Penduduk di Sibu hairan mengapa lebih daripada 20 orang anggota kabinet perlu turun padang untuk menumbangkan hanya seorang calon DAP? Begitu kuatkah pengaruh pengerusi DAP Sarawak itu sehingga perdana menteri perlu turun ke bandar Foochow ini sebanyak tiga kali dalam tempoh yang relatif singkat. Itu belum lagi mengambil kira jumlah ahli politik dan menteri Sarawak, serta seluruh instrumen dan agensi kerajaan yang terpaksa dikerah untuk memujuk dan menundukkan pengundi di Sibu.
Memang ada sesuatu yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) di kawasan yang mempunyai 54,695 pengundi ini.
BN sedar akan risiko yang bakal ditanggung jika mereka tidak bekerja keras untuk menggerakkan seluruh jentera pilihan raya kali ini. Itulah sebabnya, segala langkah diambil untuk memujuk pengundi agar menyokong calon SUPP Robert Lau Jr.
Sebahagian besar daripada 8,665 pengundi Iban di rumah panjang kecewa kerana kerajaan dipersepsi meminggirkan mereka. Jika tidak, bagaimanakah sesudah lebih 45 tahun merdeka, masih ada yang merungut tidak menikmati bekalan air bersih, elektrik dan jalan berturap.
Kehadiran Perdana Menteri, Timbalan Perdana, serta puluhan menteri dan timbalan menteri Persekutuan dan negeri, untuk menyelesaikan masalah rakyat menimbulkan pertanyaan.
Mengapakah masalah berkenaan seolah-olah hanya cuba diselesaikan menjelang pilihan raya?
Mengapakah kerajaan BN kelihatan begitu bermurah hati waktu berkempen?
Namun, sejauh manakah projek mi segera dan penyelesaian ala bomba memadamkan kebakaran itu, berjaya memujuk pengundi? Dalam tempoh 10 hari lalu, beratus-ratus juta ringgit nilai projek diumumkan bagi memujuk rakyat.
Walau bagaimanapun jentera BN yang sarat dengan segala penipuan, rasuah dan salahguna kuasa terlalu hebat untuk dilawan oleh Pakatan Rakyat. Laporan media tidak memihak kepada Pakatan Rakyat, apatah lagi tiga akhbar tempatan dikaitkan dengan keluarga calon SUPP.
Diringkaskan dari laporan asal Malaysiakini



4 comments:
Iban tertipu lagi...!!
*******************************
Sebahagian besar daripada 8,665 pengundi Iban di rumah panjang kecewa kerana kerajaan dipersepsi meminggirkan mereka. Jika tidak, bagaimanakah sesudah lebih 45 tahun merdeka, masih ada yang merungut tidak menikmati bekalan air bersih, elektrik dan jalan berturap.
*******************************
Semiskin-miskin nya orang iban di Sarawak, takda yang merempat di kaki lima kedai mahu pun yang tidur di perkarangan gereja. Rumah mereka takda tidak ada washing machine, hi fi, penghawa dingin, dan takda tv plat screen 29 inchi tapi mereka tetap makan dan jauh sekali dari kebeluran ataupun tinggal di pondok yang hampir roboh.
Walaupun orang iban tinggal di rumah panjang, rumah berdinding papan beratap zink tapi jarang-jarang kita dengar atap rumah mereka terbang di pukul ribut.
Tinggal di rumah panjang dan tidak ada bekalan elektrik 24 jam dan menggunakan lampu minyak tanah, jarang-jarang kita dengar rumah panjang mereka terbakar di jilat api.
Walaupun rumah panjang belum menerima bekalan air bersih, tidak ada kita dengar rungutan dari mereka tentang penyakit itu penyakit ini.
Tinggal di Sarawak dan menggunakan sungai sebagai laluan utama, jarang-jarang kita dengar mereka mengharapkan subsidi minyak.
Memanglah orang iban tidak ada yang menjadi perdana menteri ataupun ketua pembangkang di parlimen tapi kaum mereka tidaklah jauh tinggal di belakang. Pendek kata, orang iban hari ini boleh berbangga dengan tahap kemajuan yang dikecapi oleh kaum mereka.
Mungkin betul rumah mereka di perbuat daripada buluh, tapi rumah mereka layak dan ada yang di pasang dengan penghawa dingin.
Mungkin betul rumah mereka di atas pokok, tapi tiang nya konkrit dan berurat besi.
Tidak kira BN mahupun PR kalau menulis sesuatu artikel tentang orang iban di Sarawak pastikan ia nya betul dan tidak membuta tuli saja. Kerana orang iban ataupun bumiputera lain yang tinggal di Sarawak tak lah jauh tinggal dari bangsa lain di Malaysia.
Memang betul negeri mereka tak semaju negeri di semenanjung, jalan raya tak ada highway berkembar tapi ada negeri-negeri di semenanjung yang jauh miskin dari negeri Sarawak.
Kalau awak orang semanjung dan tidak percaya dengan kemajuan di Sarawak, awak datanglah ke Sarawak. Biar awak tengok dengan mata kepala otak awak sendiri…
DAP - 16,476
BN - 13,375
Ind - 135
Majority - 3101
kiraan setakat 7.51pm. ada harapan pr menang tapi belum kira undi pos lagi. kemungkinan undi pos akan memenangkan bn/apco
hahahaha dengar kabar bijan dah cabut awal. pr dahului dgn 3k++ undi. dalam blog pengampu umno/apco parpukaricibai kata bn menang 3600 undi. bahalolnya blog pencacai umno/apco disokong nazri hahahaha
pada 9:45pm spr masih belum mengumumkan kemenangan dap. apakah akan ada kejadian luarbiasa yg memutar balik keputusan undian?
sebuah blog mengatakan akan ada pengiraan semula undi
Post a Comment