Kalau baca Utusan tentu rasa loya tekak. Kalau baca BH tentu rasa hairan. Baca Kerajaan Rakyat pasti tidak loya sebab ianya fakta.# # Angkatan Muda Keadilan mendesak Kerajaan Pusat untuk tidak melindungi skandal penyelewengan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata kerajaan negeri Selangor berbelanja sekurang-kurangnya RM1.6 juta untuk menampung lawatan bekas doktor gigi itu dan seisi keluarga ke Disneyland.
Namun sehingga ke hari ini, tiada pendakwaan dibuat terhadap pemimpin Umno itu.
“Pada pagi ini, kita menghantar memo peringatan kepada SPRM Selangor berkenaan dengan lawatan ke Disneyland pada tahun 2004 dan 2007 oleh bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang mana kedua-dua lawatan ini dipanggil lawatan teknikal menelan belanja hampir RM1.6 juta,” katanya. KR - Ini bukti SPRM balaci Umno
# # Biro Politik PKR bersidang hari ini bagi membincangkan tindakan Zulkifli yang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti berhubung polemik kalimah Allah.
Setiausaha Agung PKR, Saifudin berkata kes ini akan dirujuk ke Jawatankuasa Displin PKR yang akan bersidang dalam masa terdekat.
Pihak jawatankuasa akan meneliti kes ini dan akan mengusulkan hukuman sewajarnya termasuk amaran, penggantungan atau pelucutan keahlian ke Jawatankuasa Kerja Pusat PKR. KR - Dah beri amaran dulu, tak payah gantung, lucutkan aje. PKR ni suka sangat menyimpan musang! Banyak keladak.
# # Polis dilihat sebagai cuba mengenakan tekanan terhadap keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyoal siasat isterinya hari ini,lebih dua tahun selepas siasatan ke atas tuduhan liwat dijalankan.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Keadilan terpaksa memberi keterangan sebagai saksi kepada Penolong Penguasa Polis Lily Choo atas arahan pihak atasan polis.
Tindakan polis itu mengejutkan dan menimbulkan pelbagai tanda-tanya kerana perbicaraan Anwar dijangka bermula pada minggu depan manakala siasatan telah siap dijalankan lama sebelum ini.
"Saya terkejut dan hairan kerana perbicaraan akan bermula seminggu lagi dan saya hanya dipanggil semula sekarang, dua tahun selepas siasatan diadakan," Azizah memberitahu pemberita.
Anwar berkata tindakan polis itu jelas untuk memberi tekanan kepada keluarganya menjelang perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 1 Febuari. KR - Biasalah anjing ikut arahan tuan beb!!!
3 comments:
Kah kah kah...
Dakwaan lawatan ke Disneyland je mana cukup???
Apa cerita banglo mewah???
Apa cerita skandal Bukit Botak???
Apa cerita balkis???
Apa cerita jam tangan jenama berharga RM56 K???
Apa cerita jeket berharga RM3 K???
Kah kah kah...
Itu baru sikit, banyak lagi yang tak tersiasat!!!
Kah kah kah...
SALAM SEMUA,
BRO Jai, BEETUL3.
IKHLAS,
Salam pada semua..terutama pada tuan sofi empunya blog...sekadar luahan...
Terlalu sedih dgn perlakuan pemimpin negara kerana terlalu tamakan harta sanggup menggadai kan hak rakyat dan amanah yang diberikan utk kepentingan hidup mereka sendiri...kenape xde sedikit pun rase belas dan kasihan pada rakyat....masih ramai lagi rakyat kite diluar sane...hidup dgn penuh kedaifan...sedangkan..para pemimpin sewenang wenang...menggunakan wang yg dicukaikan drpd rakyat utk kesenangan hidup mereka...mungkin penulisan@luahan ni..tiada ape makne buat pemimpin negara baik parti pemerintah atau sebaliknya...harapan nya nanti..akan ada 1 perubahan besar dalam kepimpinan negara...supaya nanti...rakyat tidak lagi akan ditindas..
yang benar dan yang baik itu datang dari Allah..Tuhan pencipta alam...
Post a Comment