'
Polis Siasat Perbuatan Hina Sultan Johor Dalam Facebook
JOHOR BAHARU: Polis telah memulakan siasatan terhadap individu yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook berhubung pengurniaan kenderaan milik baginda kepada Polis Diraja Malaysia pada Isnin lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata siasatan dibuat selepas polis menerima satu laporan mengenai laman Facebook itu pada 4.33 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan.
Ditanya tentang kes seorang individu menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, juga menerusi Facebook, Mohd Mokhtar berkata kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya baru-baru ini. - BERNAMA
Kenapa tak siasat yang menyamar jadi beruk?
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin membidas cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin ditubuhkan, lapor Suara Keadilan.
![]() |
| Apa sebenarnya jawatan mangkok ayun ni? |
Ini kerana menurut Zuraida, tindakan Rosmah itu dilihat mahu mengambil alih tanggungjawab serta memperlekehkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dam Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.
“Saya hendak cakap pun tak faham, apakah sebenarnya peranan Rosmah. Beliau menteri atau isteri Perdana Menteri ke, apa jawatan rasmi beliau yang sebenarnya?
“Cadangan beliau menunjukkan beliau ingin campur tangan dalam kementerian dan urusan kerajaan, dia tidak ada apa-apa latar belakang maklumat mengenai masalah tersebut tiba-tiba nak bagi idea yang sebegini. Ini adalah satu perkara yang ‘adhoc’.

1 comments:
Kah kah kah...
Tak puas hati dengan roswah???
Ingin buat sebarang laporan/aduan???
SILA DAIL TOL FREE DI TALIAN 1-800-GI-MAMPOS!!!
Kah kah kah...
Post a Comment