Followers

Friday, October 15, 2010

Bumbung Istana Runtuh ~ Raja Cedera Parah

`
Kuala Lumpur. 15 Oct. 2013 ~ Bumbung Istana Negara yang baru siap pembinaannya dua tahun lalu runtuh dan menghempap raja yang sedang lena beradu setelah penat bermain golf petang semalam.


Kos pembinaan Istana Negara ini meningkat kepada RM811.2 juta

Tidak mustahil berita ini akan menjadi tajuk utama akhbar jika kerajaan Umno/BN terus dibiarkan mentadbir negara. Ke manakah perginya pahlawan Melayu, kenapakah membisu atau dia turut bersekongkol dalam pengkhianatan ini

Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan skandal pembinaan Istana Negara yang baru apabila projek bernilai RM950 juta itu diserahkan kepada Syarikat Maya Maju (M) Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat misteri itu dilantik sebagai kontraktor utama pada 26 Oktober tiga tahun lalu.

Walhal, katanya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) mengesahkan syarikat misteri itu telah mati atau tidak aktif ketika proses penyerahan tender dibuat oleh kerajaan Pusat.

Kenyataan Akhbar DSAI pada Khamis 14 Okt 2010

SKANDAL PROJEK PEMBINAAN ISTANA NEGARA

Kontrakor utama – MAYA MAJU (M) SDN BHD

A. KONTRAK

1. Cadangan kos pembinaan yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan ialah – RM 394,803,200.00

2. Harga yang di tawarkan oleh JKR secara rundingan terus – RM 649,995,507.51

3. Letter of Intent di keluarkan pada – 30 Mei 2006

4. Kontrak di tawarkan pada – 26 Oktober 2007

5. Jangkaan tarikh siap asal – 29 November 2010 dipinda ke Februari 2011

6.. Kos meningkat kepada RM811.2 juta apabila kerja tambahan pembinaan flyover yang menyambung Jalan Duta ke Istana Negara dan kerja “upgrading” di Jalan Changkat Semantan yang diberi kepada Syarikat Ahmad Zaki.

B. PERIHAL SYARIKAT

Semasa kontrak ditawarkan syarikat ini di takrif sebagai “DORMANT” oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini bermakna syarikat ini tidak menjalankan apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai ‘track record” dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan.

Hanya didaftarkan sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 setelah mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.

Syarikat dikuasai oleh Dato Hj. Man bin Mat. Bekas Bendahari UMNO Merbok.

C. TIDAK BERDAFTAR DENGAN CIDB DAN TIDAK ADA LESEN PKK

1.Syarikat ini tidak mempunyai lesen “PKK” yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR.

2. Syarikat ini juga tidak berdaftar dengan “CIDB” sebagai syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan.

Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 menjelaskan

Bahagian VI

Pendaftaran Kontraktor

25. (1) Tiada seorang pun boleh mengaku janji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu Perakuan pendaftaran yang sah yang di keluarkan oleh Lembaga

Atau bahasa Inggeris

Part VI

Registration of Contractors

25. (1) No person shall undertake to carry out and complete any construction works unless he is registered with the Lembaga and holds a valid certificate of registration issued by the Lembaga.

D. ADA DUA SYARIKAT YANG MEMPUNYAI NAMA SAMA

MAYA MAJU (M) SDN BHD – Kontraktor Istana Negara
MAYA MAJU SDN BHD

- Kedua syarikat ini tidak ada kaitan langsung dan di kuasai oleh orang yang berlainan.

- Semua pengumuman oleh kerajaan baik dari Menteri Kerja Raya, media maupun portal kerajaan menyebut hanya Maya Maju Sdn Bhd.

- Begitu dengan permasaalahan dan tindakan undang-undang yang diambil terhadap kontraktor pembinaan Istana Negara menyebut Maya Maju Sdn Bhd

- Ini menjejaskan imej, prestasi dan persepsi syarikat Maya Maju Sdn Bhd.

- Pada 23 Januari 2009, satu Perintah Injunksi telah dikenakan terhadap MAYA MAJU (M) SDN BHD dan pengarah2 nya daripada menggunakan nama “Maya Maju”. Walaubagaimanapun Mahkamah Rayuan “overrule” keputusan ini.

F. MASAALAH-MASAALAH LAIN.

1. Pada 18 Disember 2008, pihak Abd Mohd Rejab/JR Design Works keluarkan notis menggulung/winding-up MAYA MAJU (M) SDN BHD atas kegagalan membayar fees kerja rekabentuk artitek,

2. Dalam akhbar The Star 27 Jun 2010 di laporkan ramai buruh asing digunakan untuk bina Istana Negara Baru tetapi TIDAK DIBAYAR UPAH.

3. Pada 6 July 2010 SUHAKAM dilarang masuk tapak pembinaan Istana Negara Baru ketika cuba menyiasat dakwaan pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh 3 bulan



8 comments:

Isa said...

Salam Bro,

Kalau betul seperti tajuk n3 ini, sudah tentu mengelupur pak polisi menyiasat, macam kes jutawan pompuan tu.

Kalau setakat syiling hospital/sekolah runtuh puak2 bangang tu buat bodoh jer..., sama jugalah dengan laporan polis kes peguam Banting tu sebelum ini.

Saya memang berharap benar bumbung Istana atau Mahligai PM runtuh... kalau boleh biar ada yang maut, biar puak2 haramjadah yang buat duit haram tu yerkincit2 menjawap.

mr_zaxx said...

Aku nak masuk buat kerja upgrade lanskap (soft landscape sahaja pun) kat kilang INTEL dulu pun disyaratkan WAJIB berdaftar dengan CIDB sebelum masuk site.. nie kan pulak buat kerja pembinaan utk istana negara... makin pelik la Mesia nieh..

abuarif said...

kita ni ada SPRM ke?.... atau ianya cuma hiasan.... kena buat laporan baru nak siasat....

kalau belah PR... dgr cite pun daH SAMPAI.... gitu lah dunia di bawah BN ... semua boleh... sprm pun dah jadi alat depa ni.... seronok eng UMCO ... sebab SPRM senyap...

fbi said...

Begitulah moto Umno:

Tipu Selagi Daya

Songlap Selagi Boleh

Bohong Amalan Ku

OrangSilver said...

SEBUT UMNO SEMUA BOLEH, UNDANG2 TAK TERPAKAI.

kmuhammad said...

Kalau kamu kritik mereka, kamu akan digelar penderhaka Sultan. Mansuhkan sahaja sistem Raja ni. Buat pengabis duit rakyat je. Bukan buat kerja apa pun depa ni.... harap kita hormat je. Ptui ! Hoi Sultan , Agong, kerabat dan sewaktu dengannya, aku cabar kamu turun pergi tengok apa yang rakyat kamu makan, apa yang rakyat kamu pakai, apa yang rakyat kamu tinggal. Apa yang nak dibanggakan dengan harta dan kekayaan mahligai kamu apabila rakyat kamu merempat. Hidup rakyat lebih bahagia tanpa kamu.

sumpitracun said...

surau dirobohkan,istana dicambahkan.malu kat bangsa lain.....

jutawang said...

INI SYARIKAT KRONI SEMATA2....DATUK K, ABG SITI PUN KEJE SINI