Followers

Wednesday, July 28, 2010

United States dijangka serang dua negara di Timur Tengah

Reuters

TEHERAN: Iran menjangkakan Amerika Syarikat menyerang 'sekurang-kurangnya dua negara' di Timur Tengah dalam masa dua hingga tiga bulan ini, kata Presiden Mahmoud Ahmadinejad kepada stesen televisyen milik pemerintah, Press TV.

Dalam satu wawancara kelmarin, Encik Ahmadinejad tidak menyatakan dengan jelas adakah beliau menjangka Iran salah satu daripada negara itu mahupun sumber maklumatnya.


3 comments:

Anonymous said...

Saya Zharfan.

Saya tak pasti teori Ahmadinejad boleh pakai sebab isu sekarang Amerika tengah main ialah kapal Cheonan supaya dapat berperang dengan Pyongyang buat masa ni berbanding hal Timur Tengah. Amerika mengadakan latihan ketenteraan dengan Seoul untuk berperang saraf dengan Pyongyang lalu mencetuskan ketegangan Beijing dan Pyongyang terhadap Amerika.

Tadi saya baca Hankyoreh Sinmun, Russia dan China dakwa Pyongyang tidak menembak kapal Cheonan.

Anonymous said...

us tak akan serang korea u krna sama-sama kafir yg pasti iran & yaman akan diserang krna islam yg pasti negara islam akan sokong trutama OIC..

Anonymous said...

Bro Anonymous, Saya Zharfan.

Kenapa US tak perang dengan Saudi sahaja. Sebab Saudi ada hubungan baik sampai tahap sekutu terhadap Amerika. Banyak negara Timur Tengah mempunyai hubungan Diplomatik dengan US dan Kuwait sampai tahap boneka dan tanpa rasa malu memegang bendera Amerika. Dunia ni hanya 3 negara tiada hubungan diplomatik dengan US, Iran, Cuba dan Korea Utara sahaja memusuhi US dan tiada diplomatik dengan US.

Korea Utara memang berani bermusuhan dengan US menyebabkan US tak senang dan nak perang dengan Pyongyang.

Kita tengok Perang Vietnam. Perang Vietnam terjadi akibat Amerika tak senang kewujudan Vietnam Utara dan Amerika berperang dan akhirnya, Amerika kalah dan Vietnam Selatan bersatu dengan kerajaan Vietnam Utara menjadi Vietnam.