Followers

Saturday, February 6, 2010

Kenyataan Media Timbalan Presiden, KEADILAN

KENYATAAN MEDIA
Tarikh: 6 Februari 2010


MEMPERSOAL KEDUDUKAN SAYA DALAM KEADILAN

Dua orang telah mempersoal kedudukan saya dalam KEADILAN. Mula-mula saya tidak berhasrat menjawab tuduhan liar mereka. Kini saya merasa perlu memberi sedikit penjelasan supaya mereka dan media yang dikuasai Umno tidak terus berbohong.

Keputusan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk bercantum dan membentuk Parti Keaadilan Rakyat telah dibuat dengan majoriti besar lebih dua-pertiga dalam Kongres dan Mesyuarat Agung tahunan masing-masing sekitar tahun 2002. PRM juga bersetuju untuk menutup parti. Berikutannya, Pimpinan Peralihan Keadilan Rakyat dibentuk dengan wakil-wakil dari dua-dua parti menganggotainya.

Pihak Pendaftar Pertubuhan telah melengah-lengahkan pendaftaran Parti baru ini. Jadi kami mengambil keputusan membawa perkara ini ke Mahkamah. Akhirnya Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan memihak kepada pendaftaran Parti. Pada 3hb Ogos Parti Keadilan Rakyat dilancarkan dengan rasminya.

Namun pihak ROS kelihatan liat hendak menerima keputusan majoriti lebih dua pertiga yang dibuat oleh Kongres PRM. Mereka membenarkan sekumpulan kecil serpihan untuk meneruskan PRM. Sebenarnya, beberapa orang pemimpin serpihan telah menyertai pimpinan peralihan Keadilan Rakyat. Mereka keluar apabila diberi peluang oleh ROS.

Itu sebabnya sepuluh orang bekas pemimpin PRM asal, termasuk saya, mencabar dalam mahkamah tindakan ROS itu. Kami tidak mengiktiraf “PRM” baru ini kerana ia bertentangan dengan keputusan Kongres PRM. Keputusan mahkamah tidak memihak kepda kami. Kumpulan serpihan kecil itu meneruskan parti. Namun mereka tidak pernah dapat menarik lebih dari 50 orang untuk menghadiri “kongres” tahunan mereka. Baru-baru ini Presiden mereka kembali ke pangkuan KEADILAN.

Jelas bahawa keputusan Kongres PRM menyetujui Percantuman kedua-dua Parti. Keputusan ini sepatutnya dipatuhi oleh semua anggota. Pimpinan peralihan KEADILAN bersetuju melantik saya sebagai Timbalan Presiden. Dua Kongres pemilihan KEADILAN (yang diadakan tiga tahun sekali) memperkukuhkan kedudukan saya.

Saya syorkan supaya mereka yang mempersoal kedudukan saya sebagai anggota dan Timbalan Presiden KEADILAN menulis secara rasmi kepada Parti. Lebih baik lagi, jika mempunyai apa-apa sokongan, mereka boleh mengemukakan resolusi dalam Kongres Keadilan akan dating agar menggantung keanggotaan saya, seperti salah seorang dari mereka mahu.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden, KEADILAN

English Version

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT



3 comments:

Seri Alam DiRaja said...

Salam...

Sebenarnya pada masa ini PKR berada dalam keadaan kurang selesa memandangkan Ahli-ahli Parlimen dan Adun-adun yang menggunakan tiket PKR dalam PRU lepas seperti cacing kepanasan kerana kurang bijak mengatasi kemelut yang melanda dalam parti yang menyebabkan bermacan-macam statement liar yang dikeluarkan ahli-ahli terbabit.

Presiden PKR perlu menilai semua calon-calon yg sesuai untuk menempuh badai PRU sebelum diputuskan oleh ahli majlis tertinggi parti untuk bertanding. Saya melihat keadaan kian sulit kerana banyak pihak bertelagah atas dasar hasutan, dengki, tidak mendapat perhatian, tidak mendapat projek dan lain-lain perkara yang begitu menjejaskan perjalanan parti.

Sebagai sebahagian dari gabungan Pakatan Rakyat, PKR harus bijak menyelesaikan kemelut yang melanda. Jika tidak, parti ini berhadapan dengan keadaan yang amat rumit. Pilihlah ahli-ahli kanan dan ahli majlis tertinggi yang berkaliber dan sanggup bekerja untuk rakyat. Itu saja yang perlu ada dihati ahli-ahli PKR tanpa dibendung rasa sikap serta sifat jahat manusia.

FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI BANGSAKU YANG BERDAULAT

Anonymous said...

Salam Ybhg Dr Syed Husin Ali,

BERSUSAH PAYAH!

hanya inilah satu perkataan yang kita boleh bagi untuk umno. Mereka terkial-kial sehingga kini hendak membunuh DSAI....namun masih sedang mencuba!. Akibatnya, Dr terlibat sama dalam kancah mainan umno ni.....

Saya masih ingat, pada awal tahun 2007 apabila bahang PRU 12 sedang bermula, ramai pang-li-ma umno menyatakan bahawa nama DSAI sudah mula dilupakan oleh rakyat malaysia!....

namun kini sudah FEBruari 2010, umno masih terkial2 entertain itu nama....DSAI!.....sehingga ROS pun terlibat membuat 'susah' dalam urusan pembatalan pendaftaran PRM?. ROS ni kalu kes2 gini, mereka tunjuk kuat....tunjuk kuasa yang ada....tapi kalu kes2 lain, depa akan jawab....Oh, kami ROS tiada kuasa dalam hal itu!....

saya sendiri ada pengalaman dengan ROS ni....bila kita perlukan kuasa mereka untuk menyelesaikan masaalah, mereka akan kata mereka tiada kuasa!....tapi dalam hal2 lain, mereka sering nak tunjuk kuasa mereka!....

tentu ini atas arahan umno,....yang sehingga kini masih TERKIAL2 nak senyapkan DSAI!.......

The MIND!!!

Watan said...

Salam,

Kalau dah parti hidup segan mati pun tak mahu baik bergabung membina kekuatan. Mereka yg 'kononnya' ingin terus berjuang di bawah PRM sebenarnya hanya ingin menangguk di air keruh, nak mohon simpati UBN kot kot dapat projek seperti Makkal Sakhti yg belumpun sempat bangun dan tersungkur tak boleh bangun.....

Dr. Syed seorang yang berpendirian dan sanggup bertahun terpenjara di Kamunting bukan seperti Dr. Chandra, Ruslan Kassim, Ezam Kotak, Lokman Nor Adam dan beberapa kerat yang nyata tidak faham erti perjuangan dan istiqamah