“GENERASI REFORMASI” MENJEMPUT SEMUA CALON AMK BERSAMA-SAMA TURUN PADANG MENYUBURKAN DEMOKRASI
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anggota Keadilan, pihak media dan orang ramai yang memberikan pelbagai reaksi positif sejak pengumuman kami menawarkan diri untuk jawatan-jawatan tertinggi Angkatan Muda Keadilan Pusat pada 1 September 2010.
Selepas mendapat isyarat yang jelas bahawa usaha menyuburkan demokrasi dan menguatkan parti ini diterima baik, Generasi Reformasi akan turun berjumpa ahli-ahli dan pimpinan AMK di peringkat akar umbi di setiap negeri melalui program Roadshow Generasi Reformasi.
Roadshow Generasi Reformasi yang pertama akan diadakan di Kelab Darul Ehsan, Ampang pada hari Khamis 23 September 2010 bermula jam 830 malam. Selain bertemu anggota dan menjawab pertanyaan, barisan Generasi Reformasi juga akan membentangkan manifesto dan pelan rancangan menyuntik dinanisme AMK sepanjang program-program ini di seluruh Malaysia.
Bagi menjamin proses pemilihan ini berlaku dengan adil dan tidak menindas mana-mana pihak, Generasi Reformasi memilih untuk menganjurkan sendiri keseluruhan program ini tanpa melibatkan apa-apa premis atau kemudahan parti. Jentera kami juga akan menghubungi secara peribadi seberapa ramai anggota AMK di setiap kawasan yang kami akan kunjungi untuk memastikan seramai mungkin anggota AMK turut serta dalam proses pemilihan bersejarah ini.
Oleh itu, kami mengambil kesempatan ini untuk menjemput mana-mana anggota AMK yang ingin atau telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan-jawatan Pusat untuk menggunakan kemudahan roadshow yang telah disediakan ini dan bertemu dengan anggota-anggota akar umbi, sebagai sebahagian dari usaha kita menyuburkan demokrasi. Kehadiran calon yang ramai, walaupun berbeza pendekatan dan gaya, akan memberi peluang kepada anggota membuat pilihan yang terbaik.
Selepas Kelab Darul Ehsan, kami akan bertemu anggota-anggota di Hotel Hill City, Ipoh pada 26 September dan Hotel Grand Continental, Kuantan pada 28 September.
Jadual Roadshow Generasi Reformasi adalah seperti berikut mengikut negeri-negeri:
TARIKH - NEGERI - TEMPAT - MASA
23 SepSelangorKelab Darul Ehsan, Ampang 830 malam
26 SepPerakHotel Hill City, Ipoh830 malam
28 SepPahangHotel Grand Continental, Kuantan830 malam
29 SepSelangorShah Alam (tempat akan diumumkan)830 malam
1 OktMelakaBandar Hilir (tempat akan diumumkan)830 malam
2 OktSabahKota Kinabalu I (tempat akan diumumkan)830 malam
3 OktSabahKota Kinabalu II (tempat akan diumumkan)200 petang
5 OktSelangorSubang (tempat akan diumumkan kelak)830 malam
6 OktNegeri SembilanSeremban (tempat akan diumumkan)830 malam
13 OktKuala LumpurKelab Sultan Sulaiman (akan disahkan)830 malam
14 OktJohorBatu Pahat (tempat akan diumumkan)830 malam
16 – 17 OktSarawakKuching (tempat akan diumumkan)830 malam
18 OktSelangorRawang (tempat akan diumumkan kelak)830 malam
19 OktPerakHutan Melintang (tempat akan diumumkan)830 malam
20 OktKuala LumpurBandar Tun Razak (tempat akan diumumkan)830 malam
22 OktKedahAlor Setar (tempat akan diumumkan kelak)830 malam
23 OktPulau PinangBayan Baru (tempat akan diumumkan)200 petang
29 OktTerengganuKuala Terengganu (tempat akan diumumkan)830 malam
30 OktKelantanKota Bharu (tempat akan diumumkan)200 petang
Tempat dan masa akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan diumumkan kepada anggota.
Kami mengalu-alukan perdebatan yang sihat dan menyeru seluruh anggota AMK untuk hadir bersama-sama supaya calon-calon yang menawarkan diri boleh dinilai dari segi kemampuan, visi dan karisma masing-masing.
Program roadshow yang terbuka dengan jemputan kepada calon-calon lawan ini adalah satu lagi inovasi demokrasi yang cuba kami bawa dan suburkan di dalam Keadilan dan Malaysia amnya.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Saudara Saifullah Zulkifli, calon EXCO AMK Pusat yang bertanggungjawab sepenuhnya mengendalikan Roadshow Generasi Reformasi di 0133005461 atau saifullahzulkifli@gmail.com
MOHD RAFIZI RAMLI
Calon Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
22 September 2010
Bagi pihak Generasi Reformasi
YB AMIRUDIN SHARI, CALON TIMBALAN KETUA
YB SIM TZE TZIN, CALON NAIB KETUA
YB KESAVAN SUBRAMANIAM, CALON NAIB KETUA
Calon Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
22 September 2010
Bagi pihak Generasi Reformasi
YB AMIRUDIN SHARI, CALON TIMBALAN KETUA
YB SIM TZE TZIN, CALON NAIB KETUA
YB KESAVAN SUBRAMANIAM, CALON NAIB KETUA
