Followers

Sunday, January 31, 2010

Dirogol lapan lelaki di Arab Saudi

JEDDAH: Lapan hari selepas tiba di Qatif, wilayah timur Arab Saudi, untuk bekerja sebagai pembantu rumah, seorang wanita Indonesia berusia 21 tahun yang dikenali sebagai Leni berkata beliau dirogol beramai-ramai oleh lapan lelaki bertopeng.

Polis Saudi kini mencari suspek selepas amah tersebut ditendang keluar dari sebuah kenderaan di depan sebuah hospital.

'Mereka membawa saya dengan sebuah kereta ke satu tempat yang tidak diketahui,' kata Leni kepada akhbar Al-Yaum dalam laporan yang disiarkan Jumaat lalu.

Menurut Leni, dua lelaki menyeret beliau ke dalam sebuah kereta bercermin gelap, yang di dalamnya ada tiga lelaki lain.

Leni berkata lelaki-lelaki itu membawanya ke satu tempat, kirakira 10 minit perjalanan dengan kereta, dari rumah majikan tempat beliau bekerja.

Beliau dipaksa masuk ke sebuah bangunan, tempat beliau berdepan dengan tiga lelaki lain.

'Mereka bawa saya ke sebuah bilik dan memukul saya. Mereka juga mengugut saya dengan pisau dan berkata mereka akan membunuh saya jika saya melawan,' kata Leni sebagaimana ditukil oleh laman berita Arab News semalam.

'Mereka kemudian merogol saya, seorang lepas seorang, dan mereka tidak pedulikan jeritan saya yang meminta tolong,' kata Leni.

Penjenayah turut merakam gambar beliau dalam keadaan bogel. Selepas itu beliau dihumban di depan sebuah hospital.

Leni berkata dia didekati dua wanita Saudi, dan beliau memberitahu mereka apa yang berlaku.

Kedua-dua wanita itu menghubungi polis yang kemudian membawa Leni ke hospital. -- Agensi.