Saya tidak mahu bersangka buruk tetapi berdasarkan sejarah lalu, setiap KPN yang baru dilantik akan berbuih mulut melantunkan janji-janji manis untuk memberikan khidmat terbaik berpaksikan undang-undang.
Musa Hasan diawal perlantikannya juga menjanjikan langit dan bumi, tetapi hakikatnya hampas yang diberikan kepada rakyat!!
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar yang memulakan tugasnya hari ini berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat dan negara dengan berpaksikan undang-undang dan bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya.
Saya mencabar Tan Sri Ismail Omar untuk membuka kertas siasatan semua kes rasuah dan penyelewengan kuasa yang telah didakwa rakyat terhadap bekas bosnya, Tan Sri Musa Hasan. Kes penyelewengan ini termasuk yang berkaitan pembunuhan Altantuya, kes pemenjaraan DSAI dan kes persengkongkolan Musa Hasan dengan tokey-tokey judi dan 'Along'.
Kepada Tan Sri Ismail Omar, ingatlah dan tolong jangan mendabik dada jika perangai lama PDRM diamalkan dengan hanya berani menangkap dan mendakwa rakyat marhaen, sedang kepala lanun dan perompak sundalan dibiar bebas melayan nafsu..!! Malah rasuah dan penyelewengan dikalangan anggota PDRM sendiri tidak kurang hebatnya!!!

6 comments:
Buka semula kes kes yg mana melibatkan campur tangan pihak ketiga, saperti yg di dakwa oleh bekas KPN TS Musa. Ini adalah satu penganiayaan kepada sesiapa terbabait, kerana telah dinafi pembelaan.
PARIS, 12 Julai: Bekas pegawai polis dan juga penyiasat persendirian, P Balasubramaniam akan bertemu dengan Polis Perancis jam 8 malam ini (jam 2 petang waktu Paris) untuk memberikan keterangan berhubung pembelian Scorpean.
Selanjutnya:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27546:bala-jumpa-polis-perancis-malam-ini&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
Polis Malaysia amacam???
Tak nak jumpa Bala ke???
Kah kah kah...
selalunya kita tidak akan berpuas hati dengan hasil yg selain dari yg kita harapkan..bukannya mencari kebenaran.....
lagi sekor blogger yg bakal hadapi tindakan ...ko tunggu kerana akau akn follow up blog ni pada tan sri musa hassan.tq
pehal main report2 ni bro??
menganggu jiwa ke??
kah kah kah..
bro jai...seorang bergelar datok terlibat dlm pembunuhan jutawan kosmetik..ko percaya ke datok ni akan didakwa? bagaimana kalau datok ni pernah memberi kekayaan kepada barisan pimpinan tertinggi parti haprak tu.. dan banyak menyumbang dana untuk memenangkan parti busuk tu dlm PRU dulu..sah dan nyata aku yakin kes Datok ini akan padam..
Post a Comment