Followers

Friday, May 21, 2010

Kaki dirantai tangan berlari


Hari-hari terkini
Aku berkata sendiri
Dalam monolog rindu
Nusa ku dimamah duri

Aku yang bernama lelaki
Kaki dirantai tangan berlari
Di malam sepi aku jejaki
Keredhaan ALLAH yang hakiki

Dalam hati aku bisikkan
Dalam doa aku munajatkan
Dalam warkah aku titipkan
Keredhaan ALLAH aku rindukan

Dikala siang, Engkau aku ingati
Dikala malam, Engkau aku mimpi

Dalam kelam yang membayang
Hasil negara ku terbang melayang
Dijual dilelong tanpa rasa sayang
Kelaku pemimpin membontang kenyang

Kepada sahabat aku sandarkan
Pertualang negara kita hancurkan
Kepada Allah aku munajatkan
Doa kami Engkau makbulkan

Sofi - Kerajaan Rakyat
May 212010


6 comments:

Nazri said...

Blog Pro PR TAKKAN SIARKAN artikel spt kat bawah ni :-

Malaysia antara 10 negara paling berdaya saing dunia.

KUALA LUMPUR: Malaysia kini tergolong dalam 10 negara paling berdaya saing dunia dengan menduduki tempat kesembilan, tahun ini berbanding tempat ke-18, tahun lalu.

Mengikut laporan World Competitiveness Yearbook 2010 yang diterbitkan Institute for Management Development (IMD), semalam, Malaysia mencapai nilai indeks 87.228 tahun ini, meningkat daripada 77.162 tahun lalu.
Ia meletakkan Malaysia sebaris Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Australia, Sweden, Kanada, Taiwan dan Norway, sebagai negara paling berdaya saing dunia.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pencapaian 10 terbaik dunia adalah hasil pelaksanaan beberapa inisiatif yang inovatif dan berani oleh kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memacu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.

--------------------------------
Tahniah kpd kerajaan BN dibawah pimpinan DSNTR di atas pencapaian yg begitu cemerlang sehingga meletakkan Malaysia di sebaris dgn negara maju dr segi negara yg berdaya saing di dunia.

bro sofi,

apasal ko tak nak ulas pulak tentangan pencapaian cemerlang kerajaan BN terhadap negera spt artikel kat atas tu?ko malu ke dgn pencapaian yg begitu cemerlang yg ditunjukkan oleh kerajaan BN? maklumlah blog koni penuh dgn artikel yg mengutuk kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan BN je?jadi skg kerajaan BN telah membuktikan kewibawaannya sehingga meletakan Malaysia di tangga ke-9 dr segi negara yg berdaya saing, so bila lagi ko nak memuji kerajaan BN pula?

jai said...

Kah kah kah...

Bila nak PRU13 nih???

Jangan ada yang TAK NAK bubarkan Parlimen atas alasan ianya satu 'pembaziran' dah la.

Sebabnya dia takut dirinya akan jadi seperti Thaksin.

Kah kah kah...

fidel castro said...

nazri biawak.
berdaya saing tu seperti tawaran jualan murah. pelabur adalah seperti pelanggan. agak agak berapa ramai pelabur yang datang melabur kat malaysia? malaysia ni tak ada keistimewaan seperti cambodia,thailand serta vietnam yang mana mereka ada tenaga buruh yang murah serta rajin. kakitangan kerajaan kurang rasuah tak seperti malaysia yang banyak RED TAPE dan rasuah.

jai said...

Nazri Siput Babi Pondan said...

Tahniah kpd kerajaan BN dibawah pimpinan DSNTR di atas pencapaian yg begitu cemerlang sehingga meletakkan Malaysia di sebaris dgn negara maju dr segi negara yg berdaya saing di dunia.

bro sofi,

apasal ko tak nak ulas pulak tentangan pencapaian cemerlang kerajaan BN terhadap negera spt artikel kat atas tu?ko malu ke dgn pencapaian yg begitu cemerlang yg ditunjukkan oleh kerajaan BN? maklumlah blog koni penuh dgn artikel yg mengutuk kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan BN je?jadi skg kerajaan BN telah membuktikan kewibawaannya sehingga meletakan Malaysia di tangga ke-9 dr segi negara yg berdaya saing, so bila lagi ko nak memuji kerajaan BN pula?

Kah kah kah...

Woi siput babi pondan!!!

Ko ni betul2 bodoh la bangang!!!

Kah kah kah...

Woi siput babi bahalol!!!

Angka no 9 daripada 10 ko nak banggakan???

Kenapa tak banggakan angka no 1 seperti di bawah???

Link:

http://www.casinocitytimes.com/news/article/top-10-casinos-by-number-of-employees-171206

Kah kah kah...

Dan sebab ko bodoh ni aku nak bagi tau, tak ada satu pun blog2 pro UMNgOk BoNgok yang siarkan artikel di atas sebab mereka MALU dengan KERAjaan yang mereka sokong sekarang!!!

Kah kah kah...

Bodoh punya siput babi pondan!!!

Ada no 1 pilih no 9.

Kah kah kah...

Anonymous said...

mereka tidak jemu
mereka teruskan menyambung usaha
asal perjuangan berlandaskan Islam
nama2 agung pejuang melayu berdarah ulama

kesultanan kita ditekan penjajah
berbagai perjanjian dimeterai
Portugis, belanda dan Inggersia memain peranan bersilih ganti
susur galur ditukar ganti mengikut siapa yang sudi mengikut!

namun ulama terus berusaha
menggalas tugas demi bangsa dan agama
walaupun tatkala sultan dan raja alami pujukan, tekanan, penipuan.....
agama terus terbela hasil perencanaan alimin

namun penjajah tidak puas
mereka takkan berundur tanpa ada pengganti mereka dikalangan kita
perjanjian dimeterai nun jauh disana
kota London penentu siapa perintah kita

sang raja akur penjajah tersenyum
masing masing puas rencana bersama diterima pakai
namun hari ini tiada apa yang nyata selain perpecahan dan keruntuhan
akibat mainan politik pemerintah dari kalangan kita

namun nama2 serta susuk tubuh kecil yang menggalas agama terus Allah lahirkan
menegur mengajar berbincang demi kelangsungan identiti bangsa
mereka dipujuk, ditipu, dikesampingkan oleh mainan KEPALA politik pujaan raja dan british
maka tidaklah pelik kenapa selalu mereka mendapat restu sultan dan raja

Kesultanan Perak peninggalan nyata kesultanan melaka
yang pernah di Islamkan oleh Sheikh Abdul Aziz yang datang khusus dari Bumi Ambia...
Namun kini kesultanan camping, lesu dan dipersoal rakyat
akibat mainan dan percaturan penguasa gila dan cukong judi cina

susuk tubuh kecil terus menggalas amanah
tak jemu2 berceramah, menegur, mengajar...solat hajat, memunajat dan berdoa...
Inilah saja jalan kita yang mukmin...terus berserah kepada DIA
penguasa gila sedang terus merencana arah mereka
melawan arus ketentuan DIA...seperti yang sudah NabiNYA bersabda berkurun lama....

Kita tunggu penghujung cerita.......
sambil yang beringat mengusahakan baki2 rencana demi menjaga maruah bangsa dan negara
mereka yang di atas sana ternyata menderhakai amanahNYA......
sebelum DIA menyentap rakus baki kuasa yang ada...

Ikhlas

The MIND!!!

Anonymous said...

Kini, sudah ada pernyataan....mahu dihimpun anak bangsa melayu di Shah Alam....katanya mereka mahu pastikan agar nanti takkan ada lagi pihak yang berani memurtadkan kita......

berhimpun ramai-ramai ni nak bagi siapa sedar?..... Sultan selaku Ketua agama negeri?.....Mufti?.....MB?.....atau Pak Menteri PUSAT yang jaga Hal-ehwal agama?......

....atau ada agenda lain oleh tok dalang belakang tabir......

The MIND!!!