Followers

Wednesday, February 24, 2010

Kisah Dua Kerajaan


Kisah Satu: Rakyat wajib mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa kepada Encik Ramlan Ahmad Salleh, 87 tahun, di Kampung Paya 3, Kuantan Pahang. Kepada yang masih mempunyai ibu bapa, insaflah dan semoga kalian tidak pelakukan seperti yang dilakukan olih anak-anak Ramlan ini.

Kepada rakyat Pahang seluruhnya kalian bolih berbangga kerana Pahang masih di bawah pemerintah Kerajaan Barisan Nasional yang hebat dengan perjuangan "Juara Rakyat"nya. Maka itu Ramlan Ahmad Salleh menyuarakan: Beliau berkata kehidupan mereka di rumah juga mengalami kesukaran apabila ketiadaan bekalan air sejak berpindah ke kawasan itu kira-kira lapan tahun lalu.

'Sudah beberapa kali saya memohon namun sehingga kini kami masih tidak mempunyai bekalan air paip... yang ada hanyalah dihantar menggunakan lori sebulan sekali,' ujarnya

Kisah Dua: Rakyat Selangor amat rugi dan akan menyesal kerana berkerajaankan Kerajaan Pakatan Rakyat, itulah yang berulangkali dijerit-laungkan oleh Khir Toyo dan pencacai Umno/BN.

Nasib baik saudara Kamarul Hisham Abdullah tidak tergoda dengan laungan anak Wak Toyo.

Semalam, kerajaan Selangor mengumpulkan kira-kira 400 anak negeri yang layak menerima bantuan kewangan, antaranya kanak-kanak baru lahir, warga tua dan penuntut universiti.

Rata-raya penerima sumbangan daripada program-program MES menunjukkan perasaan gembira mereka terhadap skim-skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat selepas mengambil alih kerajaan dua tahun lalu.

Seorang pemandu, Kamarul Hisham Abdullah yang mengambil bantuan bagi pihak bapanya yang sudah uzur berkata bantuan tersebut amat membantu, terutamanya bagi keluarga berpendapatan rendah sepertinya.

“Bapa saya sebelum ini terima RM1,000, malam ini dapat RM1,500, alhamdulillah, apa yang kami terima ini saya rasa cukup dan memadai untuk keperluan-keperluan kami. Sebelum ini saya pun tidak tahu ada program apa untuk membantunya,”katanya.

Program kebajikan yang menjadi teras kepada MES ialah Tabung Anak Warisan Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Kebajikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Menurut kenyataan daripada pejabat penasihat ekonomi Selangor, sejak dilancarkan pada Jun 2008, sebanyak RM49 juta telah dibelanjakan bagi tujuan kebajikan di negeri itu.


5 comments:

jai said...

Syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana begitu prihatin dengan masalah rakyat.

Bukan macam parti khir toyo, bantu mangsa kena langgar dengan ADUN DAP kecoh sampai 3-4 hari dalam tv dan akhbar penjilat mereka!!!

Konon2 bagus la tuuu???

Konon2 prihatin sangat la tuuu???

Bantu nak menunjuk-nunjuk namanya tuuu...

Kah kah kah...

Woi pencacai2 UMNgOk!!!

Dalam sehari berapa ramai orang ditimpa kemalangan jalanraya di Selangor???

Pasal apa korang tak bantu???

Pasal mereka ditimpa kemalangan tetapi tak melibatkan pimpinan PR???

Kah kah kah...

UMNgOk NI WAYANG JE LEBIH!!!

Kah kah kah...

putra JB said...

TAPI SEKARANG INI BAGAIMANA UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT INI KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA SEGALA KEBAIKAN-KEBAIKAN KERAJAAN NEGERI DIBAWAH PR.
BANYAK RAKYAT YANG MASIH BUTA DAN TIDAK MENGETAHUI, KERANA ASYIK DISAJIKAN DENGAN MEDIA-MEDIA HAPRAK UMNgOk, TV3 SUKU, UTUSAN MELOYA, BERITA HAIRAN.

baginda® said...

Salam ziarah tuan empunya blog,
saya baginda® ada buat blog baru,
kiranya dapatlah tuan menglinkan blog baru saya ini..

Blog ini adalah blog ke dua Era Pasca, Blog ini mengumpulkan himpunan entri-entri dari artikel pilihan dari Blogger Pakatan Rakyat..

Diharap mendapat sambutan.. Jika Puak gerombolan menghack blog PR yang lain pun kita masih ada backup entri serta maklumat yang anda semua sudah buat dan entrikan di blog anda...

Dan ia menjadi salah satu blog Pakatan Rakyat yang baru..
Sekian...

Sila tinggalkan link anda sekali untuk saya mengk=linkan sekali blog anda sama..

sila ke link Berita Hairan Online..

http://beritahairanon9.blogspot.com/

storm62 said...

Encik Ramlan Ahmad Salleh, 87 tahun, di Kampung Paya 3, Kuantan Pahang bila agaknya pakcik nak pindah ke Selangor atau negeri Pakatan Rakyat? sila hubungi wakil PR yg berdekatan utk urusan selanjutnya.

Air free, kebajikan untuk warga tua semua akan terjamin oleh kerajaan PR dan Rakyat2 yg membayar cukai dan zakat untuk semua warga2 tua dan keluarga2 miskin.

Syabas Pakatan Rakyat Malaysia.

Anonymous said...

cik nazri tak komen pun,komen la sikit!!!