Followers

Tuesday, June 15, 2010

Bila Katak Bersuara.

Sebagai menghormati kebebasan bersuara dan keadilan dalam penyampaian maklumat, saya siarkan juga KENYATAAN MEDIA para katak yang dikirimkan kepada Kerajaan Rakyat oleh Penyelaras Media Konsensus Bebas.

KENYATAAN MEDIA
untuk edaran segera
Tarikh: 15 Jun 2010

HORMATI KEPUTUSAN YB MALIM NAWAR KELUAR DAP, ISYTIHAR BEBAS

Konsensus Bebas menghormati keputusan YB Keshminder Singh yang telah keluar dari DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas. Konsensus Bebas juga menyeru rakyat untuk menghormati keputusan ADUN Malim Nawar yang keluar DAP selepas kecewa dengan kepimpinan tertinggi DAP yang didakwa tidak membantu beliau dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

Konsensus Bebas percaya bahawa ada lagi ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang akan keluar Parti. Bukan setakat ADUN dan Ahli Parlimen, malahan di kalangan pimpinan akar umbi juga sudah mula muak dan kecewa dengan permainan politik berlebih-lebihan di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.

PKR sebagai Parti yang menerajui Pakatan Rakyat sudah gagal dan tidak mampu lagi untuk terus memimpin PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PKR lebih cenderung untuk mengejar publisiti dan populariti politik daripada berusaha untuk membangunkan Pakatan Rakyat menjadi sebuah organisasi politik yang tersusun.

Konsensus Bebas amat memahami dan bersimpati dengan apa yang dibangkitkan oleh YB Keshminder Singh. Beliau kecewa tidak mendapat bantuan atau bimbingan daripada pimpinan Parti dalam menjalankan tugas beliau sebagai ADUN. Konsensus Bebas menyatakan bahawa kami juga berhadapan perkara sama sehingga menyebabkan kami bertindak untuk memilih menjadi Wakil Rakyat Bebas.

Konsensus Bebas dengan ikhlas mengingatkan Pakatan Rakyat supaya bermuhasabah dan menilai semula diri dan memperbaiki kelemahan. Penyokong Pakatan Rakyat juga mesti ikhlas bertanya kenapa ADUN dan Ahli Parlimen semakin bertambah bilangannya meninggal Pakatan Rakyat. Pasti ada yang tidak kena, pasti ada kelemahan yang perlu Pakatan Rakyat akui dan perbaiki.

Adalah lebih baik Pakatan Rakyat memperbaiki kelemahan tersebut daripada menuduh atau menjaja pembohongan dan fitnah bahawa ADUN atau Ahli Parlimen atau sesiapa sahaja yang meninggalkan Pakatan Rakyat adalah kerana telah dibeli atau disogok wang oleh BN.

Tuduhan sebegitu tidak lebih hanya untuk mengelak dari isu sebenar bahawa ADUN dan Ahli Parlimen serta penyokong Pakatan Rakyat sudah mula hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Datoʼ Seri Anwar Ibrahim yang menjadi ketua Pakatan Rakyat.


Ahli Parlimen Bayan Baru

YB WEE CHOO KEONG
Ahli Parlimen Wangsa Maju

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu

YB TAN TEE BENG
Ahli Parlimen Nibong Tebal

Ahli Parlimen Bagan Serai
###


4 comments:

jai said...

Kah kah kah...

Amende lu orang cakap nih KONGKEKsus bebas???

Lu orang merapu apa ni KONGKEKsus bebas???

Kah kah kah...

Woi KONGKEKsus bebas!!!

Lu orang menang PRU12 atas tiket apa???

Masa lu orang terpilih sebagai calon untuk bertanding pandai pulak lu percaya pada kepimpinan PR yek???

Kah kah kah...

Porah la lu orang KONGKEKsus bebas!!!

Tak payah main wayang la woiii!!!

Lu orang tolong bagi tau siapa dia yang menang bertanding kerana calon dan bukan kerana parti???

Kah kah kah...

fidel castro said...

salam saudara jai.
adakah mereka ini layak digelar sebagai munafik? pada pandangan saya mereka terlebih layak.

jai said...

Salam fidel castro.

Itu KONGKEKsus bebas serupa dengan nazrina siput BABI pondan.

Diorang dari spesis jantan dalam hati ada taman.

Kah kah kah...

Kuli said...

apakah jenis binatang2 dlm gambar tu ek? mcm pernh tgk la kat program national geografi tv3trio