Jawatankuasa Usul telah menerima sebanyak 223 usul dari 87 Cabang di seluruh Negara. Usul-usul tersebut telah dikaji dan disaring untuk dijadikan usul utama bagi perbahasan dalam Kongres Nasional 2009.
Kemenangan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak pada PRU 12 bukanlah lesen untuk kita ke Putrajaya. Sebaliknya ia hanyalah pencetus dan pengiktirafan perjuangan rakyat yang perlu dihargai dan diurus dengan baik untuk kesinambungan kemenangan di PRU13.
Kekalahan pada PRK P094 baru-baru ini menunjukkan bahawa kegagalan menghargai peluang dan kepercayaan rakyat tidak diberi keutamaan sebagai agenda kepimpinan yang diamanahkan rakyat.
Kepekaan kepimpinan terhadap pendokong perjuangan akan menguatkan motivasi penerusan agenda perjuangan. Parti adalah wadah menjana kemenangan, kekuatan Parti adalah kekuatan wadah perjuangan. Kelemahan Parti adalah manifestasi kelemahan perjuangan.
Pemuafakatan kepimpinan dan kesatuan matlamat menjanjikan kejayaan, sebaliknya perpecahan, keangkuhan dan mementingkan diri sendiri adalah punca kemusnahan.
PILIHANRAYA UMUM 13
Menyedari agenda pemartabatan suara rakyat, suara keramat sebagai aspirasi pendemokrasian di Malaysia memerlukan ruang bersuara yang seluasnya demi pembentukan demokrasi yang tulin.
Ruang demokrasi negara semakin mengecil dan meruncing akibat kebiadapan pemerintah melanggari nilai-nilai demokrasi dan hak-hak perlembagaan dan pemerhambaan jentera kerajaan sebagai alat pembunuh demokrasi.
Keadilan sejagat menuntut pematuhan prinsip-prinsip keadilan universal dan perlanggaran dan ketidakpedulian pimpinan pemerintah menyinggung dan menjejaskan imej dan maruah negara.
Membuka ruang kebebasan bersuara dan media, menjanjikan ketelusan dan pencegahan penyalahgunaan kuasa yang dimungkinkan oleh sikap pemerintah yang rakus menindas hak dan ruang rakyat (public sphere).
Institusi kerajaan yang bebas memberi ruang kepada rakyat membuat pilihan tanpa tekanan
Kerjasama dan interaksi sesama parti dan badan suadaya (NGO) memasyarakatkan politik ke arah merealisasikan masyarakat madani.
Menyokong cadangan kriteria pemilihan Calon PRU 13 yang lebih ketat agar semua wakil rakyat setia berkhidmat kepada pengundi di kawasan pilhanraya masing-masing berlandaskan 17 matlamat perjuangan Parti.
Menggiatkan usaha pendaftaran pengundi baru untuk memasyarakatkan politik negara.
POLITIK BERMARUAH
Mengangkat maruah rakyat melalui politik bermaruah dengan menghormati hak-hak berperlembagaan rakyat dan kedaulatan Negara.
Mempertahankan keselamatan Negara tanpa mencemarkan maruah agama, bangsa dan adat.
Memelihara kehormatan dan maruah agama, bangsa dan Negara tanpa mengorbankan maruah dan kehormatan orang lain.
Menghargai kepelbagaian dan perbezaan kaum sebagai kekuatan dan bukan kelemahan.
MASA DEPAN MALAYSIA
Menjadikan keberanian sebagai katalis aspirasi perjuangan.
Menjadikan ilmu dan keimanan sebagai teras kepimpinan.
Menggilap kepakaran untuk mendepani cabaran semasa.
Keyakinan dan kewibawaan cermin kepimpinan masa depan.
Kepekaan dan keperihatinan terhadap ketidakadilan sebagai pengesan dan halatuju kepimpinan.
Ketangkasan menggarap perkembangan semasa dan global sebagai indikator kepimpinan masa depan.
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
1 comments:
"Kepekaan kepimpinan terhadap pendokong perjuangan akan menguatkan motivasi penerusan agenda perjuangan. Parti adalah wadah menjana kemenangan, kekuatan Parti adalah kekuatan wadah perjuangan. Kelemahan Parti adalah manifestasi kelemahan perjuangan."
Perghhh...!!!
Inilah bezanya antara PKR dan UMNgOk.
Kalau UMNgOk:
Kepekaan kepimpinan terhadap pendokong perjuangan akan menguatkan motivasi penerusan agenda "projek dan tender". Parti adalah wadah menjana "kewangan", kekuatan Parti adalah kekuatan wadah "kaum-kerabat". Kelemahan Parti adalah manifestasi "untuk meneruskan ISA".
Kah kah kah...
Woi nazrina siput babi pondan!!!
Meh lawan balik aku nak tengok.
Kah kah kah...
Post a Comment