Kezaliman BN Menyamai Kerajaan Firaun
Oleh Qayum Rahman
SEBERANG JAYA 11 Mac - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional pada masa sekarang boleh disamakan dengan kerajaan Firaun yang sentiasa mengamalkan perkara bertentangan agama dan juga penyelewengan besar yang memberi kesan buruk pada rakyat.
"Jangan mereka (BN) terlalu berhasad dengki menjatuhkan orang lain dengan kekuasaan yang diberikan dan jangan juga lupa kezaliman mereka tidak akan mampu bertahan lama.
"Kerajaan BN tidak akan mampu bertahan lama lagi berikutan pelbagai kegagalan telah dibalaskan oleh Allah akibat kezaliman yang diamalkan tetapi tetap masih lagi meneruskan kejahatan tanpa batasan," kata Abdul Hadipada ceramah sambutan ulangtahun kedua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.
Sehubungan itu tambah beliau kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh dan kuat bukan terletak pada bangunan pencakar langit atau jambatan tersergam yang dibanggakan tetapi atas kepimpinan yang bersih dan telus.
Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Pakatan Rakyat berjaya mewujudkan kerajaan berkarisma yang mempunyai ciri-ciri lengkap bukan sahaja untuk mentadbir kerajaan negeri malah kerajaan pusat kerana tidak mengamalkan kezaliman dan penyelewengan yang diharamkan Allah.
"Ikatan Pakatan Rakyat semakin teguh walaupun baru dua tahun mentadbir empat kerajaan negeri tetapi mampu membuat pelbagai perubahan tidak seperti kerajaan BN yang telah mentadbir kerajaan pusat dan negeri lebih 52 tahun tetapi masih gagal.
"Mereka(BN) hanya pentingkan pembangunan baru yang boleh memberi keuntungan kepada mereka dan tidak mementingkan pentadbiran yang telus dan bersih. Ini menyebabkan mereka sentiasa terdedah dengan pelbagai penyelewengan dan rasuah," kata Abdul Hadi.
Beliau turut menyatakan bangga dengan kemampuan Pakatan Rakyat kini yang terus maju dan progresif walaupun terpaksa mengharungi bermacam-macam serangan dan dugaan yang sengaja dicipta oleh BN sebagai aktiviti khianat mereka.
"Kita Pakatan Rakyat tidak akan takut dan gentar dengan serangan bertubi-tubi BN dan Umno tetapi akan terus merancang pelbagai dasar baru yang akan terus memberi manfaat kepada rakyat.
"Walaupun kerajaan BN boleh memerintah beratusan tahun, kerajaan BN yang penuh kezaliman dan kejahatan tidak akan direstui dan diterima Allah. Rakyat sepatutnya diberi hak sama rata dan bukannya tertumpu pada kepentingan seseorang individu," tegas beliau lagi.

10 comments:
Amerika ada zionis
Malaysia ada umno
bukan ke YB Zul-Kulim telah berkata mmg terdpt firaun kecil dlm PKR, habih nape nak tuduh Umno pulak.YB Zul yg merupakan wakil PKR selama 2 tahun sudah tentu tahu krisis isu dalaman PKR, jadi tidak salah YB Zul membongkarkan segala rahsia tentang keburukkan PKR yg mana wujud firaun-firaun kecil dlm PKR.spt kata pepatah 'kalau takde angin, takkan pokok boleh bergoyang'.betul tak?
we as a malaysian should thankful to our current goverment for sacrifying a lots time, energy, money to develop our country and also provide Malaysian with the good education system to become the educated citizen.i feel really..... sad with current politic scenario especially with PR(opposition)for keeping on try to influent the malaysian to hate the current govenment and also wanna create havoc to the country.i really hope the PR(opposition) stop doing such a stupid thing and together we build '1 Malaysia'.
Salam,
Dearest Firefly,
You should never feel that way in fact you should rejoice the current situation which really reflects our maturity and progress towards a more civilized society.
Physical development should never be seen as the only contribution of the present government but you also need to look at their ways of manipulating every resource within their control to brainwash and indoctrinate the people's mind through the mass media for instance.
In fact every right minded Malaysian should be grateful to PR since they have paved the way towards a more accountable and transparent government or at the very least they have shown that they can be a much better alternative to the current and corrupt BN regime. Differences in opinion is indeed a blessing!
Stupid firefly,
you should also thank the bn/umno government for:
- being a highly corrupted government
- for having racist in the cabinet
- for making M'sia well known in Mongolia
- buying a floating submarine
- buying a diving helicopters
- humiliating DSAI with sodomy
- giving us a lousy education system
- losing Pulau Batu Putih to Singapore
- not sueing the Liberation Front
- not paying Kelantan her oil royalty
- for paying Terenganu the oil royalty
- for giving MyKads to immigrants to Sabah
you want some more? firefly? pls go and fly kites while you can. don't waste your time here.
Faizal,
PKR parti baru....depa 'bermain' dengan firaun2 kecik jer
UMNO udah tertubuh sejak 1946....dah hampir 64 tahongg!.....so umno DITERAJUI oleh MAHA-FIRAUN!!!.....(sejak 1968 la beb!)
ada pham?.....
The MIND!!!
p/s - fire-fly....so who influence who?.....so who hates who?.....are you sad?....read watan's comments and storm62's lists....that will cheer you up!
parti haprak tu...lebih teruk dari firaun.
helllloooo firefly. please wake up. it's not pr who is influencing people to hate bn, it's bn themselves who cause people to hate them. have you been sleeping all this while or are you just plain ignorant. i don't need to write the long list why people hate bn. i'm sure you know it too if you care to do a simple research over the net or just by simply observing your surroundings.
http://img198.imageshack.us/img198/2016/kingtut2.jpg
dear firefly..
so are u happy with present goverment? if yes i say you can go to hell idiot. you're blinded by money and corruption by this umno goon. you see the different in PR states? if you don't know i call call you stupid. u can join Nazri as patong patong.
maaf bro sofi saya keluar tajuk, saya petik tulisan dari laman marhaen :
Masih ramai yang keliru dengan pembebasan Datuk Ramly Yusoff. Baca, dan anda akan faham. Beliau adalah antara beberapa kerat anggota polis berjawatan tinggi yang berani menentang arus. Beliaulah orang yang telah menghalang Rahim Bapak Anjing daripada terus membelasah DSAI ketika ditutup mata. Datuk Ramly telah mendedahkan penyelewengan peringkat tertinggi dalam PDRM yang terlibat melindungi sindiket penjenayah. Itu dosa beliau dan beberapa anggota bawahan beliau yang turut diseret atas dakwaan 'ala-saifool' - cipta dakwaan baru reka bukti dakwaan....
Disebabkan keberanian beliau menentang arus, pelbagai dakwaan dikenakan ke atas beliau dan kakitangannya, bagi membolehkan Musa Hasan 'melangkah kepala' Datuk Ramly menerajui PDRM. Kita telah kehilangan seorang yang berwibawa, yang sepatutnya telah menjadi Ketua Polis Negara (yang sepatutnya) telah berusaha membersihkan imej PDRM yang telah sekian lama tercemar.
Kepada SPRM, tak perlulah membuat rayuan kalau sekadar untuk membazirkan lebih banyak wang rakyat untuk perbicaraan-perbicaraan yang tidak perlu. Wallahu'alam.
Post a Comment