Followers

Tuesday, March 9, 2010

Wakil Rakyat PKR Wajib Fahami Dasar Ini

Kepada semua Wakil Rakyat yang membawa dan mencetuskan masalah kepada parti dan rakyat terutama mereka yang bertindak mengikut telunjuk politik jijik Umno/BN dengan bertindak keluar parti tanpa mengosongkan kerusi DUN atau Parlimen, kalian sebenar telah mendustai dan mengkhianati perakuan bersama yang telah dipersetujui pada 19 Disember 2009.

Seandai pertembungan prinsip perjuangan yang kalian berikan sebagai alasan meninggalkan parti, maka atas dasar yang sama kalian yang 'kononnya berprinsip' wajib mengosongkan kerusi sebagai Wakil Rakyat. Rakyat menyokong dan mengundi kalian BUKAN kerana prinsip peribadi kalian tetapi kerana rakyat menyokong dan amat yakin kepada DASAR SERTA PERJUANGAN PKR.


Dasar Pakatan Rakyat - Muafakat Rakyat

Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.


Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan.

Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.

Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.
Malah kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.

Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.

Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

Buku ini membongkar dan mendedahkan siapakah 
pengkhianat agama, bangsa dan negara yang sebenarnya.
Tempahan melalui email "kerajaanrakyat@gmail.com" 





4 comments:

Nazri said...

PERKASA telah memberi amaran awal yg 'orang cina akan mengambilalih negara pada piliharaya akan datang'.dgn amaran awal ni, org melayu PR perlu bersatu hati tanpa mengira perbezaan fahaman politik utk mengelakan negara Malaysia dikuasai oleh bangsa lain.kita perlu ingat, jika bangsa lain kuasai Malaysia maka kehidupan org melayu akan terjejas.kita sepatutnya perlu berterima kasih kpd PERKASA krn telah menyedarkan org melayu PR yg masih lagi dibuai mimpi.jadi diharap penyokong PR yg berbangsa melayu boleh bersatu hati dgn Umno utk menjaga maruah org melayu.

jai said...

Nazri Pondan Tua said...

PERKASA telah memberi amaran awal yg 'orang cina akan mengambilalih negara pada piliharaya akan datang'.dgn amaran awal ni, org melayu PR perlu bersatu hati tanpa mengira perbezaan fahaman politik utk mengelakan negara Malaysia dikuasai oleh bangsa lain.kita perlu ingat, jika bangsa lain kuasai Malaysia maka kehidupan org melayu akan terjejas.kita sepatutnya perlu berterima kasih kpd PERKASA krn telah menyedarkan org melayu PR yg masih lagi dibuai mimpi.jadi diharap penyokong PR yg berbangsa melayu boleh bersatu hati dgn Umno utk menjaga maruah org melayu.

Kah kah kah...

Woi pondan tua bahalol!!!

KO NI DAH GILA KE???

Komen apa yang ko bagi ni bangang???

Artikel kali ni untuk wakil rakyat PKR, jadi apa kena-mengena PERKOSA, ibrahim al-kataki dan kenyataan perkauman yang ko buat dengan artikel kali ni???

Apa yang ko merepek ni bahalol???

BODOH PUNYA PONDAN TUA!!!

Kah kah kah...

Woi pondan tua!!!

Yang ini bila nak jawab???

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2010/01/mind-isu-yang-mencabar-minda.html#comments

Kah kah kah...

storm62 said...

".... bersatu hati dgn Umno utk menjaga maruah org melayu." - kata biawak pondan nazri.
................................................

kah kah kah...wei biawak, sejak bila melayu umno berMARUAH ??? aku rasa melayu umno teloq pun tarak la, maruah lagi kosong, eelek, zero.

Pemuda Pakatan Rakyat duk tunggu2 kat Tapak Expo Seberang Jaya malam minggu untuk berdebat tentang "keMelayuan" umno yg terpinggir diP.Pinang sama rizal, norman dan jais, tapi pondan2 melayu umno pengecut semua hilang atau bersembunyi kat bawah ketiak atau sarong mamak umno Penang....kah kah kah.

buat malu saje puak melayu pondan umno...ka ka ka...pordah, sial betui melayu umno tarak maruah dan teloq. patutlah melayu umno akan hilang dibumi ini kerana teloq eelek...ka ka ka.

tumpang lalu said...

ape punya bebal si nazri nih...bro sofi crite lain..ko crite pasal PERKAKAS plak...ko ni da biol ke ape...abis tuh..ape kejadah..sibuk serata negeri laungkan 1Malaysia..ape punye tur la ko nih..kalu da dtg nye dari say um to the no...memg hasilnya org mcm ko la...