Followers

Wednesday, May 19, 2010

Peringatan Untuk Pimpinan Pakatan Rakyat

Kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat, Keadilan khasnya. Ini isu besar yang mesti ditangani bersama dengan apa cara sekalipun. Bangkitkan "mereka" yang masih lena....!! Andai bolih dibawa berbicara, itu sebaiknya. Jika tidak, kalau perlu ke jalanan, ke jalananlah kita. Kalau perlu ke dataran, ke dataranlah kita bersama....!!!

Aku mahu kau sedar bahawa kemenangan di Sibu adalah notis akhir untuk menghantar Anwar ke tali gantung. Kau faham? Bagaimana Sibu ini menjadi tali gantung untuk Anwar?

Sabar… sabar. Kau lupa bahawa Sibu ini lebih penting dari seribu Lunas. Sibu lebih penting dari semua pilihanraya kecil di Semenanjung. Ketika kau merayakan kemenanga di Sibu ini aku ingin mengingatkan kau bahawa Sibu dan seluruh Sarawak termasuk Sabah adalah peti duit simpanan untuk gerombolan.

Apabila kau menang di Sibu ertinya kau telah mula menghafal angka pin kepada peti duit simpanan gerombolan. Seperti aku katakan tadi : kuasa bukan senang untuk dilepaskan. Kau sedang bermain dengan bahaya.

Aku sebagai pembawa ayat-ayat songsang sekali lagi ingin mengingatkan kau bahawa konspirasi untuk melupuskan politik Anwar akan bertimbun tambah. Kau tunggu dan lihat. Hanya yang ingin aku ingatkan ialah dalam merayakan kemenangan di Sibu sedarlah bahawa tali gantung untuk Anewar Ibrahim semakin rapat.

Dalam hal ini bicara minda saya senada dengan apa yang dititipkan olih saudara Hishamuddin Rais. Kalian baca di sini.




3 comments:

mosa said...

Kerajaan Rakyat,

Apa yang diluahkan oleh penulis dari blog Tukar Tiub itu memang ada benarnya. Petanda-petanda awal telah kita lihat dimana 2 ADUN PR di Sarawak telah digantong selama setahun.

Perbuatan ahli politik yang khianat terhadap Datok Seri Anuar Ibrahim telah kita ketahui sejak pemerintahan zalim Tun Mahathir. Tapi kita selalu dilekakan oleh puak-puak mereka dengan menimbulkan pelbagai isu sehingga kita terlepas pandang khianat mereka terhadap DS Anuar Ibrahim.

Tindak dinafikan bahawa mereka berkuasa dan memiliki duit yang banyak mampu melakukan apa jua tindakan zalim terhadap sesiapa yang mereka benci dan takuti.

Namun hari ini suasana politik sudah banyak berubah. Orang tua tidak boleh mengarah-arah orang muda untuk mengikut jejak langkah mereka dalam memilih parti politik dan juga pemimpin.

Apa yang ditakuti oleh pemimpin tua UMNO Baru adalah mereka tidak mempunyai pelapis yang berkelibar dan berwibawa. Pelapis yang berdaftar ketika ini yang berjuang bersama parti lebih menjurus kepada kepentingan perut dan bawah perut mereka saja.

Pemimpin pemerintah amat cemburu melihat Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR dapat mengumpulkan ramai ahli muda dalam parti mereka. Dan anak muda ini sentiasa bersemangat bergerak bersama pemimpin mencari perubahan dalam dunia politik.

Mereka juga tahu tanpa DS Anuar Ibrahim, rakyat tetap akan meneruskan perubahan kerana ramai anak muda telah terpengaruh dengan bukti yang ditunjukkan oleh DS Anuar bahawa UMNO/BN adalah pemerintah yang zalim.

Jika mereka berniat untuk mencelakakan lagi DS Anuar Ibrahim, sememangnya mereka boleh lakukan. Tapi bayarannya amat mahal dan risikonya juga amat parah. Bukan mereka saja yang akan dihantui tetapi ahli keluarga mereka juga akan dipertanggongjawabkan.

Kita percaya penyokong DS Anuar tidak gentar dengan ugutan dan tekanan yang akan dikenakan terhadap idola mereka.

Pemimpin akan datang dan pergi... Semakin kuat mereka mengasak, semakin kuat kita melawan.

"LAWAN TETAP LAWAN"

Hj.ROck said...

sedihbace artikel nie...takbir!!!!

SELENDANG BIRU said...

MEMANG ANAK MUDA BERSEDIA...BERSEDIA UNTUK KEBENARAN..JIKA YANG BAIK DI ZALIMI..BUKAN ANAK MUDA SAHAJA YANG BANGKIT...SEGALA PENGUASA DI LANGIT DAN BUMI PASTI MURKA...TUNGGU KUASA ALLAH YANG MAHA AGUNG..