Keputusan 31 Disember tentang penggunaan kalimat Allah oleh Mahkamah Tinggi menutup tirai tahun 2009 dan membuka 2010 dengan penuh kontroversi. Mungkin tidak sehebat jet engine hilang atau gula naik 20sen. Tetapi isu ini telah menjadi sepak mula arena isu di negara ini semenjak 1 Jan lagi.Saya boleh memahami mengapa ianya menjadi isu yang menarik, kerana di Malaysia apa sahaja yang berbau sensitif pasti akan menarik minat pihak tertentu, apatah lagi pihak tertentu mempunyai agenda tersendiri dalam keadaan mereka mendapati diri mereka sempit dan tidak boleh bernafas dengan kemunculan wajah baru politik Malaysia.
Malangnya ramai yang menjadi mangsa kepada golongan desperado ini. Walaupun mangsa golongan tersepit yang menggunakan isu kalimah Allah ini untuk survival politik mereka dieksploitasikan namun, garisan penghujahan jika diteliti berbeza antara yang berkepentingan dan mereka yang melihat secara objektif dalam permasalahan yang timbul.
Saya meneliti garis penghujahan yang menentang keputusan Hakim Lau tempoh hari mempunyai rasionalnya tersendiri dan perlu diambil kira pandangannya. Apa yang saya tidak berminat untuk melihat ialah pihak tertentu yang hanya mengambil kesempatan dengan apa yang ada dan sekaligus menunjukkan sikap hipokrasi mereka dan double standards yang memualkan lagi menjijikkan.
Kerana golongan hipokrit ini bahaya kepada pembentukan masa hadapan politik Malaysia saya terpaksa dedahkan topeng sebenar mereka yang jelas tidak konsisten dalam “perjuangan” mereka.
Antaranya ialah golongan inilah yang yang satu ketika dahulu pernah mencadangkan supaya nama Islam dibuang dari dikaitkan kepada mana-mana pertubuhan kerana “menggunakan Islam” untuk kepentingan. Cadangan ini menjadikan umat Islam marah kerana menganggap nama Islam itulah yang memberikan keistimewaan sesebuah pertubuhan untuk dikenali identitinya, sama jika ianya sebuah pertubuhan yang identitinya Kristian atau Buddha.
Alhamdulillah, Raja-Raja Melayu menolak cadangan ini bahkan menggalakkan supaya nama Islam dalam pertubuhan digunakan. Asal cadangan ini kerana mereka mahu mengharamkan PAS dari menggunakan nama yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu Parti Islam Se Malaysia, mungkin mereka cemburu kerana Umno tidak ada sinonim itu.
Golongan ini jugalah yang tanpa merujuk kepada Majlis Raja-Raja dan Persatuan Peguam Syari’e serta para ulamak tergesa-gesa membuat keputusan tentang hak penjagaan anak yang ibubapanya tukar agama mengikut agama asal ibu-bapa. Arahan ini adalah satu kebiadaban kepada undang-undang yang sedia ada kerana mereka telah mencampuri urusan Legaslatif yang tidakpun dibawa untuk berbincang.
Akhirnya Raja-Raja Melayu menolak untuk dibawa ke perbahasan kerana ia bertentangan dengan enakmen-enakmen yang tersedia ada di negeri masing-masing dan bertentangan dengan kehendak perlembagaan.
Begitu juga golongan ini yang menjadi parti pemerintah di peringkat Federal, masih belum mampu “menyebat” Kartika yang sudah puas menanti bilakah dia akan disebat, mereka mempertahankan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam, tetapi peruntukan undang-undang Islam yang sedia ada iaitu sebatan enam rotan ke atas Kartika yang rela disebat pun hingga hari ini tak dapat dijalankan?
Berlatarbelakangkan sikap golongan opportunis ini, seseorang tidak dapat menahan diri untuk bertanya mengapa kali ini mereka seolah-olah menjadi juara pula nak mempertahankan kalimah Allah supaya tidak boleh digunakan oleh bukan Islam, bukankah usaha satu ketika dahulu membuang nama Islam kepada pertubuhan satu cadangan yang lebih teruk daripada isu kalimat “Allah?”
Kalau melarang bukan Islam menggunakan perkataan Allah, apa halnya melarang orang Islam sendiri untuk menggunakan nama Islam kepada pertubuhan mereka? Kalau mereka mendakwa nama Allah akan menghina umat Islam, apakah yang lebih hina kalau peruntukan syariat yang dah sedia ada pun mereka tak dapat laksanakan?
Jika mereka mendakwa penggunaan itu akan menimbulkan keadaan tidak sihat, apa pula yang sihatnya kalau Kabinet dari parti sempit ini melanggar sempadan Legaslatif tanpa dibawa perbincangan?
Manakala garis penghujjahan seolah dilihat sama oleh mereka yang menentang penggunaan kalimat Allah, tetapi jelas matlamat dan kesempatan yang dicari darinya berbeza. Saya memahami beberapa argumen dari PGSRM, contohnya, begitu juga JIM dan Abim, mereka ini berhujjah secara objektif dan jauh dari penghujjahan golongan sempit perkauman dan provokatis dan mereka yang sama waktu dengannya.
Respons kepada keputusan Hakim Lau secara spontan dibalas dengan logic perundangan. Saya memahami intepretasi artikel 3, artikel 11 (4), 12 (2), 130 dan 121 (1A), bagi saya itu adalah aspek penghujahan berperlembagaan yang praktikal dan ada local standinya. Terpulanglah sejauhmana hujah rayuan nanti yang akan dinilai secara perundangan dengan ruh perlembagaan dan adat resam sebagai latarnya.
Bagi saya kumpulan ini hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab cuba memahami intepretasi peruntukan Perlembagaan dengan cara yang professional. Ini akan membantu mematangkan kefahaman kita kepada Perlembagaan Persekutuan yang sifatnya sentiasa terdedah kepada makna-makna baru bagi membuktikan ianya memang satu dokumen besar rakyat ini yang tanpanya tiadalah Malaysia hari ini.
Ada satu lagi masalah yang perlu digarap iaitu, apakah hukum Islam dalam penggunaan kalimat Allah bagi bukan Islam. Dalil yang menunjukkan keharusannya lebih kukuh daripada mengharamkannya. Ini adalah kerana untuk mengharamkan sesuatu ia perlu kepada ketegasan tanpa ta’wilan, manakala yang mengharuskannya, tidak pula ada ta’wilan kepadanya seperti dalam surah Az Zukhruf ayat 87-89. Oleh itu tanpa niat dan alasan menghina kalimat Allah hukum menurut Islam tiada halangan.
Adapun apakah makna dan mafhum Allah itu adalah akademik dan terdedah kepada wacana yang penghujungnya akan membuktikan konsep ketuhanan masing-masing jika ada pun perdebatan. Tanpa perdebatan pun pandangan tentang maksud “Allah” menurut fahaman masing-masing adalah dalam hal rumahtangga masing-masing “La Ikraha Fid Din”
Andaian-andaian tentang kekeliruan nanti, usaha menyebar dan pengaruh agama Kristian hanyalah kebimbangan-kebimbangan yang memang biasa kerana mahu mempertahankan agama masing-masing, namun kebimbangan tidak mampu menyelesaikan masalah, yang perlu ada kepada umat Islam ialah KEYAKINAN DIRI DAN KEIMANAN bahawa bukan penggunaan kalimat Allah oleh orang Kristian yang akan melemahkan kita tetapi persoalannya apakah Tauhid dan Penghayatannya telah benar meresap ke dalam jiwa umat Islam, bagi saya kelemahan untuk menghayati makna Tauhid dalam kehidupanlah yang perlu dibimbangi oleh umat Islam!
Apa sikap saya? Saya mengatakan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dari segi syara’ tiada masalah, tetapi saya turut menghormati perlembagaan dan peruntukannya dalam memberi hak kepada sesiapa untuk mempertahankan pandangannya secara perundangan, tetapi yang pasti saya amat membenci golongan “munafiq” yang berhujah “atas kebenaran” untuk matlamat kebatilan, iaitu mencapai maksud politik sempit, opportunis dan musang berbulu ayam.
Saya lebih sedih ramai yang menjadi mangsa. Lagipun pertembungan perundangan belum berakhir, kita tunggu dan lihat, pada waktu yang sama “JAGA-JAGA DARI KUMPULAN MUNAFIQ YANG MENCARI MANGSA YANG TIDAK BERDOSA” - Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen (PAS) Parit Buntar.
- Sumber: MalaysianInsider
13 comments:
UMNO ADALAH PARTI SEKULAR YANG MENENTANG HUKUM ALLAH MALAH PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA SEJAK DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA AKAN MENGGUNAKAN ISU ISLAM DAN MELAYU UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA.
DASAR UMNO ADALAH JELAS BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM YANG MEMISAHKAN POLITIK DARIPADA ISLAM.
RAMAI ISTERI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO TIDAK BERTUDUNG SEDANGKAN PEMIMPINLAH YANG PATUT MENJADI CONTOH KEPADA PENGIKUT DAN RAKYAT.
PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO BERGELUMANG DENGAN RASUAH, PECAH AMANAH, MERAMPAS HAK RAKYAT MALAH ADA YANG TERLIBAT DENGAN SKANDAL SEKS DAN MEMBUNUH!!!
walaupun bermacam-macam tuduhan yg tidak berasas dilemparkan oleh pihak pembangkang utk mencemarkan nama baik BN/Umno kononnya BN/Umno hanya ingin mengambil kesempatan hasil drpd kehangatan isu penggunaan 'Allah', namun rakyat Malaysia yg beragama islam tetap dgn pendirian menganggap yg BN/Umno adalah WIRA, HERO DAN PEJUANG ISLAM YG SEBENAR.
assalamualaikum...salam perjuangan
mintak maaf terpaksa berkasar pasal ini sudah lebihhhhhh...
apa bangsat punya kor...
mula-mula kor kata
Nazri said...
hukum hudud bukannya tak bagus tapi undang-undang yg sedia ada skg ni pun sudah cukup utk mengerunkan para pesalah.
hari ini kor kata..
walaupun bermacam-macam tuduhan yg tidak berasas dilemparkan oleh pihak pembangkang utk mencemarkan nama baik BN/Umno kononnya BN/Umno hanya ingin mengambil kesempatan hasil drpd kehangatan isu penggunaan 'Allah', namun rakyat Malaysia yg beragama islam tetap dgn pendirian menganggap yg BN/Umno adalah WIRA, HERO DAN PEJUANG ISLAM YG SEBENAR.
oiii lahanat kalau nak jadi WIRA, HERO DAN PEJUANG ISLAM YG SEBENAR hukum ALLAH ditegakkan dulu bangang...
celakanya umnoooooooo pasal orang macam ni ler yang ramai kat dalam umnooooo..
Demi survival politik, nama 'Allah' di gunakan
untuk mendapat sokongan. Mudah saja untuk mendapat kembali sokongan orang melayu yang semakin nipis.
Dapatkan Hakim yang dapat memberikan kemenangan
kepada pihak yang menuntut pada mulanya, kemudian bawa kes ini ke Mahkamah Rayuan dan beri kemenangan kepada rayuan yang dibuat, dan UMNO akan kelihatan seperti Hero kepada orang melayu dan secara langsung sokongan orang melayu akan kembali menyebelahi UMNO kerana UMNO telah menjadi Hero memperjuangkan nasib umat islam di malaysia ini. Inilah trend yang dilakukan oleh UMNO untuk mendapatkan survival politik yang semakin sampai ke penghujungnya.
Inilah trik politik yang diamalkan oleh UMNO apabila desprado selama lebih 50 tahun untuk menawan kembali hati orang melayu, kerana mereka tahu, Kalau sebut pasal Islam di cemari oleh lain agama, orang Islam yang tengah tunggang Arak kat kedai arak pun akan cuba mempertahankan kesucian agamanya, turut sama menyinting lengan untuk mempertahankan kalimah 'Allah'.
BN/Umno adalah WIRA, HERO DAN PEJUANG ISLAM YG SEBENAR.... kata NAZRI CELAKA!!!!
Antara jasa-jasa umno/bn ialah :-
1. Genting adalah pusat judi terbesar di asia tenggara yang diberikan lesen oleh umno malah umno juga mendapat wang sumbangan daripada hasil judi untuk membiayai kempen pilihanraya mereka.
2. Carlsberg adalah kilang arak yang terbesar di asia tenggara yang diberikan lesen oleh umno. Malah anak Tun Mahathir juga adalah salah seorang pengarah dalam syarikat arak.
3. Umno berjaya menukarkan cuti pada hari Jumaat kepada hari Ahad di negeri-negeri Pantai barat termasuk negeri pengasas umno iaitu Johor.
4. Umno telah memberhentikan peruntukan untuk sekolah agama rakyat agar sekolah agama rakyat tidak mampu berfungsi.
5. Umno berjaya menghapuskan penggunaan tulisan jawi seterusnya ramai anak-anak Islam menjadi buta al-Qur'an.
6. Umno menggalakkan pesta-pesta maksiat seperti hiburan melampau, sambutan merdeka dan tahun baru mengikut cara barat.
7. Umno telah meruntuhkan beberapa masjid dan surau di Terengganu walaupun dibantah oleh rakyat sehingga sanggup menggandaikan nyawa.
8. Umno telah menolak Hukum Hudud malah mempersendakan perlaksanaannya akan menyebabkan ramai umat Islam kudung tangan dan kaki.
9. Umno membiarkan isteri-isteri mereka tidak bertudung malah ada pula isteri-isteri mereka mmencium pipi lelaki lain.
10. Umno adalah parti yang dasarnya adalah sekular iaitu agama lain, politik lain.
Maka, jelas sekali hujah NAZRI CELAKA adalah lawak semata-mata. Tiada yang benar hujah NAZRI CELAKA melainkan pendustaan, pembohongan dan penipuan sebagaimana sifat DAJJAL penyesat umat Islam akhir zaman.
Wallahu'alam.
Memang tepat.
Khir & Toyo juang habis2 kat disneyland, muka pon makin hari makin muda plak. cabut gigi sampai banglo berjuta2.
Tak macam Tok Guru. Tak erti juang langsung. Masih omah burok.
nak mintak tolong nazri komen sikit fakta2 yang ada dalam komen MOHD SUHAIMI BIN AZIZ.
kalau bernas komen Nazri dan boleh masuk akal!!
saya akan isi borang nak masuk UMNO balik!!
bekas ahli UMNO yg dah taubat..
Suhaimi Aziz & Anon jan5, 9.09pm:
"1. Genting adalah pusat judi terbesar di asia tenggara ......"
Sekarang ni PAS PKR DAP dah pegang Kedah Penang dan Selangor, bolehlah tutup semua pusat2 judi ekor kuda dlm negeri2 tu. Kan? Tak nampak pun ada usaha2 ke arah ni? So cukai tahunan utk lesen premis perniagaan, cukai pintu cukai tanah yg pusat2 judi ni bayar dlm Kedah Penang Selangor kira halal la ek? Tambah skit, pusat2 urut yg makin berlambak2 dlm Selangor tu halal la ek?
"2. Carlsberg adalah kilang arak yang terbesar di asia tenggara ...."
Sekarang PKR dan PAS dlm Selangor dengan segera boleh menutup kilang Carlsberg di Selangor atau suruh relocate ke KL ke, Perak ke. Eh, lupa, nanti takde pulak beer nak dijual di kedai2 dalam Selangor!!!
"3. Umno berjaya menukarkan cuti pada hari Jumaat kepada hari Ahad ..."
Ek eleh... betapa bangangnya alasan!!! Apa masalah cuti kalau hari Ahad bukan hari Jumaat?
"4. Umno telah memberhentikan peruntukan untuk sekolah agama rakyat ..."
Takdelah, bohong sangat2 ni. Cuba korng tunjukkan mana SAR yg tak dapat berfungsi? Peruntukan ditarik balik kerana kebanyak sekolah2 ni di salah-guna untuk mengajar anak2 kecil bencikan kerajaan. Juga, kemudahan2 dlm SAR diguna bagi tujuan politik, segala kertas dan mesin fotokopi diguna untuk buat risalah membenci kerajaan dalam pilihanraya. Peruntukan diberi dek kerajaan tapi kemudahan dipakai untutk menghasut org membenci kerajaan.
"5. Umno berjaya menghapuskan penggunaan tulisan jawi seterusnya ramai anak-anak Islam menjadi buta al-Qur'an."
Siapa kata anak2 Islam buta Quran? Anak2 aku 6 org Jawi dan tajwid mereka jauh lebih baik dr aku, bukan sekolah arab pun sekolah kebangsaan jer. Wife aku graduate US, elok jer cantik Jawi dan Qurannya. Pokok pangkalnya hati, hati kalu bersih keinginan kepada agama akan ikut sama.
"6. Umno menggalakkan pesta-pesta maksiat seperti hiburan melampau, sambutan merdeka dan tahun baru mengikut cara barat."
Yg ni aku dah lama setuju. SO kerajaan Kedah Penang Selangor pun dah terikut2 ke?
"7. Umno telah meruntuhkan beberapa masjid dan surau di Terengganu ..."
Cuba bandingkan berapa buah masjid/surau diruntuhkan berbanding berapa pulak masjid/surau yg baru telah dibina dek kerajaan? Jangan present facts sebelah pihak jer Bro... tak adil namanya begitu.. Kata KEADILAN....
"8. Umno telah menolak Hukum Hudud ..."
Betul ape, bukan ke yg ramai kena tangkap mencuri kat Msia ni Melayu-Islam, so akan ramai lah yg kudung tangan-kaki. Nik Aziz pun pernah cakap yg utk melaksanakan hudud memang susah dlm masyarakat majmuk di Msia ni dan bukan masanya. Kan Nik Azaz yg cakap mcm tu? Kenapa Kelantan tak laksana hudud, dah 19 tahun PAS perintah kelantan
"9. Umno membiarkan isteri-isteri mereka tidak bertudung malah ada pula isteri-isteri mereka mmencium pipi lelaki lain."
Aiyo... tu bini diaorg lantak deme le, dia punya pasal la... Kita jaga la bini2 n anak2 kita...
"10. Umno adalah parti yang dasarnya adalah sekular iaitu agama lain, politik lain"
Ye ke? Siapa dia yg buat Dasar Penerapan Nilai2 Islam dulu? Siapa dia yg buat perbankan Islam, Universiti Islam, Tabung Haji, dsbnya? Dah ada pilihan kan? PAS pun dulu simpan duit dalam Maybank, apa criter? Pilihanraya tu kan sekular so jangan lah ikut sama dalam pilihanraya, kan ke sekular tu? Yg menang pun bukan PKR or PAS, DAP yg menang! Sekular ke Islamik tu? Apa dasar DAP dan PKR? Islam dan hudud?
Pencacai2 macam korng memang pandai tengok salah org lain shj tapi tak pandai nak nilai salah sendiri. Bravo Melayu2 yg benci Melayu! Korng pegilah jilat DAP tu...br pegang 3 negeri dah nak pakai "Allah" dalam Bible!!! kalau lah Msia ni jatuh ke PKR DAP PAS, aku tak boleh bayang apa akan jadik... kena sembahyang dalam masjid then gereja then kuil hindu then kuil budha kot... habih tu korng kan nak kesamarataan dalam agama?
Suhaimi:
Ko ni asyik tulis benda sama jer, ke ko copy list tu dr mana2 coz aku rasa aku ada terbaca list yg sama kat mana2, tak ingat
amirmhd,
ko memang suka hujah2 sengal macam ni.....ini keja ko dan dibayar untuk bela umno...
bila ko nak bawak nazri, apai, roki biru, parpu kari, bigdog, grand marquis mengadap mamak tu ....kena confirmkan samada dia sudah buat janji maut dengan yahud sejak 1968 tu....bila rombongan tu nak pegi oii?
ini bukan cerita fasik....aku tunggu jawapan ko pasai mamak tu, ok?....
The MIND!!!
The Mind:
Ko bila dah tak reti apa nak reply apa aku tulis ko akan jawab mcm tu la kan... Ko pesan kat yg lain2 tu kalu taknak jawapan sengal jangan la letak soalan2 sengal, Sengal.
Mamak tu siapa, TDM ke? Aku tanya coz DSAI pun mamak jugak, ko tgk adik beradik dia yg putih dia jer, yg lain2 sume "tinted"!Rosli Ibrahim pun pernah cakap - "kita (means dia adik beradik) tau sajalah, mamak!" Masa tu tgh makan mi bandung kat gerai sorng penyokong PKR di Ceras tahun 2004 kalau tak silap (DSAI br keluar jel).
So kalau maksud ko TDM aku tak taulah knp yahudi nak bersekongkol dgn TDM. Waktu tu 1968 TDM umo 43/44, takde jawatan pe2 pun, lagipun di adok tgh bergaduh dgn Tunku AR. Dok pun di Kedah jaga Klinik Maha di AStar sana. So aku tak tau apasal dan betul ke tak TDM ada deal sama yahudi. Agaknya yahudi2 tu dah tau TDM akan jadi PM Msia kot... Aku segan nak tanya TDM hal ni coz dgn fakta2 aku tulis td nanti TDM kata "Hang ni bodo ka tadak otak? Tak bole pikiq ka?"
Kalu ko tak rasa segan ko tanya la kat TDM tapi be aware of the facts yg aku tulis tadi tuh...
nazri said dah kena sogok 5 juta rupiah.Ini orang tak boleh pakai.Kalo jumpa ULAR pukul orang ni dulu baru pukul ULAR
nazri said talam 36 muka berita harian
Post a Comment