SINGAPURA: Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membawa isu tertangguh berhubung bayaran bagi pembangunan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di republik ini yang akan dimajukan olih syarikat M-S Pte Ltd, ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa.
Bercakap pada sidang akhbar bersama dengan Lee kemudiannya, Najib berkata walaupun isu itu bukan merupakan masalah besar, tetapi ia penting kerana mereka mahu wujudnya suatu persetujuan (POA) yang mampu bertahan oleh ujian masa.
Najib berkata mereka mahu agar ia menjadi suatu perjanjian yang sah di sisi undang-undang dan betul daripada segi politik serta akan diterima oleh rakyat kedua-dua negara, termasuk generasi akan datang.
(NOTE: Perjanjian ini bukan Najib yang mahu TETAPI Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang memberi TEKANAN kepada Najib. Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa akur kerana ada kemungkinan BUKTI BERKAITAN HUBUNGAN NAJIB DENGAN ALTANTUYA yang didakwa terbunuh angkara ROSMAH dan RASUAH ada dalam simpanan agent risikan Singapura)
Bagaimanapun, Najib dan Lee Hsien Loong juga bersetuju bahawa proses timbang tara berkenaan tidak sepatutnya menjejaskan inisiatif dua hala lain yang telah dipersetujui sebelum ini dalam rundingan pertama mereka di sini pada 24 Mei lepas di mana Najib (Malaysia) bersetuju menyerahkan tiga bidang tanah di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga lagi di Bukit Timah milik KTMB kepada sebuah syarikat M-S Pte Ltd bagi melaksanakan pembangunan.
p/s:
Masih kah kau ingat? .. Pedra Branca !!!
1 comments:
Bila dibaca:
Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membawa isu tertangguh berhubung bayaran bagi pembangunan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di republik ini yang akan dimajukan olih syarikat M-S Pte Ltd, ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa.....
Boleh percaya kah bahawa Malaysia akan mendapat keadilan yang sebenar dalam mahkamah timbang tara atau Malaysia akan kehilangan harta pusaka lagi..?
Apa yang kita dapat rasakan bahawa perbicaraan dalam mahkamah timbang tara itu hanyalah sandiwara untuk memperbodohkan rakyat Malaysia seperti yang pernah dilakukan terhadap Pulau Batu Putih.
Apa tindakan ahli UMNO terhadap penyerahan Pulau Batu Putih itu kepada Singapura... mereka bertepok tangan kononnya kes itu sebagai sama sama menang. Memang sial pemimpin UMNO Baru.
Sejarah telah merekodkan bahawa pemimpin UMNO Baru adalah penipu dan sentiasa menipu demi kepentingan parti dan kroni saja. Masaalah rakyat diserahkan pada pihak parti pembangkang untuk menguruskannya.
Pembangunan mereka lakukan, bila runtuh mereka keluarkan tender baru dan kroni buat lagi..... harga projek sentiasa meningkat tapi bangunan masih belum siap.
Jangan percaya, jangan teruja dengan apa yang digembar gemburkan oleh Perdana Menteri berkaitan dengan tanah milik KTMB diserahkan kepada sebuah syarikat M-S Pte Ltd bagi melaksanakan pembangunan.
Ini kerana kita belum ketahui bagaimana bentuk kebaikan dan keuntungan yang akan dinikmati oleh rakyat Malaysia hasil penyerahan tanah tersebut pada Singapura. Atau kebaikan itu hanya untuk kroni saja...?
Pada kebiasaannya apabila pemimpin UMNO membuat urusan yang melibatkan duit beratus juga akan melibatkan juga komisyen dan rasuah.
Post a Comment