PENDIRIAN BERSAMA (COMMON STAND)
AHLI-AHLI PARLIMEN KONSENSUS BEBAS
Tarikh: 26 Oktober 2010
Kerugian RM1.45 billion mencerminkan ketidakcekapan pengurusan KTMB
Konsensus Bebas bermengkal hati apabila membaca kerugian berjumlah RM1.45 billion yang ditanggung oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) seperti yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2009. Hakikatnya, kerugian ini ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibiayai oleh wang dan dana rakyat. Begitu teruk sekali situasi KTMB, sehinggakan Ketua Audit Negara melaporkan bahawa prestasi kewangan KTMB “mengecewakan”.
Secara ringkasnya, kerugian ini berpunca dari kos operasi yang naik mendadak, dan secara keseluruhannya, mencerminkan ketidakcekapan pengurusan KTMB.
Satu contoh ketidakcekapan pengurusan KTMB yang boleh dilihat umum adalah laman web rasmi KTMB. Sebagai sebuah entiti perniagaan yang berurusan dengan orang ramai di abad ke-21, laman web adalah satu keperluan asas. Bagaimanapun laman web KTMB yang tidak mesra pengguna selalu tidak berfungsi atau tidak dikemaskini. Pengguna-pengguna sering hampa apabila ingin mendapatkan maklumat atau berurusan dengan KTMB melalui internet.
Interaksi pihak pengurusan KTMB dengan pengguna-pengguna di stesen-stesen keretapi juga amat menghampakan dan langsung tidak menunjukkan mutu perkhidmatan yang mesra pengguna. Mutu perkhidmatan KTMB ketara tidak berdaya saing, ditambah dengan kakitangan KTMB yang tidak bermotivasi. Dalam tinjauan rambang di stesen-stesen keretapi, para pengguna terpaksa menghabiskan masa yang lama hanya untuk membeli tiket di kaunter. Mesin tiket yang tidak berfungsi adalah perkara biasa. Maklumat penting seperti jadual perjalanan, harga tambang dan sebagainya tidak dipamerkan di lokasi yang strategik, malahan maklumat tersebut akan berubah tanpa pengetahuan atau maklumat yang secukupnya diberikan kepada pengguna. Tahap pengawasan penumpang yang sangat lemah menyebabkan banyak penumpang dapat mencuri naik keretapi dengan percuma.
Pengguna juga sering berhadapan dengan masalah kerosakan koc-koc semasa perjalanan. Penyelenggaraan koc-koc jelas dalam tahap yang tidak memuaskan; sering terdapat pintu-pintu kompartmen yang rosak, tandas yang kotor dan tidak berfungsi, lantai yang bersepah dengan sampah dan sebagainya. Stesen Komuter yang malap pula mengundang bahaya dan jenayah di waktu malam. Keselesaan dan keselamatan pengguna nampaknya bukan lagi keutamaan pengurusan KTMB.
Secara tradisinya, perkhidmatan keretapi merupakan tunggak utama sistem pengangkutan awam. Sistem keretapi adalah alternatif yang lebih murah, mudah dan selamat untuk rakyat berbanding sistem pengangkutan jalanraya yang kian sesak, baik di dalam atau ke luar bandar. Sebagai pilihan popular rakyat, terutamanya dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana, KTMB mesti menyediakan perkhidmatan yang selamat, selesa dan dengan kos yang berpatutan. Untuk tujuan tersebut, pengurusan KTMB mestilah mengambil pendekatan yang lebih proaktif.
Kerugian RM1.45 billion ini adalah terlalu besar dan sudah tentu amat mengecewakan rakyat. Konsensus Bebas menggesa pihak pengurusan KTMB supaya bertindak dari sekarang untuk memperbaiki mutu perkhidmatan, penyelenggaraan, keselesaan dan keselamatan terhadap pengguna perkhidmatannya.
Konsensus Bebas juga menggesa kerajaan untuk membuat siasatan segera mengenai perkara ini. Menteri serta kementerian yang terlibat hendaklah memberi penjelasan terperinci kepada rakyat umum dan Parlimen Malaysia bagi menjawab permasalahan-permasalahan yang dibangkitkan terhadap KTMB.
6 comments:
Kah kah kah...
Katak2 KONGKEKsus bebas tau tak kenapa 300 orang pekerja KTMB berpiket pada 8 Julai 2010 yang lepas???
Katak2 KONGKEKsus bebas tau tak dah berapa lama pekerja2 KTMB tak naik gaji selepas diswastakan???
Katak2 KONGKEKsus bebas tau tak siapa punya angkara KTM jadi KTMB???
Kah kah kah...
JANGAN BIARKAN OTAK ANDA DISELAPUTI OTAK LEMBU!!!
Kah kah kah...
good,...
Inilah yang dikatakan mengejar kemodenan dalam perkhidmatan. Tapi lupa bahawa yang menjadikan sesuatu organisasi itu untung atau rugi tidak lain dan tidak bukan....kakitangannya.
Macam mana nak produktif kalau upahnya sungguh meloyakan.
Pos Malaysia pun sama dulu, bila dah nak pengsan baru naikkan gaji abang posman, iaitu orang terakhir yang bertungkus lumus dalam perkhidmatan penyampaian tu. Kalu tak memang bungkus.
Kali ini tengoklah nanti si Pee M dengan berlagak bodohnya mengumumkan kenaikan gaji para pekerja KTMB dengan 7 hari 7 malam puak media duk heboh cerita sana sini kononnya kerajaan perihatin.
Padahal......
mau tak rugi..beli 3rd grade tapi bayar 1st grade. tu perkhidmatan keretapi kago kerteh ke pelabuhan kuantan dengar kata dah nak diberhentikan. kalau bawa peumpang ada juga untung nya. sapa yang cadangkan projek ini memang buat duit..jalan 3-4 trip keretapi rosak.
tuuu anak syarikat ktmb..multi modal dah nak mati...bila pengurusan bersikap sambil lewa ini lah padahnya.
MANA TAK RUGI...BANGUNAN ELOK2 PERGI BUANG DUIT BUAT KL CENTRAL...
PERKHIDMATAN MACAM ZAMAN JEPUN...
DI CHINA KERETAPI TERPANTAS 600KM DI MALAYSIA 120KM,
MANA ORANG NAK NAIK KTM...WARGA KL BILA NAK PERGI KERJA DAN BALIK KERJA KENA BERHIMPIT2 MACAM SARDIN...PATUT TAMBAH LAH GERABAK BIAR BANYAK BARU LAH DI KATAKAN MEMBERI PERKHIDMATAN...
BN@UMNO mana ada yang dia buat untung semua rugi...
Bank Islam RUGI 80 jUTA
Tabung Haji buka Ladang kat Indonesia - Rugi 200 ratus juta lebih.
Bank Bumi - Ratusan Juta
Tabung Angkatan Tentera - Rugi Puluhan Juta.
Beratus anak Syarikat Milik penuh Kerajaan Negeri BN..rugi dan tutup.
KWSP: Tiap tahun Dividen jatuh - Rugi
Beratus projek perumahan dan bangunan milik kerajan tersadai bertahun tahun lamanya..(ada kontrektor tu satu projek tu buat kerja hampir 10 kali tergendala tiada pun diambil tindakan sebab pemilik syarikat ini ialah brisan tertinggi pempimpin parti tu...
Yang lain-lain banyak lagi...rugi...jadi ko Nazri budak tolol lagi bangang...pujilah sampai melangit pemimpin parti haprak ko...
Post a Comment