Followers

Wednesday, February 3, 2010

Isu Nasional: Kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor.

KENYATAAN MEDIA
Tarikh: 3 Februari 2010

KENYATAAN NASIR TANDA GAGAL 1MALAYSIA

Kenyataan rasis Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan tanda kegagalan konsep dan pelaksanaan projek “1Malaysia” yang telah menelan berjuta-juta ringgit duit rakyat.

Haruslah jelas bahawa orang kanan Perdana Menteri itu telah mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu seminar “1Malaysia” di mana ianya merupakan satu program rasmi yang bertujuan untuk menerangkan konsep “1Malaysia”.

Adalah munasabah pihak penganjur menjemput Nasir untuk berucap dalam seminar tersebut atas nama pegawai khas kepada Perdana Menteri yang cukup layak untuk menjelaskan ide baru pentadbiran Najib itu.

Maka kenyataan rasis Nasir itu menunjukkan kegagalan pucuk pimpinan Barisan Nasional, khususnya Najib sendiri dalam menterjemahkan konsep “1Malaysia” ke dalam realiti masyarakat majmuk Malaysia.

Hari ini Najib terpaksa menerima hakikat bahawa orang kanannya sendiri pun tidak memahami ataupun bersetuju dengan konsep yang diwar-warkan olehnya sendiri, apatah lagi seluruh jentera pelaksana dan barisan pimpinan BN.

Hakikatnya konsep “1Malaysia” di dalam papan iklan, siaran radio dan televisyen, program indoktrinasi seperti seminar dan forum, dan papan tanda klinik kesihatan lebih bersifat kepentingan hiasan tingkap yang menghabiskan wang rakyat, dan bukannya kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Kini Nasir telah melepaskan jawatannya bagi menjaga imej Perdana Menteri. Namun Parti Keadilan Rakyat yakin rakyat akan menyokong perubahan dasar yang sebenar sepertimana dilakukan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, dan bukannya perubahan slogan yang kosong.


Dr Tan Yee Kiew
Ketua Penerangan Selangor
Parti Keadilan Rakyat

###

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT



7 comments:

jai said...

Kah kah kah...

Pegawai khas najib letak jawatan???

Boleh percaya ke???

Kah kah kah...

Kes ni sama dengan kes ketua umno Bukit Bendera yang mendakwa kaum cina sebagai 'penumpang' di negara ini suatu ketika dahulu.

Akibat kenyataanya itu ketua umno Bukit Bendera telah digantung keahliannya selama 3 tahun bermula dari 10hb Sept 2008.

Tapi tak sampai tempoh 3 tahun tempoh penggantungan, keahlian ketua umno Bukit Bendera itu telah ditarik balik pada 8hb Dis 2009.

Apa cerita???

Ini macam lagi mau percaya sama umno dan najib punya cakap ka???

Wayang jugak!!!

Kah kah kah...

storm62 said...

kah kah kah bro jai, apa yg dikatakan oleh nasir tu ttg india MIC dan cina MCA tu betul....indians mic like samy vellu itu beggar dan cina mca tu melacur diri dan keluarga jugak....kah kah kah.

jelas kita nampak BN itu dah berkelakar sesama sendiri....kah kah kah....hello Rakyat Melaka, inikah dasar pemimpin2 yg kamu semua undi ke?

Balabaque said...

" Hakikatnya konsep “1Malaysia” di dalam papan iklan, siaran radio dan televisyen, program indoktrinasi seperti seminar dan forum, dan papan tanda klinik kesihatan lebih bersifat kepentingan hiasan tingkap yang menghabiskan wang rakyat, dan bukannya kepentingan rakyat secara keseluruhan."

- ini saya sangat setuju!!!!!

Pakalalo said...

Tak habis2 BN/Umno ni nak main wayang....tayangan conspiracy liwat DSAI tak habis lagi...satu wayang racist pula nak diulang tayang...tak habis-habis cuba untuk memperbodohkan rakyat malaysia.
Konsep 1Malaysia tajaan Najib - 1 ketua (Melayu umno)yg lain duduk diam2 dalam 1 barisan.

ASSAKEENA said...

Nasir membuktikan dirinya manusia yang paling JAHIL di negara kita.Begitulah mentaliti sebilangan besar ahli-ahli umNO/BE end,termasuk PERKIDA dan PERKAASA yang percaya kepada memutarbelitkan fakta sejarah sepertimana sering dilakukan oleh yahudi keatas orang-orang plestin.Orang macam inilah yang diagung-agungkan oleh umNO/ Be end kerana individu/NGO macam inilah yang diperalakan oleh umNO/Be end untuk membodohkan dan juga untuk merompak -rogol rakyat Malaysia yang kini tahu benar mentaliti sebenar umNO/Be end yang berhabis-habisaan untuk menipu rakyat Malaysia ,khasnya orang-orang kampong yang begitu mudah menjadi mangsa umNO/Be end. Konsep 1 Malaysia sebenarnya mewakili ideologi yang dimanifestasikan oleh nasir JAHIL. Saya ada soalan untuk Nasir Jahil- Kalau rakyat ketururan India Malaysia itu "pengemis" dan rakyat keturunan cina Malaysia itu" pelacur" sebagaimana didakwa oleh nasir jahil,apa pula status ORANG-ORANG ASLI di Semenanjung,Sabah dan Sarawak? Apa gelarannya untuk orang-orang yang melarikan diri dari kawasn Nusantara lain dirantau ini iaitu seperti nenek moyang orang-orang seperti orang jahil nasir dan lain-lain ahli umNO/Be end ?. Lanun? Perompak? Pengganas? Perogol? Komunis? Orang Hutan?

Rakyat Malaysia yang menggundi kepada umNO/Be end tidak beza dengan mentaliti nasir dan parti politik yang ia mewakilinya. Apakah kita hendak merestu LANUN,PEROMPAK DAN PENGGAANAS yang lazim berselindung dalam umNO/Be end ?
Terbukti umNO/Be end hendak ubah faktor sejarah negara kita semata-mata untuk kepentingan politik orang-orang umNO/Be end sperti nasir jahil.Begitu juga umNO/Be end kini bermati-matian untuk mewujudkan suatu agama Baru untuk menghalalkan ideologi MEROMPAK RAKYAT,MENZALIMI RAKYAT,MEMINGKIRKAN RAKYAT,MEMBODOHKAN RAKYAT,DAN MEMECAHBELAHKAN RAKYAT.
Rakyat Malaysia diseru berhati-hati terhadap politik perkauman yang diperjuangkan oleh umNO/Be end sebagaimana dimanifestasikan oleh Nasir Jahil .Sedarlah rakyat Malaysia tentang bahaya yang dibawa oleh nasir JAHIL,umNO/Be end.sudah tiba masa kita menamatkan POLITIK PENIPUAN DAN MEMECAHBELAHKAN RAKYAT NEGARA INI OLEH umNO/BE End dalam PRU akan datang.

nurbulan said...

aku cadangkan mana2 kerusi yg calon pkr yg buat onar hendaklah diberi kerusi tersebut pada pas pada pru 13 nanti..

Gedong Lalang said...

Jika pegawai khas PM sendiri tak faham atau buat tak faham tentang isu 1Malaysia saya kira ramai rakyat jelata tak faham konsep 1Malaysia.

Hakikatnya konsep 1Malaysia didalam papan iklan siaran radio/tv dadidalam seminar/forum dan papan tanda kelinik kesihatan lebih bersifat hiasan tingkap yang meng menghabiskan wang rakyat dan bukan kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Datuk Nasir Safar patut didakwa dalam mahkamah atas ucapan isu perkaumannya dan bukan setakat meletakkan jawatannya. Jika Datuk Nasir dari Pakatan Rakyat sudah pasti akan didakwa mahkamah.

Jangan jadi seperti Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera tak bawa kemahkamah tapi MT Umno telah mengantung keahlian Umno selama tiga tahun tapi telah dipendekkan ghukuman nya.