Followers

Tuesday, January 26, 2010

RM12 juta melebihi harga sepatutnya.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pimpinan kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat hampir 20 tahun lalu lebih ‘pandai’ mengurus harta rakyat termasuk hasil royalti berbanding Kerajaan Pusat.

Menurutnya, Kelantan jauh berwibawa berbanding pimpinan mereka (BN) yang terbukti telah mengamalkan dasar rasuah, berbanding pimpinan kerajaan Kelantan yang sentiasa bersikap telus.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamed, yang mendakwa Kerajaan Pusat enggan menyerahkan royalti kerana dibimbangi kerajaan negeri tidak pandai mengurus.

Menurut Nik Abdul Aziz, beberapa bangunan yang dibuat oleh kerajaan BN khususnya di Terengganu dan Perak didapati runtuh, sama ada jambatan, masjid dan sebagainya akibat tidak pandai mengurus di samping berlakunya amalan rasuah.

“Alhamdulillah, setakat ini pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri termasuk jambatan tidak pernah runtuh, malah jambatan berdekatan rumah Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar jauh lebih rendah berbanding harga asal yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri,” ujarnya lagi.

Sambungnya, sebaliknya jambatan yang terletak di Kampung Beris Jambu yang dilaksanakan oleh kerajaan BN hanya panjang ‘sejengkal’ bernilai RM12 juta melebihi harga sepatutnya.

Tambah Tuan Guru lagi, pemimpin kerajaan Pusat jangan ‘perasan’ mendakwa hanya mereka pandai mengurus wang rakyat sehingga berasa bimbang hasil royalti digunakan untuk tujuan politik.

Beliau berkata, kerajaan Kelantan tidak pernah mempolitikkan soal royalti, sebaliknya pemimpin kerajaan Pusat yang bertindak sedemikian hingga menafikan hak kerajaan negeri.

“Kalau minyak keluar dari pantai Terengganu, tak payah undang-undang untuk menyekat daripada minyak mari (datang) ke Kelantan, tetapi bila minyak keluar daripada perut Kelantan, kenapa pula perlu membuat undang-undang?

“Jawabnya tiada lain hanya untuk menyekat kuasa politik kerajaan Kelantan bagi mendapatkan hak royaltinya, namun apabila hasil minyak keluar dari negeri ini, nak buat undang-undang, tidakkah itu membuktikan kerajaan Pusat telah bermain politik?”soalnya lagi.



2 comments:

Anonymous said...

amirmhd,

apakah yang sedang berlaku di malaysia kini?

Sultan johor yang terkenal sudah mangkat....bagindalah yang telah membelasah Rahim noor kerana menganiaya DSAI di dalam tahanan pulis.

Di Kelantan, sultan sedang gering di singapore...sultanah yang amat nyata kuasanya sedang bersusah payah 'menyekat' kuasanya dari akan terpaksa dikongsi dengan isteri muda sultan!.

Pemangku raja memainkan peranan sultan yang amat berkesan dan tegas. Pemangku raja mengimami solat....satu sejarah di bumi Malaysia ni...

Datuk Nik Aziz dan Tengku Razaleigh Hamzah (nenda saudara pemangku raja) akan turun bersama rakyat Kelantan pada 28 Jan 2010 ni...menuntut hak mereka dari meLAYU umno yang nyata penipu!.

Si penipu sedang susah payah guna SPR dan pejabat Pendaftaran negara memastikan pulis ada 2 i/c - untuk apa?.....Perak?

Si penipu sedang main wayang politik di Selangor cuba menggugat kerajaan pilihan rakyat seperti mencuri Perak dahulu....

Si penipu sedang jual lelong nama Allah....untuk memenangi hati orang melayu.....usaha terdesak ini nyata sehingga sanggup berposing di depan Kaabah!.....perlukah perlakuan begini?.....jugak sejarah pertama kali negara beb!

So amir, it is not tahyul you see....Allah sedang merencanakan kebangkitan yang HAQ mengatasi KEBATHILAN!

Hebat Allah....ini bagi yang nampaklah....kalu idup nak main wayang politik umno, teruskanlah....silakanlah!....

Renungan bagi amir.....segala kepandaian yang yahudi ada serta penipuan dan kejahatan mereka secara maksima telah mereka guna....hakikatnya, hari ini, yahudi di Israel sudah MENGKEPONGKAN diri mereka untuk disembelih pada waktu yang Allah sendiri sudah janjikan!!.....

kalu kita amati secara terperinci di malaysia ni, meLAYU umno si penipu tegar ni jugak sedang mengalami nasib seperti yahudi israel!.....TERKEPONG akibat mainan jahat mereka.....

Peristiwa 28 Jan 2010 di Kota Baru akan membuka mata, minda dan hati seluruh rakyat malaysia tentang siapa sebenarnya meLAYU umno ni......

mir, tanyalah mamak tua tu....dia akan call tokguru yahudi nya....apa boleh buat nak kekang kebangkitan ini....inilah rahsia bulan Muharram 1431H yang unik itu.....

Alhamdulillah....Allah Hu Akbar!!!

The MIND!!!

p/s - rancangan Allah masih dan sedang berjalan!

jai said...

Kah kah kah...

Jangan kata TGNA je yang pertikai wang ehsan, MB Terengganu Datuk Ahmad Sais pun pertikai akan ketelusan wang ehsan ini.

Tak percaya???

Baca sini:

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1265

Ada mana2 barua umno yang nak pertikaikan???

Kah kah kah...