![]() |
| PAS, PKR, DAP = PAKATAN RAKYAT |
“Pemimpin Pakatan Rakyat telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa calon PKR akan mewakili Pakatan (pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 November ini) dan kita akan umumkan (berhubung siapa calonnya) tidak lama lagi.
“Kami harap SAPP tidak akan bertanding supaya pertandingan ini adalah satu lawan satu menentang BN,” ~ Datuk Seri Anwar Ibrahim
Anwar yang membuat pengumuman di lobi parlimen hari ini berkata keputusan menyerahkan kerusi Batu Sapi kepada PKR dicapai pada mesyuarat Pakatan Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu pada hujung minggu lalu.
![]() |
| Pemimpin Pakatan Rakyat |
Pada sidang media yang turut dihadiri oleh pemimpin Pakatan yang lain, Anwar juga mengumumkan bahawa ahli parlimen Kota Kinabalu dan pengerusi DAP Sabah Hiew King Cheu dilantik mengetuai kempen mereka di Batu Sapi.

