Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini melepaskan dan membebaskan seorang pemilik bengkel yang dituduh memalsukan dokumen tuntutan berhubung penyelenggaraan Proton Perdana V6 Eksekutif milik kerajaan negeri tiga tahun lalu.
Hakim M.Bakri Abd Majid berkata Tor Kok Siong, 54, dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dihadapinya tanpa perlu dipanggil membela diri.
Tor, pemilik bengkel kereta di Jalan Bukit Kechil di Kuala Terengganu menghadapi empat pertuduhan membuat tuntutan palsu yang kesemuanya bernilai RM72,230.73.
Mengikut fakta kes, Tor dituduh memberikan invois CI No. 77456 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah 'PC Auto Transmission V6' berjumlah RM18,057.68 untuk kenderaan bernombor pendaftaran TAG 7979 kepada Pegawai Eksekutif Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Hashim Abdul Rahman pada Ogos 2007.
Dia juga dituduh menyerahkan invois CI No.78528 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah 'Auto Transmission V6' MD 9739975 berjumlah RM18,057.68 bagi Perdana V6 TT 3 kepada Pegawai Tadbir Pejabat SUK, A.Rahim Jusoh pada Jun 2008.
Bagi pertuduhan ketiga, Tor dituduh menyerahkan invois CI No. 75548 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah 'Auto Transmission V6' NOKP4A23-UPP3VO9608 berjumlah RM18,057.69 bagi Perdana V6 TT 7 kepada pegawai yang sama pada November 2006.
Pelik bin ajaib... tuan punya bengkel disiasat dan dibuat pertuduhan... kakitangan SUK Terengganu, semua lepas bebas..!!
Ceritanya senang... Bengkel ikut arahan... Lu repair ini... tukar itu... tapi mau ingat.... cover gua 50 persen...!! itu yang bill 10 ribu jadi 15....
1 comments:
siapa kah penipu dan siapa kah ditipu?
akhir kata kenderaan yang dipersalahkan kerana makan gearbox.
Post a Comment