Penjelasan PKR Mengenai Isu Kalimah “ALLAH”
–Kenyataan Akhbar–
Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.
Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.
Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:
“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).
Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.
Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:
“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64).
Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya (Al Nahl: 125 dan Al Ankabut:46).
Sekian. Terima kasih.
Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
05 Januari 2010
–Kenyataan Akhbar–Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

5 comments:
rakyat malaysia yg beragama islam cukup kesal dgn sikap pembangkang krn memperlekehkan dan mempersenda tindakan lantang Umno utk mempertahankan kalimah 'Allah' yg mana hanya boleh digunakan oleh orang islam sj.rakyat malaysia yg beragama islam juga yakin ape yg diperjuangkan oleh Umno adalah utk menjaga nama baik islam dan BUKAN UTK KEPENTINGAN POLITIK.menurut statistik bancian yg dijalankan beberapa hari yg lepas, hampir 80% rakyat malaysia yakin yg Umno BETUL-BETUL IKHLAS MEMPERJUANGKAN ISLAM dan bukannya mengambil kesempatan hasil drpd kehangatan isu kalimah 'Allah' ni utk kepentingan politik.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Islam itu dibina di atas iaitu syahadat atau naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa seungguhnya Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah. Kedua ialah mendirikan sembahyang fardu lima waktu. Ketiga ialah berpuasa sebulan pada bulan ramadan. Keempat ialah membayar zakat dan kelima menunaikan fardu haji ke Mekah bagi yang berkuasa".
Hadis tersebut merupakan satu hadis yang sangat penting yang membcarakan tentang Rukun Islam yang lima yang wajib diketahui dan dipatuhi serta diamalkan oleh setiap orang yang mengakui dirinya seorang Islam.
Rukun Islam yang lima itu merupakan asas bagi keislaman seseorang. tidaklah sempurna keislaman seseorang itu selagi rukun-rukun yang lima ini diabaikan.
oleh yang demkian, tidak wajar kiranya orang bukan Islam HANYA menggunakan kalimah Allah sebagai tuhan semata-mata sedangkan mereka tidak menyembah ALLAH SWT dan mengamalkan suruhanNYA. Ini bukan isu politik sebaliknya merupakan isu agama. Kita tidak seharusnya menuding jari menuduh pihak lain mempunyai agenda lain seperti ingin mejadi jaguh dalam mempertahankan agama. Sepatutnya kita sebagai penganut agama suci Islam berganding bahu menangani konflik ini. Bayangkan sekiranya orang bukan Islam yang mengunakan kalimah Allah sebagai tuhan mereka boleh memesongkan akidah umat Islam yang lain yang cetek imannya di mana meeka berpendapat tuhan Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain agama juga adalah ALLAH sedangkan mereka tidak menyembah ALLAH SWT sebaliknya hanya menggunakan kalimah Allah sahaja. Golongan ini akan bebas menganut agama selain Islam kerana berpendapat semua agama adalah sama.
Renung-renungkan. Saya tegaskan sekali lagi, INI ADALAH ISU AGAMA, JANGAN CAMPUR ADUKKAN DENGAN ISU POLITIK. MARILAH KITA BERSAMA MEMELIHARA KESUCIAN AGAMA KITA.
Salam,
Isu ini suatu rahmah kerana ia mengingatkan umat Islam supaya kembali kepada ajaran Islam. Bagaimana masyarakat nak pakai kata - kata mereka yg ridak menampakkan mereka itu Islam? Bercakap tentang isu ini dengan aurat terdedah seperti yg berlaku di NTV7 baru baru ini dimana pengacara dengan selamba berkata "I am a practising Muslim" walhal ketika itu dia memakai skirt paras lutut yang hampir (sebenarnya dah pun)kelihatan pahanya. Itu identiti pengamal Islam?
Di luar sana termasuk yg sibuk 'memperjuangkan' hal ini turut terlibat dlm rasuah, arak dsb yang jelas bertentangan dgn Islam, yang itu tidak penting ke? Bagaimana nak percaya pada mereka yg bergelumang dengan rasuah PKFZ, Scorpene, enjin jet hilang dan pelbagai lagi? Lagi sekali yang itu tak penting? Dah ada fatwa, cukuplah dan Dr. Asri Z.Abidin berpendapat yang penting kini wujudkan undang - undang sekat penyalahgunaan kalimah itu.
Cukup hairan dengan perangai mereka ni yg berkobar - kobar konon nak perjuangkan isu ni tetapi lupa perkara lain yang jadi tunjang agama misalnya cium tunang boleh sebab ia moden! (Saya takkan lupa ayat ini daripada seseorang)
Nazrina Kembang Semangkuk said...
rakyat malaysia yg beragama islam cukup kesal dgn sikap pembangkang krn memperlekehkan dan mempersenda tindakan lantang Umno utk mempertahankan kalimah 'Allah' yg mana hanya boleh digunakan oleh orang islam sj.rakyat malaysia yg beragama islam juga yakin ape yg diperjuangkan oleh Umno adalah utk menjaga nama baik islam dan BUKAN UTK KEPENTINGAN POLITIK.menurut statistik bancian yg dijalankan beberapa hari yg lepas, hampir 80% rakyat malaysia yakin yg Umno BETUL-BETUL IKHLAS MEMPERJUANGKAN ISLAM dan bukannya mengambil kesempatan hasil drpd kehangatan isu kalimah 'Allah' ni utk kepentingan politik.
Kah kah kah...
Woi setan!!!
Ko ni orang islam ke???
Kalau ko orang islam ada ke orang islam sanggup berkata sebegini:
Nazri said...
kita patut open minded sikit.jgn hanya krn isu remeh temah spt numbor ekor pun nak diperbesar-besarkan.Indonesia yg merupakan negara yg mempunyai rakyat yg beragama islam teramai di dunia pun tak menyekat kebebasan rakyatnya yg bukan beragama islam utk berjudi.malah ramai juga dikalangan penyokong Pas yg membeli toto ataupun numbur ekor juga.
November 13, 2009 12:36 PM
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2009/11/si-bebal-di-ngookkan-oleh-si-bahalol.html#comments
Kah kah kah...
Islam apa ko ni???
Islam kapal selam???
Kah kah kah...
Woi iblis!!!
Ko tak payah nak tunjuk alim la sebab perangai ko tak ubah seperti 'telunjuk lurus tapi kelingking berkait'!!!
Sikap munafik dah jadi pegangan hidup engko!!!
Kah kah kah...
hmm...x boleh kata juga...sbb...Allah mmg digunakan dlm kitab mrk...bg syla kn...pkir cm ne nk atasi soal murtad yg berleluasa skg ada faedahnya...media...hiburan...sosial...gunakan kuasa politik anda..gunakan..
Post a Comment