Followers

Sunday, July 11, 2010

Betulkah Lelaki Melayu gagal memenuhi cita rasa Wanita Melayu

CIK LULU MARLYA: Tinjau cita rasa siswazah wanita Melayu tentang pilihan pasangan hidup.


Kenapa wanita Melayu pilih pasangan asing


ADAKAH lelaki Melayu tidak boleh diharap dan gagal memenuhi cita rasa wanita Melayu berpelajaran tinggi sehingga mereka terpaksa mencari pasangan berbangsa asing?

Apakah kurangnya mereka berbanding jejaka Cina atau 'mat salih' yang bagaikan semberani menarik perhatian wanita Melayu?

Persoalan yang agak peka ini dikaji secara ilmiah oleh Cik Lulu Marlya Abdul Rahim, 23 tahun.

Tesis beliau yang menyelongkar isi hati 12 siswazah Melayu berusia antara 23 dengan 55 tahun, yang berumah tangga dengan lelaki bukan Melayu bertajuk 'Masuk Melayu', membantu beliau meraih ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Kepujian Kelas Dua (Atas), dari Universiti Nasional Singapura (NUS).

Hasil kajian itu, beliau dapati beberapa kelemahan yang terserlah di kalangan lelaki Melayu yang menyebabkan ramai siswazah wanita 'mencari cinta' daripada lelaki kaum lain.

Antaranya ialah kurangnya lelaki Melayu yang berpendidikan tinggi, ego yang tinggi seolah-olah darjat mereka lebih tinggi daripada wanita dan kecenderungan membuat keputusan sendiri tanpa menghormati perasaan wanita.
'Saya dapati rata-rata, kelulusan tinggi si wanita, di samping pergaulan mereka, menjadi sebab utama mengapa pilihan hati mereka bukan lelaki Melayu.

'Kesemua yang diwawancara akur payah mencari pasangan Melayu yang setaraf tahap pendidikannya.

'Kalau pun ada siswazah lelaki Melayu, mereka awal-awal lagi sudah diambil orang!

'Jadi, si wanita perlu 'menyerantau' mencari lelaki bangsa asing,' kata anak ketiga dalam keluarga empat beradik itu.

Menurut Cik Lulu, lebih separuh daripada wanita yang diwawancara dalam kajian tersebut bersuamikan lelaki Amerika, Inggeris dan beberapa negara Eropah lain. Bakinya memilih lelaki Cina sebagai pasangan.

Tesis yang cuba memahami hubungan silang budaya itu dipilih sebagai penerima Hadiah Buku Angkatan Karyawan Islam (AMP) bernilai $500 - anugerah yang diberikan kepada tesis tahun kepujian terbaik mengenai masyarakat Melayu/Islam.

Mengulas tentang tesis beliau itu, Cik Lulu berkata:

'Apa yang kita lihat di sekeliling kita mencerminkan cita rasa, kecenderungan, rangkaian kenalan wanita Melayu berpendidikan tinggi hari ini. Jangkaan mereka berbeza dan dengan mereka menjelajah ke luar negara untuk belajar atau bekerja, mereka lebih banyak mengenali jejaka asing.

'Saya sendiri melihat lebih ramai wanita Melayu berdampingan dan akhirnya berkahwin dengan lelaki Cina atau 'mat salih'.'

Sungguhpun begitu, beliau akur kajian itu bukanlah yang terperinci sepertimana yang beliau harapkan.

Beliau akur situasinya kadangkala rumit bagi siswazah wanita Melayu kerana isu-isu sosial di sekitar pilihan mereka sering menjadi buah mulut masyarakat.

'Kalau tidak tentang mereka memilih pasangan bukan Melayu, timbul pula kisah mereka menjadi andartu kerana tumpuan kerjaya atau payahnya mendapatkan pasangan yang setaraf tahap pendidikannya,' katanya lagi.

Cik Lulu menambah, sesetengah wanita yang diwawancara juga memberitahunya, mereka mendambakan hubungan setara dengan lelaki dan menentang konsep kuasa lelaki (patriarchal) di mana lelaki dirasakan lebih tinggi darjatnya dan membuat semua keputusan dalam keluarga.

'Biasanya, mereka mendapati lelaki bukan Melayu ini lebih bersikap terbuka daripada lelaki Melayu. Hubungan mereka lebih setara. Perbincangan lebih mudah dan keputusan dapat dibuat bersama dan tidak hanya si suami yang menetapkannya,' jelasnya lagi.

Cik Lulu berkata, wanita-wanita Melayu yang dikaji itu akur tentangan daripada keluarga kadangkala berlaku apabila mereka melahirkan hasrat bersuamikan seseorang daripada kaum lain.

'Bagaimanapun, selepas si wanita hamil dan mempunyai anak, keadaannya berbeza sebab ibu bapa mulai menerima cucu mereka dan mencurahkan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya,' katanya lagi.

Menyentuh tentang keunikan perkahwinan campur antara orang Melayu dengan bukan Melayu, beliau menjelaskan ia terletak pada terminologi, 'masuk Melayu'.

'Walaupun ia bererti pasangan bukan Melayu itu memeluk agama Islam, ia membawa petanda kukuh bahawa Islam tidak dapat dipisahkan daripada Melayu. Perihal ini tiada dalam hal kahwin campur kaum lain. Tiada 'masuk Cina' atau 'masuk India',' tambahnya yang menanti masa menyambung pengajian Sarjana dalam Sosiologi di Freie Universitat Berlin di Jerman pada Oktober ini.

Bekas pelajar Maktab Rendah Tampines (TPJC) itu menyifatkan kejayaannya itu didorong sokongan ibu bapanya, Encik Abdul Rahim Ja'afar, 57 tahun dan Cik Siti Mariam Abdullah Fraij, 52 tahun. Kededuanya merupakan pengarah bersama syarikat logistik.


9 comments:

Wak said...

Wak ucap salam pada cik lulu

cik lulu wak nak lu

kube lembe said...

Memang berbisa betul persoalan yang Tuan KR timbulkan kali ini. Beginilah..cuba ambil pesanan Rasulluah SAW dalam menetapkan ciri2 pilihan apabila nak bersuami atau beristeri: Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam satu hadisnya yang masyhur bermaksud:

"Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara.Kerana hartanya, kerana keturunannya, kecantikannya dan kerana keagamaannya. Maka utamakanlah yang beragama nescaya kamu mendapat kebahagiaan".

Ini menjelaskan tentang ciri-ciri yang biasanya menjadi asas pertimbangan dalam memilih isteri. Walau bagaimana pun Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa ciri keagamaanlah yang perlu diutamakan dalam melakukan pemilihan. Ciri-ciri ini juga amat relevan bila digunakan untuk memilih suami.

Apakah hebatnya sesuatu perkongsian hidup melalui perkahwinan "campur" itu bila berakhir dengan perceraian atas sebab ketidakserasian budaya. Dari bangsalah maka budaya dikenali. Memahami sesuatu bangsa adalah lebih bersifat luaran (fizikal) sahaja manakala untuk memahami budaya adalah amat sukar kerana ia datang dari sifat rohaniah semulajadi.

Sebab itulah kita perhatikan terlalu banyak sangat berlaku perceraian dan haru biru bila melibatkan 2 insan berlainan bangsa ini (contoh artis di Malaysia pun ramai). Jika agamalah yang mereka sandarkan tentunya Insyaallah selamat tapi bila ditelitikan perkara sebenarnya kemelut itu ialah "culture disorder".

Jadi persoalan "masuk melayu" itu adalah ritorik semata-mata. Kerana jika seseorang itu adalah Mat Saleh, walau dibasuh dicuci disamak dan diajar bertutur melayu ia tetap "BERJIWA" Mat Saleh. Tetapi jika seseorang itu Kristian asalnya dan diimankan menjadi seorang Islam pastinya "Akidahnya" akan berubah. Jangan pulak samakan dengan kes yang popular kita dengar-- masuk Islam sebab nak kahwin dengan minah melayu-- yang ni tahap keikhlasannya amat dicurigai walaupun ada yang kekal. Apapun tepuk perut tanyalah menu..

Arjuna idaman said...

bro sofi,

ader no pon atau emel address cik lulu x?...

fidel castro said...

dan kepada wanita melayu apa yang boleh dibanggakan bila bersuamikan lelaki bukan melayu? majoriti nya tambah dosa kot.

lembayung senja said...

pasti si hampeh Nazri bodoh tahap bangang akan terliur lihat awek atas tu...eh eh eh barang Nazri tu naik ke..!!! kah kah kah...hoi koi gi raba awek umno lah..sbb awek umno kan x pakai tudung sbb senang nak raba..mcm MP umno yang kat pahang suka raba...

Anonymous said...

klau pompuan mlayu drees up pon mcm bitch...
cmner laki mlayu nk sgkut..
adeyh..

sniper said...

Bukan lelaki Melayu gagal memenuhi cita rasa Wanita kita! Pangkal nya Wanita Melayu kita sudah teramat jauh terpesong dalam penghidupan mereka. Olih itu dengan cara hidup yang terpesong itu, Lelaki asing ada lah yang terbaik kerana lebih sesuai dengan pemikiran mereka waktu itu.

zack141 said...

saya setuju dgn apa yg dikatakan olih
sniper..

Anonymous said...

perempuan gediks laki2 melayu x nak...bukannya pompuan sukar nak cr yg setara..hahahah..bodoh punyer kajian..x check dulu dr perspektif laki2