Followers

Sunday, May 23, 2010

Peringatan Buat Sultan dan Raja Melayu. Masa di tahta jangan nak berlagak, nanti jadi sejarah!!

PENINGGALAN KERABAT SULTAN SINGAPURA: Dua pending, iaitu perhiasan emas berkerawang yang dipakai di dada atau pinggang, antara pusaka sultan terakhir Singapura, Sultan Hussain Shah, ditebus oleh Taman Warisan Melayu (TWM) daripada sebuah kedai pajak pada harga $16,625 setiap satu. -- Foto TUNI SHARIFF

SINGAPURA

Pending diraja diperolehi dari kedai pajak

Oleh
Shamsul Jangarodin
HARTA peninggalan kerabat sultan terakhir Singapura, Sultan Hussain Shah, sukar dijejaki kerana tiada rekod yang dapat menunjukkan di mana ia berada.

Namun, dua pending emas kurun ke-19 berjaya dijejaki pada 2008, bukan di tempat yang seharusnya ia berada, tetapi di sebuah kedai pajak di Tampines.

Dua pending itu, yang merupakan sejenis perhiasan emas berkerawang yang dipakai di dada atau pinggang, ditebus oleh Taman Warisan Melayu (TWM) di kedai tersebut pada harga $16,625 setiap satu.


Pending-pending itu direka khas dengan corak Melayu Johor-Riau-Lingga yang mempunyai unsur-unsur geometri Islam dan dihiasi dengan batu-batu permata, seperti berlian dan delima.

Ia ditebus semula untuk dijadikan bahan koleksi bernilai tinggi TWM kerana pending-pending tersebut mempunyai unsur-unsur warisan Melayu Singapura.

Menurut kurator muzium TWM, Encik Khalid Shukur Bakri, TWM mengetahui tentang dua pending itu daripada seorang waris ketujuh Sultan Hussain, Tengku Mohammad Shawal Tengku Abdul Aziz.

Menurut Encik Khalid, pending-pending itu digadai oleh seorang waris Sultan Hussain tetapi apabila tempoh gadai selama setahun semakin berakhir beliau tidak mampu menebusnya.

Tengku Mohammad Shawal kemudian menyarankan Yayasan Warisan Melayu menebusnya untuk dipamerkan di muzium TWM.

'Kededua pending ini amat istimewa kerana ia merupakan satu-satunya artifak keluarga diraja Singapura yang ada di TWM dan artifak paling berharga milik TWM.

Kalau di Malaysia, lagi banyak bolih dibuat bahan sejarah. Banyak sangat Sultan dan Raja.

'Setahu saya masih ada beberapa barang berharga lain yang dimiliki keturunan kerabat Sultan Hussain, seperti mohor beliau.

'Mungkin barangan itu semua terlalu berharga bagi mereka oleh itu mereka keberatan memberinya kepada kami,' kata Encik Khalid, 47 tahun.

Bahkan, sejauh ini TWM tidak mempunyai sebarang gambar Sultan Hussain.

Kerabat tertua yang difotokan ialah cucu Sultan Hussain, Tengku Alauddin Mansur Shah, atau Tengku Alam, yang sekarang bermakam di pekarangan Masjid Sultan.

Menurut Encik Khalid, satu daripada pending itu dimiliki Tengku Daik, iaitu daripada keturunan ketiga Sultan Hussain, manakala satu lagi milik Raja Mohammed Yusuf daripada kesultanan Riau, yang mempunyai talian melalui perkahwinan dengan kerabat Sultan Hussain.

Encik Khalid berkata pending itu digunakan kerabat diraja semasa menghadiri majlis-majlis kebesaran.

'Ketika itu, penjajah British sering menggunakan kepala tali pinggang khas semasa menghadiri majlis untuk membezakan diri mereka.

'Kerabat diraja menggunakan pending-pending ini bagi tujuan serupa,' kata Encik Khalid. - cyberita

11 comments:

SELENDANG BIRU said...

CENDOL KERALA LKEDAH LAH RAJA DI MALAYSIA SEKARANG..
IA KEBAL BERSAMA KUNCU2NYA...
IA MENCEMARKAN MARUAH RAJA SERTA SULTAN MELAYU....
IA AKAN GUNAKAN PEKASAM SEBAGAI BENTENG HURU-HARA...
SEPRTI TAKSIN GUNA KAN BAJU MERAH DI THAILAND BUAT HURU-HARA..

samurai68 said...

kalau negara malaysia tak bersultan atau beraja, camana, adakah negara ini tak akan maju macam negara-negara lain yang tidak bersultan atau beraja

Anonymous said...

rakyat banyak lagi marhaen dengan beriya2 ingin menghidupkan suasana kerajaan berteraskan pemerintahan berlandaskan syariat Islam....mereka tidak jemu2 menyatakan kehendak ini berserta beberapa kumpulan pemimpin serta alimin yang ada....

namun belum nampak satu tanda pun bahawa di kalangan raja2 kita yang mahukan supaya pemerintahan berasaskan Islam dilaksanakan. belum ada satu kata2 lahir pun di kalangan 9 raja serta sultan yang ada. Belum saya dengar lagi dan saya belum hilang kuasa pendengaran saya!.

Adakah ianya tidak perlu dilahirkan sama sekali. Jika mereka ada keinginan itu, kita ingin bertanya BILA?...

Yang nyata ada hanyalah pemerintah rakus yang lebih sanggup bekerjasama dengan pemodal swasta @ Cukong Judi cina untuk meneruskan agenda politik sekular mereka sehingga raja dan sultan terjebak dan terpalit sama dalam mainan seronok politik murahan ini.

Adakah raja2 dan sultan2 kita berasa mereka semua lebih selamat bekerjasama dengan pemerintah rakus yang bermodalkan cukong judi ini?

Kita dengan jelas ingin bertanya mereka.....Di manakah Allah?

The MIND!!!

Apai Ngelai said...

saya suka cara PR bagi ingatan macam ni kat raja-raja melayu. Teruskan. Ini membuktikan Pakatan Rakyat sangat sayang dan sanggup mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu dan kerabat di raja daripada dilenyapkan oleh BN.

fidel castro said...

jangan disesali seperti berlaku di melaka. kalau benar sultan itu ketua agama islam serta ketua setiap negeri jalankan tugas untuk rakyat demi allah swt supaya rakyat tetap menghormati sultan. jangan sampai tinggal warisan di muzium sudahlah.kala di kaji balik cerita seniman bujang lapok ada kebenarannya.

rockers said...

Ya betul tu. Raja untuk melindungi rakyat. Kalau asyik mengikut telunjuk BN habislah kepercayaan rakyat terhadap raja-raja.

Kalau begitu tak patut lah rakyat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan raja-raja kerana raja-raja tidak boleh membantu rakyat.

Mudah-mudahan kita rakyat malaysia terpelihara dari bencana Allah yang diturun untuk ketidak adilan mereka2 yang berkuasa lagi penguasa itu. Aminn..

Pakalalo said...

Raja adil Raja disembah..
Raja curang Raja disangah..
apalah gunanya raja disembah sedangkan islam dipermainkan..
apalah gunanya raja dipertahankan sedangkan rakyat dikhianiti..
Biarlah patik beraja dihati daripada beraja yg dicucuk hidung dan mulut terkunci diam membisu.

Bersuaralah sebelum tuanku tinggal sejarah...
kerana keadaan negeri tidak aman lagi seperti dulu...isu zionis, judi, kegiataan maksiat yg berluluasa dan pergaulan bebas anak muda harus dibendung ....Kenapalah Tuanku masih diam membisu sedangkan keadaan negeri sudah tidak menentu.

Anonymous said...

apai ngelai....

dah lain macam ajer bunyi liuk bahasa kau...kenapa?....sudah mula terbangun dari buaian nazri, pak leman, 1 malangsial, amirmhd, jamal jolok lubang jamban?

apai...kalu gitu baguslah...masuklah blog2 lain dan jengok2lah FB...ramai orang melayu sudah baru tersedar!...harap2 lu pun samalah!

The MIND!!!

Anonymous said...

Dear All,

The DEAFENING silence of our Rajas and Sultans are expected.

Like umno baru, they are only serving some other tripartied agreement partners ie with the British....who have only endorsed this two parties amongst the rakyats of this lands....umno has mca and mic as their initial cohorts....plus some other parties in Sabah and Sarawak.

Their silence with what BN government is doing on all issues is a true manifestation of their collaborations....at the expense of the Rakyats, especially the aspirations of the malay muslim rakyats....in wanting a federal and state government adhering to Islamic principles.

I can see their mandate given to them by HIM is about to end....why?....coz HE has HIS GRAND PLAN!.....

The rakyats, especially the malay/muslim rakyats will never try to end their reigns...they are in fact ending their own reigns themselves ably aided by their other interested party, ie the BN government headed by umno baru @ APNO and formerly known as umno lama plus the other smaller cohorts in Sabah and Sarawak.

umno baru thrives with mca, mic, gelakan, in the peninsular and more cohorts in Sabah and Sarawak....they have misused their trust by HIM...and HE is about to take it back.

The MIND!!!

poklang said...

abis je raja ni

Anonymous said...

Raja-raja Melayu harus kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Mereka mestilah menunjukkan tauladan yang baik sesuai sebagai ketua agama. Jika tidak, percayalah, mereka akan kehilangan kedudukan mereka. Allah pasti akan gantikan mereka dengan pemimpin yang lebih baik. Janji Allah itu pasti. Raja-raja jangan suka membiarkan diri mereka diperalatkan oleh UMNO terutamanya. Terbukti selama UMNO memerintah, orang Melayu semakin kehilangan banyak hak dan keistimewaan. Raja-raja harus sedar ini kerana kemuncaknya nanti ialah raja-raja itu sendiri akan hilang ditelan zaman.