Followers

Thursday, August 12, 2010

IKTIRAF MILF: SYABAS MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
02 Ramadhan 1431
12 Ogos ’10




IKTIRAF MILF: SYABAS MALAYSIA

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) menyokong penuh usaha Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam menjelaskan kekeliruan yang timbul terhadap Gerakan Islam MILF (Moro Islamic Liberation Front/Barisan Pembebasan Islam Moro) Mindanao oleh masyarakat dunia terutamanya kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Tohmahan dan andaian yang diberikan oleh mereka terhadap kumpulan-kumpulan Islam seperti MILF, Hamas, Ikhwan dan beberapa kumpulan Islam yang lain adalah dilihat seolah-olah mempunyai agenda jahat yang tersirat dan tersurat.

Lawatan Menteri Pertahanan Malaysia ke Mindanao baru-baru ini dilihat boleh memberi sedikit pengharapan terhadap proses damai antara Kerajaan baru Filipina dibawah Presiden barunya, Aquino dan MILF dibawah kepimpinan Haji Murad Ebrahim. Umat Islam Mindanao sememangnya bersedia untuk berunding dengan kerajaan Filipina sejak tercetusnya persengketaan di Wilayah tersebut. Pelbagai gejatan senjata dan rundingan telah diadakan sebelum ini namun segalanya menemui jalan buntu setelah pihak kerajaan Filipina dan pihak tentera mencabulinya.

Rakyat Mindanao yang majoritinya beragama Islam dan berasal dari rumpun Melayu nusantara telah lama dinafikan hak mereka dalam pentadbiran. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mereka mendapatkan hak mereka dalam pemerintahan namun tidak diendahkan. Sikap ‘double standard’ kerajaan Filipina yang terdahulu terhadap Bangsa Moro Islam ini telah berlanjutan sejak sekian lama. Kewujudan pelbagai kumpulan Islam disana adalah satu perkembangan yang sihat. Walaupun mereka dilihat seolah tidak bersatu dalam method dan strategi namun misi dan visi rakyat Moro Mindanao adalah sama iaitu untuk mendapatkan hak kesaksamaan dan keadilan terutamanya dalam pemerintahan dan ekonomi. Setelah tidak mendapat tempat dibumi sendiri, rakyatnya bangkit dengan senjata bagi mendapat keadilan. Lantas Barat dan kebanyakan Negara melabelkan pejuang-pejuang ini sebagai ‘pengganas’. Kerajaan Malaysia juga dulu menganggap kumpulan-kumpulan Islam seperti MILF sebagai kumpulan ekstrim yang menolak rundingan dan sebaliknya mengiktiraf MNLF (Moro National Liberation Front/ Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) yang akhirnya meletak senjata dan berkerjasama dengan kerajaan Filipina. Namun akhirnya mereka tertipu apabila hanya memegang jawatan ‘boneka’ dari Kerjaaan Filipina. MILF meneruskan perjuangan mereka untuk mendapatkan hak dan keadilan. Barat terus menekan mereka sebagai puak pengganas. Malangnya Negara-negara Islam juga seperti dicucuk hidung oleh Amerika Syarikat yang melabel MILF sebagai kumpulan pengganas.

Di Malaysia, hanya PAS yang kekal dengan pendirian sejak dulu yang mengiktiraf MILF sebagai pejuang bagi umat Islam Mindanao. Namun perkembangan terkini hari, dengan lawatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia akan peranan MILF. Adalah diharapkan dunia Islam yang juga akan memberikan sokongan dan pengiktirafan terhadap perjuangan MILF sebagai tanda kepada Kerajaan Filipina bahawa rundingan perlu dijalankan dengan telus dan adil.


Di Sediakan Oleh

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Pengerusi
Lajnah Antarabangsa
Dewan Pemuda PAS Pusat






1 comments:

juragan said...

maaf keluar tajuk... Menteri umno bongok Sabri Chek tuduh PAS Sanggup belanja jutaan ringgit kepada para pelajar luar negara untuk mengembangkan penggaruh pembangkang dikalangan pelajar...Amboiii bukan lancang mulut jantan menteri umno buat tuduhan dibulan puasa ni...entah2 menteri ni x puasa...kalau ia pun apa salahnya....hoi bongok umno Nazri tolong bgitahu menteri bodoh lagi bahalol tu...jadi jadilah buat dosa...sepanjang tahun kerja2 umno buat dosa fitnah...menipu dan merompak jangan cerita lah...