Followers

Thursday, July 1, 2010

TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP TIMBALAN KETUA CABANG KEADILAN KUALA SELANGOR

KENYATAAN AKHBAR
30 JUN 2010

TINDAKAN DISIPLIN: TIMBALAN KETUA CABANG KEADILAN KUALA SELANGOR, ARSHAD ABU BAKAR DIGANTUNG


Parti Keadilan Rakyat dengan ini memaklumkan bahawa Jawatankuasa Displin parti telah mengambil tindakan menghantar surat tunjuk sebab bertarikh 29 Jun 2010 serta menggantung keanggotaan Timbalan Ketua Cabang Keadilan Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar, sehingga selesai satu pendengaran dan keputusan aduan displin terhadap beliau.

Aduan adalah mengenai kenyataan ahkbar Arshad yang tersiar di dalam Utusan Malaysia yang menyerang kepimpinan parti secara terbuka dan melanggari displin parti terutamanya Fasal 27.7 Perlembagaan parti.

Beliau dilarang menjalankan apa-apa aktiviti parti atau membuat kenyataan sebagai anggota parti mahupun memegang apa-apa jawatan dalam parti sehingga selesai pendengaran dan keputusan muktamad oleh Jawatankuasa Displin.


Latheefa Koya
Ketua Penerangan Pusat
Parti Keadilan Rakyat

-----------

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya


3 comments:

jai said...

Kah kah kah...

Ada lagi pengikut zul babwe rupanya.

Kah kah kah...

Halo Latheefa!!!

Jangan gantung, humban terus 'taik' ni dalam tong najis!!!

Nanti ada pencacai angkat najis dari parti "busuk sampai ke usus" akan kutip 'taik' ni join diorang sebab diorang memang suka kutip najis PKR.

Kah kah kah...

fidel castro said...

betul kata saudara jai.
buang aja najis yang busuk itu.
PR perlukan pejuang kebebasan dan keadilan bukan pejuang duit duit

kube lembe said...

Amat penting PR kena lihat, selidik dan kawal pada akar umbi bila buat pemilihan cabang ni, manusia memang bermuka tapi kita tak nak yang bermuka-muka...