Followers

Friday, January 29, 2010

UMNO DAN POLIS TERLIBAT DENGAN INSIDEN KEPALA BABI

KENYATAAN MEDIA
Tarikh: 29 Januari 2010


ANASIR DARI UMNO DAN POLIS TERLIBAT DENGAN INSIDEN KEPALA BABI?

Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota Umno terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?

Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat. Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya:

Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.

Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.

Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum.

Keempat, KPN Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja – tidak orang biasa – yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.

Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya.


DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN

English Version

BIRO KOMUNIKASI PARTI KEADILAN RAKYAT



5 comments:

Kay Du Lac said...

Kejadian terbaru serangan ke atas rumah ibadat di lihat sebagai cubaan pihak tertentu untuk menimbulkan provokasi di kalangan rakyat.

Tanggungjawab untuk menjaga keamanan negara bukan sahaja jatuh kepada UMNO namun adalah tanggungjawab semua rakyat tidak mengira fahaman politik dan kaum.

Rakyat Malaysia perlu sama-sama menghormati satu sama lain serta perlu bersatu apabila ditimpa kejadian seperti ini.

Menjadi kewajiban setiap orang untuk menjaga kepentingan negara dan bukannya bertindak atas kepentingan peribadi masing-masing.

ex-umno said...

balik2 tuduh umno... sy bkn nk bela umno tp tak pasti lagi pihak mana yg buat.. tunjukkan bukti.. jgn asyik ckp je..

Seri Alam DiRaja said...

Berhubung dengan perkara kejadian yang mencemar imej Melayu di mata bangsa lain yang ada di dalam Malaysia ini amat-amat memalukan. Apatah lagi, PDRM meremeh-remehkan kes ini sebagai sesuatu yang dirancang dan rakyat telah bijak berfikir serta menaruh syak atas apa yang telah UMNO/BN lakukan dengan terancang demi mengeruhkan hubungan antara kaum.

Ini dilakukan untuk mewujudkan rakyat berbalah antara kaum berperang mulut dan mengajak rakyat ke kancah perkauman yang amat dahsyat. TUJUANNYA adalah untuk mengalihkan kesulitan yang di alami negara pada masa ini yang gagal diurus tadbir dengan baik oleh PM, TPM dan barisan kabinet UMNO/BN dalam soal-soal PENGUNCUPAN SIMPANAN KEWANGAN NEGARA DALAM PERBENDAHARAAN, KDNK YANG JATUH MENJUNAM, PASARAN BSKL YANG TIDAK MAMPU LAGI DISUNTIK ATAU DISOKONG OLEH BON-BON KERAJAAN UNTUK MENGAMBARKAN PASARAN SAHAM MALAYSIA POSITIF, PELABUR ASING MULA MEMINDAHKAN OPERASI MEREKA KE NEGARA-NEGARA LAIN DAN JUGA PADA MASA INI NEGARA-NEGARA LUAR YANG DAHULUNYA MENYANJUNG MALAYSIA SEBENARNYA TIDAK BERMINAT UNTUK MELABUR DI MALAYSIA JIKA DATO SRI NAJIB MASIH LAGI BERKUASA KERANA NEGARA INI DIBELENGGU OLEH GEJALA RASUAH PIHAK ATASAN YANG MENYULITKAN MEREKA UNTUK MEMULAKAN OPERASI DISINI. BAYANGKAN DAN KITA FIKIRKAN BERSAMA....

Benar kata Bung Hamka, pemimpin rela mengambil harta rakyat untuk kekayaan dan ingin terus berkuasa sehingga sanggup membunuh rakyat sendiri demi agenda jahat mereka. Jadi jelaskan dengan slogan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang bermakna bebanan negara perlu ditanggung oleh rakyat terlebih dahulu dan pencapaian kroni-kroni diutamakan.

Sesuatu yang mustahil berlaku di dalam kawasan bangsa Melayu/Islam yang berpenduduk padat, malah kawasan tersebut mempunyai intergriti perpaduan yang cukup kuat. PDRM bagaikan berselindung di sebalik kes ini dan UMNO/BN bagaikan membaling batu, sorok tangan. Mustahil PDRM tak dapat siasat, sedangkan jejak Raja Petra boleh dijejak sehingga ke luar negara..

Rapuhnya agensi penguatkuasa yang berwibawa, malah sentiasa mendokong aspirasi dan menerima arahan sebilang masa daripada pimpinan tertinggi UMNO/BN. Dato' Seri Hishamuddin alpa bahawa almarhum bapanya juga mengalami konspirasi politik jahat Tun Mahathir yang ingin menjawat jawatan PM lebih awal. Sampai bila agensi penguatkuasa jadi bahan perkotakkatik oleh agenda jahat UMNO/BN...

Melayu mudah lupa diri..Bangsa Cina dan India mula menyokong aspirasi Pakatan Rakyat dengan sebilang besar mula menyertai pelbagai NGO pro Pakatan Rakyat. Bukan hanya golongan tua namun golongan muda telah berfikir UMNO/BN bukan lagi parti yang berwibawa dan seharusnya ditumbangkan pada PRU akan datang.

Apa yang perlu pada masa ini agar semua NGO pro Pakatan Rakyat menangkap kambing-kambing hitam durjana yang dibeli oleh UMNO/BN untuk melaksanakan agenda jahat mereka. Sama-sama kita memasang telinga, mata untuk memantau masjid dan gereja disekitar kawasan kita agar Allah SWT dapat memberi jalan untuk kita buktikan inilah agenda jahat UMNO/BN, insyaAllah...

FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI BANGSAKU YANG BERDAULAT

Anonymous said...

alo ex-umno,

starting to change your lingo?...
I have seen many such 'character' before!

Kalu umno tiap2 hari mendabik dada kata mereka tunjang BN...mereka Jaguh rakyat....mereka hero melayu, maka apa yang berlaku dalam negara ini adalah tanggungjawab mereka. PERIOD!

kalu takut nak bertanggungjawab, maka janganlah takut untuk menjadi BAPUK!

The MIND!!!

Kay Du Lac said...

At least ex-UMNO is brave enough to put his name when commenting.

As the ruling government UMNO IS responsible for what's happening in this country. Then again, that doesn't mean that everybody else can just sit and watch while Malaysia goes down the drain.

Common man, put politic aside for a while la... Orang cakap untuk kepentingan bersama la.