Oleh Dr Syed Husin AliIsu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim masih berlarutan dan hangat lagi. Sebahagian rakyat marah, Kerajaan sudah kehilangan arah serta prinsip dan para pemimpin utama Umno pula ternyata kelamkabut (confused).
Seperti yang kita ketahui, kontroversi yang berlaku berpunca dari syarat yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas akhbar Herald, yang dikendalikan oleh sekumpulan Katolik. Dalam permit yang dikeluarkannya, KDN melarang akhbar itu menggunakan perkataan Allah.
Pihak Herald membawa larangan ini ke mahkamah dan berjaya mendapat kemenangan. Keputusan mahkamah menimbulkan rasa bimbang dan marah di kalangan ramai Muslim. Memang tidak boleh dinafikan bahawa sikap dan pendirian sebahagian mereka ikhlas, berhemah dan tulen.
Mengambil Kesempatan
Masalahnya, kemarahan dan kebimbangan orang ramai ini diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk pemimpin-pemimpin besar Umno. Mereka melihat isu ini boleh diperalatkan untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan mendapatkan bagi mereka sokongan dari orang (atau pengundi) Melayu.
Juga, para pemimpin Umno merasakan bahawa pelbagai matlamat lain boleh dicapai jika isu Allah ini mereka tangani dengan baik. Seorang menteri kanan Umno sungguh-sungguh yakin isu ini boleh meretakkan jikalau tidak memecahkan hubungan antara PAS dengan DAP dan menamatkan sejarah Pakatan Rakyat.
Selain itu, pimpinan tertinggi Umno melihat dengan memperalatkan isu ini mereka boleh menggerakkan sokongan golongan Melyu/Muslim dari semua peringkat. Mereka tahu isu ini dianggap dekat dengan hati orang Melayu/Muslim dan berharap akan tenggelamkan isu-isu seperti korupsi, salahguna kuasa, kehilangan enjen jet dan pembunuhan Altantuya.
Apabila Menteri membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah dan Perdana Menteri membenarkan demosnstrasi, isu ini menjadi lebih besar dari yang sepatutnya. Masyarakat Muslim semakin marah. Tindakan-tindakan extremis tidak dapat dikawal lagi.
Keputusan mahkamah hanya memberi kebenaran kepada Herald saja untuk menggunakan kalimah Allah. Malangnya ia dianggap boleh membuka jalan kepada seluruh masyarakat bukan Muslim – Kristian dan lain-lain – menggunakannya. Peluang untuk extremis memperalatkan isu ini semakin meluas.
Sikap dan tindakan Menteri mengambil keputusan untuk merayu di mahkamah dan membenarkan tunjuk perasaan sebenarnya bertentangan dengan Gazet Kerajaan sendiri, iaitu P.U. (A) 62 bertarikh 16 Februari 2009. Gazet ini menyatakan (1) Percetakan, penerbitan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan yang berhubungan dengan agama Kristian yang mengandungi perkataan “Allah”, “Kaabah”, “Baitullah” dan “solat” adalah dilarang melainkan jika di kulit muka depan ditulis perkataan “UNTUK AGAMA KRISTIAN”.
Pemimpin-pemimpin Kerajaan bercakap tentang perlunya menghormati undang-undang. Kenapakah mereka tidak menghormati gazet yang mereka sendiri keluarkan? Kenapakah sebaliknya mereka perlu mengambil sikap dan tindakan yang dapat digunakan oleh segelintir extremis – termasuk dari Umno dan media perkauman sempit yang dikuasainya – untuk mengapi-apikan sentiment perkauman dan agama di kalangan rakyat?
Sikap dan tindakan tidak bertanggungjawab Menteri dan Perdana Menteri ini berjaya, buat sementara ini, menenggelamkan isu-isu yang menghantui mereka selama ini dan membantu mereka meraih sedikit sokongan dari masyarakat Muslim. Namun mereka gagal melemahkan apatah lagi menghancurkan Pakatan Rakyat.
Pendirian PAS dan KEADILAN
PAS telah mengambil pendirian berprinsip yang sama dengan KEADILAN bahawa tidak ada larangan bagi golongan bukan Muslim menggunakan kalimah Allah. Pada masa yang sama mereka mengingatkan supaya golongan Kristian tidak menyalahgunakan kebebasan ini untuk kepentingan sendiri. Anwar Ibrahim, sewaktu menemui pemimpin-pemimpin gereja telah menegaskan lagi perkara ini juga.
Pendirian PAS dan KEADILAN diterima baik oleh DAP serta golongan Kristian dan bukan Muslim yang lain. Pakatan Rakyat tidak berpecah dan akhirnya hancur, seperti yang diharapkan oleh para pemimpin Umno, bahkan terus kuat dan mantap.
Perdirian berprinsip kedua-dua parti ini berdasarkan beberapa faktor, antaranya: (i) Tiada hukum dalam Quran atau Hadith yang mengharamkan bukan Muslim mengguna kalimah Allah, (ii) sejarah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim ini sudah lama berlaku, termasuk dalam zaman Nabi Muhammad (saw), dan (iii) kalimah ini luas digunakan oleh bukan Muslim di banyak kawasan termasuk di rantau ini, terutama Sabah dan Sarawak, dengan tidak menimbulkan apa-apa masalah.
Mereka yang tidak bersetuju mengemukakan hujah bahawa sungguhpun ada ayat-ayat yang tidak menegah tetapi ada juga nas-nas Quran yang dapat ditafsirkan sebagai melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah itu. Mereka berkata Quran hendaklah dilihat secara keseluruhan.
Sejarah memang tidak dapat dinafikan. Akan tetapi mereka berpendapat bahawa walaupun kalimah itu digunakan oleh tempat-tempat lain, ia tidak sesuai diguna oleh masyarakat di sini. Mereka berhujah rumpun Melayu mempunyai pandangan yang berbeza dan tersendiri disebabkan oleh faktor seperti bahasa dan budaya.
Apakah yang dimaksudkan dengan rumpun Melayu itu? Dari segi sosio-budaya, masyarakat Indonesia tergolong dalam rumpun Melayu. Juga masyarakat tradisional di Sabah dan Sarawak. Kenapakah di Sabah dan Sarawak, kerana pelbagai desakan, sekarang ini sudah diputuskan Kristian di sana boleh terus menggunakan kalimah Allah?
Kenapakah kebebasan ini diperluaskan lagi ke Wilayah persekutuan dan Pulau Pulau Pinang, kerana kononnya bukan Muslim lebih ramai? Mengapa dua peraturan dalam satu Malaysia? Bukankah ini pendirian politik yang sangat oportunis dan tidak berprinsip?
Hujjah Golongan Menentang
Ada beberapa hujah yang dikemukakan golongan yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim di negara ini. Antaranya: (a) Allah mempunyai makna yang khusus bagi ummat Melayu, (b) jika dibenarkan penggunaan kalimah ini dibimbangi lebih mudah orang Islam dapat dipengaruhi dan berubah ke agama Kristian, dan (c) ada anggapan bahawa wujud konspirasi atau sekurang-kurangnya strategi Kristian, khususnya Katolik, untuk menarik lebih ramai orang Melayu/Muslim dengan memperalatkan kalimah Allah.
Hujjah (a) dengan sendiri tidak bererti apa-apa apabila tiada keputusan yang sama bagi seluruh Malaysia. Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang diberi keistimewaan menggunakan kalimah Allah itu. Jadi tiada keseragaman atau sifat yang unik bagi seluruh Malaysia. Hujah ini menjadi lemah.
Mengenai hujah (b) pula, ini menunjukkan sesetengah orang Muslim tidak yakin kepada kekuatan iman sendiri. Memang benar ramai Muslim yang tidak kuat iman dan tidak dalam pemahaman serta pengetahuan mereka tentang Islam. Para ulamak dan pemimpin Ngo yang lantang mempertahankan penggunaan Allah untuk Muslim saja tidak aktif melakukan dakwah dan tarbiah di kalangan masyarakat Muslim untuk menanam iman dan mengukuhkan pengetahuan di kalangan ummah.
Mereka ini harus mempertingkatkan usaha dan jangan semata-mata menyalahkan pengembang agama lain yang lebih giat dan rajin. Jika mereka komited serta berusaha rajin, ada kemungkinan lebih ramai orang Kristian dan bukan Muslim lain akhirnya memeluk agama Islam pula.
Kita lihat di Sabah dan Sarawak, walaupun kalimah Allah sudah lama digunakan di geraja, namun boleh dikatakan hanya segelintir sangat kecil saja Muslim yang berubah agama. Salah satu sebabnya, walaupun kebanyakan Muslim tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang Islam, namun iktikad yang mereka pegang secara tradisional tidak mudah diubah. Mengapakah begitu takut? Bukankah Muslim majoriti di negara ini dan kedudukan Islam dipertahan oleh Perlembagaan?
Sebaliknya, dalam suasana kalimah Allah bebas dan luas digunakah, di Sabah dan Sarawak bilangan orang Kadazandusun dan Iban yang masuk Islam besar juga. Ini dalam keadaan hampir tiada dakwah dan tarbiah yang dijalankan oleh badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan. Fikirkanlah apa boleh berlaku jika ada rancangan dakwah dan tarbiah yang tersusun
Tentang hujah (c) pula, memanglah menjadi tujuan mana-mana untuk mengembangkan pengaruhnya. Tetapi kita harus ingat di negara seperti Indonesia, yang selalu disebut-sebut, agama Kristian berkembang bukan kerana penggunaan kalimah Allah yang tidak terbatas di sana. Faktor paling penting ialah kerja-kerja kebajikan yang mereka lakukan dan kesediaan para mubaligh mereka untuk hidup bersama-sama masyarakat tempatan, terutama yang di pinggiran atau pedalaman.
Tindakan Sepatutnya
Kenapakah di negara ini tiada usaha yang serius untuk mengukuhkan iman dan meningkatkan pengetahuan agama di kalangan masyarakat Muslim. Mengapakah lemah sekali usaha pendakwah Islam di kalangan Orang Asal, misalnya? Apa sebab Kerajaan tidak memberi bantuan lebih kepada pendidikan agama bahkan ada pula usaha hendak menutup sekolah agama? Mengapa Kerajaan tidak memberi lebih bantuan, terutama dalam bentuk kewangan, kepada pendakwah yang hendak mengembangkan Islam?
Sikap mereka yang benar-benar prihatin terhadap ketahanan dan perkembangan Islam bukanlah dengan menyalahkan golongan agama lain atau menyekat usaha-usaha mereka. Yang seharusnya mereka lakukan ialah berusaha dengan lebih kuat untuk berdakwah serta bertarbiah.
Mereka harus lebih giat menjalankan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat. Mereka sepatutnya mendesak Kerajaan supaya memberi bantuan serta peruntukan lebih besar kepada pendakwah-pendakwah dan juga kepada pusat-pusat pendidikan Islam di semua peringkat. Umno yang mendakwa sebagai pejuang orang Melayu dan agama Islam jelas gagal melakukan semua ini.
Sebenarnya, walaupun sekiranya ada strategi dan agenda tertentu yang dirancangkan oleh pihak gerja atau kuil, misalnya, gerakan mereka pasti dibataskan oleh undang-undang. Sebabnya, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan aktivis-aktivis dari agama lain dari Islam melakukan dakwah di kalangan penganut agama Islam dan menukar kepercayaan mereka.
Akhirnya, pihak gereja boleh melakukan sesuatu yang penting untuk mengendur bahkan menamatkan ketegangan kaum dan agama yang runcing sekarang ini. Alangkah baiknya jikalau pemimpin-pemimpin utamanya mengumumkan mereka tidak mempunyai sebarang niat atau strategi tersembunyi untuk menggunakan kalimah Allah bagi mengembangkan agama mereka.
22 Januari 2010
16 comments:
amirmhd,
when umno (THROUGH nazri botak) has to back-track....to FIT their politico-correct stance of using the term Allah in Sabah and Sarawak (for the Christians), the whole scheme AND game of selling Allah's name for umno's political game has just BEING CONFIRMED....
amir, lets put the BULL OF SHITS in perspective lah.....and dont talk about Islam anymore if you guys are TRUE BLUE little jews!....sometimes when I read sermons by the likes of you about hukum2 Islam....rasa nak TERKENCINGlah!....bukan takut....tapi geli!
The MIND!!!
p/s - and many2 now have to make zul nordin (the Latest umno's TUKANG KENCING!) their 'hero'!....umno is world champion in playing politics....justifying the end with whatever means (termasuk meLELONG nama Allah!)....as taught by the tokguru Yahud to the mamak kerala....since 1968....as CONFIRMED by the tokguru Yahud in his BIOGRAFY.......read lah woi....dont be shy lah....this is true story one lah....
"Kenapakah di Sabah dan Sarawak, kerana pelbagai desakan, sekarang ini sudah diputuskan Kristian di sana boleh terus menggunakan kalimah Allah?"
Kah kah kah...
Sebabnya bn dah terdesak la, apa lagi???
Parti dah tua, nyanyok dan nazak memang suka cakap berbelit-belit!!!
Kah kah kah...
Macam sekor penyokong umno si nazri pondan tua tu laaa...
Dah 'desprate' sangat sampai sanggup kata mahadey tubuhkan MARA.
Bila dicabar bagi bukti dia cabut lari sebab terbukti dia memang bodoh!!!
Kah kah kah...
LINK:
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2010/01/mind-isu-yang-mencabar-minda.html#comments
The Mind & Jai (2 org pencacai tegar KR PKR yg tak berapa faham isu):
Aku tak pernah persoalkan penggunaan kalimah Allah dr perspective undang2 dan syariah. AKu kata aku tak sokong dan aku bangkang dgn keputusan mahkamah membenarkan kalimah Allah digunakan di dlm Herald. Alasan2 dah aku kemukakan dulu:
1. Kenapa nak gunakan Allah sedangkan dlm Christianity tu memang dah diguna-pakai God/Tuhan? Dlm Bible ada guna "Allah" ke? Kalau xde maknanya ada maksud tersembunyi kenapa Herald bermaksud menggunakan "Allah".
2. Adalah menjadi cara mubaligh2 kristian mengajak org2 Melayu menganut kristianiti dgn meletakkan persamaan Islam dan kristianiti. Bayangkan kalau satu masa nanti dalam 2-3 generasi akan datang bilamasa ada sebutan2 "Bible/Kristian juga sembah Allah, sama mcm Islam. Jadi tiada beza kristian dan Islam" - banyangkan anak2 cucu2 ko The Mind & Jai memeluk kristianiti kerana terhasut dgn ayat2 ini (tp apa nak heran, The Mind dah memang talibarut Jew dah pun...).
kalau UMNO nak ambil kesempatan politik atas isu ni samalah jugak mcm PKR PAS nak ambil kesempatan politik dlm isu ni. Bukan ke dgn PKR PAS menyokong penggunaan "Allah" ni dapat meraih undi/sokongan bukan Melayu/Islam? PAS yg memperjuangkan negara Islam tu, yg boleh mengkafirkan org tu sanggup menyokong isu ini? Takke itu bermotifkan politik? PKR jgn citerlah memang lambang parti pun dah ikut Freemasion so x heranlah PKR akan dgn lantang menyokong.
So The Mind & jai yg tak berapa faham isu dan (suspected) menjadi tali-barut yahudi memecah-belahkan Melayu, insaf2lah.
Kah kah kah...
Woi amirmhd pencacai UMNgOk!!!
Setidak-tidaknya aku mengaku atau menunjukkan kepada umum yang aku ni penyokong PR-PKR, bukan macam engko yang mengaku bebas tapi kepala otak diselaputi biru karat UMNgOk!!!
Kah kah kah...
Woi amirmhd pencacai UMNgOk!!!
Aku ada buat apa2 kenyataan tentang isu penggunaan kalimah Allah sebelum ni ke???
Kalau ada sila buktikan!!!
Yang ko dah meroyan tak tentu pasal tuduh aku itu dan ini kenapa???
Kah kah kah...
Woi mangkuk!!!
Aku dah kata ini isu agama, dan aku serah isu ini pada pakar dalam agama, paham tak lol???
Nampaknya ko yang tak paham isu atau ko memang spesis yang suka menuduh tak tentu pasal!!!
Kah kah kah...
Aku tau kenapa ko meroyan???
Pasal ko dah tak mampu nak jawab apa yang aku katakan di sini:
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2010/01/mind-isu-yang-mencabar-minda.html#comments
Kah kah kah...
Salaam semua,
Kenapalah lemah sangat minda amirmhd. Pokok persoalan sekarang ialah Umno (parti sanjungan kamu, tetapi kamu MALU untuk mengaku) telah dengan sengaja mencetuskan polimik dalam isu "ALLAH" ini.
PAS dan PKR menerangkan perkara yang hak berlandaskan nas.
PAS dan PKR tidak perlu membesarkan isu seperti ini untuk meraih sokongan Melayu kerana Melayu dan rakyat Malaysia terbanyak semakin tahu dan faham segala penipuan dan tektik politik jijik yang diamalkan Umno selama ini.
Salam bro Sofi.
Otak si amirmhd pencacai UMNgOk tu memang lemau, macam biskut kering masuk angin!!!
Agaknya Hakim Lau Bee Lan tu kakak dia kot???
Sebab tu dia ingat benda2 macam ni TIADA unsur2 permainan politik pihak2 berkepentingan untuk menarik sokongan melayu???
Lemau punya amirmhd pencacai UMNgOk!!!
Kharghhh... Tuihhh...
Kah kah kah...
Mungkinkah peristiwa seperti dibawah berlaku?...
A non-Muslim man came home from work and his children ran to him and called out “Ayah! Ayah!”
His Muslim neighbour got very upset and said to him, “Can you please tell your children not to call you ‘Ayah’?”
The man asked, “Why?”
The neighbour retorted, “Because my children call me ’Ayah’ too. They might get confused and mistake you to be their father.”
moral of the story: lu fikir anak2 muda kita BODOH seperti kau ke? tak tau beza siapa pulak bapak mereka?....kah kah kah.
salam bro jai,the mind,storm 62
aku setuju dengan komen anda semua. saudara amirmhd itu dah ketandusan idea.
kepada storm62,
Komen anda seolah2 anak2 anda berfikir seperti anda pada hari ini. Harus di ingat kanak2 akan menerima APASAHAJA yang di beri tahu oleh kita kepadad mereka, jadi jangan terkejut kalau mereka bertanya kepada anda "Tuhan ayah tuhan yang mana satu?"
Ada kah anda telah sediauntuk menjawab dari segi syariat, tarikat , tauhid dan tashdid nya?
Atau anda sendiri masih tercari-cari jawapan dari soalan ini?
alo CIK anon 12.20...
tulis ajer nama ko amirmhd....jangan jadi bapuk siamlah oi!
The MIND!!!
amirmhd,
lu risau ke anak2 tanya siapa tuhan lu....
beb, kalu idup lu buat kerja2 Allah sebagai KhalifahNYA di bumi ini dengan Amanah dan Ikhlas, Allah sendiri akan jaga AQIDAH anak, cucu, cicit, piut2 lu lah oi....tak payah nak risau dengan puak kristian2 tu....
lu pasai idup lu SERVE umno and mamak IN TOTALITY, pasal tu lah lu risau....takut....kecut....Orang Islam sepatutnya jadi KEGERUNAN musuh....pulak lu, sudah terbalik!.....pasal apa beb....lu TERLALU MENGAGUNGKAN yahud....maka lu terlalu taksub dengan kekuatan fizikal musuh!....
Islam ada hidden army lah beb......ini Allah sendiri janji.....kena tahulah....kalu nak tahu, buatlah kerja2 yang Allah suruh dulu.....buat kebaikan, cegah kemungkaran....baru betul beb....dan Allah JAMIN akan pelihara diri lu jugak!....
ini lu tiap2 ari nyonyot kote umno....abis telur lu pun kecut!.....apalah nilai muslim lu beb.....macammana nak bela Islam kalu teluuuuurrr sudah kecut!.....
mir, you are clouded with political antics of you mamak as advised by his tokguru yahud.....and you can never see the true light that Allah owns......
lu semua hanya teraba2 dalam kegelapan siang!.....PROUD umno's BALACI for life!......sesat beb!
The MIND!!!
The Mind:
kesian aku kpd ko ni The Mind... otak ko tu dah so corrupted dgn ideologi metodologi yahudi sampai ko tak tau nak beza mana yg baik mana yg tak baik, mana manfaat mana mudharat.
Muslim digeruni bila Muslim kukuh beb, imannya amalnya. Lu ingat Muslim zaman Rasullullah and Khulafak Rasyidin tu kena tindas ke beb? Kukuh serba serbi beb, ekonomi Muslim lebih teguh dan kukuh dr yahudi dan nasrani beb. Apasal Muslim dlm Msia ni x digeruni beb? Pasal dahlah ekonomi x dikuasai ni kuasa politik pun nak digadaikan beb... tu sebab non-Muslim pijak2 kepala Muslim dlm Msia ni beb. Lu tgk parti politik yg katanya perjuangkan islam pun hina bangsa dan agama sendiri utk kepentingan politik beb.
Lu tgk diri lu sndri la beb, sanggup hina dan cerca Mlayu/Muslim sebab apa? Sebab sifat benci atas kejayaan dan pencapaian Mlayu/Muslim beb. AKu rasa ko ni ANwar Ibrahim la beb, menulis sebagai The Mind utk menghasut Mlayu golongan muda bencikan pemimpin2 Mlayu. Aku yakin ko ni sebenarnya Anwar Ibrahim beb, menulis dgn giat utk mendakyahkan objektif yahudi beb...
Baguslah kalu ko percaya Islam ada hidden army beb, suruhlah keluar cepat2 pertahankan bumi Muslim mcm Palestin, Iraq, Afghanistan. Pertahankan Msia ni dr kegiatan yahudi mcm lu ni beb...
Lu jgn lupa sejarah beb, anak2 nabi anak2 ulama pun ada yg tak jadi orang beb... jangan lupa, lu doa banyak2 anak2 cucu2 lu hidup Muslim mati mukmin beb. Tapi dgn cara lu pikir dan usaha pengaruh yahud lu tu wa rasa lu nak mati nanti payah beb... org2 yg usaha menyesatkan ni memang banyak ditunjukkan mati susah dan seksa. hati2 beb, satu hari nanti kita semua akan mati...
ada olang jalan senget....maka otak senget jugak...
adake dia kata aku DSAI?....wah hebat gua beb!
dia cegita sejarah Islam zaman nabi dan zaman Khulafa Rasyidin!....dia ingat zaman tu jadi macam biskut chipsmore?...
Oi ngok, 13 tahun Nabi Muhammad saw di TINDAS di mekah....dihina....disekat....ada di bunuh....diperangi....beb....masa tu si JAHILIYAH mekah tu sembah patung beb!....
Nabi berhijrah ke Madinah....another 10 years barulah Islam menang!....ko ingat 23 tahun tu nabi dan sahabat2 duduk main dam bawah pokok cheri ajer ke?. Mereka buat kerjalah oi....kerja selaku Khalifah Allah di bumi ini....membuat kebajikan/kebaikan dan mencegah kemungkaran....itulah kerja yang mereka buat sehingga iman mereka mantap...ilmu mereka tinggi...dan baru mereka Allah izinkan menawan Mekah!....
Hari ni, umno buat sial...kemungkaran berleluasa...tajaan umno....pulak tu, silahanat2 macam ko orang tak abis2 juak si penipu tu....sampai posing depan kaabah pun sanggup dibaut HANYA untuk menunjukkan islamnyer mereka!.....
umno tak buat kerja khalifah Allah....mereka bela freemasons.....mereka guna Yahud sebagai penasihat politik DAN image maker!....bayar Yahud ni untuk bela Islam ke?.....
Sultan2 umno suap....samapai tak terkata lagi sultan2....mufti2 penasihat agama sultan2 umno jadikan jurucakap kebathilan umno......
tiap2 hari hal sial umno dan kuncunyer tersiar...lepastu senyap2 tutup...SPRM, PDRM, SPR, dll semua jadi UMNO's RUNNING DOGS.....mir, ni Islam ke?. aku nampak semua yang terpapar oleh KERA ja an umno ni lebih yahudi dari yahudi!
malu ajer lah dengan orang bukan Islam kat malaysia nih....pasal tu mereka berani main kita...mereka suap, umno telan ....dia bagi lagi, umno ambik....lama2 kan mir, naik LENGOH tangan cina dan india2 tu....umno mintak dengan lidah terjelir!.....sampai air liur meleleh lah beb!.....la ni, sudah tak malu lagi melayu menagih rasuah!
bila udah makan rasuah siang malam, bagi pulak anak2 serta isteri pertama, kedua, dan pompuan simpanan makan hasil haram tu.....maka lahirlah generasi melayu yang kita boleh lihat kini....ada wakil rakyat umno, bini cium mamat lain.....nazri kata takde apa2!.....
mir, inilah usaha umno yang tinggi sangat semangat nak bangunkan melayu ni?....apa hasil nya?....KEHANCURAN DAN KELEMAHAN BANGSA.....benda nyata ni tak mengaku....pulak tu pusing blame orang lain.....
mir, tu perangai LAHANAT ibni MUSIBAT lah!....macam lu!....
The MIND!!!
what goes around comes around!.....this is what you said amir!
bila sudah guna Yahudi selaku penasihat, mengakulah!....bila aku sebut mamak tu udah guna Yahud sejak 1968, kata aku tipu...tapi buku tokguru yahud tu sendiri yang mengiyakan nya....lu cerita apa sial?
macam yahudi jugak lu....buat sial, kata orang lain buat!....kalu aku ni yahudi bela, aku tak tulis lah gaya ini....aku membangkitkan kesedaran atas ilmu yang aku ada....supaya manusia terjaga dari dodoi penipu harami yang berposing depan kaabah tu lah!....
aku tulis bukan barulah baruah....anjing upahan umno yang macam ko2 nilah yang menjahanamkan bangsa dan agama Islam.....bacalah komen2 ko....dan bezakan konsistensinya dengan penulisan aku....aku tulis sejak 1996 berdebat dengan jews dalam Washington Post, Jerusalem Post, Haaretz....ni semua suratkhabar Yahud lah bongok....
argumen ko sama ajer trendnya macam yahud2 yang dulu2 yang aku berdebat....bila sudah tertanggal seluar, pusing tuduh orang lain jahat.....
seperkara lagi....ko macam mempermainkan ajer istilah tentera Allah yang ghaib itu eh.....ini adalah satu sifat nyata munafik.....mereka terlalu biadap terhadap Allah!.....mereka menidakkan kuasa Allah!.....for that please refer to Surah Saba. ayat 34.5.....please keep this number on your forehead!
amir.....you failed to live to your good name!...coz you have made the enemies of Allah as your TRUSTED advisors and dear friends!...
The MIND!!!
p/s - Bro sofi....mamat loklak ni kata aku DSAI!...boleh bro tulunggg nyatakan perkara ni as the blog owner.....bukan apa bro, mamat ni udah loklak....hilang akai agaknyer!....udah putus idea....atau putus HAID!!!...
kekekekkekekkkk!
amir,
when I wrote in sjsandteam....the world over, I got comments that supports truth ......
you dont have to try very hard to write to make others believe your concocted theory from your jewish infested brains......only someone who has worked with jews in the USA (as you have proudly declared here few weeks ago) is capable of writing and alleging as what your are doing now.
It is indeed shallow for you to try that jewish game....and most shameful of you if you have proudly said that you have worked much overseas attending conferences.....
malu lah aku dengan melayu(?) macam ko ni.....
The MIND!!!
p/s - mir, I am already scheduled to meet Bro Sofi....we have been delaying this meeting as we both are busy!.....
tadi aku ketawa berguling2 atas karpet bila baca ko kata aku DSAI.....ni baru duduk semula atas kerusi....serius beb!....ko bior betullah mat....gua tengok lu udah loklak!....
Is this the ONLY strategy you guys can think off....and are proudly doing to question my legitimacy and originality?.....mir, very jewishlah you and your fellow cohorts brains ...as I see ...are made off!
amirmhd,
muka lu sudah cukup merah?
hidung lu sudah meleleh?
telinga lu sudah cukup sebal?
jari lu sudah ketaq?
kepala lutut lu sudah ketaq?.....marah?
kalu belum, sat lagi gua punya soldadu nyata (bukan yang ghaib tau!) akan tambah!.....Bro Jai, Bro Storm62, Bro Fidel Castro, Bro Tropic thunder (ini bahaya beb....hangus lu nanti!)...pemuda JB, wak...
mereka semua akan bagi lu tak bole tido sebulan nih....
The MIND!!!
Post a Comment