Followers

Monday, June 21, 2010

TALIAN HAYAT AKHIR UNTUK UMNO

Kenyataan Media (21 Jun 2010)

SERANGAN PENGGANAS TALIAN HAYAT AKHIR UNTUK UMNO

Kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) kononnya akan ada serangan kumpulan pengganas ke atas rumah kuil Batu Caves dan kuil Kuan Yin Air Itam adalah sangat dikesali. Kenyataan tersebut menunjukan satu pakatan politik jahat antara Umno / Barisan Nasional (BN) dan Polis untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan kumpulan kumpulan Islam sekaligus secara halus untuk menjauhkan masyarakat bukan Islam dari PAS yang merupa Parti Politik Islam yang mendapat tempat dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inilah kebimbangan yang menghantui Umno bila PAS secara terbuka menyatakan pada rakyat tentang gerakan persediaan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya. Umno mengharap bantuan Tan Sri Musa Hassan serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi melindungi kepentingan kuasa politik mereka daripada gerakkan PAS untuk ke Putrajaya bersama PR bagi membawa perubahan kearah Malaysia baru yang lebih maju. Bagi Umno isu serangan pengganas adalah antara talian hayat terakhir umno.

Kenyataan Tan Sri Musa juga sudah pasti akan disusuli dengan penahanan dibawah ISA keatas induvidu yang takkan dapat dibukti sebarang bentuk pengakuan yang bakal diskrip dramakan untuk tujuan politik murahan Umno. Tindakkan ini sama seperti isu provokasi kalimah Allah bilamana Umno cuba menampil diri sebagai juara mempertahan Islam dalam usaha terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu Islam pada Umno.

Isu tersebut berakhir dengan pembakaran gereja dan surau untuk menimbulkan ketegangan dan menakutkan rakyat. Semua itu berlaku hasil dari provokasi jahat Umno, tetapi ternyata rakyat mengambil tindakkan bijaksana dalam isu kalimah Allah dengan menolak provokasi jahat Umno. Kini sekali lagi Umno / BN cuba membawa pendekatan lapuk yang dirangka oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) puluhan tahun lalu untuk menakutkan rakyat dengan isu-isu keselamatan dan pembanggunan (KESBAN).

Ternyata Umno masih tidak berubah dalam usaha mempertahankan kuasa sedangkan pemikiran rakyat sudah berganjak jauh meninggalkan Umno. Rakyat meminta integriti, demokrasi dan reformasi dalam urustadbir negara. Tetapi Umno / BN membawa pendekatan autokrasi dan kuku besi. Rakyat perlu menghentikan perbuatan Umno mengadu dombakan rakyat pelbagai kaum dan agama. Sebaliknya rakyat mesti menunjuk jalan keluar pada Umno untuk meninggalkan politik negara untuk diurus tadbir oleh PR bagi membawa pembaharuan untuk negara dan rakyat yang lebih sejahtera.


DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS.


Sebenarnya yang tendang terajang orang tu yang pengganas!!


4 comments:

jai said...

Kah kah kah...

Amende la polis kat Malaysia nih???

Dulu kata hindraf dapatkan bantuan LTTE, hari ni pulak kata ada pengaruh JI di negara ini.

Apa tujuan semuanya nih???

"Tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka oleh Peguam Negara Abdul Gani dan Ketua Polis Negara Musa Hassan lagi teruk: kononnya terdapat bukti Hindraf berusaha mendapatkan sokongan dan bantuan pengganas antarabangsa, khasnya Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari Sri Lanka, dan Rashtriya Swayamsevak sangh (RSS) di India."

Artikel penuh di sini:

http://www.malaysiakini.com/columns/76275

Kah kah kah...

SAMPAI SEKARANG TARAK APA PUN???

Tuduhan lampau pun tak terbukti kebenarannya, lagi nak buat cerita baru pulak???

Apa ke jadahnya semua tu???

Kah kah kah...

Sudah2 la weiii...

Tak payah la nak men'siput babi'kan rakyat lagi.

Hanya si tolol tahap gampang bernama nazrina siput BABI pondan je yang percaya sebab dia spesis otak lembab mengalahkan siput babi!!!

Kah kah kah...

jarum mas said...

helo jai,
pemimpin parti haprak haramjadah dah x keruan lagi dah... mereka rasa mereka akan keluar dari ptrajaya tu dan PR akan masuk..jadi mereka buatlah drama2 bangang untuk tuntonan rakyat..apa ! mereka ingat rekyat kini bodoh mcm mereka...rakyat kini dah cerdik dan pmpinan haprak tu dari hari kesehari bertambah bangang.

Anonymous said...

Terror....Terrorist....Islamic Terrorist...Islamic Militants

siapa tahu kes World Trade Centre Bombing 1993 dan the trial of Sh Omar Abdul Rahman pada 1995 di new york akan tahu asal usul istilah di atas.

Emad Salem....nama seorang kolonel tentera udara Mesir yang di katakan berpaling tadah dengan pres hosni mubarak untuk bersama IDOLA dia, seorang guru agama buta dari mesir....yang sudah di bawa oleh kerajaan amerika ke USA untuk merawat sakit matanya....amerika di katakan menolong sh omar atas dasar EHSAN!....

dan Emad Salem jadi 'star witness' kerajaan amerika!...

masuklah dalam internet..ada nama2 ini, cerita2 WTC bombing dan gambar serta video.....inilah mulanya nama militant Islam serta Islamic terrorist bermain dibibir warga dunia...akibat mainan media amerika....

ingat....WTC bombing 1993 menyebabkan senat amerika meluluskan akta world terrorism act I....

sebelum bicara sh omar abdul rahman, oklahoma city bombing terjadi pada 1994....pun nama terrorist Islam sudah dijaja....walaupun yg tertangkap adalah Timothy Mc Veigh!....rakyat amerika berkulit putih!

kemudian pada tahun 1996, sebuah kapalterbang meletup dan terhempas di laut luar pesisir pantai new york.....dalam tempoh kurang sebulan, senat amerika meluluskan akta world terrorism act II....dengan bajet berbillion USD...untuk buat rangkaian perisikan antarabangsa yang diterajui oleh CIA....seperti biasa, nama Islamic militants dan Islamic Terrorists dijaja oleh media amerika....tiada bukti sehingga kini dihasilkan!

yang baiknya, ada saksi menyatakan mereka lihat 3 pancaran cahaya!...yang pertama dari atas aras laut bergerak ke atas....pancaran kedua bila belaku impak cahaya pertama dengan kapalterbang itu...dan cahaya ketiga adalah apabila letupan kapalterbang itu terjadi!....ini interview LIVE dengan beberapa saksi di kawasan pantai New York. Dan BENAR US Navy ADA membuat latihan ketenteraan di luar pantai new york masa itu!

namun lapuran itu telah di'blackout' pada keesokan harinya...

apabila 'jenazah' kapalterbang itu memakan masa yg lama untuk diapungkan, kita digemparkan pula oleh letupan di Atlanta Olympic Park beberapa minggu selepas itu. Wayang media amerika amat cekap menutup cerita kapalterbang terhempas di new york itu....

sept 11, 2001...istilah 911...untuk panggilan emergency di amerika dan War on Terror pun berkumandang serata dunia bila WTC lebur dilanggar oleh 2 kapalterbang 'islamic terrorist'......

oleh kerana saya berada di amerika sepanjang 1994 sehingga 1996, nama Islamic terrorist atau Islamic militants atau war on terror ni membuat saya mahu MUNTAH!!!

Yahudi berjaya melabelkan istilah ini kepada agama Islam.......dengan bantuan beberapa muslims......

dan kini nama JI sudah dijual oleh kerajaan malaysia pula.......dikatakan berada dalam univ di malaysia.....ingin meletupkan kuil bt caves dan kuil di pulau pinang.

bagi saya, ISA sudah sampai masa untuk digunakan!.....itu saja!

The MIND!!!

fidel castro said...

JI takut berluasa di malaysia. tapi di manakah JI itu? senjata yang banyak diseludup dari thailand tak pun di tangkap penyeludupnya.tuuuu kat kolompo tuuu berapa banyak pekerja haram yang bebas cari rezeki seolah olah ini negara mereka. umno ambil kesempatan dari kebodohan terutama kakitangan kerajaan yang tak tau tugas masing masing.