Followers

Tuesday, September 7, 2010

Pandangan YB Nurul Izzah menyengat dan mengena tepat pada sasaran

KENYATAAN MEDIA DR. SYED HUSIN ALI TENTANG ISU PERKASA - NURUL IZZAH

Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk PM Najib telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang dibuat oleh YB Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa.

Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran.

Pendirian ketiga-tiga menteri itu membukti kan dengan jelas bahawa pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang 1Malaysia, akan tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu.

Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya 'kedudukan istimewa'. Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan
Melayu' dalam Perlembagaan.

Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali.

Namun begitu Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh KEADILAN serta juga PAKATAN mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang
mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.

DR SYED HUSIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

Dihantarkan kepada anda melalui

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya



6 comments:

kube lembe said...

Memang 1Malaysia adalah satu bentuk "political phrase" sahaja untuk menyedapkan suasana politik majmuk.

Laungan tanpa tindakan adalah sama seperti menyalak bukit. Bukit tak rebah yang sakit cuma tekak saja.

Inilah 1Malaysia yang sebenarnya. Ibarat buah berkulit cantik tapi kelat isinya. Pada pandangan pertama memang memikat tapi tak ada siapa yang nak makan pun bila tahu rasa isinya.

Selagi Be End menjaja slogan ini, selagi itulah racun perkauman akan memakan diri Be End. Syabas buat Pee M Malaysia yang sedang menuba ikan di sungai mati. Ikan mati , air sungai tak boleh diminum.

Perkasa pula tertubuh atas sifat hipokrit bangsa yang melampau. Ketuanan Melayu konon tapi tetap bertuankan Cina India bila nak duit, nak undi. Paling teruk menerima rasuah dari Cina India juga.

Kehadiran Perkasa lebih melazatkan lagi racun perkauman yang sedang menyerang Be End. Malaysia tak perlu orang semacam Ibrahim Ali. Kita tak akan maju pun dapat memiliki seorang melayu sebegini malah lebih membawa kepada kemudaratan.

Lihatlah apa yang beliau huru harakan masyarakat di Kelantan.

Manakala Perlembagaan lah yang paling sadis. Sudahlah saduran dari kerajaan British kafir laknaktullah yang diagungkan, tapi tetap juga berbangga walau terlalu berbaur "political phrase".

Nak jengah melalui kitab Al Quran dan Al Hadis jauh sekali atas alasan masyarakat kita majmuk dan "not relevant on time". Tapi mereka lupa bahawa Rasullulah lah orang yang paling sukar untuk menangani 3 bangsa yang tak pernah sebulu anutan agamanya iaitu Quraisy jahiliah, Yahudi dan Arab Muslim. Tapi lihat hasilnya....akhirnya semua dapat menerima Islam dan perlembagaannya.

Ginilah jadinya bila munafik.....ke mana sekali pun ia tetap munafik.

Nazri said...

aku rasa tindakkan PR membuat kenyataan yg sedemikian hanya utk membodek dan mengambil hati kaum tiong hua dan india utk menyokong PR je.yg menjadi kelakar skg ni, kenapakah apabila UMNO yg bersungguh-sungguh utk menjaga kebajikan dan memartabatkan hak org melayu sebaliknya telah dibantah oleh bangsa melayu sendiri itu sendiri.perlu diingat, kalau bukan krn jasa yg ditaburkan oleh para pemimpin Umno sejak 50 tahun dulu tak mungkin melayu akan maju spt skg.kita sepatutnya berterima kasih kpd Umno dan bukannya mengutuknya.hargailah jasa yg ditaburkan oleh UMNO kpd bangsa dan negara.

Nazri said...

beberapa hari lagi ummat islam akan menyambut bulan syawal, seperti kebiasaan tahun yg lepas-lepas puak-puak penyokong PR ni akan mulalah memohon kemaafan drpd BN di atas kesilapan dan kesalahan yg dilakukannya di sepanjang tahun lepas.tindakan puak-puak penyokong PR ni sama seperti menjilat semula tahi yg telah dibuang.yalah di sepanjang tahun lepas bermacam-macam hinaan dan kutukan telah dilemparkan oleh penyokong PR terhadap BN, dan apabila tibanya hari raya mulalah nak meminta maaf.bukan ke tindakan PR ni umpama sama spt 'menjilat semula tahi yg telah dibuang'?kpd fidel castro, jai@dajal, juragan dan rakan-rakan sekutu PR yg lain, bulan syawal tahun ni tibalah masa utk korang menjilat semula tahi korang selepas membuat ulasan yg memburuk-burukkan BN di sepanjang tahun lepas.kah kah kah kah kah kah

storm62 said...

Salam AildilFitri buat semua rakan2 yg berAgama Islam dan Tuan punya blog nie serta keluarga KerajaanRakyat.

Maaf Zahir & Batin.

The Setom....kah kah kah.

Anonymous said...

She has not lived as an ordinary struggling malay kid or youth out there. She grew up on the ehsan of her then ex TPM and malay rights and perlembagaan 153. and therefore hasnt seen enough of the suffering of the bumiputera in Sabah and Sarawak. We havent had enough of the 30% equity to the malays. Masih ramai lagi bumiputera sabah dan sarawak yang terabai.
So, apa yang dijerit jerit oleh MP Lambah Pantai ini. 53 tahun belum cukup untuk menjadikan melayu berpelajaran tinggi dan maju Nurul. Orang melayu baru keluar dari kemiskinan, lihat betis orang melayu ini parut kudis buta kerana kemiskinan hidup masih lagi kelihatan. Baca dan hayati sejarah negara.Baca dan hayati kerajaan melayu dulu dan kepentingan menjaga hak orang melayu. Pemimpin terdahulu berkerja keras mendapat kemerdekaan dan menjaga hak orang melayu. Tetiba MP Nurul ne melalak ubah hak orang melayu. Sungguh tidak bertanggungjawab MP ini.

shamsulS2 said...

Pada Pandangan Saya:-

YB sangat cantik. Tak kira la apa orang lain kata tentang keluarga YB saya tetap kagum dengan kecantikan YB.