Followers

Thursday, July 29, 2010

Munajat Untuk Kesejahteraan Malaysia

Saya telah titipkan munajat ini pada 30 Jun 2008 dan saya mohon kepada kalian pencinta keadilan sejagat untuk terus bermunajat.



Kepada ALLAH Kami Berserah

Saya mohon kepada rakyat Malaysia, Islam untuk terus berusaha menyuburkan keadilan di bumi Malaysia ini kemudian pasrah dan bermunajat kepada Zat yang Maha Esa.

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tidak ada tuhan melainkan ALLAH yang Esa. Tidak ada sekutu bagiNya. BagiNyalah kekuasaan dan bagiNyalah segala puji-pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

Wahai yang tidak diberatkan dengan permintaan-permintaan orang yang meminta-minta. Wahai Zat yang tidak jemu dengan permintaan orang yang meminta dengan sepenuh hati. Wahai ALLAH, rasakanlah kami kedinginan ampunan-MU, dan kemanisan rahmat-MU.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.

Selamatkanlah negara kami, Malaysia daripada segala bencana dan malapetaka. Kiranya kami melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kami, maka berilah kekuatan kepada kami untuk berani merobah dan menebus kesilapan kami.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.

Sekiranya para pemimpin umno yang berselerakkan di negara kami ini yang telah lalai menegakkan kemuliaan Agama MU, maka sedarkanlah mereka, wahai ALLAH.

Dan, sekiranya para pemimpin umno yang berselerakkan di negara kami ini dengan sengaja mempermudah dan enggan menegakkan kemuliaan Agama MU, maka, kami mohon kepada MU Wahai ALLAH, laknatilah mereka dan jauhkanlah mereka daripada tampok pemerintahan negara kami kerana kezaliman dan kemunafiqkan mereka.

Ya ALLAH Ya Rabb, kiranya hamba MU, Anwar bin Ibrahim telah dikhianati dan difitnah melakukan liwat, maka kami mohon pertolongan MU ya ALLAH, selamatkanlah dia dan laknatilah mereka yang menzalimi, mengkhianati dan menfitnah hamba MU, Anwar bin Ibrahim.

Ya ALLAH Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami daripada rezeki MU yang halal. Berkatilah kami pada ahli, harta dan keluarga, jauhkanlah kami daripada kejahatan yang didatangkan pada waktu malam dan siang. Dan cukuplah kepada ALLAH sebaik-baik tempat bagi kami memohon, berlindung dan berserah

Selawat dan salam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat baginda. Dan segala puji bagi ALLAH.

Amin Ya Rabb.
Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat



3 comments:

rockers said...

Aminn..yarabbal-alaminn..
muga-muga kau perkenankan doa hamba-hambamu yang lemah ini.

Lembayung senja said...

ya allah ya Rabbal Alamin...kau tunjukkan dan kau runtuhkan kerajaan Zalim BN@umno sebagaimana kau musnahkan kerajaan firaun dulu dan kau mahkbulkan permintaan kami agar digantikan dengan kerajaan Pakatan Rakyat...aaminn...

jai said...

Alhamdulillah, dengan kebesaranNYA kita telah dipertontonkan betapa munafiknya si sifuliwatipu ni apabila RPK mendedahkan hubungan sulit beliau dengan salah seorang wanita dari pasukan peguam belanya.

Hanya orang2 yang munafik percayakan kata2 si munafik!!!

Terima kasih ya Allah di atas kebesaranMU...!!!