Jangan salahkan dia mengamuk tetapi tanyalah kenapa dia mengamok!!!
Dia menuntut keadilan yang telah lama mati di bumi Malaysia.
Anak muda ... ambil tahulah kisah perjuangan prebet Adam..!!!
Mari bersantai dengan cerita sultan tua.
Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik peraduan yang besar, di atas katil mewah ...... seorang Sultan dan permaisurinya yang telah lanjut usia baru masuk tidur.
Sang Sultan telah mula mengantuk tapi permaisurinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....
Si permaisuri bersuara,
"Dulu-dulu tu.... kanda selalu pegang tangan dinda bila kita nak tido."
Sultan dengan separuh sedar, menggenggam tangan permaisurinya, lepas tu mula mengantuk semula.
Beberapa ketika lepas tu, si permaisuri bersuara lagi,
"Kemudian tu.... kanda selalu cium dinda."
Si Sultan dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi lusuh permaisurinya.
Lepas tu sambung tido balik.
Selepas beberapa saat, permaisuri bersuara lagi,
"Kemudian tu.... kanda selalu gigit-gigit leher dinda......."
Dengan perasaan marah dan geram, sang sultan melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.
Permaisuri bertanya, "Kanda nak ke mana tu?"
Dengan marah Sultan menjawab,
"Nak gi amik gigi ...la ni"
Pengajaran dari kisah ini: Sultan itu pun manusia, hamba Allah SWT juga. Sultan pun akan tua dan mati juga. Bila sudah mati, dikebumikan dalam tanah juga, bukan di lombong emas atau lautan bermutiara. Olih yang demikian, beringat-ingatlah para Sultan dan Raja-Raja Melayu, jangan masa sihat dan berkuasa di atas dunia ini asyik hendak bergaya dan berlagak dengan perabis duit rakyat dan berkelakuan tidak serupa orang.

3 comments:
HAHAHA....patutlah P Ramlee selalu kutuk Raja2 Melayu dalam filem2 dia....
ala......raja pn manusia biasa gak
bukannya keturunan terpilih
ada gak di kalangan raja2 ni keturunan luar...keturunan lanun
Sultan melaka sndiri pn brasal dari keturunan parameswara(asalnya bpermaisura)- suami kepada raja perempuan. Kerabat bergelar permaisura ni jenis mcam kuasa minoriti gak la..yg mana owang tak pndang sangat. tu sbb dia berlayar mncari tmpat2 yg senang nak dibuat negeri - tempat2 trperuk yg owang tk pndang masa tu
keturunan sultan selangor pn asalnya lanun bugis gak yg brkuasa kt kuala selangor
so....patut la kerabat2 skang ni pn dah bnyk citer2 skandal n tk elok. Mcam rakyat marhaen jugakkkk
Tidak mustahil lebih ramai rakyat seperti Adam Rambo ini akan lahir jika melihat kepada perkembangan semasa politik Malaysia akhir akhir ini.
Pemimpin Malaysia sekarang harus bertanya diri mereka sendiri kenapa ratusan ribu rakyat sanggup sertai BERSIH walau pun berbagai tekanan dan kekangan diberi terhadap mereka. Mereka inii hadir tanpa senjata untuk tegakkan apa yang mereka sangat percaya dan yakin.
Fikirkan bagaimana apa berlaku nanti jika suara ramai ini tidak dipedulikan. Jangan sampai angka ratusan ribu ini menjadi juta. Bayangkan juga bagaimana jutaan rakyat ini mengambil sikap seperti Adam Rambo?. Tidak mustahil berlaku. Dengan hanya puluhan atau ratusan rakyat yang mengambil sikap seperti Adam ini...Malaysia mampu goyah dan kacau bilau. Soalnya salahkah Adam kalau haknya tidak dibela dan dipedulikan hanya kerana segelintir manusia/pemimpin yang tidak bertanggungjawab? Fikir dan renungkan hal ini.
Post a Comment