Followers

Saturday, January 30, 2010

PAS & PKR Ibarat Gagak Makan Bangkai

Berpuluh tahun PAS berjuang dengan slogan gahnya untuk menegak dan memartabatkan kesucian dan keagongan Islam. Malahan PAS pada satu ketika menyuarakan matlamatnya menegakkan negara Islam. PAS menghukum sesiapa sahaja yang menentang perjuangan 'Islamik'nya dengan kupasan nas dan hadith yang dijaja melalui siri ceramah, risalah dan kaset.

PAS menghukum Umno sebagai parti yang tidak demokratik dan tidak Islamik apabila media arus perdana dijadikan sebagai alat propaganda kerajaan. PAS mengkritik dan membidas Umno apabila hak rakyat untuk bersuara dan menegur pemimpin dinafikan oleh parti itu.

Saya selalu mendengar ceramah PAS. Saya juga kerap mendengar ceramah Umno Antara PAS dan Umno tiada bezanya dalam membudayakan ceramah maki hamun. Mungkin ini ilmu yang dapat dikutip oleh Aduka Taruna. Syabas PAS. Tahniah Umno..!!

Kebelakangan ini PAS semakin matang, malahan semakin terserlah keberaniannya. PAS telah banyak belajar melalui pengalaman. PAS memerhati dan mula faham bagaimana Umnodapat terus berkuasa sekalipun rakyat tercengkam, budaya bangsa dikhianati, perlembagaan dinodai malahan agama dikuis ke tepi.

PAS mulai sedar, rakyat dan ahlinya 'bolih' dibahalolkan demi menghalalkan perjuangan pemimpinnya.

Andainya Umno adalah bangkai yang semakin membusuk, maka PAS tiada bezanya dengan PKR - ibarat gagak yang memakan bangkai.
Budaya wala' terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali berhadapan perbalahan secara terbuka. - Khalid Samad
Tahniah kepada YB Khalid Samad...!!! Saya yakin rakyat lebih faham perjuangan ikhlas saudara yang sedar akan kehadiran gagak pemakan bangkai.




2 comments:

wak said...

wak ucap salam

kasi tau wak bapa eko gagak tu.biar wak tembak kasi mati

Rahman said...

okr apa kurengnya.berceramah semata2 nak bebaskan peliwat tegar.dosa beso tu....