KENYATAAN MEDIA
Tarikh: 2 Februari 2010
Pada 1 Feb 2010 bertolak daripada keputusan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, saya telah menghantar surat kepada beberapa individu pimpinan PKR berhubung keputusan merujuk mereka kepada Lembaga Disiplin Parti. Salinan surat juga dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin. Individu terbabit diminta memberikan kerjasama membantu proses ini dan parti memberi jaminan mereka akan akan diberi ruang untuk menyampaikan hujah dan pandangan masing-masing.
Lewat kebelakangan ini, sebahagian media gemar memberikan gambaran PKR semacam menghadapi kemelut dalaman. Pakatan Rakyat juga digambarkan berdepan krisis dalaman parti dan antara parti. Hakikatnya gambaran ini amat tidak tepat. PKR dan Pakatan Rakyat menganggap gambaran sebegini sebagai sebahagian cabaran yang akan terus dihadapi semenjak lahirnya PKR dan bermulanya kerjasama Pakatan rakyat.
Sudah lebih satu dekad, PKR dikatakan kucar-kacir, berpecahbelah, hura hara dan berkecamuk. Dalam suasana persepsi negatif ini, PKR tetap bersungguh meneruskan perjuangan membela hak-hak rakyat dan mendokong agenda perubahan. Sementelah perkembangan terkini yang membabitkan beberapa individu pimpinan yang dirujuk kepada Lembaga Disiplin Parti tidak sama sekali membawa PKR kepada kancah krisis apatah lagi menjauhkan PKR daripada agenda besar perjuangan.
Sebagai sebuah gerakan yang memperjuangkan perubahan demokrasi, PKR kekal sebagai sebuah parti yang menghormati hak individu anggotanya untuk berdebat dan berbeda pandangan dengan kepimpinan parti. Pada masa yang sama parti menyediakan saluran dan forum untuk setiap anggota parti mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan. Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi hak satu anggota satu undi membuktikan kesungguhan PKR dalam menghormati hak-hak setiap anggota PKR. Serentak dengan itu Pakatan rakyat juga menyediakan mekanisma yang jelas dalam menguruskan perbedaan pendapat.
PKR ingin mengulangi penegasan bahawa biarpun ruang berbeda pendapat terbuka luas namun ianya bukan suatu tiket untuk mana-mana anggota parti membuat serangan keras, melampau, keterlaluan dan dakwaan tanpa diiringi bukti terhadap pimpinan parti sendiri dan pimpinan Pakatan Rakyat sehingga membelakangkan adab dan disiplin parti. Keyakinan rakyat terhadap perjuangan PKR adalah suatu yang amat mahal dan wajib dipelihara oleh setiap anggota parti.
Dalam hubungan ini kepimpinan PKR bertekad mengambil langkah tegas terhadap mana-mana anggota parti yang melakukan salah laku disiplin. Tindakan ini diambil tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan justru amalan disiplin yang kuat sahaja bakal menentukan parti terus kuat.
PKR ujud sebagai sebuah parti yang mendokong 17 prinsip perjuangan yang terakam dalam Perlembagaan Parti. Prinsip ini akan terus menjadi ikatan kukuh membina parti. Seterusnya Pakatan Rakyat juga diikat dengan Dasar Pakatan Rakyat yang terhasil dari Konvensyen Pakatan Rakyat pada Disember 2009.
Saya ingin mengulangi adalah menjadi tanggungjawab dan tugas setiap pemimpin dan anggota parti untuk mendokong, mempertahan dan mengembangkan nilai-nilai dan prinsip perjuangan PKR dan perkara-perkara yang disepakati dalam Dasar Pakatan Rakyat. Sesungguhnya agenda reformasi parti adalah jauh lebih penting dipertahankan daripada memperjuangan faedah dan keuntungan yang bersifat sementara. Seluruh anggota dan pimpinan PKR samada Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Negara, Menteri Besar, Ahli Majlis Kerajaan Negeri dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Penghulu, Ketua kampong, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Ahli Majlis Pimpinan Negeri, Pimpinan Cabang, Ketua Ranting dan anggota biasa adalah bertanggungjawab memikul amanah besar ini. PKR akan menjadi wadah kepada mereka yang ingin bersama mendokong agenda besar dan tentu sahaja PKR tidak mampu menjadi wadah untuk sebuah perjuangan yang mengharapkan habuan semata-mata.
Akhirnya sementara kita meneruskan usaha untuk proses pembaharuan dan pendemokrasian dalaman parti, kita yakin organisasi parti kan terus diperkasakan. Proses ini tidak akan mengalih tumpuan parti dalam persiapan menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan Perak sekiranya ada.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
English Version
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
DSAI di Mahkamah 02022010

2 comments:
Kah kah kah...
PKR berkecamuk???
Siapa cakap???
Dah tentu la pencacai2 UMNgOk yang cakap, betul tak???
Kalau tak percaya tanya ahmad maslan apa yang dia cakap semasa dia di Pahang tempohari.
Kah kah kah...
Woi pencacai2 UMNgOk!!!
Ku Li apa cerita???
KJ sihat ke???
Kah kah kah...
Makkal sakthi apa khabar???
Siapa presiden???
Kah kah kah...
PPP macamana???
Murugiah dari parti mana???
Kah kah kah...
Apa khabar bekas Timb Presiden MIC???
MCA kenapa tak jadi buat EGM???
Kah kah kah...
Woi pencacai2 UMNgOk!!!
Jangan cuba selak kain orang lain sedangkan kain sendiri terlondeh!!!
Kah kah kah...
TUKANG2 KENCING sedang beratur depan PWTC menunggu arahan 'tuhan' dari atas bangunan tuuu!....ganjaran2 sudah dirundingkan?....
cina ada....indu ada....kadazan ada....iban ada.....MALAyuyuyu pong ada....Dap ada....PKR ada....Pas pong ada.....dan parti2 lain pun ada.....semua nak kencing DSAI?....nak kencing PKR?....nak kencing PR?....
namun, TGNA dan Ku li sudah bersatu.....sokongan kepada DSAI juga diberi oleh Kit Siang.....
bagi sapa2 yang nak jadi SAMPAH masyarakat, biorkanjelah mereka kencing....takde hal!....kita just kenal betul2 muka2 silahanat2 nih......
sampai masa nanti, kita ajar mereka....
lebih2 lagi yang mahlayuuu tuuu.....sebenarnya, suka aku tengok keadaan mereka2 la nih......orang melayu jati sudah tentu akan ikut DSAI, TGNA dan Ku Li.....sibebal2 ni lak nak ikut mamak, berghaim ali, nazzak, sembab, isam togel......
gase2 melayu generasi 13 mei 1969 tu yang tahu mereka sudah kena kencing dek mamak tu akan ikut sapa ek?......pak leleleleleh ada kenal mereka2 nih?....cuba tanyalah sikit kalu ada kengkawan kat selangor, perak, kedah dan johor...mereka ramai kat sini.....takut jiran sendiri pak leleleleheh tak kenal!.....nahas beb!
The MIND!!!
Post a Comment