Followers

Wednesday, May 26, 2010

Mana janji pembangunan BN? Sudah 10 tahun mohon..!!

500 penduduk di Ulu Sungai Tomani rayu k'jaan atasi masalah tiada jambatan
“Kami bukan tidak membuat permohonan untuk membina jambatan malah sudah melebihi sepuluh tahun permohonan telah dibuat tetapi sehingga kini belum ada tindakan yang diambil oleh pihak yang berkenaan,” katanya.
TENOM, SABAH: Kira-kira 500 penduduk di empat kampung di Ulu Sungai Tomani merayu supaya kerajaan mengatasi ketiadaan jambatan di sungai itu yang menjadi laluan harian mereka.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Alutok, Angilik @ Tamrin Unin, berkata sungai yang tiada jambatan itu menjadi laluan utama penduduk sama ada ke ladang atau ke Pekan Tenom.

“Kami bimbang dengan ketiadaan jambatan sungai itu kerana ia sukar dilalui oleh kenderaan pada musim banjir,” katanya.

Katanya, ketiadaan jambatan itu membimbangkan penduduk di kampung terbabit seperti Kg. Alutok, Kg. Kaang, Kg. Ahisal dan Kg. Malutut kerana arus sungai itu deras dan boleh mengancam keselamatan penduduk.

Menurut Angilik permohonan untuk membina jambatan simen paras air telah lama dipohon tetapi sehingga kini belum ada tindakan yang diambil.

Katanya, aduan demi aduan daripada penduduk setempat mengenai pembinaan jambatan tidak mendapat perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab.

Kepada Angilik dan penduduk Sabah, lain kali kena ingat jangan terperdaya dengan janji anak haram..!!  

“Berikutan ketiadaan jambatan itu penduduk amat sukar memasarkan hasil pertanian mereka seperti getah, buah-buahan dan sayur-sayuran pada musim hujan kerana sungai itu sering banjir,” jelas Angilik.

Ketiadaan jambatan itu juga katanya, menyebabkan aktiviti harian mereka tergendala.

Seorang lagi penduduk Rawani Kaban berkata, beliau kesal dengan sikap Jabatan Kerja Raya (JKR) di daerah ini yang tidak mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan itu.

“Kami bukan tidak membuat permohonan untuk membina jambatan malah sudah melebihi sepuluh tahun permohonan telah dibuat tetapi sehingga kini belum ada tindakan yang diambil oleh pihak yang berkenaan,” katanya.

Eh eh, En. Rawani macam tak tau pulak, kan ke kerajaan yang kamu sokong sangat tu memang begitu perangainya. Tarikh lahir dia pun dia tipu. itu pun kamu tak tau ke??

Beliau berkata, pernah pada suatu ketika seorang penduduk yang cedera semasa menjalankan kerja di ladang terpaksa di bawa dengan kenderaan menyeberangi sungai pada musim banjir kerana menyelamatkan nyawanya.

“Mujurlah kenderaan yang membawanya tidak dihanyutkan arus deras pada ketika itu,” jelasnya.

Justeru itu katanya, kerajaan perlu bertindak segera mengatasi masalah ketiadaan jambatan di ulu sungai Tomani itu.


1 comments:

jai said...

Kepada 500 penduduk di empat kampung di Ulu Sungai Tomani:

Harap anda semua banyakkan berdoa agar wakil rakyat yang telah anda pilih 'CEPAT MATI' supaya PRK boleh diadakan di tempat anda dengan segera.

Jika ada PRK anda semua tak perlu bimbang, bukan setakat jambatan, tapi macam2 boleh dapat!!!

Bumbung pun boleh dapat!!!

Kah kah kah...

Ingat slogan "You help me, I help you" seperti di Sibu baru2 ini.

Sebagai contoh lihatlah bagaimana rakyat Manek Urai(Anak Emas) yang kini telah mendapat kemudahan jambatan berharga RM20 JUTA dari Barisan Nazak!!!

Ye ke??? Jambatan dah siap ke???

Kah kah kah...

Juga anda lihatlah rakyat di Bagan Pinang dan Hulu Selangor yang telah menikmati kemudahan sekolah seperti yang dijanjikan.

MASALAHNYA BILAKAH PEMBINAAN AKAN BERMULA DAN DI MANA TAPAKNYA SAHAJA YANG MASIH MISTERI DAN TERUS MENJADI MISTERIII...

Mungkin nazrina siput babi pondan boleh tolong jawab isu jambatan Manek Urai dan isu pembinaan sekolah di Bagan Pinang dan Hulu Selangor sebab dia penyokong Bebal Negara.

Kah kah kah...