Followers

Thursday, May 13, 2010

Kemana dia mahu bawa kita?

Menurut Pengerusi Gertak (Gerakan Kebangkitan Rakyat) Razali Idris, tarikh 13 Mei 2010 yang dipilih untuk satu perhimpunan orang Melayu bagi menyedarkan dan menyatukan mereka yang bertema ‘Melayu Bangkit’ telah dipilih sendiri oleh Tun Dr Mahathir. Beliau dijangka menyampaikan ucaptama dalam program itu.

Program ini juga telah mendapat kerjasama serta sokongan Institut Integriti Negeri Terengganu. Namun program ini telah dibatalkan pada saat akhir kerana dikatakan dihalang oleh ‘pucuk pimpinan negara’. Namun ketika ditanya tentang program ini semalam, KPN menyatakan bahawa beliau ‘TIDAK TAHU! Itu kena tanya Ketua Polis Terengganu’.

Razali Idris dalam mempertahankan program itu telah menyalahkan parti pembangkang kerana telah mensensasikan program itu untuk kepentingan politik mereka.

Persoalan di benak otak saya adalah kenapa Dr M sendiri memilih tarikh 13 Mei 2010 ini? Apa niat dia dan apa matlamat dia? Lebih penting lagi apakah agenda dia? Adakah ini agenda Negara, bangsa Melayu, agama Islam atau agenda peribadi dan keluarga?

Kita tahu Dr M suka tarikh 13 Mei ini sebab tarikh itu telah berjaya melonjakkan dia ke kancah ‘Inner Circle’ umno lama setelah beliau berjaya menggoncang Tunku dan umno lama. Beliau telah dengan beraninya mencucuk Tunku melalui sepucuk surat peribadi beliau kepada Tunku pada akhir 1968 dan surat itu telah tersebar luas. Inilah detik yang telah mula menggoncang umno lama sehingga akhirnya berserta tambahan beberapa rentetan peristiwa lain, maka peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah tercetus.

Banyak teori telah disebarkan oleh kerajaan tentang bencana 13 Mei 1969 tetapi banyak persoalan tidak terjawab. Seorang ahli akademik dikatakan sedang dalam proses menulis sebab sebenar kenapa peristiwa 13 Mei 1969 terjadi kerana beliau sudah mendapat banyak maklumat rahsia dari simpanan kerajaan Britain yang telah diluluskan sebagai maklumat yang bukan lagi rahsia setelah melebihi 30 tahun. Beliau dikatakan telah menghabiskan masa lebih 3 bulan meneliti dokumen dan maklumat yang telah tersimpan oleh kerajaan Britain.

Apapun sebabnya, persoalan bagaimana Dr M boleh dengan beraninya menulis terus kepada Tunku selaku Perdana Menteri ketika itu adalah pencetusnya. Kenapa dia sungguh berani. Adakah dia bertindak bersendirian, berdua atau berkumpulan? Sama-samalah kita tunggu apakah akan ada jawapan tunggal yang sebenar kenapa peristiwa 13 Mei 1969 itu terjadi.

Jika 13 Mei 1969 mencetuskan pertumpahan darah, apakah niat Dr M ingin menggunakan tarikh 13 Mei 2010 untuk membangkitkan semangat orang-orang Melayu? Jika melayu sudah bangkit, apa akan terjadi? Adakah unsur-unsur radikal bangsa Melayu akan turut terbangkit? Apakah semangat radikal berbagai bangsa lain akan hanya senyap sepi atau akan sama bergolak? Siapa boleh tentukan ini boleh dikawal? Bila KPN kata dia tak tahu adakah dia berpura-pura?

Bolehkah bangsa Melayu bangkit semata-mata berteraskan semangat? Semangat yang berteraskan apa? Logik minda? Kebangsaan? Kenegaraan? Kemelayuan? Kebangkitan yang ingin dilahirkan ini untuk apa? Tidak bolehkah Dr M menulis sahaja? Perlukah diadakan satu ‘ombak’ yang mungkin kita akan kehilangan kebolehan menahan kesannya?

Pada usia menjangkau 85 tahun, kemanakah Dr M hendak membawa Negara ini?

The MIND!!! 

7 comments:

jai said...

Kah kah kah...

Tak ada mana2 kaum di negara ini yang mahukan Trajedi 13Mei berulang.

Yang hilang majoriti 2/3 memang suka mengungkit sebab dia takut dia akan terus kehilangan kuasa selepas ini.

Maklum saja la, gila kuasa memang macam tu.

Kah kah kah...

Ada seorang mamak tua mendakwa dia akan lari meninggalkan negara ini jika DSAI jadi PM.

Apa yang dia takutkan hanya Allah SWT saja yang maha mengetahui.

Lari jangan tak lari!!!

Jangan sampai tak cukup tanah dah laaa...

Kah kah kah...

jarum mas said...

Bro Jai,

dia lari tu sebab dia takut akan semua penyelewengan dan skandalnya akan terbongkar...seperti yg berlaku pada 1998 dulu dimana DSAI telah memangku jaWAtan PM DAN PM KETIKA ITU bercuti diluar negeri...maka DSAI telah membawa usul di parlimen agar segala penyelewengan yg dilakukan x kira siapa dari ikan bilis sampai kepada jerung gergasi bolih didakwa..
apabila si Haprak tu balik dari bercuti..dengan sepantas konco2 si Haprak yg sewaktu dengannya yg di ketuai olih AS,RA,NTR dll Telah melapurkan pada si haprak tu...apa lagi haprak tu melentinglah dgn api kemarahan pada timbalan nya itu...demi menyelamatkan dirinya haprak ini telah membuat 1 konspirasi untuk menjahanamkan dsai ini...lalu beliau telah memanggil beberapa individu penjawat awAM tertinggi negara untuk membantu beliau membuat kerja2 dajal tersebut..

mad said...

melayu sekarang jauh lebih bijak dari melayu 60an dulu. bukan mudah utk menipu org melayu sekarang kecuali segelintir melayu bodoh yg masih menyokong umno seperti seekor biawak yg selalu berkunjung kesini dengan tiada perasaan malunya menunjukkan tahap mentaliti yg begitu rendah aka bodoh.
salah satu cara mengenali melayu mentaliti rendah ini ialah mereka selalu membaca utusan meloya

Anonymous said...

menurut M Today, najib telah bertindak serta membuat keputusan untuk membatalkan program 'Melayu Bangkit' ini.

maka melayu tak jadi lah nak bangkit!....apa sebenarnya sudah jadi ni?...ketua nak bagi melayu bangkit...dia pulak halang!

najib sudah berani melawan tokeh umno baru? atau najib hanya membantu tokeh itu?

dari segi logiknya, berapa ramai orang melayu hendak hadir di dalam program itu. Ini program umno?....perkasa?...gertak?...atau Dr M sendiri?...sehari selepas umno baru menghalalkan judi, adakah mungkin mana2 orang melayu ingin menunjukkan muka mereka berdiri bersama tokoh2 melayu yang sudah menolak hukum agama dengan menghalalkan judi?

mca dan mic pun mengecam program ini....adakah mungkin ada mana2 pemimpin mca dan mic hendak berdiri bersama puak radikal melayu umno baru?...tentu mereka akan diCOP sebagai petualang bangsa masing2....

maka sahlah program ini sebenarnya TIDAK mendapat sambutan!

maka najib pun TERPAKSA buat sesuatu demi menjaga muka tokeh umno baru ini. dan KPN pun kata dia tak tahu menahu tentang pembatalan program ini....'itu kena tanya Ketua Polis Terengganu!'

gua ingat najib sudah berani melawan kehendak mamak ni...rupa2nya terpaksa bertindak demi menjaga muka mamak pulak!.....

maka sah najib budak suruhan mamak sahaja!

The MIND!!!

Anonymous said...

menurut M Today hari ini, berahim ali bengang dengan soi lek!

ai...dah mula bergaduh ke?...atau wayang sudah mula sebab NAK COVER kerana orang tak mahu datang dan TERPAKSA dibatalkan!.....

berahim ni jurucakap mamak.....

mamak sedang pikir ni apa tindakan drastik selanjutnya.......masa sudah takda.....anaknya mukhriz masih belum dapat dilonjakkan ke dalam 'inner circle' umno baru yang dia sendiri punya!....13 mei sudah berlalu....13 mei 2011 jauh lagi....364 hari lagi!....lama tuuu....

dalam umno baru mendabik dada selepas PRK HS yang mereka menang, program melayu bangkit tak dapat dijalankan!.....jadi kena adalah SESEORANG KAMBING HITAM untuk disalahkan.....maka si APEK GIGOLO tua terpaksa dipilih oleh berahim!....

ini yang dikatakan menang secara menipu membawa rebah!....macam en marcos dan pakcik suharto!

atau keris berahim sudah KONTOT!

The MIND!!!

p/s - atau mamak kena tukar PANG-li-ma baru....SENATOR DALAM KOTAK (Senatak!)...

fidel castro said...

TAU PULA MAMAK KERALA TAKUT BILA DSAI JADI PM. RASA BUKAN SORANG TAPI SEMUA MP UMCO-BN CABUT LARI DARI MALAYSIA

Anonymous said...

Angka 13 adalah angka kesukaan Iblis...Puak2 Illuminati memang suka kaitkan angka ni bencana, kucar kacir...sama mcm 9/11..so UMNO adalah mainan Illuminati utk hancurkn umat Islam di Malaysia..Illuminati memang bahaya dan semakin menyerlah tanda2nya skrang...ni semua percaturan mereka bukan sje di malaysia, tp d serata dunia..sebab Dajjal si celaka laknatullah telah mengarahkan mereka berbuat demikian..tak caya tanyalah eli2 UMNO yg jd ahli freemason tu..ada jugk di kalangan DAP dan PKR..YG JD AHLINYA...wallahualam..