Followers

Tuesday, June 22, 2010

CADANGAN UNTUK MEMANSUHKAN UPSR DAN PMR

KENYATAAN MEDIA
untuk edaran segera
Tarikh: 22 Jun 2010

CADANGAN UNTUK MEMANSUHKAN UPSR DAN PMR


Konsensus Bebas tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).


Peperiksaan awam UPSR adalah kayu pengukur tahap pencapaian persekolahan untuk tahun enam dan PMR untuk tahun sembilan. Lebih dari itu, peperiksaan awam tersebut adalah kayu pengukur untuk keberkesanan pembelajaran antara daerah/negeri dan antara latar belakang sosio ekonomi sekolah. Jika peperiksaan tersebut dijadikan penilaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, ini bermakna tiada piawaian menyeluruh di peringkat kebangsaan. Keputusan peperiksaan UPSR 5A dari sekolah luar bandar mungkin tidak sama nilainya dengan keputusan UPSR 5A dari sekolah di bandar.

Rasional bahawa peperiksaan UPSR dan PMR mendorong kepada sistem pendidikan yang menjuruskan kepada peperiksaan tidak boleh dinafikan tetapi pemansuhan peperiksaan tersebut bukanlah penyelesaian terbaik. Hanya satu sistem pendidikan yang memberi penekanan seimbang antara pencapaian akademi dan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang akan membentuk satu sistem pendidikan yang holistik. Justeru itu, kaedah latihan perguruan dan silibus pembelajaran perlu dikaji semula.

Konsensus Bebas berpendapat bahawa sistem pendidikan di Malaysia seolah bergantung kepada citarasa Menteri. Dasar Pendidikan berubah mengikut perubahan penjawat portfolio Menteri Pelajaran. Oleh itu, Konsensus Bebas menyarankan kepada Kerajaan bahawa satu dasar pendidikan yang berjangka panjang, konsisten dan berkesinambungan digubal.


YB Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru

YB Wee Choo Keong
Ahli Parlimen Wangsa Maju

YB Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Nibong Tebal

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu

YB Mohsin Fadzli Samsuri
Ahli Parlimen Bagan Serai
###


2 comments:

jai said...

Kah kah kah...

Katak2 KONGKEKsus bebas main wayang la pulak.

Kah kah kah...

Woi katak2 KONGKEKsus bebas!!!

Kenapa bila timbul sesuatu isu yang melibatkan kepentingan bijaN korang tak berani bersuara???

Sebab bijaN dah bawa korang gi US ke???

Kah kah kah...

Woi katak2 KONGKEKsus bebas!!!

Apasal korang tak berani komen tentang perlantikan APCO yahudi laknatullah yang dibayar RM77 JUTA setahun sebagai penasihat bijaN???

Perlantikan APCO telah membolehkan bijaN berjumpa obama, itu bukan bergantung pada citarasa menteri ke???

Itu apa???

Dan kenapa korang tak berani desak bijaN supaya memecat APCO yahudi laknatullah ketika negara asal mereka menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza???

Kah kah kah...

Woi katak2 KONGKEKsus bebas!!!

Agaknya wak sembab tak suka korang, sebab tu korang hentam dia kan???

Tak payah berlakon la woiii...!!!

Kah kah kah...

jarum mas said...

satu lagi cadangan dan lawak paling bahalol dan bangang dari pimpinan parti haprak....apa punya biulnya rakyat malaysia kini mendapat menteri tongong seperti ni....