00 petang – 5.00 petang


Deepavali: All Indian

A Deepavali Mood.




HallMark Of Indian

East Indian


Touch and Glow Indian
Salah satu cara untuk terus memikat hati isteri ialah dengan menghadiahkan pakaian dalam untuknya sebagai hadiah mengejut. Ramai suami hanya meminati tubuh isteri tetapi tidak mengambil tahu size pakaian dalamnya. Sebagai langkah pertama mari kita belajar apakah funsi coli atau bra. Baca di sini






South Indian




















True Indian

South Indian

Perfect Indian


Dark Dusky Indian



















Typical Indian

Friday, October 16, 2009

Happy Deepavali


Kerajaan Rakyat mengucapkan selamat meraikan Deepavali kepada semua sahabat beragama Hindu. Semoga persahabatan dan semangat setiakawan antara kita akan terus berkekalan dalam suasana penuh keharmonian.

Deepavali Valthukal



Thursday, October 15, 2009

Tiada Lagi Politik Wang Dalam UMNO

UMNO berjanji pindaan perlembagaan yang dibuat akan memastikan gejala politik wang dimatikan hingga ke akar umbi disamping menjadikan UMNO sebuah parti yang bersih dan dihormati rakyat.


Ahli UMNO yang paling setia. Cuba teka siapakah nama ahli UMNO ini

Amanat Dan Wasiat Perhimpunan Agung UMNO

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak mahu Umno dilihat sebagai parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit dan sebagai "parti cari makan" oleh mana-mana anggotanya.

"Persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauhjauh, mesti ditinggalkan," kata Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan dasar sulungnya selaku Presiden Umno pada Perhimpunan Agung parti di sini hari ini.

Betul sangat tu Tok. Kita mesti buang jauh-jauh persepsi lapuk tu. Kita pakai yang baru - "Parti Muntahkedarah Al Haramjadah"


Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pihak-pihak yang tidak sabar 'mentalkinkan' Umno sedangkan parti itu akan bangkit kembali sebagai organisasi yang lebih kuat dan berpadu selepas menghadapi cabaran.

Apalah Tok ni buat lawaklah pulak. Macam mana nak sabar keranda dah siap ni Tok.


Lubung kuburpun dah sedia menunggu.


"Umno tidak boleh lagi kelihatan sebagai parti yang hanya dilihat condong kepada satusatu pihak sahaja," kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan yang dihadiri oleh 2,500 anggota perwakilan.

Betul, betul sangat tu Tok, kita tidak boleh dilihat condong sebab kita sudah songsang.


Bantuan kepada orang Melayu tetap diteruskan kerana secara keseluruhan mereka dilihat masih lagi ketinggalan dan memerlukan bantuan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ini yang best Tok. Kita kena teruskan bantuan.



Satu untuk engkau.



Dua untuk aku.



Dua untuk engkau.

Lapan untuk aku.



Tiga untuk engkau.

20 untuk aku.


Mamposlah engkau.

Hiduplah aku.

Wednesday, October 14, 2009

Pakatan Rakyat: Merangkak Dalam Lumpur

Hebat sungguh gagasan yang telah digarapkan oleh tiga buah parti politik PKR, PAS dan DAP melalui gabungannya yang dikenali sebagai Barisan Alternatif yang kemudiannya ditukar kepada PAKATAN RAKYAT. Dibentuk menjelang pilihan raya umum tahun 1999, Pakatan Rakyat menggariskan beberapa matlamat dasar antaranya memberikan komitmen pembentukan pemerintahan yang telus dan berintegriti dalam pentadbiran. Menzahirkan pemerintahan yang adil lagi berwibawa. Tahniah..!! Hebat sekali wacana minda pemikir-pemikir bangsawan pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang untuk menggarapkan wawasan tersebut.

Setelah diberi nafas baru selepas pembebasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (sekarang Ketua Umum), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah daripada tuduhan jenayah pada 2 September 2004, Pakatan Rakyat menjadi semakin gagah dan bersemangat.

Monday, October 12, 2009

Bagan Pinang: Pendidikan UMNO. Pengajaran Buat PAS

Pertamanya tahniah saya ucapkan kepada UMNO/BN kerana telah berjaya dengan cemerlang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang. Namanya pertandingan, maka jangan dikisahkan kaedah apa dan bagaimana kemenangan itu dicapai. Matlamat pertandingan ialah untuk menang. Kotor atau bersih, jijik atau hina, itu bukan persoalan. Mungkin itulah amanat yang disampaikan kepada seluruh petugas UMNO/BN sepanjang tempoh berkempen di Bagan Pinang.

Pakatan Rakyat, nama yang diangkat dan julang hebat setelah pilihan raya umum ke-12 Mac 2008 dan dalam 7 pilihan raya kecil berikutnya, tewas kecundang dengan angka yang amat memalukan. Ya amat memalukan. Berilah apa alasan sekalipun, kecundangan calon Pakatan Rakyat bukan sangat disebabkan kehebatan atau kelancaran jentera kempen UMNO/BN. UMNO juga berdepan dengan masalah dalam mereka yang amat besar antara kem Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan, menteri besar Negri Sembilan.

Kekalahan Pakatan Rakyat yang telah mengangkat Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar sebagai calonnya banyak disebabkan oleh kelemahan Pakatan Rakyat itu sendiri, PAS terutamanya. Ya, terdapat segelintir pimpinan PAS sendiri tidak berapa bersungguh untuk memenangkan calonnya.

Kalian boleh saja tidak bersetuju dengan titipan saya di atas. Kalian bisa saja menuduh saya membuat andaian jangkal, tetapi sila luangkan masa untuk terus membaca.

Saya, insan kerdil yang menghabiskan masa di Bagan Pinang sejak hari pernamaan calon sehingga malam 11hb Oct. 2009. Saya memerhatikan dan menyaksikan dengan penuh insaf keriangan melampau dan dibuat-buat oleh penyokong UMNO/BN meraikan kemenangan mereka di dalam dan di luar Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson yang menjadi Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil N.31- Bagan Pinang. Peristiwa seperti itu kerap saya rasai dalam banyak pilihan raya umum dan kecil terutama di negeri kelahiran saya, Johor, pasca 1998.

Saya menerima keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dengan reaksi yang pelbagai. Sedih dan hampa. Gusar dan bimbang. Marah, geram dan memberontak. Adunan perasaan itu terlalu sukar untuk dititipkan dalam ayat tetapi ia bakal memberi impak besar kepada saya dalam mengharungi masa mendatang.

Pendidikan UMNO

Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga yang mampan dan jitu perjuangan serta fahaman idealisma UMNO, semalam menyakinkan saya bahawa tindakan meninggalkan UMNO sekitar 1998 adalah suatu hidayah besar yang ALLAH SWT kurniakan kepada saya serta keluarga.

Saya paparkan foto ini buat kalian:
"Bapak engkau kongkek mak engkau" - Sambil menunjukkan isyarat lucah, itulah jeritan pemuda berbaju putih, berkaca mata. Dia bukan India walaupun kulit Samy Vello lebih cerah darinya. Dia pemuda Melayu UMNO. Ya dia Melayu UMNO. Kita wajib asingkan antara Bangsa Melayu dengan Bangsa Melayu UMNO. Bangsa Melayu berhemah dan tinggi nilai bahasanya. Seperti mana kita wajib asingkan antara agama Islam warisan Nabi Muhammad SAW dengan Islam Hadhari bawaan Iman Abdullah Badawi yang bertuhankan UMNO


"Anwar kaki jubur, PAS kena jubur". Sambung pemuda UMNO itu.


"Betullah bapak engkau kaki jubur sebab tu engkau tak berani nak melawan". Pemuda UMNO itu terus membuat provokasi. Saya sungguh hairan anggota polis yang berpuluh berada di situ langsung tidak cuba berusaha untuk menghalang provokasi yang dilakukan berulangkali oleh pemuda-pemuda UMNO tersebut.


Insiden tersebut berlaku sekitar jam 1.00 tengahari di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Saujana

Sakit hati saya melihat gelagat Bangsa Melayu UMNO. Saya tinggalkan tempat itu dan bergerak ke

Saya tinggalkan kereta saya di depan Muzium Angkatan Tentera, berdepan denganKem Si Rusa dan berjalan hampir 500 meter ke Pusat Pengundian di Sekolah Kebangsaan Si Rusa.

Sekali lagi saya melihat dan mendengar hasil pendidikan yang diajarkan oleh UMNO kepada ahli-ahlinya. Kali ini ia terdiri daripada perempuan (saya tidak yakin mereka masih gadis, tetapi yakin mereka belum bernikah) Bangsa Melayu UMNO.
"Haa..!! mengaji lah, wirid lah. Jangan harap kau nak menang". Jerit sekumpulan perempuan Melayu UMNO ke arah penyokong PAS yang berada di seberang jalan.


"Bapak kau sama macam si Nuar, suka meliwat" Pekik betina no 3 dari kiri dan diikuti dengan wirid mereka beramai-ramai "Liwat-liwat-liwat. Liwat-liwat".


Sekali lagi saya dapati pihak polis menjadi penjaga garisan. Ya, polis hanya menjadi penjaga garisan yang memisahkan antara dua pihak.

Betina-betina Melayu UMNO di sini mendapat sokongan padu daripada pasangan mereka
"Dasar kaki liwat, main jubur". Kasidah daripada pemuda Melayu UMNO yang berkaca-mata hitam. "Jubur-jubur-jubur. Jubur-jubur". Wirid yang lainnya. Lebih mendidih darah saya bila melihatkan kalangan Melayu UMNO yang umurnya sudah lebih separuh abad di kemah belakangnya hanya memerhatikan gelagat anak-anak mereka yang ibarat iblis berpesta. Hati saya bermonolog 'Bapak Iblis melihat anak Iblis berpesta'.


Saya berbual seketika dengan beberapa anggota polis yang didatangkan khas dari Besut , Terengganu untuk menjadi penjaga garisan dan kemudian saya berlalu pergi kePusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Kampong Baru Si Rusa.

Saya sampai di sini kurang lebih jam 3.30 petang. Nyaman sedikit di sini. Penyokong UMNO mungkin ramai yang telah balek. Penyokong PAS amat berhemah dan tenang keadaannya


Terlihat banner gergasi tergantung berhampiran pintu masuk ke Pusat Pengundian. Saya pasti jika banner itu memaparkan lambang PAS, telah lama polis dan SPR mengarahkan ianya diturunkan. Apakan daya, ia milih parti diktator, UMNO. Polis pun tertunduk malu..!! Justeru tidak berpuas hati, saya maklumkan kepada sahabat saya,
Peter Chong, Setiausaha Sulit YB R. Sivarasa. Secara kebetulan beliau memantau proses pengundian di pusat tersebut mewakili MAFREL. "I told them (the police), but they says 'its ok, its off 500 meter'. Its their way". Saya amat faham tekanan yang diberikan kepada Peter.


Selesai di Sekolah Kebangsaan Kampong Baru Si Rusa, saya bergerak kePusat Pengundian di Sekolah Kebangsaan Teluk Kemang. Berita kekecuhan dan pertengkaran di sini telah saya ketahui melalui rakan-rakan. Insiden membaling batu, kayu dan botol yang dilakukan oleh Bangsa Melayu UMNO seolah-olah diberi premit oleh polis.

Semasa saya sampai trak FRU dan polis masih berbelas tersusun di pinggir jalan. Saya sempat berbual dengan Inspector Putri (bukan Puteri Bangsa Melayu UMNO). Ramah orangnya. Lembut tuturnya. Banyak ceritanya. Tidak dapat saya titipkan di sini. Terima kasih Inspector Putri.

Rumusan saya kepada pendidikan yang telah diberikan oleh UMNO kepada bangsanya bakal menjerumuskan bangsa Melayu dan negara ini ke lembah kehinaan dan kehancuran yang nyata. Budaya dicemarkan. Bahasa dihina-jijikkan. Perlakuan dilucahkan.

UMNO mendidik anak bangsanya menjadi rakus, lucah dan bacul. Orang tua yang berada dalam UMNO hari ini ibarat kain buruk yang layaknya untuk dibuat pengesat kaki. Fungsi dan peranan orang tua untuk menjadi pendidik dan penasihat telah pupus dalam UMNO. Segala perlakuan songsang, lucah dan khianat dibiarkan berlaku di depan mata mereka. Lebih buruk lagi apabila mereka pula yang mengapi-apikannya.

Inilah pendidikan UMNO dan hasilnya dipertontonkan di Bagan Pinang.

Pengajaran Buat PAS

PAS, sebuah parti yang tidak pernah saya sertai tetapi tidak pernah juga saya hina atau perlekehkan. Apabila PAS bergabung bersama PKR dan DAP dalam Pakatan RAkyat, saya mula memahami dengan lebih dekat corak gerakan parti Islam ini.

Bagan Pinang memberi satu pertunjuk betapa PAS tidaklah sekemas dan se'Islamik' seperti yang saya sangkakan. Saya tidak bermaksud merangkum keseluruhan parti PAS. Titipan saya lebih menjurus kepada apa yang terjadi di Bagan Pinang dan beberapa perkara yang berlaku dalam PAS di peringkat pimpinan pertengahan yang membantu secara lansung kemenangan bergaya UMNO/BN dalam pilihan raya kecil N.31 yang lalu.

Siang di Bagan Pinang saya habiskan masa berkenalan, mendengar cerita dan berita daripada masyarakat marhaen. Mereka yang bakal menentukan pemimpin yang mereka gemar atau terpaksa pilih. Mereka naive. Mereka jujur. Mereka iklas dalam memperkatakan sesuatu tanpa dipaksa. Mereka seronok bercerita bila saya terus melayan mood mereka.

Intipati daripada bicara bebas mereka yang dapat saya rumuskan sepanjang 8 hari di Bagan Pinang; masyarakat Melayu tempatan telah terbiasa dengan UMNO dan terasa terhutang budi dengan 'umpan' yang banyak ditaburkan oleh UMNO. Bakti UMNO belum tentu, tetapi janji UMNO amat memikat hati mereka.

Hati dan perasaan masyarakat Cina dan India ibarat dicincang lumat oleh pimpinan PAS bernama Hassan Bin Ali. Inilah pertualang. Inilah puaka jelmaan dalam PAS yang dipasak UMNO tetapi masih dibelai manja oleh pimpinan PAS bertaraf Timbalan Presiden.

Masyarakat Cina dan India terlalu terguris dengan beberapa tindakan dan ucapan Hassan Ali yang mana seolah-olahnya buta dan tuli bahawa kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat keseluruhannya baik dalam pilihan raya umum 2008 maupun 7 pilihan raya kecil berikutnya adalah hasil kerjasama erat dan padu daripada kedua-dua kaum ini.


Rumusan

Saya merasakan suatu tindakan drastik amat perlu diambil dalam organisasi PAS peringkat pertengahan. Selain keceluparan dan kebiadaban Hassan Ali terhadap kaum Cina dan India seluruhnya, sikap segelintir pimpinan PAS di kawasan Bagan Pinang sendiri amat mengecewakan. Komunikasi dan ko-ordinasi yang lembab dan bersifat negetif terlalu ketara. Pimpinan PAS kawasan Bagan Pinang (Jawatankuasa pilihan raya bahagian, dalam hal ini) cuba menunjukkan kesombongan mereka dengan tidak menghargai beberapa tawaran bantuan penceramah daripada rakan-rakan dalam Pakatan, DAP dan PKR. Hanya sekitar 2 hari terakhir barulah mereka mengatur jadual ceramah dengan menjemput pimpinan tertinggi PRK dan DAP. Walau bagaimanapun kesungguhan jentera pilihan raya DAP dalam membantu calon Pakatan Rakyat di Bagan Pinang amat jelas ketara.

Bila bacaan arus pengundi semakin menjauh dan tempoh berkempen semakin suntuk, panggillah pemidato hebat manapun, arus menolak semakin kuat. Benteng PAS semakin rapuh. PAS seakan terlalai, jentera UMNO bergerak mantap sepanjang 8 hari. Setiap hari ada saja menteri UMNO yang turun ke gelanggang. Setiap hari pengundi dijamu dengan janji. Setiap hari penduduk Bagan Pinang dihidangkan dengan impian. Setiap hari masyarakat tempatan diberikan harapan baru.

Akhirnya saya amat mengharapkan agar tindakan positif untuk masa depan WAJIB dilakukan segera dalam PAS. Mungkin ada pemimpin tertentu yang terguris hati. Mungkin ada juga yang merajuk pergi. Biarkan. Biarkan mereka pergi kerana itu lebih baik untuk menyelamatkan perjuangan parti PAS itu sendiri. Malahan tindakan pencucian dalam PAS adalah demi semangat setia kawan dalam perjuangan kita bersama PAKATAN RAKYAT.


Salaam Perjuangan.
Sofi - Kerajaan Rakyat


Nota: Kalian baca dan hayati buku ini dan kalian akan lebih mengerti matlamat pendidikan UMNO