Anggota Parlimen Bakri, Er Teck Hwa hari ini memfailkan usul berhubung kenyataan peguam Americk Sidhu bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendakwa segala kos sara hidupnya di kota London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Usul itu dibuat di bawah peraturan 18 mesyuarat Dewan Rakyat.
Menurut Er, kes pembunuhan Altantuya adalah satu isu yang hangat dibincangkan dan menjejaskan imej negara.
“Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.
“Lebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita,” kata Er.
Menurut wakil DAP itu, nama isteri perdana menteri yang didakwa sebagai “dalang dalam kes pelarian Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya memberikan sesuatu impak yang negatif kepada imej negara.”
“Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita,” katanya.
Persoalannya sekarang beranikah Speaker Dewan Rakyat menerima usul tersebut untuk dibahaskan?... Speaker akan tanya Najib... Najib akan tanya Rosmah dan Rosmah kata .... Tidak!!!..... Speaker... lu kena pilih .... nak luluskan usul atau nak C4..??

3 comments:
Usul yang berpandukan peraturan dalam parlimen boleh dikemukakan tetapi Speaker Dewan Rakyat berhak menolak usul jika sesuatu isu itu boleh menggugat keharmonian Negara tetapi ingat...bukan atas alasan menjaga individu . Inilah masalahnya dalam parlimen kita, Speaker seakan mempunyai kuasa veto dalam menolak sesuatu usul jika didapati membahayakan B.END atau pemimpin B.END. Sepatutnya Usul perlu dibahas terlebih dahulu kerana dari perbahasanlah terbitnya Lulus atau Tolak. Ini pelik, belum bicara dah kata bersalah. Tapi yang herannya Parlimen British tak pula begini, dulu Usul rasuah Tony Blair (individu)dibahas panjang lebar dalam dewan hingga kecoh sekampung tapi tak huru hara England pun. Bab tu tak pula ikut...kata Parlimen Penggerak Demokrasi. Memang Kanggaroo Court betullah Malaysiaku ini
muka sial mcmtu dah lama dah imeg negara kita dah hancur.....Pahang Darul Botox.
sebab tu mahasiswa ipta dah reti gelar bini puaka kat dia tu..
Post a Comment