KENYATAAN MEDIA
Tarikh: 2 Februari 2010
YBK MEMPERALATKAN KANAK-KANAK UNTUK MEMERANGI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Wanita KEADILAN memandang serius tindak-tanduk Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang memperalatkan kanak-kanak dari Arama Kasih, Serendah untuk meraih simpati masyarakat dalam usaha YBK melawan Dato’ Menteri Besar Selangor dari mengambil tindakan undang-undang terhadap ketidakupayaan YBK membayar cukai taksiran yang telah tertunggak selama lapan tahun berjumlah RM5.6 juta.
YBK tidak perlu lari dari isu sebenar di sini iaitu jelaskan pembayaran RM5.6 juta cukai taksiran yang telah tertunggak sejak lapan tahun dahulu kepada Kerajaan Negeri Selangor; atau YBK terpaksa menerima tindakan undang-undang sama seperti mana-mana pemilik tanah di Negeri Selangor yang tidak membayar cukai taksiran. YBK terpaksa akur bahawa mereka tidak boleh terlepas dari tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang berusaha menjalankan pentadbiran yang cekap dan telus.
Kami penuh harap agar isu ini diselesaikan secara professional oleh pihak pengurusan YBK dengan Kerajaan Negeri Selangor tanpa perlu dipanjangkan dengan isus-isu yang tidak berkaitan. YBK perlu menyelesaikan isu tadbir-urus mereka sendiri.
YBK tidak perlu meniru perlakuan politik jahat (gutter politics) dengan mengajar kanak-kanak di bawah jagaan mereka untuk memburuk-burukkan Dato’ Menteri Besar mereka sendiri. YBK sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada kanak-kanak yang masih mentah ini. Apakah kaitan kehidupan kanak-kanak ini dengan isu pembinaan kampus UiTM yang YBK sendiri terpaksa lupakan kerana tidak cukup pembiayaan?
Wanita KEADILAN berharap untuk mendapat tindakan dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil terhadap perbuatan YBK yang memperalatkan kanak-kanak di bawah jagaan mereka untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.
HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang
###
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
Tarikh: 2 Februari 2010
YBK MEMPERALATKAN KANAK-KANAK UNTUK MEMERANGI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Wanita KEADILAN memandang serius tindak-tanduk Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang memperalatkan kanak-kanak dari Arama Kasih, Serendah untuk meraih simpati masyarakat dalam usaha YBK melawan Dato’ Menteri Besar Selangor dari mengambil tindakan undang-undang terhadap ketidakupayaan YBK membayar cukai taksiran yang telah tertunggak selama lapan tahun berjumlah RM5.6 juta.YBK tidak perlu lari dari isu sebenar di sini iaitu jelaskan pembayaran RM5.6 juta cukai taksiran yang telah tertunggak sejak lapan tahun dahulu kepada Kerajaan Negeri Selangor; atau YBK terpaksa menerima tindakan undang-undang sama seperti mana-mana pemilik tanah di Negeri Selangor yang tidak membayar cukai taksiran. YBK terpaksa akur bahawa mereka tidak boleh terlepas dari tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang berusaha menjalankan pentadbiran yang cekap dan telus.
Kami penuh harap agar isu ini diselesaikan secara professional oleh pihak pengurusan YBK dengan Kerajaan Negeri Selangor tanpa perlu dipanjangkan dengan isus-isu yang tidak berkaitan. YBK perlu menyelesaikan isu tadbir-urus mereka sendiri.
YBK tidak perlu meniru perlakuan politik jahat (gutter politics) dengan mengajar kanak-kanak di bawah jagaan mereka untuk memburuk-burukkan Dato’ Menteri Besar mereka sendiri. YBK sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada kanak-kanak yang masih mentah ini. Apakah kaitan kehidupan kanak-kanak ini dengan isu pembinaan kampus UiTM yang YBK sendiri terpaksa lupakan kerana tidak cukup pembiayaan?
Wanita KEADILAN berharap untuk mendapat tindakan dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil terhadap perbuatan YBK yang memperalatkan kanak-kanak di bawah jagaan mereka untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.
HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang
###
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
3 comments:
Kah kah kah...
Terdesak nampak???
Kot ye terdesak pun jangan la gunakan kanak2!!!
Kah kah kah...
Woi zainal sakom!!!
Ada berani ka masuk SELCAT???
Kah kah kah...
Kalau dah berhutang tu bayar saja lah. Mana boleh dikecualikan..saya pun bayar tax, satu sen pun tidak boleh lepas...tak habis-habis kena korek.
Kalau tak mampu bayar declare muflis je lah..
pak leleleh mannn
saya dapat call dari kawan melaka semalam....
i) esok nazzak lawat melaka...
ii) nazzak akan umumkan UITM yang tak jadi bina kat selangor tu kan.....(yang atas tanah milik YBK tu kan...yang BANYAK UTANG tu kan...yang ali ketam kata dia akan gunakan duit yasyas-san melaka membayar hutang YBK tu kan....yang yasyasyasan melakakaka yang sendiri udah banyak utang dengan kera jaan melaka tu kan....yang kolej yasyasyasssnan itu sendiri udah lingkup!)...akan di buna di negeri melaka....kawan tu kata kat daerah jasin!
iii) kawan tu kata kawasan tu memang yayasan melaka ada tanah kat situ....dan kawan tu ada kata jugak, RAMAI YB2 dan ORANG2 UMNO MELAKA jugak ada beli tanah kat situuuuu!....
so pak leh leh leh, inilah REZEKI mereka ek?....rezeki yang Allah KURNIAKAN?....halal bagi mereka2 nih?....AMANAH SUNGGUH ye mereka2 nih!.....maka kaya rayalah mereka2 ni ek!.....inilah PEJUANG BANGSA MElayu ek!....inilah lahanat2 yang pak lehlehleh sanjung ek!....
melelelelelehlah esok ayor liok depa semua menunggu nazzak buat pengumuman itu!.....
The MIND!!!
Post a Comment