Followers

Saturday, March 6, 2010

Dua Contoh Kerja Toyol

Pentadbiran Khir Toyo Banyak Rugikan Rakyat Selangor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau terpaksa mengambil alih pengurusan tidak bertanggungjawab yang diwariskan bekas Menteri Besar Barisan Nasional Datuk Seri Dr Khir Toyo yang menyaksikan banyak keputusan yang merugikan kerajaan negeri dan rakyat.

Kata Khalid, Dr Khir Toyo meletakkan keputusan berisiko tinggi terhadap beberapa projek kerajaan negeri semasa mentadbir Selangor dengan memberi cadangan projek kepada kontraktor tertentu yang akhirnya gagal dilaksanakan.

"Jika saya menjadi beliau, saya akan menggunakan peluang ini untuk belajar mengenai pengurusan, di Universiti Malaya ada sekolah pentadbiran awam. Disebabkan pengalaman saya menyelesaikan banyak keputusan silap yang dia buat, saya fikir dia tidak mempunyai cukup kecekapan untuk mentadbir negeri.

"Banyak keputusan yang diambil beliau tidak menepati ujian korporat dan ujian kebolehsanaan," katanya pada sidang media di pejabat beliau semalam.

Tambah Menteri Besar akibatnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpaksa mengambil alih semua projek yang gagal dan perlu membetulkan semula pengurusan dana awam yang kucar kacir di bawah pentadbiran Dr Khir Toyo.

"Risiko kegagalan projek yang beliau cadangkan adalah tinggi. Selain itu sudah tentu beliau datang dari budaya Umno dan saya fikir beliau dipupuk dari tabiat buruk dalam parti itu," katanya

Khalid memberi dua contoh projek yang gagal dikawalselia dengan telus dan baik oleh Dr Khir Toyo antaranya pembangunan projek tebatan banjir (Canal City) di mana kerajaan Selangor terpaksa membelanjakan hampir RM5 juta dan kehilangan 2,000 hektar tanah dengan kerugian berjumlah kira-kira RM30 juta.

Contoh kedua kata Khalid ialah isu penempatan semula penduduk setinggan di Bukit Botak di mana kontraktor terbabit, Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) gagal menyiapkan sepenuhnya projek berkenaan menyebabkan kerajaan negeri BN meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk mengambil alih projek berkenaan.

"Macam mana PKNS tak rugi, agensi itu diminta membina perumahan pada kos RM90,000 seunit dan menjual pada harga RM50,000," jelas Khalid lagi.

Kalau yang mengundi menyokong Umno/BN masih tidak sedar juga..... bukan manusia lah mereka, toyol juga agaknya.........




4 comments:

Seri Alam DiRaja said...

Syabas buat YAB Tan Sri Khalid membongkar semua perbuatan khianat yang Khir Toyo lakukan sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor seketika dahulu. Tapi kenapa media elektronik arus perdana tak ambik mudah petikan kenyataan Tan Sri Khalid untuk siaran umum. Tahu pun takut. Itu baru sedikit yang Tan Sri Khalid dedahkan. Cuba saudara- saudari lihat projek perumahan di kawasan Hulu Selangor terutama di kawasan Batang Kali dan Kuala Kubu. Itu keje-keje kotor Palanivel sewaktu menjadi Ahli Parlimen Batang Kali. Betul-betul kronie punya Palanivel, sehingga sekolah driving school Sammy memonopoli perniagaan sekolah memandu di kawasan tersebut.

Paling yang menyayat hati adalah projek penambahan blok bangunan di Sekolah Kebangsaan Belamy, Jalan Belamy, Kuala Lumpur sehingga sekarang masih terbengkalai sehingga menampakkan lumut hijau. Itulah nasib anak-anak Melayu anggota tentera dan juga penduduk yang rata-ratanya orang Melayu disekitar tersebut bagaikan terpinggir. Itu baru sedikit. Projek-projek lain apa citer??

FIKIR-FIKIRKAN LAH WAHAI BANGSAKU YANG BERDAULAT

fidel castro said...

tahniah datok khalid.
pengalaman beliau menuruskan syarikat korporat kini diterjemahkan kepada rakyat selangor. majulah negeri selangor du bawah PKR.

jai said...

Kah kah kah...

Slogan 'hanya umno yang mampu mentadbir' telah terbukti hanya retorik dan tahyul semata-mata.

Rakyat tak bodoh lagi, yang tinggal spesis2 bodoh seperti nazri pondan tua dan pak lemang-kuk yang masih menyokong umno!!!

Kah kah kah...

SYABAS TAN SRI KHALID!!!

Bongkar lagi penyelewengan anak toyol semasa dia jadi MB Selangor.

Kah kah kah...

storm62 said...

wah ka ka...betui ke tu gambar penyamun dari indon tu? patutlah bila kaya raya dia ni pakai botox untuk menukar wajah sebenarnya...ka ka ka.

muka samseng penyamun nie pun melayu umno duk sembah...ka ka ka. sah melayu2 umno tu pengkhianat Rakyat Malaysia sendiri.