Kenyataan Media (29 Julai 2010)
FDI: MUSTAPA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB, HINA RAKYAT
Jawapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai kejatuhan pelaburan langsung luar (FDI) ke negara ini adalah tidak bertanggungjawab dan menghina pemikiran rakyat. Mustapa mendakwa, FDI ke negara ini merudum begitu teruk ke tahap terburuk sehingga 81 peratus kerana Malaysia berada pada tahap pembangunan yang berbeza dengan jiran-jirannya. Mustapa enggan mengakui kegagalan kerajaan khususnya Kemneterian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mencipta peluang-peluang pelaburan di negara ini dengan berdalihkan ketiadaan pembangunan infrastruktur di negara ini seolah-olah negara ini maju sangat berbanding India atau Vietnam.
Kalau Malaysia hebat sangat dari segi infrastruktur dan berada pada tahap pembangunan berbeza berbanding jiran-jirannya seperti Vietnam dan Indonesia, mengapa pembinaan kemudahan asas seperti jalan, bekalan elektrik dan air, serta jaringan komunikasi kepada kawasan luar bandar menjadi fokus Rancangan Malaysia Ke-10? Saya menolak dakwaan Mustapa yang cuba mengaitkan kejatuhan terburuk FDI itu kerana kerajaan tidak berminat menarik pelaburan kategori rendah seperti pemprosesan dan pemasangan. Kerajaan yang tak berminat atau pelabur yang sebenarnya tidak berminat untuk melabur di negara ini yang terkenal dengan budaya rasuah parti pemerintahnya?
Tidak cukup dengan kegagalan dan ketiadaan kebolehan menjalankan tugas, cakap berlagak pula untuk mewajarkan kegagalan. Inilah akibat dari sindrom DBS Umno - dah bodoh, sombong. Sebab itulah saya sifatkan jawapan Mustapa bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah menghina pemikiran rakyat kerana nampak sangat beliau cuba memperbodohkan rakyat. Sepatutnya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan timbalannya mengakui kelemahan mereka untuk menarik kemasukan FDI ke negara ini dan memohon maaf dari rakyat kerana tidak berkebolehan menjalankan tugas mereka.
Reaksi menteri (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan timbalannya tak ubah seperti yang disebutkan pepatah Melayu, diri sendiri tak tahu menari, salahkan tanah tinggi rendah - mereka menyalahkan segala-galanya termasuk blog kecuali diri mereka sendiri. Sepatutnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan timbalannya meletakkan jawatan kerana kegagalan yang amat memalukan itu. Perangai enggan mengaku kelemahan diri sendiri yang sudah sebati dengan Umno itu,akan menghancurkan negara.
Tidak hairan kalau tidak ada accountability dan responsibility langsung di pihak menteri (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan timbalannya kerana mereka yakin sangat mereka tidak akan dibuang kerja. Tambahan pula Najib sering dikaitkan dengan sikap yang lebih mengutamakan ‘tukang kipas’ daripada kepandaian dan kerajinan membuat kerja. Beliau juga dikatakan membuat perlantikan untuk mengambil hati dan menutup mulut pengkritik yang ditakutinya.
Dan, lebih dari semua itu, kegagalan mereka adalah kegagalan Najib sendiri, takkan Najib nak membuang mereka dan dirinya sendiri.
DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS
3 comments:
Apa???!!!
Indek FDI merudum sehingga 81%???
Kah kah kah...
Apa ada hal???
Kan ke mat bijaN pernah berfatwa yang ekonomi Malaysia takkan terjejas sebab our fundamental is strong???
Jadi apa nak dirisaukan jika pelabur2 luar tak nak datang melabur di Malaysia???
Simpanan negara pun masih ada RM10 Billion lagi maaa...
Sebab tu baru2 ni harga minyak, lpg dan gula dinaikkan.
Opsss... Bukan dinaikkan, tapi DISELARASKAN!!!
Kah kah kah...
TAK HABIS2 NAK MENIPU!!!
TOBAT LA WOIII!!!
Kah kah kah...
Apa???!!!
Indek FDI merudum sehingga 81%???
Kah kah kah...
Apa ada hal???
Kan ke mat bijaN pernah berfatwa yang ekonomi Malaysia takkan terjejas sebab our fundamental is strong???
Jadi apa nak dirisaukan jika pelabur2 luar tak nak datang melabur di Malaysia???
Simpanan negara pun masih ada RM10 Billion lagi maaa...
Sebab tu baru2 ni harga minyak, lpg dan gula dinaikkan.
Opsss... Bukan dinaikkan, tapi DISELARASKAN!!!
Kah kah kah...
TAK HABIS2 NAK MENIPU!!!
TOBAT LA WOIII!!!
Kah kah kah...
tak lama lagi kita akan berpesta cari kerja lah nampak gaya nya. graduan bakal blacklist loo sebab tak ada duit nak bayar pinjaman.
Post a Comment