Followers

Saturday, October 16, 2010

'Hand Picked' Anwar Ibrahim Berspesis Malaun..!!!

`

Sekalipun saya menghormati pendiriannya untuk tidak bertanding jawatan Naib Ketua AMK, tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh sdra MOHD RAFIZI RAMLI (di bawah) membuatkan saya rasa meluat!!

Kenyataannya membawa maksud seolah-olah mereka yang meneruskan hasrat untuk bertanding mengutamakan kepentingan peribadi. Sekiranya sdra MOHD RAFIZI RAMLI benar-benar ikhlas memperjuangkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan peribadi, maka kenyataan hodoh dan berbau menghina calon lain tidak wajar dikeluarkan.

Sdra Rafizi, katakan saja bahawa sdra telah berbau akan tewas dan saudara takut malu kerna tewas dalam pertandingan setelah nama DSAI dijaja, maka lari daripada medan perjuangan adalah helah terbaik buat saudara!

Kononnya dengan memberi alasan ingin memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13 maka sdra mengambil tindakan menarik diri adalah satu helah yang amat memualkan!! Bukankah saudara dengan bantuan YB Nik Nazmi adalah orang yang terawal mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua AMK? Apakah semasa hasrat untuk bertanding malahan sepanjang kempen saudara yang begitu rakus untuk merebut jawatan Ketua AMK sehingga lupa semangat dan matlamat perjuangan parti? Atau saudara sememangnya tidak menghayati perjuangan parti?

Saudara kata: "Tanpa penglibatan Generasi Reformasi dalam pemilihan kali ini, besar kemungkinan kempen pemilihan berkisar sekitar individu dan bukannya isu-isu anak muda."

Hello!! .. apa yang sdra luahkan itu adalah bayangan perasaan irihati dan ego saudara! Rafizi, anda adalah manusia yang memakan daging rakan sendiri ...!!!   



Nota: Bersandar dan menempel pada nama Datuk Seri Anwar Ibrahim BUKAN lesen untuk dipandang sebagai perjuang!! Kepada Saudara Anwar Ibrahim, kepadakah banyak sangat 'hand picked' saudara yang berkeladak dan haprak berspesis malaun?



KENYATAAN HODOH MOHD RAFIZI RAMLI
(Tewas sebelum berjuang)

MOHD RAFIZI RAMLI
HAYATI PERJUANGAN DENGAN MELETAKKAN KEPENTINGAN PARTI DI ATAS KEPENTINGAN PERIBADI

Generasi Reformasi memulakan kempen dengan objektif utama untuk membawa isu-isu dan program utama yang perlu diangkat AMK untuk sampai ke Putrajaya. Ini termasuklah menjaguhi isu-isu yang dekat dengan anak muda, fokus kepada pembinaan organisasi dan menyiapkan barisan pimpinan muda yang baru.

Sepanjang kempen, kami telah tekankan bahawa matlamat akhir Generasi Reformasi bukanlah untuk merebut jawatan tetapi memastikan barisan kepimpinan baru AMK mengambil kira isu-isu dan program utama ini. Tanpa penglibatan Generasi Reformasi dalam pemilihan kali ini, besar kemungkinan kempen pemilihan berkisar sekitar individu dan bukannya isu-isu anak muda.

Matlamat itu telah dicapai. Mesej reformasi dalaman yang kami bahawa sudah sampai ke semua negeri dan ribuan anggota yang kami temui di 13 lokasi yang telah kami jelajahi.

Pada masa yang sama, Pilihanraya Umum 13 (PRU13) sudah pasti semakin dekat dan pelbagai persediaan mendesak perlu juga diberikan perhatian di dalam keghairahan sebahagian besar pimpinan parti di dalam pemilihan kali ini. Ada peranan strategik yang perlu dimainkan oleh pimpinan anak muda dalam menghadapi PRU13.

Mengambil kira pandangan kepimpinan parti dan keperluan mendesak ini, saya telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasrat untuk bertanding bagi jawatan Ketua AMK Pusat agar dapat memainkan peranan ini serta-merta.

Saya berbesar hati kerana rakan-rakan senior di dalam Generasi Reformasi juga turut berkorban untuk tidak meneruskan hasrat bertanding dan bersama-sama menumpukan kepada usaha gerak kerja mendesak pilihanraya, sebagai tanda solidariti dengan saya. Ia pengorbanan yang besar dan melambangkan keikhlasan mereka berjuang untuk parti, bukannya kedudukan peribadi. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah atas pengorbanan ini kepada:

YB Amirudin Shari, ADUN Batu Caves (calon Timbalan Ketua AMK)
YB Sim Tze Tzin, ADUN Pulau Jerejak (calon Naib Ketua AMK)
Sdr Halimey Abu Bakar, mantan Ketua AMK Selangor (calon EXCO)
Sdr Emmiza Hasmi Zul, mantan Timb Ketua Cabang Kampar (calon EXCO)
Sdr M A Tinagaran, Ketua Cabang Ipoh Barat (calon EXCO)

Pun begitu, gagasan yang dibawa oleh Generasi Reformasi tetap relevan dan penting untuk meniupkan nafas baru kepada AMK. Saya dan rakan-rakan akan terus berkempen dan membantu calon-calon kami yang bertanding pada pemilihan kali ini.

Saya menyeru supaya anggota AMK untuk memberikan mandat yang besar kepada pimpinan-pimpinan berikut dari Generasi Reformasi yang akan meneruskan agenda reformasi dalaman di dalam AMK (sementara kami yang lain memainkan peranan dalam parti dalam bentuk lain):

YB Kesavan Subramaniam, ADUN Hutan Melintang
(calon Naib Ketua AMK)

Sdr Jaffery Jameon, Ketua AMK Kota Kinabalu (calon EXCO)
Sdr Yahya Sijari, Ketua AMK Bagan Datoh (calon EXCO)
Sdr Mohamad Azihan Che Seman, Timb Ketua AMK Gombak dan
EXCO AMK Selangor (calon EXCO)
Sdr Saifullah Zulkifli, mantan Naib Presiden PKPIM dan
Setiausaha Biro Antarabangsa PKR (calon EXCO)
Sdr Naim Jusri, mantan Presiden Rakan Siswa Islah KARISMA dan
Pegawai Khas ADUN Batu Tiga (calon EXCO)

Saya juga ingin menyatakan sokongan secara terbuka kepada YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang akan bertanding kerusi Naib Presiden kerana beliau juga berkongsi pendapat yang sama mengenai isu-isu anak muda dan agenda reformasi dalaman yang kami bawa selama ini.

Generasi Reformasi juga menasihatkan semua anggota AMK supaya memilih calon yang paling layak bagi setiap kerusi yang ditandingi berdasarkan visi, prestasi kerja setakat ini, kemahiran urus tadbir, penerimaan pengundi muda, ilmu pengetahuan yang dalam dan keikhlasan berkhidmat tanpa mengira barisan yang dianggotai oleh mereka. Pilihlah mereka yang meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

Akhir sekali, saya dan rakan-rakan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan memberikan sokongan setakat ini. Mesej yang kami bawa adalah lebih besar dari pemilihan jawatan parti, maka kami akan terus menggerakkan anak muda ke arah itu dalam apa jua kapasiti yang ada di dalam dan luar parti.

MOHD RAFIZI RAMLI
Ahli Majlis Pimpinan Pusat/Ketua Cabang Kemaman
Parti Keadilan Rakyat

16 Oktober 2010