Followers

Thursday, June 24, 2010

EKONOMI HAWA : NAJIB GAGAL DALAM RMK-10

Dunia sudah mengiktiraf dan mengikuti arus ’ekonomi hawa’ (female economy) sebagai keajaibanekonomi masa kini yang boleh memacu ekonomi sesebuah negara. Ekonomi hawa yang merupakankuasa beli wanita terhadap barangan pengguna dianggap sebagai peluang pasaran terbesar di dunia.

Semakin ramai Wanita Malaysia yang mendapat pendidikan tinggi dan rancak melibatkan diri dalamsektor pekerjaan dengan pola sosial yang semakin berubah. Wanita bekerja mempunyai pendapatansendiri dan kuasa beli mereka mampu memacu ekonomi negara jika barangan dan perkhidmatantempatan boleh memenuhi keperluan dan kehendak pembeli wanita ini.

Ekonomi hawa ini berupaya untuk membawa negara keluar dari krisis ekonomi yang sedang dihadapi!

Malang sekali perubahan kuasa beli wanita Malaysia ini tidak dihiraukan potensinya oleh KerajaanMalaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Kerajaan Malaysia tidak mahu meneladani usaha olehnegara-negara maju untuk memanfaatkan potensi dalam ekonomi hawa ini. Kerajaan Malaysia BarisanNasional dengan jumlah kakitangan awam yang gemok-gedempol (bloated) seramai 1.2 juta orangmasih tidak dapat menangkap (capture) arus ekonomi dunia dengan cekap dari seawal perancanganekonomi untuk lima tahun akan datang. Kerajaan Barisan Nasional gagal merancang danmemanfaatkan ’ekomoni hawa’ yang dikawal oleh separuh dari penduduknya iaitu Wanita.

Jika begitu,bagaimana hasrat Malaysia hendak mencapai taraf negara berpendapatan tinggi?Jika Kerajaan Barisan Nasional terus-menerus tidak mengendahkan potensi ekonomi hawa ini; bukansetakat ekonomi negara akan menderita, begitu juga agenda pemberdayaan wanita dalam penyertaanpolitik dan pembuatan keputusan sektor awam turut akan terbantut.



HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang

WANITA KEADILAN
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1

47410 Petaling Jaya


1 comments:

fidel castro said...

salam semua.
jika kita perhatikan perniagaan di kelatan kebanyakkan nya dikuasai oleh kegigihan kaum wanita tapi malangnya puak umno dikuasai oleh queen control.