Menurut fatwa yang dikeluarkan beliau pada Rabu lalu, penganut Islam juga digesa agar tidak menjadikan seruan azan atau mana-mana ayat Al-Quran sebagai nada dering telefon bimbit.
Beliau berkata nada dering serupa itu tidak sesuai dan merendahkan kesucian ayat-ayat Al-Quran.
'Ayat-ayat Tuhan adalah suci... Tuhan memerintahkan kita menghormati serta mengagungkan ayat-ayat-Nya,' kata Sheikh Gomaa.
Mengenai nada dering azan, Sheikh Gomaa berkata:
'Seruan azan ialah untuk menandakan waktu solat...untuk menggunakannya sebagai nada dering menimbulkan kekeliruan.'
Fatwa itu disiarkan di laman web rasmi Dar al-Iftah, salah satu institusi terawal pengajian Islam.
Nada dering Islam semakin digunakan secara meluas di Mesir yang mempunyai sekitar 80 juta penduduk.
Nada dering serupa itu turut digunakan oleh pengguna telefon bimbit di Baghdad, Arab Saudi, Tebing Barat dan juga Lebanon.
Para ulama Arab Saudi baru-baru ini telah turut mengeluarkan fatwa yang melarang penggunaan ayat-ayat Al-Quran sebagai nada dering.
Di Mesir, nada dering ayat-ayat Al-Quran dan laungan azan boleh dimuat turun daripada Internet, laman web syarikat telefon bimbit dan melalui talian yang disiarkan di saluran televisyen setempat.
Di Mesir, hampir 50 juta penduduknya menggunakan telefon bimbit. -- AP.
1 comments:
tahniah saudara kerajaan rakyat... saya harap kr akan siarkn lagi berita2 sbgni untuk ilmu pengetahuan di samping berita2 hal2 politik..
terima kasih..
Post a Comment