Kenyataan Media Ketua AMK
12 Julai 2010
Dakwa Anwar Alat CIA: Utusan Biadap, UMNO Terdesak
12 Julai 2010
Dakwa Anwar Alat CIA: Utusan Biadap, UMNO Terdesak
Tuduhan dangkal dan biadap ini datang selepas kenyataan tegas Dato' Seri Anwar yang menyelar tindakan Amerika dan regim Zionis secara konsisten mutakhir ini. Malah, tambah menjengkelkan, kemunculan Dato' Seri Anwar di dalam temuramah CNN yang beroperasi di Amerika Syarikat juga dijadikan sebagai satu 'pembuktian longgar' Umno bahawa Anwar adalah alat CIA.
Serangan terbaru ini sekaligus menzahirkan Utusan telah menjadi akhbar nyamuk yang mengkhianati perjuangan tokoh-tokoh seperti Allahyarham Usman Awang, Keris Mas dan A.Samad Said. Utusan kini jelas bukan lagi satu institusi, tetapi media yang telah terlacur sepenuhnya.
Tuduhan alat CIA nyata berat dan biadap dalam keadaan segalanya bermula apabila beberapa isu yang dibangkitkan oleh Dato' Seri Anwar secara umumnya dan KEADILAN khususnya mendapat perhatian rakyat dan gagal dijawab secara berfakta oleh Umno-BN. Ini termasuklah isu APCO yang kini disambung kontrak, penglibatan Asiasoft di dalam maklumat perisikan negara, dan yang terkini ialah isu mengenai potensi Felda untuk bankrap berikutan penurunan prestasi kewangan yang membimbangkan.
Jawapan Menteri Dalam Negeri, Hishammudin Hussien bahawa tindakan akan diambil sekiranya ada bukti menunjukkan Umno begitu terdesak untuk membunuh karakter Anwar. Jawapan itu juga menunjukkan bahawa institusi polis sekaligus telah hilang kredibiliti apabila setelah 12 tahun isu alat CIA dimainkan, Dato' Seri Anwar masih gagal disabitkan dengan sebarang bukti konkrit dan sahih.
Strategi membunuh karakter Dato' Seri Anwar ini mudah dibaca: untuk mewujudkan persepsi negatif ke atas Dato' Seri Anwar di kalangan masyarakat Melayu. Melihat kepada potensi Pilihanraya Umum diadakan pada tahun ini, taktik busuk ini dicatur meskipun longgar. Kesinambungan pemberitaan negatif ke atas Dato' Seri Anwar ini jelas tidak berasaskan bukti-bukti yang kukuh. Apatah lagi, kes konspirasi liwat yang dicatur ke atas Dato' Seri Anwar juga semakin menemui jalan buntu.
AMK percaya bahawa semua ini dicatur berpaksikan kepada kegagalan Umno untuk meyakinkan rakyat dalam beberapa isu yang membangkitkan kemarahan rakyat mutakhir ini, termasuklah pembaharuan kontrak APCO di dalam urusan pengurusan komunikasi kerajaan Umno-BN.
Malah AMK tidak menolak bahawa inilah hasil yang membanggakan hasil konsultansi APCO kepada Umno. Imej Dato' Seri Anwar 'dibunuh' sehabisnya, pimpinan Pakatan dilaga-lagakan dengan isu-isu lapuk, akhbar-akhbar Pakatan seperti Suara Keadilan, Harakah dan Roket juga sedang berhadapan masalah pembaharuan permit.
AMK mendesak Utusan Malaysia menarik balik tuduhan biadap ke atas Dato' Seri Anwar tanpa sebarang kompromi, atau AMK akan bertindak untuk memimpin rakyat melakukan protes ke atas Utusan Malaysia.
Boikot Utusan Malaysia!
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
4 comments:
kepada pemberita terutama di UM / BH..jual lah maruah diri kamu dan maruah keluarga serta bangsa demi ketamakkan kehidupan dunia.
satu masa satu ketika terimalah pembalasan yang setimpal.
Kah kah kah...
Apa punya bahalol la akhbar BaNgang nih???
Tak habis2 main isu lapok!!!
Kah kah kah...
Woi bahalol2 UMNgOk!!!
Laporan akhbar The Liberation dalam artikel yang ditulis oleh Arnud Dubus telah mengaitkan najib dengan pembunuhan Altantuya, jadi apa korang punya tindakan???
Ada berani menteri lidah kontot nak siasat dan ambil tindakan???
Ada berani naijb saman akhbar tersebut???
Antara akhbar dengan blogger mana yang lebih berpengaruh???
Kalau laporan blogger yang tak ketahuan tu korang percaya dan gunapakai, ini bermakna korang semua memang TAK BOLEH PAKAI SEBAB TARAK AKAI!!!
Kah kah kah...
Politik memerlukan Propaganda untuk hidup. Saluran yang paling lazim ialah surat khabar dan TV. Lebih menguntungkan bagi pihak B.END apabila semua media utama dalam negara dijadikan sebagai penyalur propaganda. Mereka mengeksploitasi secara maksimum media ini agar rakyat mengetahui hasrat dan dasar kepimpinan mereka.
Tapi mereka semakin lupa bahawa minda rakyat sekarang bukan semudah itu untuk di"lena"kan. Sebab itulah peranan media dari saluran alternatif oleh pihak PR amat penting untuk memaklum dan menyampai maklumat demi menangkis propaganda B.END.Yang lebih penting ia mestilah benar dan berfakta.
Rakyat berpelajaran akan sendiri menilai yang mana baik dan yang mana sampah dalam hal-hal berkaitan propaganda ini. Tetapi harus diingat bahawa propaganda yang keterlaluan akan menimbulkan rasa muak oleh rakyat. Inilah yang terjadi pada alat media B.END terutama Utusan Melayu.
Isu Yahudi ini lebih kepada "Divert Propaganda" kerana Pee M tahu hal sebenar yang sedang menghantui dia secara peribadi ialah 1)APCO 2)Altantuya 3)Submarine 4)Judi. Jadi pihaknya dengan segala cara sedang mengalihkan isu besar negara yang sedang bergolak kepada isu yang lebih bersentimen keagamaan atau akidah.
Oleh itu pihak PR jangan sesekali mengikut gerak permainan B.END ini kerana itulah matlamat asalnya agar rakyat leka dan terpedaya. PR perlu sentiasa fokus terhadap komitmen memaklumkan rakyat terhadap isu ketidakadilan ini.
Falsafah "if we can't beat them, we joint them" tidak boleh dipakai dalam hal propaganda politik. Pegangan yang paling sesuai apabila berdepan dengan serangan propaganda sebegini ialah "Only the dead have seen the end of war
- Plato ". Jadi semangat kental dan tidak mengalah perlu ada. Kepada pakar-pakar sains politik dalam PR mesti dah tahukan...memang 1 semester duk belajar hal subjek propaganda ni.
Malas aku nak komen utusan nie...
Lidah rasmi UMNO/BN nak bantai pembangkang.
"Penyebar Fikiran Rakyat" konon....memalukan
dan tak bermaruah, tak berintegriti taik kucing.
Jangan Banggalah laporan/berta hari2....MEMBOSANKAN....
Kepada semua....hentilah beli utusan...ok
Post a Comment